Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

14 Loose Powder Terbaik di Malaysia 2024

Selepas ini, make up nampak lebih mulus dan cantik!

Loose powder atau bedak tabur merupakan sejenis bedak bertekstur halus untuk ‘mengunci’ foundation serta concealer agar solekan tahan lebih lama. 

Dalam masa yang sama, loose powder atau setting powder terbaik dapat menutup lubang pori agar tidak jelas kelihatan yang akan bantu kulit anda nampak lebih mulus.

Bagaimanapun, bedak powder terbaik ini hanya mengandungi komponen serbuk dan tidak mempunyai pelembap atau SPF.

Produk ini juga sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak atau jerawat setiap kali selesai solekan.

Anda masih boleh dapatkan loose powder terbaik di Watsons, tapi kami lebih suka bantu mudahkan kerja anda tanpa perlu bersusah payah keluar.

Jadi, kami senaraikan loose powder terbaik untuk anda yang mahukan solekan nampak flawless, dan boleh juga baca review loose powder terbaik.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 14 Loose Powder Terbaik

Loose powder terbaik secara keseluruhan
Alha Alfa Loose Powder
Alha Alfa Loose Powder
From
RM52.90
Check Alha Alfa Loose Powder price below:
add_circle Waterproof
add_circle 3 jenis pilihan tona warna
add_circle Sesuai untuk kulit berminyak
remove_circle Sukar dapatkan di pasaran

Sebab menjadi pilihan utama:

Loose powder ini tidak akan bercapuk dan pilihan tona warna yang unik menjadikan wajah lebih berseri, walaupun kulit wajah berminyak. 

Ciri-ciri:

Jika anda seorang yang simple, pasti loose powder ini menjadi pilihan untuk base make-up harian. 

Teksturnya yang ringan tidak terlalu tebal dan mampu menutup liang pori serta memberi kesan yang sempurna pada wajah.

Loose powder dari Alha Alfa ini sesuai bagi anda yang mempunyai kulit wajah berminyak, berjerawat serta mempunyai liang pori yang terbuka. 

Terdapat 3 jenis pilihan tona iaitu:

  1. Soft Pink sesuai bagi mereka mahukan pink undertone dan fresh looking.
  2. Translucent, tiada tona warna menjadikan sesuai untuk semua jenis kulit terutama bagi kulit yang medium hingga fair skin tones. 
  3. Last Brown fungsi yang sama dengan translucent tetapi mempunyai tona menyamai tona kulit yang sederhana dan sawo matang.

Paling penting tekstur yang halus, mudah blend-in, dan loose powder ini kalis air.

Review:

“Wajah nampak lebih segar, mampu menutup liang pori yang terbuka. Sangat sesuai bagi saya yang jenis tidak gemar untuk menggunakan foundation dalam make-up seharian.”

Mineral loose powder terbaik
INNISFREE No Sebum Mineral Powder
INNISFREE No Sebum Mineral Powder
From
RM16.12
Check INNISFREE No Sebum Mineral Powder price below:
add_circle Mineral dari Jeju
add_circle Mengandungi sebum control
add_circle Vitamin E
remove_circle Sukar untuk mendapatkanya

No Sebum Mineral Powder dari Innisfree ini dapat mengawal pengeluaran sebum berlebihan atau kesan peluh pada wajah bagi memastikan solekan kekal lebih lama. 

Diperkaya ekstrak Green Tea, Birch, Rumex serta Crispus agar wajah tidak kelihatan melekit walaupun sedang melakukan aktiviti luar.

Dengan kandungan Vitamin E yang tinggi, bedak loose ini dapat memastikan kesegaran serta kelembapan wajah pada wajah biarpun mengenakan solekan tebal. 

Kini, anda tidak perlu risau lagi tentang timbulnya kesan cela. 

Loose powder untuk remaja
SILKYGIRL Shine Free Loose Powder
From
RM22.95
Check SILKYGIRL Shine Free Loose Powder price below:
add_circle Long wear loose powder
add_circle Micro fine smooth loose powder
add_circle Bebas minyak
add_circle Diperkaya dengan Bisabolol dan Allontoin untuk melembutkan dan melindungi
remove_circle Bukan untuk full coverage

SilkyGirl Shine Free Loose Powder ini dirumus khas bagi kulit wanita Asia, jadi memang sangat sesuai untuk anda yang tinggal di negara Asia ini.

