Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Peti Sejuk Inverter Terbaik & Murah 2024 (Bawah RM1,500)

Jom dapatkan peti sejuk yang murah dan berkualiti tinggi

Tahu tak apa-apa peralatan elektrik rumah yang mempunyai teknologi inverter harganya sangat mahal tapi untuk jangka masa panjang, mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Antara peralatan rumah yang menggunakan elektrik sepanjang masa adalah peti ais kerana compressor peti sejuk perlu berfungsi bagi memastikan bahan basah tidak membusuk dan sentiasa segar.

Kami faham, peti sejuk inverter banyak yang mahal jadi kami bantu anda senaraikan peti sejuk inverter terbaik dengan bawah RM1,500 dari jenama peti sejuk terbaik.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 9 Jenama Peti Sejuk Inverter Bawah RM1,500

Peti sejuk inverter terbaik secara keseluruhan
Hisense 240L Inverter Black Refrigerator 2 Door Fridge
Hisense
hisense inverter RT276N4ABN
From
RM1,089.00
Check Hisense 240L Inverter Black Refrigerator 2 Door Fridge price below:
add_circle Harga murah
add_circle Warranty 3 tahun
add_circle Mempunyai bekas ais
remove_circle Hanya 1 jenis warna

Sebab menjadi pilihan utama:

Menggunakan teknologi inverter R600, mampu menjimatkan tenaga elektrik dengan efisien.

Ciri-ciri:

Bagi mereka yang sukakan dapur bewarna hitam, peti ais inverter dari jenama Hisense ini adalah pilihan tepat.

Lagipun, mempunyai sistem Cooling System Frost Free dimana bahan sejuk beku kekal beku di dalam peti sejuk.

Dalam masa yang sama, sayur dan buah yang disimpan dapat mengekalkan kesegaran dan nutrien yang ada.

Selain itu, Hisense mempunyai Handle Recessed Environment Friendly Refrigerant dimana mudah untuk proses mencuci.

Walaupun murah, tempat letak telur, sayur dan ais batu ketul disediakan bagi memudahkan proses penyimpanan makanan.

Dengan tinggi 1456cmdan berat 43kg, memang sesuai bagi mereka yang baru saja memulakan kehidupan baru.

Review:

"Sebelum ni guna peti ais no-inverter, tapi lepas guna peti ais ni. Memang betul elektrik jimat."

Peti sejuk inverter tahan lama
Samsung 220L Inverter 2 Door Deodorizer Fridge
Samsung
Terbaik untuk menjimatkan penggunaan elektrik
From
RM1,089.00
Check Samsung 220L Inverter 2 Door Deodorizer Fridge price below:
add_circle Mempunyai lampu LED yang terang
add_circle Rak mudah ditarik keluar
add_circle Sayur tak cepat layu
add_circle 10 tahun jaminan
add_circle Frost- free
remove_circle Hanya 3 star energy saving
remove_circle Harga mahal

Samsung sentiasa menyediakan tawaran perkakas elektrik yang canggih tapi murah sama seperti peti sejuk inverter yang berkualiti ini. 

Peti sejuk model RT20FARVDSA mempunyai kelebihan fungsi inverter digital, dipercayai lebih efisien menjaga kitaran udara sejuk sebagaimana untuk mengurangkan tekanan pada compressor peti. 

Sekaligus menjadikan peti sejuk lebih stabil dan tahan lama. 

Kapasiti juga cukup besar (220L) dan disediakan ruang dan rak simpan yang dapat menjaga kelembapan sayur dan buah supaya tidak cepat layu. 

Sistem MoistFresh Zone berupaya mengekalkan kelembapan udara dan rak simpan sayur/buah dikemaskan bagi mengelakkan gangguan penyejukan. 

Peti sejuk inverter kecil dan murah
Sharp J-Tech Inverter Fridge
Sharp
From
RM899.00
Check Sharp J-Tech Inverter Fridge price below:
add_circle Harga murah
add_circle Peti ais 2 pintu
add_circle Menapis bau busuk
add_circle Mempunyai tempat letak telur
remove_circle Tiada child lock
remove_circle Tidak sesuai untuk keluarga besar

Sharp merupakan peti sejuk yang direka dengan ciri tegap dan sangat kukuh kerana mempunyai rak yang diperbuat daripada kaca tahan lasak.

Selain itu, turut mempunyai Nano Deodoriser bagi memastikan peti sejuk kekal berbau segar dan tidak menyebabkan makanan yang disimpan menjadi rosak dengan mudah. 

Dengan peti ini anda juga dapat menikmati minuman sejuk dengan begitu mudah dan cepat kerana dicipta dengan mesin pembuat ais yang pantas.

Peti sejuk dengan teknologi DC inverter
Haier 290L Inverter 2-Door Series Refrigerator
Haier
From
RM1,279.00
Check Haier 290L Inverter 2-Door Series Refrigerator price below:
add_circle Material steel tahan lasak
add_circle Menjimatkan penggunaan elektrik
add_circle Kawal suhu secara digital
remove_circle Tak boleh simpan banyak makanan

Dilengkapi dengan teknologi DC Inverter, peti sejuk dari Haier ini sangat menjimatkan penggunaan elektrik walaupun anda membuka dan menutupnya berkali-kali.

Anda boleh mengawal suhu di dalam peti sejuk secara digital dan bukan lagi seperti peti sejuk konvensional yang lain masih menggunakan kawalan secara manual. 

Peti sejuk ini juga mempunyai kawalan lembapan agar makanan yang disimpan tidak mudah rosak dan menyahbau kurang enak.

Didatangi dengan jaminan selama 12 tahun, anda boleh menggunakannya tanpa perlu risau tentang risiko kerosakan.

Peti sejuk inverter yang berkualiti
Midea 2 Doors Inverter Quattro Fridge (280L)
Midea
Midea 2 Doors Inverter Quattro Fridge (280L) MDRT346MTB28-MY
From
RM1,105.00
Check Midea 2 Doors Inverter Quattro Fridge (280L) price below:
add_circle Jaminan 12 tahun compressor
add_circle Kapasiti 280L
add_circle Bahagian beku 2 rak bertingkat
remove_circle Reka bentuk biasa

Peti sejuk inverter dari jenama Midea ini cukup berkualiti dengan pelbagai fungsi canggih yang dapat menjaga kesegaran makanan anda.

Ia dilengkapi dengan suis kawalan suhu secara digital dan pelepasan Active-C Fresh supaya setiap bahan basah yang disimpan didalam peti sejuk boleh bertahan lebih lama dan kekal elok. 

Saiz kapasiti 280L peti ini berbaloi untuk isi rumah yang sederhana. Malah bahagian rekaan dalaman peti sejuk Midea dua pintu ini cukup sempurna. Dengan 4 rak simpanan, 1 chiller dan 3 ruang isian botol serta telur membolehkan anda mengisi apa sahaja. 

Setanding dengan peti sejuk jenama yang lain, Midea menawarkan jaminan satu tahun dan dua belas tahun untuk risiko kerosakan compressor. Bahkan ia telah mendapatkan kelulusan 4 Star Energy Efficiency Star Rating!

Kalau anda punya bajet ‘sedang-sedang’, memang kami syorkan peti sejuk berkualiti ini.

Peti sejuk inverter nyah bau busuk
Toshiba Refrigerator 280L Inverter A-series Refrigerator
Toshiba
Toshiba Refrigerator 280L Inverter A-series Refrigerator GR-A28MU(UK)
From
RM1,199.00
Check Toshiba Refrigerator 280L Inverter A-series Refrigerator price below:
add_circle Jaminan 12 tahun compressor
add_circle Kapasiti 280L
add_circle Menyerap bau busuk
add_circle Ruang simpan sayur/buah luas (12L)
remove_circle 220-240v agak tinggi

Peti sejuk inverter Toshiba ini menawarkan fungsi Ag+ Bio Deodorizer iaitu memastikan udara didalam peti sejuk sentiasa bersih dan tidak membawa bakteria.

Ini supaya setiap makanan mentah yang disimpan terutamanya ayam, ikan atau daging sentiasa bersih dan terhindar dari jangkitan bakteria. 

Sama seperti peti sejuk yang lain, ruangan dalam peti sejuk Toshiba cukup melegakan dengan lebih dari 3 rak simpanan dan 3 tingkat ruangan susun atur pada pintu yang boleh diubah suai. 

Menariknya lagi, ia menyediakan ruangan isi padu 12L untuk buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Jika anda berminat? Terus boleh dapatkan melalui secara online di Lazada mahupun Shopee.

Peti sejuk inverter jimat elektrik
Hitachi 2 Door Inverter Refrigerator (253L)
Hitachi
Hitachi 2 Door Inverter Refrigerator (253L) R-H275P7M
From
RM1,149.00
Check Hitachi 2 Door Inverter Refrigerator (253L) price below:
add_circle Jimat tenaga
add_circle Rekaan moden
add_circle Suhu ruang laci boleh dilaras ikut keperluan
add_circle Tahan sejuk selama 12 jam ketika bekalan elektrik putus
remove_circle Kurang sesuai untuk keluarga besar

Ini antara peti sejuk inverter memang jimat elektrik iaitu dari Haier model R-H275P7M. 

Ia ternyata terbukti mampu menyejukkan peti walaupun dengan kadar voltan serendah 130v dan mengekalkan kesejukan sehingga 12 jam walaupun tiada tenaga elektrik.

Ini antara ciri-ciri terbaik untuk anda memilih peti sejuk yang mengurangkan kos bil elektrik. 

Fungsi Dual Sensing Control pula bijak menangani dua suhu berbeza untuk ruang sejuk beku dan biasa.

Sistem sebegini bukan sahaja menjaga sistem sejuk peti malah kesegaran makanan terutamanya.

Harga yang ditawarkan cukup puas hati dengan reka bentuk yang menarik serta isi padu ruangan simpanan yang teratur.

Malah, lengkap dengan alas rak jenis tempered glass dimana mudah untuk dibersihkan.

Paling bagus, mampu menampung berat mangkuk atau periuk sehingga 100kg. 

Peti sejuk inverter dua pintu
Panasonic 2 Door Refrigerator (234L)
Panasonic
Panasonic 2 Door Refrigerator (234L) NR-BL263VPMY
From
RM1,439.30
Check Panasonic 2 Door Refrigerator (234L) price below:
add_circle 4 Star Energy Saving
add_circle Menapis bau & bakteria
remove_circle Harga cukup bajet

Peti sejuk ini dipadankan dengan compressor inverter yang dapat mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 40%.

Malah dilengkapi sensor automatik pada pintu, suhu dalaman dan suhu luar peti diyakini membantu menjimatkan tenaga. 

Sistem putaran udara dibantu dengan Ag Clean iaitu menyediakan udara yang bersih sebagai proses melindungi makanan dari 99.9% bakteria dan kulat.

Pada bahagian ruang penyimpanan pula lengkap dengan aturan isian botol dan dulang penyimpanan yang tersusun. 

Walaupun saiz voltan dari 220-240v namun ia tetap mendapat pengiktaran dari Energy Saving pada 4 bintang.

Elba 2 Door Inverter Fridge 310L
peti sejuk elba
From
RM1,500.00
Check Elba 2 Door Inverter Fridge 310L price below:
add_circle Penjimatan tenaga 4 bintang
add_circle Teknologi total no frost
add_circle Aliran udara pelbagai
add_circle Lampu LED dalaman
add_circle Pembuat ais bergerak
remove_circle Kurang sesuai keluarga besar

Ruang peti sejuk tidak mencukupi untuk kegunaan keluarga, selalu beli ais di kedai dan bil elektrik selalu naik? Dapatkan je peti sejuk 2 pintu jenama Elba.

Bukan apa, peti sejuk ini mempunyai penjimatan tenaga 4 bintang, lampu LED dalaman, penyejuk R600a, pembuat ais twist bergerak dan boleh menampung sehingga 310L.

Dilengkapi teknologi no frost dan multi air flow untuk penyejukan sekata dalam pelbagai arah serta teknologi auto defrost turut memudahkan pembersihan peti sejuk.

Terdapat satu ruang chilled room untuk menyimpan produk tenusu dengan suhu optimum dan zon kelembapan pula sesuai untuk mengekalkan kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sangat sesuai untuk mereka yang ingin menyimpan keperluan bulanan seperti bahan basah, makanan frozen segera, produk tenusu dan banyak lagi.

Aksesori peti sejuk termasuk 3 rak kaca lut sinar boleh laras, rak sisi lebar penuh dan dulang telur.

Jaminan am 1 tahun dan compressor kecekapan tinggi dengan jaminan 10 tahun oleh Elba Malaysia.


Peti Sejuk Inverter vs Non Inverter

Ramai yang masih tidak tahu beza non-inverter, malah ada yang salah anggap tentang maksud peti sejuk inverter.

  • Peti Sejuk Inverter

Merupakan sebuah peti ais inverter yang mempunyai teknologi mengurangkan penggunaan elektrik. 

Ini kerana compressor jenis inverter lebih pintar dan mampu menyejukkkan ruang peti sehingga ke tahap maksima.

Sistem inverter dapat menstabilkan suhu walaupun peti sejuk dibuka atau tutup.  Jadi compressor tidak terganggu dan dapat bekerja dengan cekap sepanjang masa. 

Nak lebih senang, ingat sahaja peti sejuk inverter sebagai peti sejuk jimat elektrik. 

  • Peti Sejuk Non Inverter

Peti sejuk non inverter pula menganggu compressor jika peti ais kerap kali dibuka atau ditutup kerana bahagian compressor terpaksa bekerja 'keras' supaya dapat menyejukkan ruang dalam. 

Kesannya anda boleh lihat pada kos bil elektrik. Sebab itu, dulu-dulu mak ayah marah kita asyik buka tutup peti sejuk! 

Tapi, bukan tidak bagus cuma penggunaan elektrik saja yang membezakan.


Bagaimana Cara Memelihara Dan Membersihkan Peti Sejuk?

Berikut langkah dalam membersihkan peti sejuk:

1. Kosongkan peti sejuk: Keluarkan semua barang dari peti sejuk anda. Periksa kualiti makanan dan tarikh luput pada bungkusan. Buang apa sahaja yang telah habis atau sudah tamat tempoh.

2. Tanggalkan semua bahagian yang boleh ditanggalkan: Tanggalkan semua rak dan laci. Berhati-hatilah untuk tidak memecahkannya dengan air suam jika sejuk.

3. Bersihkan bahagian dalam: Lap bahagian dalam peti sejuk dengan larutan sabun pinggan mangkuk dan air yang tidak toksik dan selamat untuk makanan, menggunakan kain lembut, span atau pad gosok.

Untuk kesan sisa makanan yang sukar ditanggalkan atau bau yang serius, gosok dengan campuran yang diperbuat daripada baking soda dan air.

4. Lap bahagian luar: Lap bahagian luar peti sejuk dengan span atau kain microfiber, menggunakan larutan sabun pinggan mangkuk dan air yang lembut. Sekiranya anda mempunyai peti sejuk keluli tahan karat, gunakan produk pembersih yang dibuat untuk keluli tahan karat.

5. Pasang semula komponen yang boleh ditanggalkan dan isi semula peti sejuk anda: Setelah bahagian dalamnya bersih, tutup pintu untuk memberi peluang kepada bahagian dalam untuk menyejukkan semula dan cuci komponen yang boleh ditanggalkan di sink.

Semasa mengisi semula, lap sebarang serpihan, titisan atau sisa melekit pada barang sebelum mengembalikannya ke tempat yang betul.


Adakah Saya Perlu Membeli Peti Sejuk Dengan Kapasiti Besar?

Keperluan untuk peti sejuk berkapasiti besar bergantung pada gaya hidup dan bilangan ahli keluarga dalam rumah anda.

Umumnya, peti sejuk dua pintu 120-200 liter sudah cukup sesuai untuk keperluan harian dan bulanan keluarga 2-4 orang.

Manakala, kapasiti 280-350 liter sesuai untuk keluarga besar 5-7 orang.

Tambahan pula, peti sejuk besar selalunya lebih mahal dan mengambil banyak ruang di dalam dapur anda.

Akhir sekali, perhatikan juga corak penggunaan, menu makan keluarga dan jumlah stok yang biasa disimpan.


Bagaimana Cara Mengurangkan Penggunaan Tenaga Oleh Peti Sejuk?

Ikuti tips di bawah untuk mengurangkan jumlah penggunaan tenaga yang digunakan oleh peti sejuk anda:

  • Gantikan peti sejuk lama

Ini kerana peti sejuk dan penyejuk beku lama menggunakan banyak elektrik. Oleh itu, pertimbangkan untuk membeli perkakas baru yang cekap tenaga. Semakin banyak tanda bintang pada label tenaga, semakin kurang tenaga dan semakin menjimatkan elektrik.

  • Lokasi

Elakkan dari sumber haba seperti ketuhar, dapur, mesin basuh pinggan mangkuk dan cahaya matahari langsung. 

  • Benarkan peredaran udara di belakang peti sejuk

Pastikan juga tempat meletakkan peti sejuk mempunyai beberapa inci di sekeliling sisi untuk memudahkan pengudaraan dan mengeluarkan haba dari condensor

  • Tetapan suhu

Suhu optimum untuk operasi penyejuk beku ialah -19°C dan untuk operasi peti sejuk ialah 3°C atau pada suhu 35 hingga 38 darjah Fahrenheit.

  • Pastikan pintu ditutup 

Setiap kali pintu peti sejuk dibuka, udara sejuk keluar dan udara persekitaran yang hangat masuk ke dalam peti sejuk. Jadi, sentiasa tutup pintu sejuk dengan segera.

  • Periksa pengedap pintu dengan kerap

Pengedap getah digunakan untuk tujuan penebat dan menghalang pertukaran haba antara udara ambient dan peti sejuk. Sekiranya tidak, ganti penutup sekitar pintu.

  • Pastikan peti sejuk anda dalam keadaan terbaik

Buat rancangan mingguan atau bulanan untuk membersihkan peti sejuk. Ini membantu peti sejuk bertahan lebih lama dan menggunakan lebih sedikit tenaga.

  • Hanya letakkan makanan sejuk di dalam peti sejuk

Makanan panas perlu dibiarkan sejuk hingga mencapai suhu bilik sebelum meletakkannya di dalam peti sejuk.


Artikel Berkaitan

End of Article