Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Gunakan 9 Pencuci Muka Untuk Kulit Kusam, Cara Mudah Menaikkan Kembali Seri Wajah

Memutihkan, melembap serta menghidrat tona kulit tidak sekata

Apakah penyebab kulit kusam, lesu dan tidak bermaya?

Pernahkah anda melihat cermin dan berasa seperti kulit anda kelihatan kurang bersemangat, tona kulit menjadi tidak sekata atau cenderung gelap? Ini boleh menjadi tanda bahawa anda mengalami kulit kusam. Gaya hidup di bandar pasti akan menyebabkan kulit kita di bawah pendedahan berterusan terhadap habuk, pencemaran asap kenderaan dan rokok serta sinar cahaya matahari.

Kulit kusam berlaku apabila sel mati terkumpul di dasar kulit, menyebabkan perubahan wajah menjadi tidak segar, kering dan sekaligus menghilangkan kilauan kulit sihat. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kulit kusam seperti tidak melakukan penjagaan kulit dengan betul, kulit kurang lembapan, tidak minum air secukupnya, stres, tak cukup tidur, pencemaran udara, menggunakan produk solekan yang salah dan pemakanan tak seimbang.  

Bagi mengatasi kulit kusam, anda seharusnya memilih produk kecantikan yang bersesuaian dengan kondisi kulit anda. Berita baik? Ikuti senarai pencuci muka untuk kulit kusam yang berkesan mengembalikan keserian wajah anda. Keep scrolling!

Pencuci muka untuk kulit kusam khas dari drugstore
Himalaya Herbals
Semak Himalaya Herbals Gentle Exfoliating Daily Face Wash (100ml) harga dibawah:

Pencuci muka dari rangkaian jenama Himalaya ini adalah yang terunggul dan berkesan untuk mencerahkan serta meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan buah Apricot dan Aloe Vera yang terkenal dengan ciri-ciri penambahbaikkan pada kulit.  

Ianya dapat menghapuskan sel-sel kulit mati serta blackheads dengan berkesan. Pencuci muka ini mampu mengembalikan keserian pada kulit wajah anda dalam masa hanya beberapa hari sahaja. Bergantung pada jenis kulit, anda boleh sesuaikan penggunaannya samada setiap hari atau setiap 2 hari.

Untuk kulit kusam dan gelap
Hada Labo
Hada Labo Premium Whitening Face Wash
Semak Hada Labo Premium Whitening Face Wash harga dibawah:
add_circle Mengandungi Niacinamide
add_circle Bebas pewangi
remove_circle Boleh menyebabkan alergik

Produk kecantikan terkenal dari Jepun, Hada Labo ini membersih dengan lembut dan berkesan menghilangkan kotoran yang tersumbat jauh di dasar kulit. Diperkaya dengan Arbutin & ekstrak tumbuhan segar untuk mengembalikan keseimbangan pH. Ramuan yang terdapat di dalamnya bertujuan untuk menjaga kulit anda dari polusi alam sekitar yang menyebabkan kekusaman dan kekotoran. 

Gunakan dua kali sehari, pada waktu siang dan malam untuk membantu pengawalan minyak berlebihan. Berkesan untuk elakkan kulit menjadi kusam dan meningkatkan kembali seri pada wajah anda. 

Sesuai buat kulit kusam dan kombinasi – memberi perlindungan sepanjang hari
Laneige
Laneige Multi Deep Clean Cleanser (150ml)
Semak Laneige Multi Deep Clean Cleanser (150ml) harga dibawah:
add_circle Membersih sel mati pada kulit wajah
add_circle Mencerahkan wajah
add_circle Sesuai untuk bersih make-up tebal
remove_circle Saiz kecil sahaja

Dirumuskan dengan Papain Enzyme, ekstrak Blueberry dan manik selulosa yang sangat lembut apabila disapu pada wajah, Laneige Multi Deep-Clean Cleanser berfungsi untuk melembap serta mencerahkan kulit, menghilangkan kotoran solekan pada wajah dan debu halus serta merawat sel kulit mati yang terkumpul. 

Produk ini terbaik untuk menangani kebimbangan kulit yang berbeza akibat terdedah kepada stres atau persekitaran yang kotor dan merbahaya. Sesuai untuk semua peringkat usia dan juga semua jenis kulit!

Terbaik buat kulit kusam dan kering, kekalkan lembapan berpanjangan
Kiehl's
Semak Kiehl's Ultra Facial Cleanser (75ml) harga dibawah:

An oldie but a goodie. Untuk kamu yang mempunyai masalah kulit kering atau dehidrasi, pembersih muka berbuih lembut dari jenama Kiehl’s ini dirumus khas dengan Squalane, Minyak Kernel Apricot, Vitamin E dan Minyak Avokado. Ianya berkesan untuk membantu menghilangkan kotoran tanpa mengeringkan atau membuat kulit mengelupas. 

Untuk pengetahuan anda, Vitamin E membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Selain perlindungan antioksidan, Vitamin E dalam pencuci muka ini juga bertujuan untuk mengembalikan kesihatan dan keserian kulit wajah.

Buat si kulit kusam, berminyak dan cenderung jerawat – merawat blackhead, whitehead dan cela
The Body Shop
Cleanser sesuai untuk kulit berjerawat
Semak The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Facial Wash (250ml) harga dibawah:

Pencuci muka Tea Tree dari Body Shop berasaskan gel yang menyegarkan dan melawan jerawat sedia ada. Ianya juga berkesan untuk menghalang dari kemunculan semula jerawat serta mengawal akses minyak yang berlebihan. 

Diperkaya dengan minyak Tea Tree berasal dari kaki bukit Gunung Kenya, pembersih muka ini melindungi kulit anda dari pelbagai masalah kulit termasuk jerawat dan komedo. Ia juga meningkatkan keserian dan keseimbangan semulajadi kulit anda. Tak perlu risau lagi masalah iritasi kulit!

Pencuci muka untuk kulit kusam dan membantu mengurangkan kesan jeragat
First Aid Beauty
Semak First Aid Beauty Skin Rescue Anti-Breakout Charcoal Cleanser (142ml) harga dibawah:

Pembersih muka ini dirumus dengan asid Salicylic dan Thyme untuk membantu memperbaiki kulit bermasalah dan berkesan menghilangkan jerawat serta kesan jeragat. Pencuci muka ini juga mengandungi arang aktif yang menarik toksin dari dasar kulit agar tona wajah anda menjadi lebih sekata. 

Bentonite serta Kaolin clay pula membantu menyerap kekotoran, detoksifikasi, dan membersihkan liang pori. Ekstrak yogurt dan Probiotik di dalamnya membantu meningkatkan pertahanan semula jadi kulit terhadap bakteria yang menyebabkan jeragat. Kulit anda bebas sepenuhnya dari sebarang cela!

Pencuci muka untuk kulit kusam dan sensitif – tidak merengsakan kulit
Eucerin
Semak Eucerin White Therapy Cleansing Foam (150ml) harga dibawah:

Buat kamu yang kekurangan bajet bulan tersebut untuk membeli pencuci muka yang mahal, pembersih muka Eucerin dari drugstore seperti Watson dan Guardian ini berkesan untuk merawat dan membuang sel kulit mati. Produk ini mengandungi Dio Active, iaitu bahan yang berkesan untuk merawat pigmentasi serta menyegarkan dan menghidupkan kembali keanjalan kulit.

Formula ini telah diproses khusus untuk keperluan kulit Asia yang lembut dan halus. Oleh itu ia hanya mengandungi bahan-bahan segar terpilih dan bebas daripada alkohol dan pewarna. Setanding dengan jenama mahal, pencuci muka ini mampu memberi hasil yang memuaskan.

Pencuci muka untuk kulit kusam – murah dan berkualiti tinggi
Safi
Semak Safi Pembersih Muka Mencerah dan Melembap (100ml) harga dibawah:

Safi adalah antara jenama kecantikan yang tidak asing lagi di Malaysia. Oleh itu, mereka menyediakan pembersih muka yang mempertaruhkan khasiat sari susu manggis dengan dwi-fungsi iaitu mencerah dan melembap. Antara ciri khasiat manggis yang terdapat di dalamnya ialah anti-oksidan yang membantu menentang radikal bebas agar kulit wajah kekal remaja.

 Dengan harga pasaran bermula RM10, pembersih muka ini dapat membersihkan kulit wajah dengan lembut serta mencerahkan dan mengekalkan kelembapan biarpun digunakan beberapa kali sehari. Walaupun murah tetapi ia masih berkualiti tinggi dan berkesan untuk mengembalikan seri pada wajah.

Khas untuk lelaki yang alami kulit kusam - detoksifikasi kulit kotor setiap hari
Garnier
Semak Garnier Men Turbolight Oil Control Matcha (100ml) harga dibawah:

Khas buat kaum lelaki yang mempunyai masalah kulit kusam dan berminyak, pembersih muka Garnier Men Turbolight Oil Control Matcha yang bertekstur gel ini dikuasai oleh 100x antioksidan dari ekstrak matcha daun hijau. 

Ia membersihkan kulit dan liang pori tersumbat dari kotoran, minyak dan radikal bebas akibat pencemaran udara. Memberi kesegaran dan rasa bersih yang menyenangkan pada kulit sepanjang hari. Gunakan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang lumayan pada kulit wajah anda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article