Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

12 Losyen Baby Terbaik di Malaysia 2023 (Jenama Bagus)

Kulit si manja anda akan lebih lembut dan baby kekal tenang.

Kulit bayi memerlukan penjagaan khas dimana tidak boleh guna sebarang bahan kimia.

Ini kerana kulit mereka sangat sensitif dan mudah bermasalah jika tidak dijaga dengan baik. 

Jadi bagi mengelakkan bayi anda menghadapi masalah kulit yang teruk seperti ruam, ekzema, gegata dan lain-lain, pastikan pilih lotion terbaik untuk bayi.

Pemilihan losyen bayi yang bagus atau pelembap losyen badan terbaik adalah sangat penting untuk pastikan kulit bayi anda terjaga.

Jom lihat senarai lotion anak atau losyen badan untuk bayi yang sesuai untuk jenis kulit bayi anda.


Senarai 12 Losyen Baby Terbaik  

Losyen bayi terbaik secara keseluruhan
Cetaphil
Semak Cetaphil Baby Eczema Soothing Lotion (147ml) harga dibawah:
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Melegakan kulit ekzema
add_circle Sesuai semua jenis kulit
add_circle Memperbaiki tekstur kulit bayi
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Cetaphil Baby Eczema Soothing Lotion ini dibuat khas untuk melindungi dan membaik pulih kulit bayi yang sangat kering hingga boleh mengakibatkan ekzema.

Ciri-ciri:

Jenama ini dihasilkan oleh pakar ternama dan telah diuji secara klinikal dimana mampu melegakan masalah kulit ekzema.

Ini kerana pihak mereka menggunakan teknologi terkini untuk pembuatan losyen ini supaya dapat merawat kulit bermasalah.

Bukan saja kulit bermasalah digalakkan untuk pakai losyen ini tapi kulit normal juga disyorkan kerana dapat memberi kelembapan pada kulit.

Jangan risau tidak mengandungi sebarang pewangi, sabun dan paraben yang boleh membahayakan kulit bayi. 

Review:

“Anak saya pakai losyen Cetaphil ni kulit dia jadi sihat, tegang, lembut. Bila ada ruam kat leher, sapu losyen ni, dah okay dah.”

Losyen terbaik untuk bayi baru lahir
Pigeon
Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion (200ml)
Semak Pigeon Newborn Pure Moisturizing Lotion (200ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Melembapkan kulit bayi
add_circle Kandungan pH seimbang
add_circle Bebas warna, paraben & sulfat
remove_circle Sukar didapati di pasaran

Rangkaian Penjagaan Kulit Mild Newborn memberi kesuburan dan melincinkan kulit yang kering atau bayi mempunyai jenis kulit sensitif.

Ini kerana terdapat bahan tiga bahan campuran iaitu Chamomile yang dapat melegakan kerengsaan kulit, Rosehip dan zaiton yang dapat melembabkan serta melembutkan kulit.

Tambah pula kandungannya bebas warna, Paraben dan Sulfat menjadikan losyen ini sesuai untuk kegunaan bayi di awal kelahiran.

Mereka juga menambah minyak badam dan Lipid Oat dimana menambahkan lagi kelembapan pada kulit bayi sekaligus dapat melindungi kulit bayi daripada kekeringan dan kerengsaan.

Jangan risau, losyen ini telah diuji secara dermatologi jadi anda boleh gunakannya dengan selamat. 

Losyen calamine untuk bayi
Dermoplex
Semak Dermoplex Calamine Lotion harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Boleh digunakan orang dewasa
remove_circle Perlu menggunakan kapas

Bila bayi merengek kerana tidak selesa disebabkan kulit yang mengalami gegata, ruam, digigit serangga dan sebagainya, Dermaplex Calamine Lotion ini jalan penyelesaiannya. 

Losyen ini dapat memberi tindak balas cepat dimana dapat mengurangkan rasa gatal dan si kecil akan merasai dingin dan selesa.

Malah dengan kandungan aktif zink oksida dan antiseptik, losyen ini dapat memberi kelegaan serta menghalang jangkitan ke bahagian kulit yang lain jika bayi menggaru.

Walaupun tekstur losyen ini sedikit cair tapi mudah dikeringkan apabila disapu pada kulit bayi sekaligus dapat mengeringkan ruam yang muncul pada permukaan kulit.

Perlu diingatkan sebelum sapu losyen ke kawasan kulit yang terjejas, goncangkan botol terlebih dahulu supaya cecairnya dapat diseimbangkan semula.

Losyen untuk ruam bayi
Aveeno
Aveeno Baby Daily Moisture Lotion
Semak Aveeno Baby Daily Moisture Lotion harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Tidak berminyak
add_circle Tekstur lembut
remove_circle Mengambil sedikit masa untuk menyerap ke dalam kulit

Diformulasi khas dengan bahan semulajadi seperti oat dan campuran yang membantu melembutkan kulit dan melegakan masalah ruam yang hadir pada kulit bayi yang cepat sensitif. 

Losyen ini disyorkan oleh pakar kanak-kanak kerana kandungannya bebas pewarna tiruan, pewangi dan Paraben. 

Selain tidak memedihkan kulit bayi, kulit mereka akan kekal lembut, licin dan segar sekurang-kurangnya dalam masa 24 jam.  

Anda perlu gunakan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang baik dan berpanjangan.

Semak Bud's Organic – Super Soothing Rescue Lotion (50ml) harga dibawah:
add_circle Disahkan organik oleh Ecocert
add_circle Tiada bahan pengawet tambahan
remove_circle Harga mahal

Mengandungi bahan organik seperti ekstrak shiso, minyak Jojoba, bijirin dan Prebiotik yang dapat merawat kulit bayi dan mengekalkan kelembapan selama 24 jam. 

Aveeno Baby Soothing Relief Creamy Wash dirumus khas dengan Oatmeal Koloid semula jadi dan kaya dengan Emolien.

Campuran bahan ini dapat bantuk melegakan serta melembutkan kulit dan telah dibuktikan keberkesanannya secara klinikal.

Selain itu, bahan Gluco-Oligosaccharide yang ada dalam losyen ini membantu kulit menghasilkan bakteria sihat.

Dalam masa yang sama dapat menghalang pertumbuhan bakteria yang memberi masalah kepada kulit bayi. 

Jangan risau, losyen ini bebas pewangi dan Hypoallergenic jadi cukup lembut untuk kulit bayi yang sensitif.

Losyen untuk bayi kulit kering
Joielle
Semak Joielle Baby Virgin Coconut Oil Lotion (250ml) harga dibawah:
add_circle Berbau wangi
add_circle Bebas dari SLS, paraben
add_circle Tidak mengandungi bahan kimia berbahaya
add_circle Selamat digunakan untuk bayi yang baru lahir
remove_circle Harga mahal

Losyen bayi jenama Joielle ini mempunyai minyak kelapa dara yang mana dapat membantu melembapkan kulit bayi anda.

Malah dengan campuran vitamin E, bayi yang mengalami kulit kering, bersisik, berbintik, pecah dan gatal sangat digalakkan untuk guna losyen ini.

Jangan risau, losyen ini telah diuji oleh pakar dermatologis jadi selamat digunakan bayi yang baru lahir atau dijadikan kegunaan harian.

Losyen ini juga dapat melembabkan dan memberi kulit si manja rangsangan yang baik jika menghadapi masalah ruam lampin.

Cara penggunaannya sangat mudah, hanya sapu lotion Joielle ini selepas mandi pada bahagian yang bermasalah dan urut perlahan-lahan.

Lotion aloe vera untuk bayi
Palmer's
Semak Palmer's Baby Butter Lotion (250ml) harga dibawah:
add_circle Bebas Paraben & Phthalates
add_circle Sesuai untuk kulif sensitif
add_circle Mengandungi Aloe Vera
remove_circle Sedikit melekit

Produk ini berkesan melembapkan, melembutkan dan menenangkan kulit halus bayi yang sensitif. 

Dihasilkan daripada gabungan unik mentega koko, lidah buaya, Vitamin E, dan bahan-bahan lain yang boleh menyegarkan kulit bayi. 

Selain itu, menjadikan kulit bayi anda lembut dan licin serta dengan kandungan lidah buaya dalam formula losyen ini membantu mengekalkan kesegaran kulit bayi lebih lama daripada biasa.

Formula Hypoallergenic ini cepat menyerap ke dalam kulit dan bebas minyak.

Menarik lagi, losyen bayi ini dirumus untuk menyembuhkan kulit kasar dan menggelupas. 

Lotion bayi terbaik daripada drugstore
Sebamed
Semak Sebamed Baby Lotion 400ml harga dibawah:
add_circle Bebas bahan kimia
add_circle Melembabkan kulit
add_circle Mampu melindungi kulit bayi
remove_circle Harga mahal

Sebamed Baby Lotion mempunyai pH 5.5, yang cukup rendah untuk membantu melindungi kulit bayi daripada bakteria dan virus. 

Malah dengan kandungan Sorbitol, Allantoin dan bahan pengunci kelembapan lain losyen ini dapat  mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit bayi.

Paling penting, terdapat ekstrak Chamomilla Recutita yang melindungi kulit bayi daripada iritasi dan kerengsaan. 

Jangan risau tentang bau losyen kerana mempunyai wangian yang menyenangkan, lembut dan cepat diserap tanpa meninggalkan sebarang sisa berminyak.

Losyen memutihkan kulit bayi
Johnson's
Johnson's Baby Lotion Milk + Rice (500ml)
Semak Johnson's Baby Lotion Milk + Rice (500ml) harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Tidak melekit
add_circle Mudah menyerap
add_circle Melembutkan kulit
remove_circle Bau wangi tidak tahan lama

Kulit bayi sebenarnya tiga kali lebih nipis daripada kulit kita dan kehilangan lembapan dua kali lebih cepat. 

Oleh itu, Johnson's Baby Lotion Milk and Rice dirumus untuk mengekalkan kelembapan pada kulit si kecil. 

Losyen bayi terbaik ini membantu mengekalkan kulit si kecil menjadi lebih lembap, lembut, dan lebih sihat.

Ini kerana terdapat ekstrak susu dan beras yang membantu menjadikan kulit bayi anda kelihatan lebih segar. 

Selain itu, dapat menyeimbangkan tahap pH kulit dan boleh digunakan orang dewasa dengan kulit kombinasi, normal atau kering.

Tekstur losyen tidak berminyak, kandungannya pula tidak mengandungi Paraben, Phthalates dan pewarna tiruan.

Anakku Extra Mild & Extra Moisturising Baby Lotion
Semak Anakku Extra Mild & Extra Moisturising Baby Lotion harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Tidak berminyak
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Sesuai untuk dewasa
remove_circle Lembapan tidak tahan lama

Losyen dari jenama Anakku ini boleh disapu pada bahagian seluruh tubuh dan muka bayi.

Ini kerana tidak mengandungi alkohol, pewarna dan Paraben jadi selamat untuk disapu pada bahagian muka.

Losyen ini mempunyai aroma yang menyenangkan jadi apabila disapu pada bahagian pipi, wajah bayi anda berbau wangi.

Jangan risau, tidak akan menyebabkan kulit si kecil iritasi atau merengsa kerana tahap pH yang seimbang.

Dengan bahan gel aloe vera dan vitamin E, kulit bayi anda akan menjadi lebih lembut dan anjal.

Losyen anti nyamuk untuk bayi
losyen baby untuk anti nyamuk
Semak Kindee Organic Mosquito Repellent Lotion harga dibawah:
add_circle Dapat melindungi kulit bayi daripada nyamuk
add_circle Melindungi dan melembapkan kulit
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Tidak melekit
remove_circle Losyen sedikit cair

Losyen ini diformulasikan dengan bahan semula jadi terpilih yang selamat untuk bayi terutama mengalami masalah kulit sensitif.

Antara bahan yang terkandung adalah minyak lavender dan minyak pati Eucalyptus.

Semua bahan di atas berkesan dalam menghalau nyamuk sehingga 3 jam dan melembapkan kulit bayi.

Tidak seperti jenama lain kerana losyen ini tidak mengandungi bahan DEET, paraben dan pewangi yang boleh membahayakan bayi.

Bagusnya lagi, losyen bayi ini juga hipoalergenik, boleh disapu pada muka dan badan. Sesuai untuk bayi baru lahir dan ke atas.

Losyen bayi yang menyejukkan
Bzu Bzu
BZU BZU Cooling Baby Lotion
Semak BZU BZU Cooling Baby Lotion harga dibawah:
add_circle Tidak melekit
add_circle Botol besar
add_circle Bebas Silikon, Paraben, Minyak Mineral dan Alkohol
add_circle Ada sensasi dingin
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit bayi sensitif

Kulit bayi lebih nipis dan mudah untuk hilang lembapan dengan cepat, dengan ramuan Yuzu Ceramide, Alga dan ekstrak Okura dalam BZU BZU Cooling Baby Lotion akan mengunci kelembapan semula jadi kulit bayi anda.

Ciri ini juga akan meningkatkan fungsi kekuatan kulit, menjadikan kulit bayi lembut, terhidrat dan anjal.

Dengan sensasi penyejukan yang ringan losyen ini akan mengurangkan rasa ketidakselesaan kulit si manja anda. 

Produk ini telah diuji secara klinikal untuk kulit bayi baru lahir dan dirumus secara klinikal untuk kulit bayi baru lahir. 

Paling penting, losyen ini bebas Silikon, Paraben, Minyak Mineral dan Alkohol serta mempunyai bau yang menenangkan untuk membantu bayi tidur. 


Bagaimana Cara Pilih Losyen Baby?

Sebagai ibu bapa, kita pasti ingin memberikan yang terbaik untuk anak dan itu termasuklah memilih produk yang sesuai untuk kulit bayi yang lembut dan sensitif.

Pertama sekali, pastikan losyen bayi yang anda pilih tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya seperti Paraben, Sulfat dan pewangi sintetik.

Sebaiknya pilih losyen yang mempunyai label Hypoallergenic atau "sensitive skin" untuk memastikan kulit bayi tidak mengalami sebarang reaksi yang tidak diingini.

Selain itu, pilih losyen yang mempunyai kandungan yang melembapkan seperti minyak kelapa, minyak almond, vitamin E atau Shea Butter.

Bahan ini bukan sahaja membantu menjaga kelembapan kulit bayi, malah mencegah kulitnya dari menjadi kering dan gatal.

Jangan lupa untuk memilih losyen bayi yang sesuai dengan jenis kulit bayi anda.

Jika bayi anda mempunyai kulit kering, pilih losyen bayi yang lebih berat seperti krim.

Seterusnya, pastikan losyen bayi yang anda pilih telah diuji secara klinikal dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia atau FDA.

Kami nasihatkan anda pilih losyen baby dengan bau yang menyenangkan untuk membantu menenangkan si kecil.


Apa Kelebihan dan Kekurangan Losyen Baby?

Kelebihan penggunaan losyen baby adalah dapat membantu melembapkan kulit si kecil, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit kering.

Ini kerana mengandungi bahan-bahan semula jadi yang membantu memperbaiki dan menguatkan lapisan kulit bayi anda.

Selain itu, losyen baby juga dapat membantu melindungi kulit daripada iritasi, membantu meredakan ruam lampin dengan melembapkan kawasan yang terjejas dan membantu mengurangkan kemerahan pada kulit.

Tapi tidak semua produk sesuai untuk semua baby kerana mungkin sesetengah mengandungi bahan yang boleh menimbulkan reaksi alergi pada kulit si kecil.

Oleh itu, sebelum anda memutuskan untuk menggunakan losyen baby, pastikan anda memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit si kecil dan jangan terlalu kerap menggunakannya.

Lakukan ujian kecil pada kulit si kecil sebelum menggunakan losyen baby secara meluas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang kesihatan kulit si kecil segera berjumpa dengan doktor. 


Apakah Fungsi Losyen Bayi?

Kalau berbincang tentang kesihatan si kecil, mesti ramai ibu bapa terfikir tentang losyen bayi kerana mereka mempunyai kulit yang sensitif dan nipis.

Jika tidak dijaga, kemungkinan besar boleh timbul masalah kulit seperti ruam, ekzema, kemerahan, kegatalan, merengsa dan banyak lagi.

Jadi dengan penggunaan losyen bayi terbaik adalah jalan paling memudahkan bagi memastikan kulit si kecil tidak kering, elak dari digigit serangga, ruam dan banyak lagi.

Dengan penggunaan losyen bayi, kulit si kecil akan menjadi lebih licin, wangi, lembap dan serba sedikit dapat merawat ruam yang timbul pada permukaan kulit.

Selain itu, losyen bayi juga dapat memberi kesegaran kulit, menghilangkan sisik kulit pada awal kelahiran dan melembutkan tekstur kulit.

Perlu diingatkan juga, ibu bapa perlu memastikan penggunaan losyen bayi sesuai dengan jenis kulit bayi kerana lain bayi lain jenis kulit mereka.

Tidak semestinya anak orang lain pakai jenama losyen tersebut bagus dan berkesan pada anak anda sebab kadang-kala anak kita tidak sesuai.

Jadi perhatikan betul-betul kandungan yang digunakan dalam pembuatan losyen tersebut supaya kulit si manja tidak rosak.


Apakah Perbezaan Antara Krim Bayi Dan Losyen Bayi?

Sebagai ibu, penting untuk mengetahui perbezaan antara krim bayi dan losyen bayi.

Losyen mempunyai konsistensi yang lebih nipis daripada krim dan ini bermakna mudah merebak ke atas kulit serta menyerap dengan cepat.

Tekstur krim lebih tebal daripada losyen bayi.

Krim bayi adalah produk yang direka untuk melembapkan kulit dan mengurangkan kerengsaan kulit serta sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif.

Krim juga dapat digunakan untuk mencegah masalah seperti kulit pecah-pecah, ruam dan kulit kering.

Losyen bayi pula, dipanggil sebagai pelembap kulit, diformulasikan untuk membantu melembutkan dan melembapkan kulit bayi.

Selain itu, losyen berkesan pada mereka yang mempunyai kulit berminyak atau normal kerana memberikan kelembapan asas pada kulit. 

Krim pula akan memberikan tahap penghidratan yang lebih mendalam dan bagus untuk bayi yang mempunyai kulit kering. 

Jadi, selaras dengan kegunaan masing-masing, anda boleh menjaga kulit bayi anda dengan menggunakan krim dan losyen yang tepat. 

Apa-apa pun, jom lihat video di bawah untuk mengetahui penyebab kulit kering bayi dan cara mengatasinya.


Artikel Berkaitan

End of Article