Kecantikan

14 Serum Hyaluronic Acid Terbaik 2026 (Semua Jenis Kulit)

Tak perlu pening kepala nak cari produk hyaluronic acid terbaik sebab kami ada senarai serum hyaluronic acid terbaik supaya kulit anda kelihatan sihat.


Editor · Updated 14 Oct 2022

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

14 Serum Hyaluronic Acid Terbaik 2026 (Semua Jenis Kulit)

Kami yakin, ada yang tidak tahu apa itu hyaluronic acid. Kalau nak tahu, hyaluronic acid merupakan sejenis molekul gula yang secara semulajadi dihasilkan oleh badan. 

Malangnya semakin usia meningkat, semakin berkurang penghasilan hyaluronic acid.

Kandungan

Penghasilan hyaluronic acid oleh badan bertujuan memberi kelembapan pada kulit untuk kekal anjal dan sebagai pelincir kepada pergerakan sendi.

Jadi, sangat penting bagi mereka yang sudah mencecah 30an ke atas dalam memilih set penjagaan wajah yang mengandungi hyaluronic acid.

Bagi memudahkan anda, kami senaraikan produk yang mengandungi hyaluronic acid supaya kulit anda kekal lembab dan kelihatan sihat.


Senarai 14 Produk Serum Hyaluronic Terbaik

L'Oreal Paris Revitalift Hyaluronic Acid Serum
Hyaluronic acid terbaik secara keseluruhan 1 daripada 14
L'Oreal Paris Revitalift Hyaluronic Acid Serum
Partnership with L'Oreal Paris
Dari RM78.68
Lihat harga di Lazada Malaysia
Menghidratkan kulit
Tidak menyumbatkan pori
Harga mahal
2 lagi
Bebas alkohol & pewangi
Boleh pakai pagi & malam

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Wanita yang dah memasuki umur 30an boleh mula pakai serum hyaluronic acid terbaik dari L’Oreal untuk mengekalkan keanjalan kulit. 

Ciri-ciri;

Tak perlu ragu untuk guna produk ini pada muka sebab bebas paraben dan pewarna sintetik jadi sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit jenis sensitif. 

Serum ini telah diformulasikan dengan 2 jenis asid hialuronik iaitu Macro Hyaluronic Acid (untuk melicinkan permukaan kulit). 

Manakala Micro Hyaluronic Acid pula akan menyerap masuk ke dalam untuk menganjalkan kulit dari dalaman. 

Malah kedutan dapat dikurangkan sepantas 2 minggu jika serum ini digunakan secara berterusan. 

Review;

‘Kulit terus rasa terhidrat dan licin lepas pakai. Kulit juga jadi lebih lembab, fresh dan nampak glowing kalau pakai secara berterusan. Parut pun macam pudar sikit’

THE ORDINARY Hyaluronic Acid 2% + B5 (30ml)
Serum hyaluronic acid untuk ibu hamil 2 daripada 14
THE ORDINARY Hyaluronic Acid 2% + B5 (30ml)
Partnership with
Dari RM60
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
pH 6.5-7.5
Ada Glycerin
Keberkesanan bergantung pada kulit masing-masing
3 lagi
Bebas alkohol
Tidak diuji keatas haiwan
Boleh pakai siang & malam

Terdapat 3 jenis asid hialuronat dalam produk The Ordinary ini. Asid tersebut berfungsi untuk menghidratkan dan menganjalkan kulit tanpa menarik air yang sedia ada dari kulit. 

Malah mampu menghidratkan kulit hingga ke lapisan dalam. Turut mengandungi vitamin B5 yang bagus untuk melembabkan kulit muka. 

Selamat digunakan pada semua jenis kulit termasuk jenis kulit sensitif dan ibu hamil kerana tidak mengandungi silikon, minyak, gluten dan kacang. 

Namun, digalakkan untuk dapatkan nasihatkan doktor anda sebelum guna.

Serum hyaluronic acid untuk kulit sensitif 3 daripada 14
Neutrogena Hydro Boost Capsule In Serum (30ml)
Partnership with Neutrogena
Dari RM82.37
Lihat harga di Watsons Malaysia
Bebas pewangi & paraben
Cepat menyerap dalam kulit
Harga mahal
2 lagi
Jenis non-comodogenic
Menghidratkan kulit

Untuk yang memiliki kulit jenis kering atau sensitif, produk Hyaluronic Acid ini memang diformulasikan khas untuk anda kerana bersifat hypoallergenic. 