Mempunyai tekstur serbuk mikro lembut dan terasa sangat licin apabila dioleskan pada kulit, jadi loose powder ini sesuai buat semua jenis kulit terutama yang mempunyai kulit berminyak. 

Walaupun harga produk Silky mampu milik tapi loose powder ini serba lengkap kerana diperkaya dengan bahan-bahan bermanfaat.

Salah satu fungsi bahan tersebut adalah mengekalkan kelembapan kulit serta bebas peluh selama 4 jam. 

Jadi, pastikan anda menyapu loose powder ini setiap kali selepas pakai foundation kerana dapat membantu menghasilkan kemasan matte yang sempurna. 

Loose powder untuk kulit kombinasi
MARY KAY Translucent Loose Powder
From
RM40.50
Check MARY KAY Translucent Loose Powder price below:
add_circle Memberikan kesan glowing
add_circle Sheer effect
add_circle Tekstur yang ringan
add_circle Mempunyai oil control
remove_circle Harga mahal

Translucent Loose Powder khas dari Mary Kay merupakan sejenis loose powder mesra dan lembut pada kulit.

Kesannya, menjadikan garis halus, kedutan serta ketidaksempurnaan tekstur kulit tidak kelihatan. 

Jangan risau, tahan lebih lama serta mudah digunakan dan memberi hasil kemasan natural atau semula jadi yang menawan.

Telah diuji secara klinikal, translucent powder ini sesuai bagi semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif. 

Diformulasi dengan bebas minyak, wangian, serta paraben, ia membantu meneutralkan tona kulit.

Jadi, wajah anda akan kekal segar tanpa kesan minyak sepanjang hari!

Loose powder matte terbaik
MAYBELLINE Fit Me Loose Finishing Powder Fit Me
From
RM42.00
Check MAYBELLINE Fit Me Loose Finishing Powder Fit Me price below:
add_circle Mineral based formula
add_circle Sine control
remove_circle Mudah sold out pilihan tona warna

Bersifat bukan komedogenik, Maybelline Fit Me! Loose Finishing Powder ini telah terbukti berkesan buat yang mempunyai kulit berminyak. 

Malah dapat memberi hasil kemasan matte yang mampu menutup segala cela serta memberi pengawasan minyak selama 24 jam.

Dengan teksturnya ringan, loose powder ini secara intuitif dapat menyembunyikan kesan jerawat, bintik hitam serta menjadi kanvas terbaik pada solekan. 

Tambahan pula, mengandungi serbuk baldu mikro bagi penyerapan minyak yang pantas.

Loose powder ini mempunyai 8 tona pilihan dimana dapat membuat kulit anda tampak lebih sempurna. 

Loose powder yang tidak menyumbat pori
IN2IT UV Cover Smooth Loose Powder
IN2IT UV Cover Smooth Loose Powder
From
RM21.51
Check IN2IT UV Cover Smooth Loose Powder price below:
add_circle Tekstur yang ringan
add_circle Sesuai untuk semua jenis tona kulit
add_circle Diperkaya dengan Vitamin E
add_circle Mempunyai sijil halal
remove_circle Tidak sesuai untuk full coverage

IN2IT merupakan jenama terkenal dengan harga yang berpatutan.

Tidak ketinggalan, jenama ini juga mengeluarkan beberapa jenis loose powder yang mempunyai kelebihan mengikut kesesuaian ramai. 

Loose powder ini diperkaya dengan vitamin E yang membuatkan kulit wajah menjadi lebih sihat dan berseri. 

Tanpa perlu risau loose powder ini sesuai untuk anda atau tidak, kerana tonanya sesuai untuk semua jenis warna kulit. 

Bagi anda yang beragama islam, isu halal menjadi satu persoalan yang penting.

Tanpa perlu risau produk ini telah mendapat kelulusan JAKIM.

Loose powder high end terbaik
Revlon New Complexion Loose Face Powder
Revlon New Complexion Loose Face Powder
From
RM62.90
Check Revlon New Complexion Loose Face Powder price below:
add_circle Tahan sehingga 16 jam
add_circle Tidak membuatkan liang pori tersumbat
add_circle Shine effect
add_circle Bebas minyak
add_circle Bebas pewangi
remove_circle Hanya untuk medium coverage

Loose powder kebiasaannya mempunyai tekstur ringan dan sesuai bagi anda yang tidak gemarkan heavy makeup.

Jadi bagi gadis yang simple, loose powder ini adalah pilihan terbaik.

Lagipun ketahanan loose powder dari Revlon ini mampu bertahan hingga 16 jam. 

Malah mempunyai shining effect yang menjadikan wajah lebih menyerlah. 

Walaupun begitu, tekstur powder ini tidak membuatkan liang pori pada wajah anda tersumbat. 

Bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif, loose powder ini paling sesuai untuk digunakan. 

Bebas minyak dan pewangi yang boleh menyebabkan iritasi serta jerawat. 

Loose powder terbaik untuk kulit berjerawat
OKAYA Loose Powder Perfect Finish
OKAYA Loose Powder Perfect Finish
From
RM41.00
Check OKAYA Loose Powder Perfect Finish price below:
add_circle Sesuai untuk kulit berjerawat dan sensitif
add_circle Menyerap minyak pada wajah
add_circle Tahan lama
remove_circle Pembelian secara online sahaja

Jarang sangat nak jumpa loose powder full coverage kan?

Okay kali ini, loose powder terbaik boleh dikatakan sebab ianya memberikan kesan full coverage pada wajah. 

Petuanya, anda perlu blend-in sedikit dengan sponge basah dan  anda akan nampak effect macam full coverage.

Bukan itu sahaja, mampu untuk menyerap lebihan minyak yang terhasil pada wajah. 

Paling penting, tidak menyebabkan wajah jadi bercapuk dan kekal matte effect walaupun kulit berminyak.

Mempunyai ketahanan yang lebih lama serta sesuai untuk kulit jenis berjerawat dan sensitif.

Loose powder terbaik di watson (drugstore)
Wardah Lightening Matte Loose Powder
Wardah Lightening Matte Loose Powder
From
RM16.90
Check Wardah Lightening Matte Loose Powder price below:
add_circle Memberikan kesan Matte finishing
add_circle Dapat mengawal minyak
add_circle Mempunyai estrak Licorice
add_circle Mempunyai vitamin B3 dan E
remove_circle Perlu dicampur dengan foundation untuk kesan yang lebih cantik

Bila pakai loose powder dari Wardah ini, wajah anda tidak kelihatan seperti memakai bedak sebab terdapat kesan matte finishing.

Jadi kulit wajah anda kelihatan semulajadi tapi bagi kulit yang berminyak, tekstur kulit menjadi kekal lembab tanpa menyebabkan lebihan minyak pada wajah.

Ini kerana produk ini mempunyai bahan yang dapat mengawal penghasilan minyak pada wajah. 

Tidak seperti loose powder lain, jenama Wardah mencipta loose powder yang mempunyai UV protection.

Kemudian, bahan Extract Licorice menjadikan kulit kelihatan lebih cerah, mengurangkan bintik hitam dan membantu membaiki hiperpigmentation pada kulit. 

Bahana vitamin 3 dan B3 pula mampu mencerahkan, kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi kulit dari radikal bebas.

Loose powder translucent terbaik
Laura Mercier Translucent Loose Setting Powder
Laura Mercier
Laura Mercier Translucent Loose Setting Powder
From
RM115.00
Check Laura Mercier Translucent Loose Setting Powder price below:
add_circle Non-comedogenic
add_circle Non-caking
add_circle Dermatologically-tested
add_circle Kekal berseri sehingga 12 jam
remove_circle Harga mahal

Kebanyakkan loose powder mempunyai kelebihan mengawal minyak pada kulit wajah. 

Sekaligus dapat menjadikan kulit yang berminyak kekal cantik tanpa merosakkan tekstur loose powder pada kulit. 

Anda juga tak perlu risau masalah liang pori tersumbat kerana produk ini bebas comedogenic.

Malah, bila pakai loose powder, biasanya tidak akan memberikan kesan perfect finishing. 

Tapi dengan jenama Laura Mercier, wajah anda tidak akan menyebabkan kesan caking yang boleh merosakkan makeup.

Jadi, tidak pelik kenapa harga produk ini mahal berbanding produk lain.

