Dapur masak elektrik sudah menjadi barangan dapur yang wajib ada walaupun saiz kecil.
Bukan apa, kalau tengah masak dan tiba-tiba tak ada gas, boleh je sambung masak guna dapur elektrik.
Kandungan
- Senarai 7 Dapur Elektrik Terbaik
- Terbaik keseluruhan: TEKA HIC 7322 Ceramic and Induction Cooker
- TEKA HIC 7322 Ceramic and Induction Cooker
- Terbaik untuk dapur kecil: Elba Slim Design 1800W Induction Cooker EIC-G1810
- Elba Slim Design 1800W Induction Cooker EIC-G1810
- Terbaik dengan dua zon pemanasan: FIRENZZI Double Ceramic Electric Built In Cooker FRR-2199
- FIRENZZI Double Ceramic Electric Built In Cooker FRR-2199
- Terbaik jenama dipercayai: Philips HD4902 Induction Cooker
- Philips HD4902 Induction Cooker
- Paling murah keseluruhan: HZA-34 Compact Portable Electric Cooking Mini Stove
- HZA-34 Compact Portable Electric Cooking Mini Stove
- Terbaik untuk dua periuk serentak: Panasonic KY-R737RLMPQ 2 Zone Ceramic Hob
- Panasonic KY-R737RLMPQ 2 Zone Ceramic Hob
- Terbaik untuk reka bentuk nipis: Tefal Induction Hob Express Slim IH 7208
- Tefal Induction Hob Express Slim IH 7208
- Panduan Tips Beli Dapur Elektrik Terbaik
- Artikel Berkaitan
Tapi dapur elektrik ni ada banyak jenis dan kami akan senaraikan dapur elektrik yang bagus.
Jom kita lihat senarai berikut.
Senarai 7 Dapur Elektrik Terbaik
Jawapan ringkas: dapur elektrik terbaik keseluruhan di Malaysia ialah TEKA HIC 7322 Ceramic and Induction Cooker, RM999.10 di Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia (harga disemak 19 September 2026). Jika bajet terhad, HZA-34 Compact Portable Electric Cooking Mini Stove bermula RM25.42 adalah pilihan paling murah dalam senarai ini.
Bagaimana Kami Pilih
Kami menyemak harga dan ketersediaan setiap dapur elektrik di Shopee Malaysia dan Lazada Malaysia pada 19 September 2026, membandingkan jenis elemen pemanasan (induction, ceramic), saiz dan kuasa sebelum menyenaraikannya. Produk yang tiada harga semasa atau tiada penjual sah di Malaysia kami keluarkan daripada senarai.
Terbaik keseluruhan: TEKA HIC 7322 Ceramic and Induction Cooker
2 lagi
Sebab menjadi pilihan;
Mempunyai rekaan moden dan elegan dan bahagian kawalan fungsi touch screen yang memudahkan.
Ciri-ciri;
Dapur elektrik ini menggabungkan dua jenis zon memasak iaitu seramik dan induction cooker.
Jadi anda boleh memilih mengikut kesesuaian perkakas ketika memasak.
Penggunaan dan pengawalan fungsinya juga mudah dimana hanya mengawal menggunakan touch screen.
Dapur ini mempunyai kawalan kuasa sehingga 8 tahap serta suhu dapur ini boleh dilaras daripada 60-240 darjah celcius.
Bahagian ciri keselamatan, dapur ini dilengkapi dengan fungsi safety lock, child lock system dan overheating protection.
Teka Malaysia memberi warranty selama 2 tahun kepada pengguna.
Review;
“Pembelian yang bernilai, diuji dan berfungsi, berkualiti tinggi”
Terbaik untuk dapur kecil: Elba Slim Design 1800W Induction Cooker EIC-G1810
3 lagi
Dapur masak ini menggunakan material plat kaca kristal seramik hitam dengan berat yang hanya 2.10 kg.
Dapur ini mempunyai fungsi suhu, timer dan voltage yang boleh dilaras serta knob kawalan dengan paparan LED.
Untuk ciri keselamatan, dapur ini mempunyai fungsi sensor fault, anti slip rubber feet, under dan over voltage protection.
Malah terdapat juga fungsi keselamatan automatic turn off sekiranya tidak digunakan selama 2 jam.
Dapur ini sesuai untuk perkakas jenis, iron, cast iron, stainless steel yang berukuran diameter 12-26cm dan perkakas flat bottom.
Pengeluar turut memberi warranty selama 1 tahun.
Terbaik dengan dua zon pemanasan: FIRENZZI Double Ceramic Electric Built In Cooker FRR-2199
3 lagi
Dapur ini sesuai untuk anda yang baru berjinak ke dapur kerana mudah digunakan.
Hanya dengan kawalan sentuh, anda boleh masak seperti biasa.
Paling penting mudah dibersihkan pada bahagian tepi jika terdapat kotoran ketika menumis atau menggoreng.
Dapur elektrik ini turut mempunyai ciri keselamatan seperti sistem kunci untuk kanak-kanak dan perlindungan dari haba terlalu panas.
Bukan sahaja mudah digunakan dan selamat, tetapi turut membuatkan dapur anda tampak elegan dengan rekaan kaca kristal hitam.