Serum Neutrogena ini juga mengandungi Glycerin yang boleh memberikan kelembapan kepada 9 lapisan sel kulit, jadi wajah anda bakal menjadi licin dan anjal. 

Turut mempunyai Pro Vitamin B5 dan teknologi prebiotik untuk membantu merangsang pemulihan kulit yang bermasalah. 

Bahan yang terkandung ini menjadikan serum ini sesuai digunakan pada kulit muka jenis normal.

Hada Labo HA Supreme
Serum dengan hyaluronic acid japan 4 daripada 14
Hada Labo HA Supreme
Partnership with Hada Labo
Dari RM118.45
Lihat harga di Lazada Malaysia
Untuk kulit sensitif
Ada 4 jenis asid hialuronik
Harga yang agak mahal dengan kuantiti yang sedikit
2 lagi
Bebas paraben, pewangi tiruan & silikon
Tidak mengandungi minyak mineral & alkohol

H.A Supreme Cica Soothing di diperkaya dengan Cica extract bagi membekalkan kelembapan dan membaiki sel kulit yang rosak.

Ciri lain lagi, serum ini dapat menjadikan kulit lebih segar dan melegakan iritasi yang terjadi pada kulit wajah.

Hyaluronic acid pula berfungsi menjadikan kulit anjal dan lembab bukan hanya pada lapisan atas kulit tetapi sehingga lapisan bawah kulit. 

Maksudnya, kulit anda akan kekal lembab walaupun sesudah membasuh wajah.

Kadar penyerapan yang pantas, lembut, dan licin! 

Safi Hydra Glow Oil Free Serum
Serum hyaluronic acid untuk kulit berminyak 5 daripada 14
Safi Hydra Glow Oil Free Serum
Partnership with
Dari RM27.81
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Dapat mengekalkan kelembapan
Mampu melegakan iritasi
Mengandungi pewangi
1 lagi
Sesuai untuk kulit sensitif

Serum Safi ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit berminyak dan kering.

Ini kerana bahannya fokus untuk penghidratan dan mempunyai tekstur ringan dan bersifat hipoalergenik yang telah dapat kelulusan dari ujian saintifik.

Selain itu, mampu meredakan kemerahan pada kulit akibat berminyak ataupun kulit kering.

Dalam masa yang sama dapat memulihkan lapisan kulit yang rosak dan melegakan kulit anda.

Bahan seperti glycerin berfungsi untuk mengawal tahap kelembapan hingga lapisan kulit dalam serta memastikan kulit kekal segar. 

Manakala bahan Hyaluronic acid pula dapat kekalkan kelembapan pada wajah tanpa menjadikan berminyak serta meningkatkan tahap keanjalan kulit.  

Ruruberry 10% Niacinamide + HA Hyaluronic Acid (30ml)
Niacinamide hyaluronic acid 6 daripada 14
Ruruberry 10% Niacinamide + HA Hyaluronic Acid (30ml)
Partnership with
Dari RM39
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tekstur tak melekit
Mengecilkan saiz pori
Mungkin boleh sebabkan skin purging
2 lagi
Mengurangkan parut jerawat
Sesuai untuk kulit berminyak

Serum Ruruberry bukan hanya kaya dengan Hyaluronic Acid untuk elakkan masalah kulit kendur, malah mengandungi 10% Niacinamide (vitamin B3 untuk mengawal pigmentasi). 

Ini menjadikan serum ini berkesan dalam meratakan tekstur kulit yang kasar dan mencerahkan kulit kusam. 

Masalah garis-garis halus dan kemerahan kulit juga boleh dikurangkan dan kulit yang kendur juga boleh ditegangkan semula. 

Lagi bagus, sesuai digunakan pada kulit yang cenderung berjerawat, sensitif dan kering. 

Dengan penggunaan yang konsisten, anda boleh nampak jerawat juga akan berkurangan kerana boleh menstabilkan penghasilan sebum. 

Jangan lupa untuk pakai sunscreen lepas guna produk hyaluronic acid terbaik ini ketika siang hari.