Loose powder terbaik untuk kulit kering
Catrice Nude Illusion Loose Powder
Catrice
catrice loose powder
From
RM39.50
Check Catrice Nude Illusion Loose Powder price below:
add_circle Sangat ringan dan halus
add_circle Kesan matte semula jadi
add_circle Menyerap lebihan minyak
remove_circle Coverage sederhana

Loose powder jenama Catrice ini memberikan kesan matte tahan lama kepada semua jenis kulit dan boleh digunakan sebagai set make-up.

Ia adalah bedak transparent dengan serbuk mikro halus yang boleh menyerap minyak berlebihan dan memberikan kesan matte tanpa mengeringkan kulit.

Selain itu, ia mempunyai coverage yang sederhana dan tekstur yang sangat ringan serta boleh digunakan untuk memperbaiki riasan wajah.

Kulit wajah anda pasti akan nampak flawless dan berseri, memang ready nak hadiri pelbagai majlis.

Loose powder tahan peluh
NRC Sweat Friendly Loose Powder Travel Edition
NR Cosmetics
sweat friendly loose powder
From
RM45.00
Check NRC Sweat Friendly Loose Powder Travel Edition price below:
add_circle Ringan
add_circle Solekan tahan lama
add_circle Tahan peluh
add_circle Full coverage
remove_circle Berat hanya 10g

Bagi mereka yang mempunyai masalah sering berpeluh dan ingin makeup tahan lebih lama, kami syorkan anda dapatkan bedak tabur dari NR Cosmetic ini.

Ini kerana bedak ini boleh mengunci asas krim atau liquid foundation dengan kukuh dan pada masa yang sama memastikan peluh anda tidak mencairkannya.

Tambahan pula, ia membolehkan penggunaan bedak yang minimal tanpa perlu lapisan tebal, seakan-akan anda tidak memakai apa-apa.

Cukup sapukan dengan rata ke kulit menggunakan berus selepas memakai foundation.

Loose powder terbaik untuk kulit berminyak
Cubre Mi Loose Powder
cubre mi loose powder
From
RM24.90
Check Cubre Mi Loose Powder price below:
add_circle Tekstur ringan dan lembut
add_circle SPF 25
add_circle Mengawal minyak
add_circle Matte finishing
add_circle Tidak bercapuk dan tahan sehingga 8 jam
add_circle Kalis air
remove_circle Stock terhad

Loose powder dari Cubre Mi ini hadir dengan pembungkusan baharu yang sangat menarik, membuatkan anda terasa cute semasa memakainya.

Sesuai untuk kulit berminyak, itulah sebab namanya ‘Bye Bye Oily’ dan akan membuatkan solekan anda nampak lebih halus serta sekata.

Dengan kod translucent, ia sesuai untuk semua warna kulit, termasuk kulit gelap, normal, dan kulit orang Asia.

Produk ini mengandungi SPF 25, tekstur yang sangat smooth, dan menjadikan solekan lebih tahan lama sehingga 8 jam serta boleh mengawal minyak berlebihan.

Tambahan pula, ia kalis air, memberikan hasil matte, memiliki tekstur yang ringan serta lembut dan juga tidak akan bercapuk selepas memakainya.

Jangan risau, loose powder Cubre Mi ini telah diluluskan oleh KKM.

Loose powder dengan kesan radiant
Focallure Face Makeup Loose Powder Foundation Setting Skin Finishing Powder
bedak tabur focallure
From
RM49.00
Check Focallure Face Makeup Loose Powder Foundation Setting Skin Finishing Powder price below:
add_circle Menjadikan wajah kelihatan sihat dan berseri
add_circle Menyerap lebihan minyak
add_circle Mengecilkan pori-pori dan garis halus
add_circle Tersedia dalam 3 pilihan warna
remove_circle Berat 7g sahaja

Focallure Face Makeup Loose Powder Foundation Setting Skin Finishing Powder adalah pilihan terbaik untuk flawless finish!

Penggunaan produk ini akan membuatkan wajah anda kelihatan sihat dan berseri sepanjang hari.

Selain itu, bedak tabur ini boleh menyerap minyak, mengurangkan liang dan garis halus, serta memberikan kesan radiant seperti menggunakan airbrush.

Produk ini tahan lebih daripada 10 jam dan boleh menutup lingkaran gelap di bawah mata, dan anda boleh dapatkan loose powder ini dalam tiga pilihan warna: ivory, natural dan wheat.


Apa Itu Loose Powder?

Loose powder merupakan bantuan akhir bagi memberikan rupa yang prefect bagi anda yang dah pakai foundation pada wajah. 

Dengan pemakaian loose powder pada sentuhan akhir, solekan anda akan kekal tahan lebih lama dan kelihatan lebih cantik. 

Jadi nak pilih loose powder sama seperti anda ingin memilih compact powder dan foundation. 

Pastikan anda semak terlebih dahulu jenis kulit wajah anda dan padankan dengan bahan yang terkandung pada loose powder ini. 


Tips Mudah Memilih Loose Powder

Jika anda menginginkan kesan kemasan akhir yang terbaik, pastikan produk tersebut mempunyai labelfinishing’ atau ‘setting’ powder. 

Ini kerana komponen ini akan memberi kemasan terbaik pada wajah.

Bagi yang jenis kulit berminyak, anda wajib semak label ‘mattifying, oil control, shine control, blotting’. 

Bahan tersebut akan menyerap lebihan minyak serta menggunakan bahan asas yang ringan untuk wajah anda. 

Manakala bagi yang mengalami masalah kulit kering dan kusam, pastikan terdapat label yang bertanda glow,” “luminous,” atau “brightening”.

Ini kerana bahan yang terdapat seperti mineral akan menjadikan kelihatan lembut dan berseri.

Dah dapat tips ni, jangan lupa pastikan sesuai dengan kulit wajah ya!


Berapa Lama Loose Powder Boleh Bertahan?

Setiap loose powder mempunyai ketahanan yang kerana bergantung pada bahan yang digunakan.

Jika anda menggunakan loose powder sahaja tanpa sebarang makeup base lain, mungkin ianya akan bertahan sehingga 3-4 jam sahaja. 

Tapi jika anda menggunakan sebagai kemasan akhir selepas apply foundation, ia akan kekal sehingga 12 jam.

Tapi semua ini bergantung pada bahan yang terkandung bagi setiap produk dan jenama loose powder tersebut.


Bila Waktu Sesuai Guna Loose Powder?

Semestinya selepas pakai foundation ataupun BB cream. 

Ini kerana loose powder merupakan kemasan akhir bagi solekan sebenarnya.

Tapi jika anda jenis yang simple tak suka pakai foundation, tak perlu risau kerana anda boleh sahaja pakai secara terus dijadikan sebagai bedak asas.

Paling penting fungsinya tetap mencantikkan wajah serta membantu menutup cela pada kulit.


Setting Powder vs. Loose Powder

Apabila berbicara tentang make-up atau solekan, anda mesti selalu dengar istilah loose powder dan setting powder. Tapi masih ramai yang confuse, apa bezanya antara kedua-dua jenis bedak ini.

Jangan risau, kami akan membantu anda memilih produk terbaik supaya makeup anda lebih flawless.

Mari kita mula dengan loose powder. Loose powder mempunyai tekstur yang lebih halus dan ringan.

Apabila disapu pada wajah, ia terasa smooth dan biasanya dalam jenis translucent. Jadi, ia sangat sesuai digunakan untuk kulit muka berminyak atau kombinasi. 

Loose powder membantu menyerap minyak berlebihan pada wajah, mengurangkan kesan kilauan dan membuatkan solekan tahan lebih lama. 

Biasanya, loose powder dijual dalam bekas kecil dan digunakan sebagai langkah terakhir dalam rutin make-up sebelum penggunaan setting spray.

Berbanding loose powder, setting powder biasanya mempunyai tekstur yang lebih kasar dan digunakan selepas foundation untuk ‘set’ solekan supaya tahan lebih lama dan tidak mudah cair.

Tapi, setting powder juga boleh didapati dalam bentuk loose atau pressed powder yang sesuai untuk 'touch-up' di luar rumah.

Pressed powder yang juga merupakan sejenis setting powder, mempunyai tekstur yang lebih padat dan memberikan coverage yang lebih baik daripada loose powder.

Ia juga lebih mudah dibawa ke mana-mana kerana dijual dalam bentuk compact dengan puff bedak yang sering disertakan.

Diingatkan bahawa penggunaan pressed powder yang berlebihan boleh membuat solekan kelihatan terlalu tebal.


Artikel Berkaitan

 

End of Article