Pengeluar turut memberi warranty selama 1 tahun kepada pembeli.
Terbaik jenama dipercayai: Philips HD4902 Induction Cooker
2 lagi
Dapur elektrik ini mampu memberikan anda merasa mudah ketika memasak kerana mempunyai mod masakan yang ditetapkan.
Maksudnya, tekan saja butang jenis masakan pada induction yang telah diprogramkan tanpa memikirkan suhu yang sesuai.
Bagaimanapun dapur daripada Philips ini mempunyai 5 tahap kuasa memasak yang boleh dilaras.
Dapur ini direka dengan kaca yang tahan lasak, mudah dicuci dan ciri keselamatan yang telah mendapat kelulusan dari pihak SIRIM.
Jangan risau, ketika memasak pada bahagian permukaan tidak panas apabila disentuh serta mempunyai overheating protection.
Pengeluar turut menyediakan warranty selama 2 tahun untuk semua pengguna di seluruh dunia.
Paling murah keseluruhan: HZA-34 Compact Portable Electric Cooking Mini Stove
2 lagi
Dengan rekaan yang kecil dan berat hanya 1.2 hingga ke 2 kg menjadikan dapur elektrik ini mudah dibawa ke mana saja.
Dapur ini memerlukan ruangan memasak 22cm x 22 cm sahaja. Kalau nak bawa pergi berkelah pun boleh asalkan ada kemudahan plug.
Bahagian sistem keselamatan, dapur ini mempunyai sistem automatic thermal cut off jika tempoh pemanasan terlalu lama.
Ingin diingatkan dapur ini sesuai untuk masakan hidangan kecil dan ringkas.
Terbaik untuk dua periuk serentak: Panasonic KY-R737RLMPQ 2 Zone Ceramic Hob
2 lagi
Dapur elektrik dari Panasonic ini berfungsi dengan kawalan digital sepenuhnya dimana dapat membuatkan kerja memasak jadi lebih mudah.
Malah dapur elektrik ini dapat menjimatkan tenaga dan mempunyai ciri keselamatan untuk perlindungan dari kanak-kanak.
Antaranya over temperature protection dan auto shut down sekiranya anda lupa tutup suis selepas menggunakannya.
Dengan kawalan digital, timer dan suhu boleh dilaras mengikut jenis masakan.
Pengeluar turut memberi warranty selama 1 tahun kepada pengguna.
Terbaik untuk reka bentuk nipis: Tefal Induction Hob Express Slim IH 7208
3 lagi
Untuk penggemar steamboat atau shabu-shabu, kini anda sudah boleh menikmatinya di rumah dengan dapur elektrik daripada Tefal ini.
Dapur ini mempunyai 6 fungsi memasak dengan 10 tahap pemanasan mengikut keinginan anda dan kawalan timer untuk ketepatan.
Paparan butang fungsi yang menggunakan simbol juga membuatkan anda mudah faham dan mudah untuk menggunakannya.
Dapur ini dibina dengan panel vitro ceramic yang mudah dibersihkan.
Tambahan lagi pengguna turut diberi Shabu Pot percuma untuk setiap pembelian.
Jangan risau, terdapat warranty selama 2 tahun daripada Tefal.
Panduan Tips Beli Dapur Elektrik Terbaik
Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli dapur elektrik.
Ini kerana bergantung pada gaya hidup, kesesuaian dapur dan cara memasak.
Tapi sebelum nak beli, pastikan anda lihat faktor berikut supaya pembelian berbaloi.
-
Elemen pemanasan
Dapur yang menggunakan elemen pemanasan jenis induction merupakan paling efektif berbanding yang lain.
Tetapi anda perlu menggunakan perkakas yang sesuai untuk memanfaatkan keupayaan pemanasannya.
-
Panel Knob Kawalan
Dalam memilih dapur elektrik yang baik, panel knob kawalan perlu dilihat agar mudah untuk anda mengawal.
Pastikan panel knob berada pada posisi yang selamat, tidak terlalu dekat dengan ruang pemanasan serta mudah dibaca.
-
Spesifikasi dan fungsi yang disediakan
Spesifikasi dan fungsi perlu di lihat untuk memastikan anda tahu tentang cara masakan yang bersesuaian dengan produk dapur elektrik yang anda pilih.
-
Ciri keselamatan
Ciri keselamatan sememangnya penting untuk mengelakkan kejadian tak diingini semasa anda
menggunakanya.
Ingin kami tekankan, pastikan anda ada sebab membeli dapur elektrik jika tidak, akan menjadi pembelian yang membazir.
Untuk mengetahui bagaimana perlu tahu sama ada anda perlu atau tidak dapur elektrik di dapur, jom saksikan video berikut.
Artikel Berkaitan
- 7 Ketuhar (Oven) Gas Terbaik di Malaysia 2026
- 12 Dapur Gas Terbaik Malaysia 2026 (Jenama & Harga Terkini)
- 8 Tupperware Kedap Udara Ini Memudahkan Anda Untuk Menyimpan Makanan Semalaman
- Jenis Lesung Batu Moden (Penumbuk) Terbaik
- 12 Jenis Mesin Reflexology Urut Kaki Terbaik di Malaysia 2026
- Senarai 8 Stokin Kaki Terbaik di Malaysia 2026