SKINTIFIC-4D Hyaluronic Acid Hydrating Serum
Serum hyaluronic acid untuk semua jenis kulit 7 daripada 14
SKINTIFIC-4D Hyaluronic Acid Hydrating Serum
Partnership with
Dari RM66.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Melembabkan kulit
Mengembalikan keanjalan kulit
Harga mahal
3 lagi
Bebas alkohol, paraben & pewarna
Elakkan kulit dari kering & mengelupas
Perlu pakai sunscreen selepas pakai serum ketika siang hari

Nak kelihatan awet muda? Apa kata jadikan serum dengan kandungan 5 peratus hyaluronic acid ini sebagai senjata untuk lambatkan tanda penuaan. 

Ini kerana produk Skintific ini mampu mengunci kelembapan kulit sehingga 48 jam dan jangan risau, selamat untuk dipakai pada semua jenis kulit. 

Selain itu, mengandungi peptida yang boleh merangsang penghasilan kolagen supaya kulit kelihatan sihat dan segar.

Sekali gus boleh menguatkan lagi lapisan perlindungan kulit. Manakala kandungan Thermal Water pula boleh melegakan kulit bermasalah. 

Untuk hasil yang lebih berkesan, digalakkan untuk guna serum pada waktu pagi dan malam.

VIBRANT GLAMOUR Hyaluronic Acid Face Serum
Serum hyaluronic acid untuk kulit kering 8 daripada 14
VIBRANT GLAMOUR Hyaluronic Acid Face Serum
Partnership with
Dari RM14.30
Lihat harga di Shopee Malaysia
Tak melekit
Melembapkan kulit
2 lagi
Membaiki keanjalan kulit
Sesuai untuk semua jenis kulit

Serum Vibrant Glamour ini bukan sahaja murah dan mampu milik, malah berkesan untuk mengurangkan masalah kulit kasar dan kering. 

Apa yang menarik, produk ini boleh digunakan juga pada kulit sensitif sebab ia bebas alkohol dan minyak mineral. 

Masalah kemerahan kulit dan jerawat juga mampu dikurangkan dengan serum asid hialuronik ini. 

Memang bagus untuk menghidratkan hingga ke lapisan bawah kulit dan mengecilkan saiz pori.

Turut mengandungi Hexapeptide-12 untuk mengurangkan kehilangan kolagen dan mengurangkan garis-garis halus.

ONE THING Hyaluronic Acid Complex Serum
Hyaluronic acid serum korea 9 daripada 14
ONE THING Hyaluronic Acid Complex Serum
Partnership with
Dari RM29.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Diperbuat di Korea
Menghidrat kulit dengan baik
Harga agak mahal
2 lagi
Mengurangkan garis halus
2 pilihan isipadu (150ml & 40ml)

Takut guna serum Hyaluronic Acid sebab kulit jenis sensitif? Usah risau, serum One Thing ini sesuai untuk semua jenis kulit. 

Bukan sahaja bagus untuk meningkatkan keanjalan kulit malah berkesan untuk melembabkan wajah. 

Jangan lupa untuk gunakan produk hyaluronic acid terbaik ini dengan konsisten bagi mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan.  

Ini kerana molekul asid hyaluronic dalam serum ini boleh menyerap masuk hingga ke lapisan epidermis dan dermis kulit.

Handmade Heroes The Ultimate Snow Shroom Hyaluronic Acid Serum
Serum hyaluronic acid untuk ibu menyusu 10 daripada 14
Handmade Heroes The Ultimate Snow Shroom Hyaluronic Acid Serum
Partnership with
Dari RM107.91
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kurangkan kedutan & garis halus
Boleh pakai waktu siang & malam
Harga terlalu mahal, kuantiti agak sedikit
3 lagi
Melembabkan kulit
Menganjalkan kulit
Tidak berkesan untuk mengurangkan jerawat

Untuk yang mahu guna serum Hyaluronic acid yang halal, serum The Ultimate Snow Shroom adalah yang terbaik untuk anda. 

Sesuai dengan semua jenis kulit terutamanya yang kering atau berminyak. 

Serum menghidratkan kulit ini juga bagus untuk memperbaiki tekstur kulit dan lapisan kelembapan kulit. 

Boleh dipakai juga oleh ibu yang sedang menyusu sebab formulanya bebas pewangi dan minyak pati. 

Digalakkan untuk buat patch test terlebih dahulu sebelum sapu serum ini pada seluruh wajah. 

Turut mengandungi Snow Mushroom yang boleh membantu penghasilan kolagen untuk kulit.

MELAO Vitamin C Hyaluronic Acid Professional Facial Serum
Hyaluronic acid serum vitamin C 11 daripada 14
MELAO Vitamin C Hyaluronic Acid Professional Facial Serum
Partnership with
Dari RM35
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga murah
Ada vitamin E & aloe vera
Keberkesanan bergantung pada jenis kulit
2 lagi
Boleh mencerahkan kulit
Mengurangkan garis halus

Kami sarankan anda yang mahu produk melembabkan kulit untuk guna serum MELAO yang mengandungi asid hyaluronic dan vitamin C.  

Ini kerana bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah kulit kusam, malah boleh menggalakkan penghasilan kolagen. 

Dengan penggunaan serum ini tona kulit akan jadi lebih sekata, saiz pori mengecil dan kulit tak mudah berkedut sebab keanjalan kulit terjaga. 

Kulit juga akan lebih licin dan lembut selepas guna serum ini. Yang penting, penggunaan perlu konsisten untuk nampak perubahannya.

Mizon Hyaluronic Acid 100
Serum hyaluronic acid untuk kulit jerawat 12 daripada 14
Mizon Hyaluronic Acid 100
Partnership with
Dari RM60
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Cepat meresap & tak melekit
Mencerahkan kulit kusam
Harga agak mahal
2 lagi
Kulit tampak berkilat
Bebas pewangi

Selesaikan masalah kulit kering dengan serum Mizon yang mengandungi 50% hyaluronic acid dan antioksidan. 

Serum ini diformulasikan dengan ekstrak bunga dan tumbuhan yang boleh membaiki tekstur kulit dan mengekalkan keanjalan kulit muka. 

Kesannya kulit anda akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar.

Selain melembabkan kulit, serum ini bagus juga untuk mengurangkan kemerahan kulit terutamanya untuk anda yang ada kulit sensitif. 

Boleh membantu untuk mengurangkan parut dan cela pada muka sebab sesuai dengan semua jenis kulit.

La Roche Posay Hyalu B5 Serum
Pure hyaluronic acid serum 13 daripada 14
La Roche Posay Hyalu B5 Serum
Partnership with
Dari RM117.73
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Terdapat Glycerin & tak melekit
Sesuai untuk semua jenis kulit
Harga sangat mahal
1 lagi
Menganjalkan kulit

Stres sebab muka mula menampakkan kedutan? Guna sahaja serum anti penuaan dengan asid hyaluronic tulen ini.

Selain itu, produk La Roche Posay turut mengandungi vitamin B5 untuk menghidratkan semula kulit yang mengalami dehidrasi. 

Bagus juga untuk membaiki lapisan kelembapan semula jadi kulit. 

Untuk penggunaan and digalakkan untuk sapu serum ini pada wajah lepas cuci muka dan sebelum pakai krim pelembab.

CeraVe Anti Aging Retinol Serum
Retinol & hyaluronic acid serum 14 daripada 14
CeraVe Anti Aging Retinol Serum
Partnership with
Dari RM96
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Anti penuaan
Tidak merengsakan kulit
Keberkesanan bergantung pada jenis kulit
2 lagi
Mengurangkan kedutan
Bebas pewangi

Serum ini diformulasikan dengan retinol dan hyaluronic acid yang boleh menyerikan, menghidratkan wajah dan membaiki tekstur kulit muka anda. 

Apa yang bagusnya tentang serum ini adalah mengandungi Niacinamide dan Ceramides supaya dapat menjaga lapisan perlindungan semula jadi kulit. 

Malah, tidak akan menyebabkan pori tersumbat kerana jenis non-comedogenic.


Kebaikan Serum Hyaluronic Acid 

Untuk anda yang mula mengalami masalah kulit kendur atau tekstur kulit kasar, boleh masukkan penggunaan serum Hyaluronic Acid dalam rutin kecantikan harian anda. 

Ini kerana Hyaluronic acid boleh membantu menghidratkan kulit dan mengekalkan keremajaan kulit anda.

Selain itu, bahan ini juga bagus untuk beberapa masalah antaranya;

  • Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan pada wajah 
  • Mengurangkan masalah lingkaran gelap bawah mata (dark circles) 
  • Membantu mengekalkan kelembapan kulit 
  • Melindungi kulit daripada rosak akibat sinaran matahari 
  • Boleh kurangkan masalah parut 
  • Bagus juga untuk kulit kering  

Anda boleh dengarkan penjelasan lebih terperinci menerusi video di bawah.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation