Kecantikan

14 Pencuci Muka Terbaik untuk Kulit Berjerawat di Malaysia 2026

14 pencuci muka terbaik untuk kulit berjerawat di Malaysia, harga disemak 18 September 2026. Pilihan kami: Hada Labo AHA/BHA Facial Wash, RM28 di Shopee.


Editor · Updated 18 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

14 Pencuci Muka Terbaik untuk Kulit Berjerawat di Malaysia 2026
Paling murahHimalaya Purifying Neem Face Wash (50ml)
RM9.35See price at Lazada

Jawapan ringkas: pencuci muka untuk jerawat yang paling disyorkan ialah Hada Labo AHA/BHA Acne Control Facial Wash, RM28 di Shopee Malaysia (harga disemak 18 September 2026), kerana ia mengandungi AHA dan BHA sebenar untuk exfoliate lembut.

Ada sesetengah orang mengalami masalah jerawat naik hampir setiap minggu, sampai dah puas cari skincare untuk jerawat.

Kandungan

Adakah anda salah seorang yang mengalami situasi ini? Teringin nak muka flawless macam artis Korea yang bebas jerawat?

Ada beberapa cara mudah untuk kurangkan jerawat di muka, seperti ubah diet pemakanan harian kepada yang lebih sihat dan tukar rutin penjagaan wajah dengan menggunakan pencuci muka yang tepat.

Kalau anda nak hilangkan bekas jerawat, boleh juga cari pencuci muka untuk bekas jerawat yang boleh mengembalikan seri wajah anda.

Terdapat banyak pencuci muka untuk jerawat di pasaran dan pencuci muka untuk hilangkan parut jerawat pun ada.

Kami semak setiap harga di penyenaraian Shopee Malaysia yang kami pautkan pada 18 September 2026, supaya senarai ini tepat pada hari anda membacanya.

Jom lihat senarai produk terbaik untuk anda pilih supaya kulit bebas jerawat.


Pilihan keseluruhan terbaik: Hada Labo AHA/BHA Acne Control Facial Wash

Himalaya Purifying Neem Face Wash
Paling murah 1 daripada 14
Himalaya Purifying Neem Face Wash (50ml)
Himalaya Herbals
Dari RM9.35
Lihat harga di Lazada Malaysia
Matikan bakteria pada wajah
Menggunakan bahan semulajadi
Bergantung kesesuaian kulit individu
1 lagi
Tidak akan meninggalkan kesan sampingan

Sebab menjadi pilihan utama:

Pencuci muka jenama Himalaya ini mengandungi Neem dan kunyit yang kaya dengan sifat antibakteri dan anti kulat yang mampu menghalang jerawat daripada tumbuh lagi. 

Ciri-ciri:

Diperbuat daripada herba, bebas daripada sabun dan mampu membersihkan kekotoran pada wajah serta dapat mengurangkan jerawat.

Memang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit berjerawat, kulit berminyak dan kulit normal. 

Disebabkan bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi, ia tidak akan meninggalkan kesan sampingan.

Anda boleh guna produk ini 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. 

Review:

"Saya dah guna produk ni selama beberapa bulan, dan saya boleh katakan jerawat dah jarang ada pada muka. Memang sangat berbaloi untuk cuba, dan saya pasti akan repeat order."

Price
RM9.35

Terbaik bahan semula jadi: SAFI Naturals Cleanser Anti Acne Gamat & Habbatus Sauda

Pencuci muka 6 dalam 1 - untuk kulit wajah berjerawat
Untuk lelaki 2 daripada 14
Garnier Men Acno Fight Acne Foam (100ml)
Garnier
Dari RM11
Lihat harga di Lazada Malaysia
Merawat kulit masalah jerawat
Membuang sel kulit mati
Tidak sesuai untuk kulit berminyak
2 lagi
Diperkaya dengan Herba Repair
Tekstur creamy

Masalah kulit berjerawat sebenarnya jarang dialami oleh lelaki kecuali mengalami perubahan hormon ataupun darah tidak bersih/kotor.

Jadi produk Garnier mengeluarkan pencuci muka khas untuk lelaki yang dapat membuang sel-sel kulit mati serta menghalang kadar pertumbuhan jerawat.

Malah dengan kandungan yang diperkaya Herba Repair dan penulenan asid salisiklik dapat mengurangkan:

  • Minyak
  • Jerawat
  • Blackheads
  • Bintik kemerahan
  • Mengecilkan lubang pori

Cara penggunaan mudah saja, hanya sapu pada muka yang sudah dilembabkan dan bilas dengan air sehingga bersih.

Sebaiknya guna selepas anda melakukan aktiviti dari luar dan sebelum tidur. 

Price
RM11

Paling murah: Himalaya Purifying Neem Face Wash (50ml)

Cetaphil Gentle Skin Cleanser (250ml)
Kulit sangat sensitif 3 daripada 14
Cetaphil Gentle Skin Cleanser (250ml)
Cetaphil
Dari RM45.80
Lihat harga di Shopee Malaysia
pH seimbang
Melembabkan kulit
Harga mahal
3 lagi
Tidak merengsakan
Tidak memedihkan mata
Boleh digunakan walaupun tanpa air

Pencuci muka Cetaphil ini merupakan produk yang disarankan oleh ahli dermatologi. 

Ini kerana sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif dan kering. 

Malah dapat melindungi lapisan perlindungan kulit agar kelembapan sentiasa dikekalkan dan sihat. 

Produk dengan tekstur berkrim ini juga berkesan membersihkan wajah dari sebarang kekotoran dan kesan mekap tanpa mengeringkan kulit.  

Paling penting, bebas pewangi dan boleh digunakan juga pada badan ketika mandi.

Price
RM45.80

Terbaik kulit sensitif: Mama's Choice Gentle Face Wash

Hada Labo AHA BHA Acne Control Facial Wash
Pilihan keseluruhan terbaik 4 daripada 14
Hada Labo AHA/BHA Acne Control Facial Wash
Hada Labo
Dari RM28
Lihat harga di Shopee Malaysia
Melindungi kulit dari pencemaran persekitaran
Membentuk lapisan perlindungan kulit
Kurang sesuai untuk kulit sensitif
3 lagi
pH seimbang & buih halus
Melembutkan kulit
Bebas pewangi & pewarna

Produk Hada Labo Acne Control mengandungi tanah liat Bentonite yang diambil daripada abu gunung berapi. 

Dengan tanah liat Bentonite, pencuci muka ini berkesan untuk menyerap minyak berlebihan pada kulit sekaligus dapat menyingkirkan kekotoran pada wajah.

Apa yang paling bagus ialah diformulasikan AHA (glycolic acid) dan BHA (salicylic acid) yang terbaik untuk menyingkirkan sel kulit mati dan blackheads.

Turut mengandungi ekstrak Pansi liar yang boleh membantu melawan pembiakan jerawat. 

Pencuci muka yang boleh digunakan 2 kali sehari ini diperbuat daripada formula Triple Anti Pollution yang mengurangkan kebolehan partikel tercemar untuk melekat pada wajah. 

Price
RM28

Terbaik gel bamboo charcoal: Bio-essence Bio-Treasure Korea Bamboo Acne Control Gel Cleanser

OXY Acne Control Whitening Wash
Mencerah dan kawal jerawat 5 daripada 14
OXY Acne Control Whitening Wash
Dari RM17.20
Lihat harga di Lazada Malaysia
Memperbaiki kulit kusam
Membersihkan kulit dengan mendalam
Keberkesanan bergantung pada jenis kulit
2 lagi
Kekalkan kelembapan kulit
Ada Vitamin E

Produk jenama Oxy ini dihasilkan daripada Acnoplex 4-In-1 yang boleh mengawal minyak, mencerahkan kesan jerawat dan menghidratkan semula kulit.

Ditambah pula dengan bahan ekstrak rumpai laut dan minyak zaitun, memang dapat mengurangkan pertumbuhan jerawat.

Pencuci muka untuk kulit berjerawat ini juga mengandungi ekstrak Centella Asiatica untuk mencerahkan bintik hitam. 

Selain itu, turut mengandungi Salicylic Acid untuk singkirkan sel kulit mati dan bahan Isopropyl Methylphenol meresap jauh ke dalam pori untuk melawan jerawat.

Kulit wajah juga akan kembali cerah selepas penggunaan produk ini. 

Price
RM17.20

Terbaik green tea & neem: Beautea by SAFI Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser

Green tea and neem 6 daripada 14
Beautea by SAFI Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser
Safi
Dari RM13.52
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengawal penghasilan sebum
Melindungi kulit daripada jerawat
Keberkesanan bergantung pada jenis wajah
2 lagi
Sesuai untuk remaja
Harga murah

Malu berdepan orang ramai sebab ada parut jerawat yang tak hilang? 

Kami sarankan anda untuk cuba pencuci muka Safi yang kaya dengan teh hijau ini. 

Ini kerana produk yang lembut pada kulit dan tidak mengandungi sabun ini turut diperbuat daripada ekstrak daun Neem yang boleh meminimalkan parut jerawat. 

Pencuci muka jenis gel ini juga mampu membersihkan wajah daripada sebarang kekotoran dan minyak. 

Malah bebas daripada kandungan bahan bahaya seperti paraben, silikon, alkohol dan SLS/SLES. 

Ini menjadikan sesuai untuk kulit normal hinggalah kulit yang berminyak.

Price
RM13.52

Terbaik kulit berminyak: Oxy Acne Face Wash

L’Oreal Men White Activ Anti-Acne Volcano Foam Wash
Lelaki kulit gelap 7 daripada 14
L’Oreal Men White Activ Anti-Acne Volcano Foam Wash
Dari RM18.45
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menghilang dan mencegah jerawat
Pembersihan yang menyeluruh
Hanya untuk lelaki

Produk penjagaan muka lelaki ini diperkaya dengan mineral gunung berapi dan antioksidan.

Bahan ini untuk membersih, menentang jerawat dan mencegah dari jerawat yang baru di masa akan datang.

Ujian klinikal telah membuktikan produk ini bukan saja menghilang dan menghalang jerawat tapi mampu mencerahkan.

Selain itu, dapat mematikan sel kulit mati, menganjalkan kulit dengan menghilangkan sebum yang berlebihan dan membersih secara mendalam.

Cara penggunaan:

  • Buihkan di tapak tangan anda
  • Sapukan pada muka yang basah dan urut perlahan-lahan pada bahagian muka
  • Bilas sehingga air jernih
  • Gunakan mosturizer atau Serum selepas mencuci. 
Price
RM18.45

Terbaik untuk lelaki: Garnier Men Acno Fight Acne Foam (100ml)

Mama's Choice Gentle Face Wash
Kulit sensitif 8 daripada 14
Mama's Choice Gentle Face Wash
Dari RM31.70
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunya ekstrak beras
Mampu mencerahkan kulit
Harga sedikit mahal
1 lagi
Membersihkan kekotoran & kesan mekap

Bagi wanita mengandung yang mengalami masalah kulit berjerawat, boleh cuba pencuci muka Mama’s Choice ini. 

Ini kerana sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. 

Jadi ibu yang sedang menyusukan anak juga boleh guna produk ini pada wajah sebab bebas daripada paraben, sulfate, alkohol, pewangi dan SLS. 

Dengan kandungan ekstrak kolagen terhidrolisis, pencuci muka yang ada Niacinamide ini juga boleh melembabkan dan mengekalkan keanjalan kulit ketika hamil.

Price
RM31.70

Terbaik untuk mencerahkan kulit: Mentholatum Acnes Clear & Whitening Wash

Bio-essence Bio-Treasure Korea Bamboo Acne Control Gel Cleanser
Gel bamboo charcoal 9 daripada 14
Bio-essence Bio-Treasure Korea Bamboo Acne Control Gel Cleanser
Bio-essence
Dari RM17.52
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Telah diuji secara dermatologi
Bebas daripada alkohol & paraben
Keberkesanan bergantung pada jenis kulit
2 lagi
Membersihkan pori tersumbat
Boleh guna 2 kali sehari

Pencuci muka jenis gel dari Bio-Essence ini pula telah diformulasikan dengan buluh Korea untuk melembabkan kulit dan memperbaiki lapisan perlindungan kulit. 

Selain itu, boleh mengurangkan pengeluaran sebum berlebihan agar tiada lagi masalah breakouts pada kulit. 

Yang penting, pencuci muka untuk jerawat ini boleh membersihkan kulit wajah dengan mendalam tanpa menyingkirkan kelembapan semula jadi kulit. 

Jika anda masih ragu, pencuci muka ini telah pun diuji secara dermatologi, dan boleh digunakan dengan selamat sebanyak 2 kali sehari.

Jika anda mempunyai masalah jerawat pasir, boleh cuba pencuci muka ini.

Price
RM17.52

Terbaik kulit kombinasi: Clinelle Purifying Clay Cleanser

Oxy Acne Face Wash
Kulit berminyak 10 daripada 14
Oxy Acne Face Wash
Dari RM13.94
Lihat harga di Lazada Malaysia
Tidak mengeringkan kulit terlalu teruk
Mengawal pembentukan jerawat
Mungkin kurang sesuai untuk kulit jenis lain
2 lagi
Anti bakteria
Harga murah

Dengan kandungan Triclosan yang boleh menyerap jauh ke dalam liang-liang pori wajah, pencuci muka ini mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. 

Bukan itu sahaja, produk Oxy ini juga bagus untuk membersihkan pori, jadi jerawat baru tidak akan muncul lagi. 

Kulit muka dijamin akan terasa lebih bersih dan sihat tanpa minyak atau sebum dan kekotoran. 

Ramai kata produk ini bagus untuk mengurangkan masalah jerawat tapi kalau nak tahu keberkesannya, kena cuba sendiri produk ini.

Price
RM13.94

Terbaik kulit sangat sensitif: Cetaphil Gentle Skin Cleanser (250ml)

Mentholatum Acnes Clear & Whitening Wash
Mencerahkan kulit 11 daripada 14
Mentholatum Acnes Clear & Whitening Wash
Dari RM16.92
Lihat harga di Lazada Malaysia
Mencerahkan kulit kusam
Sesuai untuk kulit berminyak
Keberkesanan bergantung pada kulit
1 lagi
Dapat mengawal minyak

Kulit jenis sensitif dan berjerawat? Pencuci muka ini adalah pilihan yang tepat kerana dapat menghilangkan parut jerawat.

Dengan bahan Mentholatum sangat sesuai untuk anda yang kulit sensitig sebab bahan ini memiliki pH yang lembut.

Selain itu, boleh membersihkan wajah tanpa menyebabkan ketegangan kulit.

Diformulasikan dengan Salicylic Acid (BHA) untuk melawan jerawat dan membersihkan pori tersumbat. 

Kesan parut jerawat yang hitam juga boleh dicerahkan semula dengan adanya kandungan vitamin C yang kaya dengan antioksidan. 

Ekstrak avokado dan ekstrak Centella Asiatica pula masing-masing berkesan untuk menyingkirkan lebihan sebum dan melegakan serta membaiki kulit yang berjerawat.

Price
RM16.92

Terbaik untuk bekas jerawat: Hiruscar Anti-Acne Cleanser+

Clinelle Purifying Clay Cleanser
Kulit kombinasi 12 daripada 14
Clinelle Purifying Clay Cleanser
Dari RM27.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Kulit jadi segar & lembut
Tidak mengeringkan kulit
Kurang sesuai untuk kulit jenis lain
2 lagi
Mengawal jerawat
Mengecilkan pori

Pencuci muka Clinelle mempunyai bahan tanah liat yang bagus untuk membersihkan kotoran, kesan solekan dan sebum berlebihan pada wajah yang berminyak.

Malah, diformulasikan dengan serbuk arang yang telah diaktifkan yang mana mampu mencerahkan semula parut dan kesan jerawat. 

Tekstur pencuci muka ini sangat lembut pada kulit kerana mengandungi daun Aloe dan ekstrak Chamomile. 

Usah risau tentang keberkesannya sebab telah diuji secara dermatologi. 

Jika anda gunakan dengan konsisten, jerawat akan mengecut dan blackheads juga bakal berkurang.

Price
RM27.50

Terbaik mencerahkan & kawal jerawat: OXY Acne Control Whitening Wash (100g)

Hiruscar Anti-Acne Cleanser+
Bekas jerawat 13 daripada 14
Hiruscar Anti-Acne Cleanser+
Dari RM32.40
Lihat harga di Lazada Malaysia
Menyingkirkan minyak berlebihan
Formulasi anti bakteria
Keberkesanan bergantung pada jenis kulit
1 lagi
Mengekalkan kelembapan kulit

Pencuci Hiruscar ini diformulasikan khas untuk merawat kulit yang berjerawat.

Ini kerana mengandungi salicylic acid yang boleh menyingkirkan sel-sel kulit mati. 

Selain itu, muka anda juga akan bebas daripada bakteria kerana bahan formulasi yang digunakan bertindak sebagai anti bakteria.

Diperbuat daripada bahan aktif MPS yang boleh menganjalkan kulit. 

Paling penting boleh membersihkan muka dengan baik tanpa mengeringkan kulit anda, jadi kulit muka anda akan sentiasa terasa lembap.

Bagaimanapun, keberkesanan pencuci muka ini bergantung kepada jenis kulit anda.

Price
RM32.40

Terbaik untuk lelaki kulit gelap: L'Oreal Men White Activ Anti-Acne Volcano Foam Wash

SAFI Naturals Cleanser Anti Acne Gamat & Habbatus Sauda
Bahan semula jadi 14 daripada 14
SAFI Naturals Cleanser Anti Acne Gamat & Habbatus Sauda
SAFI
Dari RM9.20
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
100% kandungan semula jadi
Mengurangkan minyak juga
2 lagi
Melindungi kulit dari bakteria
Kulit bebas cela dan berseri

Jika anda mencari pencuci muka jenama Safi yang boleh membantu mengurangkan atau mengawal masalah jerawat, anda boleh cuba Safi Naturals Cleanser Anti Acne Gamat & Habbatus Sauda ini.

Pencuci muka ini akan membantu membersihkan kulit wajah dari kotoran dan juga membuang sebum yang terkumpul, membuatkan wajah anda lebih segar.

Selain membersihkan kulit muka, wajah anda juga akan kurang berminyak.

Tidak cukup sekadar membersihkan, wajah anda juga akan terlindung dari pembiakan bakteria yang menjadi punca munculnya jerawat di muka.

Bahan yang digunakan pula adalah 100% semula jadi, mengandungi gamat dan juga Habbatus Sauda yang boleh membantu kulit bebas cela dan berseri.

Price
RM9.20

Bagaimana Kami Pilih Senarai Ini

Kami semak harga terus di penyenaraian Shopee Malaysia yang kami pautkan (bukan anggaran), dan susun mengikut jenis kulit dan bahan aktif anti-jerawat pada label produk (asid salisilik, AHA/BHA, tea tree, neem). Ini bukan nasihat perubatan; jika jerawat anda teruk atau berterusan, jumpa doktor kulit.


Soalan Lazim

Apakah pencuci muka yang boleh menghilangkan parut jerawat?

Tiada pencuci muka yang boleh "menghilangkan" parut jerawat sepenuhnya, tetapi produk dengan AHA/BHA seperti Hada Labo AHA/BHA Acne Control Facial Wash membantu exfoliate kulit mati secara lembut, yang boleh meratakan tekstur kulit dengan penggunaan berterusan. Untuk parut yang dalam, rawatan dermatologi masih lebih berkesan berbanding pencuci muka sahaja.

Apakah pencuci muka terbaik di Watson?

Jenama seperti Cetaphil, Garnier, L'Oreal dan Hada Labo dalam senarai ini biasanya ada di rak Watsons dan Guardian di seluruh Malaysia, selain di Shopee Malaysia yang kami pautkan di atas dengan harga yang kami semak sendiri.

Apakah pencuci muka yang boleh mencerahkan kulit?

