Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Gimbal Stabilizer Terbaik 2024 (Untuk Kamera & Phone)

Rakam video dengan kualiti terbaik tanpa gegar!

Jika anda bukan dalam dunia fotografi, drone atau video, pasti tak pernah dengar perkataan gimbal.

Gimbal merupakan platform bermotor yang dikawal oleh papan dengan beberapa sensor untuk menjaga kestabilan tangkapan objek menerusi kamera DSLR atau telefon pintar.

Bagaimanapun terdapat banyak jenis gimbal antaranya gimbal stabilizer, gimbal camera dan banyak lagi.

Jadi jom lihat jenis gimbal yang ada dan sesuai untuk kegunaan anda.


Penyunting

Senarai 8 Gimbal Terbaik

Gimbal terbaik secara keseluruhan
DJI OM 5
DJI OM 5
From
RM439.00
Check DJI OM 5 price below:
add_circle Reka bentuk kompak
add_circle Ringan
remove_circle Bateri yang kecil

Sebab menjadi pilihan utama:

Gimbal OM 5 dari DJI ini mempuyai reka bentuk yang kompak dan mudah dibawa kemana sahaja.

Ciri-ciri:

Dengan gimbal ini, anda boleh bawa ke mana saja kerana mudah disimpan dalam beg mahupun poket.

Sangat sesuai bagi mereka yang sukakan membuat vlog, merakam video ketika hiking atau melakukan aktiviti lasak.

Oleh kerana reka bentuknya yang kecil, bateri yang disediakan adalah kecil berbanding yang lain tetapi boleh bertahan selama enam jam.

Selain daripada itu, mempunyai lampu bagi mereka yang sukakan swafoto!

Review:

“Beli sebab senang nak buat video untuk youtube, tak shaking,”

Gimbal terbaik untuk GoPro
FEIYU G6 Plus 3-Axis Handheld Gimbal
FEIYU
From
RM1,100.00
Check FEIYU G6 Plus 3-Axis Handheld Gimbal price below:
add_circle Ringan
add_circle Jangka hayat bateri panjang
remove_circle Tidak menyokong kamera melebihi 800 g

Gimbal ini mampu memberi 12-jam runtime dan ianya juga kalis percikan. 

Jika anda mencari gimbal untuk kamera aksi seperti GoPro, ini pilihan terbaik.

Cuma anda perlu download aplikasi Feiyu pada smartphone anda untuk menggunakan gimbal ini. 

Dilengkapi dengan ciri tilt motion 260 darjah dan roll motion 320 darjah, video aksi anda akan tampak lebih stabil.

Gimbal untuk semua jenis kamera
MOZA Air 3-Axis Handheld Gimbal
Gudsen
From
RM1,099.00
Check MOZA Air 3-Axis Handheld Gimbal price below:
add_circle Ringan
add_circle Jangka hayat bateri 16 jam
add_circle Mempunyai smart timelapse
remove_circle Mempunyai muatan 3.2 kg

Gimbal ini mempunyai pilihan 2 laras pemegang untuk teknik handling lebih selesa. 

Malah, boleh digunakan pada semua jenis kamera termasuk DSLR dan mirrorless.

Kesemua paksinya memberi putaran 360 darjah untuk perspektif yang lebih luas. 

Rakam 6 ke 8 jam brterusan tanpa hirau akan kekeringan bateri kerana mampu bertahan selama 16 jam.

Menariknya lagi, gimbal ini mempunyai smart timelapse iaitu track, motion time-lapse, zoom timelapse dan banyak lagi.

Gimbal terbaik untuk iPhone
FeiyuTech SPG2 Aluminium Alloy 3-Axis
FeiyuTech SPG2 Aluminium Alloy 3-Axis
From
RM439.00
Check FeiyuTech SPG2 Aluminium Alloy 3-Axis price below:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Kalis percikan air
remove_circle Tidak serasi untuk semua peranti

Jika anda menginginkan sesuatu yang serasi dengan telefon pintar model iPhone anda, gimbal dari FeiyuTech ini merupakan salah satu gimbal yang tepat.

Mempunyai penstabil 3 paksi yang kalis percikan dan sangat sesuai untuk iPhone dan peranti yang serupa dengannya.

Selain itu, boleh berpusing 360 darjah penuh untuk panorama lancar yang dibuat lebih berguna.

Malah terdapatsistem penjejakan muka yang tepat pada perisian Feiyu's On App. Sungguh canggih kan?

Gimbal terbaik untuk Android
Zhiyun Smooth X Gimbal Stabilizer
Zhiyun Smooth X Gimbal Stabilizer
From
RM279.00
Check Zhiyun Smooth X Gimbal Stabilizer price below:
add_circle Penuh dengan ciri-ciri yang menarik
add_circle Reka bentuk kompak
remove_circle Bateri hanya bertahan selama empat jam

Jangan risau, jika anda risau tiada gimbal yang sesuai untuk telefon pintar Android, kami cadangkan gimbal Smooth X Gimbal Stabilizer dari Zhiyun.

Gimbal dari Zhiyun ini dipenuhi dengan ciri-cirinya yang menarik.

Antaranya fleksibiliti, mod yang berbeza ketika merakam video, reka bentuk yang kompak dan ringan.

Sangat sesuai bagi mereka yang sukakan membuat vlog, merakam video ketika hiking atau melakukan aktiviti lasak.

Gimbal murah untuk smartphone (below rm500)
Feiyu Tech Vimble ONE Gimbal
Feiyu Tech Vimble ONE Gimbal
From
RM350.00
Check Feiyu Tech Vimble ONE Gimbal price below:
add_circle Harga mampu milik untuk semua
add_circle Disyorkan untuk beginner
remove_circle Hanya mempunyai ciri-ciri gimbal yang asas

Memiliki sebuah gimbal tidak bermakna anda harus mengeluarkan wang yang banyak. 

Cuma perlu pandai mencari gimbal yang dijual dengan harga berpatutan, seperti gimbal dari Feiyu ini.

Gimbal Feiyu Tech Vimble ONE ini amat senang dan mudah untuk digunakan kerana ciri-ciri asas yang terdapat di dalamnya. 

Selain itu, mampu bertahan selama enam jam dan mempunyai extendable pole jika anda ingin mengambil swafoto bersama rakan-rakan anda.

Gimbal terbaik untuk mirrorless
Zhiyun-Tech CRANE-M2 3-Axis Handheld Gimbal Stabilizer
Zhiyun-Tech CRANE-M2 3-Axis Handheld Gimbal Stabilizer
From
RM739.00
Check Zhiyun-Tech CRANE-M2 3-Axis Handheld Gimbal Stabilizer price below:
add_circle Menyokong sistem iOS dan Android
add_circle Mempunyai Wifi & Bluetooth
add_circle Jenis OLED Display
remove_circle Hanya untuk kamera yang beratnya kurang dari 650 g

Gimbal bukan sahaja untuk dipasangkan bersama telefon pintar tapi mampu digunakan bersama kamera jenis mirrorless. 

Malah, salah satu gimbal yang terbaik untuk dipasangkan bersama kamera mirrorless adalah gimbal Zhiyun Crane-M2 ini.

Gimbal ini bukan sahaja pan, tilts dan rolls kamera yang disambungkan tetapi membenarkan zoom dan kawalan kamera terus dari panel kawalan ibu jari yang terdapat pada genggaman.

Untuk pengetahuan, gimbal ini boleh berpusing dengan sudut; 360° Pan, 310° Tilt & 324° Roll Rotation.

Ketahanan bateri boleh sehingga 7 jam dan mempunyai WiFi dan Bluetooth.

Gimbal terbaik untuk DSLR
DJI RSC 2
DJI RSC 2
From
RM2,549.00
Check DJI RSC 2 price below:
add_circle Reka bentuk mudah alih
add_circle Jangka hayat bateri yang panjang
remove_circle Harga yang mahal

Jika anda menggunakan kamera DSLR dan menginginkan gimbal yang bersesuaian dengannya, anda boleh mencuba gimbal dari DJI ini.

Gimbal ini mempunyai algoritma penstabilan Titan baharu yang membolehkan anda mencapai tangkapan sinematik profesional dengan mudah.

Mempunyai paparan OLED yang membolehkan anda melaraskan segala-galanya dan melihat maklumat segera tanpa membuka aplikasi di telefon pintar.

Cuma mempunyai muatan 3 kg yang memerlukan sedikit tenaga untuk bertahan lama ketika memegangnya.


Bilakah Anda Perlu Menggunakan Gimbal?

Gimbal boleh digunakan dimana-mana sahaja sama ada anda berada di rumah mahupun di luar.

Tapi, jika anda menginginkan kestabilan dalam rakaman video anda, belilah gimbal kerana aksesori ini mainan peranan yang penting.

Lebih-lebih jika anda seorang yang suka merakam video untuk konten YouTube atau IG Live, TikTok dan sebagainya.

Cara penggunaan lebih kurang sama seperti tripod dimana anda perlu memegangnya ketika melakukan aktiviti merakam atau menangkap gambar tapi terdapat sedikit perbezaan.

Jika menggunakan tripod anda perlu kekal di satu tempat semasa mengambil gambar tapi dengan gimbal tidak perlu kerana menggunakan penderia dan motor untuk menstabilkan dan menyokong kamera anda.

Anda juga boleh dengarkan tips cara penggunaan gimbal menerusi video di bawah.


Cara Menggunakan Gimbal Stabilizer

Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti video anda adalah dengan menggunakan gimbal stabilizer.

Gimbal ini akan membantu menstabilkan gambar dan menghilangkan getaran yang mungkin berlaku semasa penggambaraan. 

Inilah cara untuk menggunakannya:

  1. Pasangkan gimbal pada peranti anda dengan betul. Pastikan ia dipasang dengan sekata dan tidak goyah.
  2. Hidupkan gimbal stabilizer dengan menekan butang "power" yang terdapat pada gimbal stabilizer.
  3. Setelah gimbal stabilizer berfungsi, pastikan ia sentiasa dalam mode "standby". Ini membolehkan anda untuk mengubah sudut kamera dengan mudah.
  4. Apabila anda sudah siap untuk merakan, tekan butang "record" pada kamera atau gimbal stabilizer.
  5. Gunakan joystick pada gimbal stabilizer untuk mengubah sudut kamera sesuai dengan keinginan anda. Anda juga boleh menggunakan aplikasi yang disediakan untuk mengubah sudut kamera secara jarak jauh melalui telefon pintar anda.
  6. Selesai merakam, tekan butang "stop" untuk berhenti merakam dan matikan gimbal stabilizer.

Dengan menggunakan gimbal stabilizer, anda boleh memastikan bahawa video anda akan kelihatan lebih lancar dan profesional.


Apakah Perbezaan Antara Gimbal & Stabilizer?

Mungkin ada yang keliru perbezaan gimbal dan stabilizer, jawapannya semestinya tidak. Jadi, apakah perbezaan mereka?

  1. Gimbal membolehkan anda menggerakkan kamera sambil mengekalkannya pada paras yang seimbang manakala penstabil memastikan kamera tidak bergerak.
  2. Gimbal adalah untuk mereka yang selesa dengan teknologi canggih atau terkini manakala stabilizer adalah untuk mereka yang selesa dengan teknologi konvensional.
  3. Gimbal memerlukan bateri dan pengecas untuk motor-motornya berfungsi manakala stabilizer tidak memerlukan sebarang bateri mahupun pengecas.
  4. Gimbal adalah mesra pengguna dan mudah untuk mengimbangi manakala stabilizer sering terasa sukar untuk mengimbangi dengan betul.

Artikel Berkaitan

End of Article