Mentholatum Acnes Clear & Whitening Wash dan OXY Acne Control Whitening Wash direka khusus dengan formula "whitening" untuk membantu mencerahkan kulit sambil mengawal jerawat, sesuai jika bekas jerawat anda meninggalkan kesan gelap.

Apakah pencuci muka terbaik untuk kulit kombinasi?

Clinelle Purifying Clay Cleanser sesuai untuk kulit kombinasi kerana kandungan tanah liatnya menyerap minyak berlebihan di zon-T tanpa mengeringkan bahagian pipi yang lebih kering.


Cara Pilih Produk Pencuci Muka Untuk Jerawat

Jika anda mempunyai masalah jerawat, salah satu langkah penting dalam rutin penjagaan kulit anda ialah memilih pencuci muka yang betul.

Namun, dengan begitu banyak produk pencuci muka di pasaran, bagaimana anda tahu yang mana satu yang terbaik untuk kulit anda?

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda memilih pembersih muka yang sesuai untuk jerawat anda.

  • Jenis kulit

Adakah kulit anda cenderung berminyak, kering atau kombinasi?

Jika kulit jenis berminyak, anda mungkin memerlukan pencuci muka yang lebih kuat untuk mengawal pengeluaran minyak.

Sebaliknya, jika kulit jenis kering, anda mungkin memerlukan pencuci muka yang lebih lembut dan lebih lembap.

  • Bahan-bahan semula jadi

Pilih pencuci muka yang mengandungi bahan semulajadi seperti minyak pokok teh, lidah buaya atau chamomile.

Ini kerana bahan-bahan ini boleh membantu merawat kulit anda dengan lembut dan memberikan kesan positif untuk kulit anda yang berjerawat.

  • Bahan anti-jerawat

Cari produk yang mengandungi bahan anti-jerawat, seperti asid salisilik atau benzoil peroksida.

Bahan ini boleh membantu membersihkan kulit dengan lebih mendalam dan membantu mengurangkan jumlah jerawat yang muncul pada kulit anda.

  • Pilih produk tidak mengeringkan kulit

Produk pencuci muka yang terlalu kuat boleh mengeringkan kulit dan menyebabkan ia menjadi kering dan merekah.

Ini boleh menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak dan kulit menjadi lebih terdedah kepada jerawat.

Oleh itu, pilih produk yang lembut dan tidak mengeringkan kulit seperti yang mengandungi bahan pelembap atau yang sesuai untuk kulit berjerawat.

  • Baca dan fahami label produk

Sebelum membeli produk, pastikan anda membaca dan memahami label.

Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang sesuatu bahan, baca informasi lebih lanjut mengenainya sebelum membuat pembelian.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Produk Pencuci Muka Untuk Jerawat?

Antara kelebihan produk pencuci muka untuk kulit berjerawat ialah membantu membersihkan kulit wajah dan mengurangkan risiko jerawat dan masalah kulit lain.

Ini kerana pencuci muka mampu menanggalkan kotoran, minyak, dan sel kulit mati yang menghalang pori-pori kulit kita, serta bakteria dan toksin yang boleh menyebabkan jerawat. 

Kedua, pencuci muka boleh membantu mengurangkan kemerahan dan bengkak akibat jerawat.

Ini kerana sesetengah pencuci muka mengandungi bahan seperti aloe vera dan chamomile yang boleh membantu melegakan kulit yang meradang dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Pencuci muka untuk kulit berjerawat boleh membantu mengurangkan tahap minyak berlebihan pada kulit.

Ini penting kerana kulit berminyak boleh menyebabkan lebih banyak jerawat.

Namun, penggunaan pencuci muka yang berlebihan dapat mengeringkan kulit kita.

Sebaliknya, penggunaan pencuci muka yang terlalu sedikit boleh meninggalkan kotoran dan minyak pada kulit yang boleh memburukkan lagi masalah jerawat.

Jadi penting untuk menggunakan jumlah yang seimbang untuk mendapatkan manfaat terbaik.

Selain mengamalkan rutin mencuci muka secara berkala, kita juga harus memastikan gaya hidup sihat dengan mengurangkan pengambilan makanan berminyak dan kerap bersenam.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation