Kesihatan & Kecergasan

12 Susu Terbaik untuk Orang Tua & Dewasa 2026 (Diet Sihat)

12 susu terbaik untuk orang dewasa dan warga emas di Malaysia: tulang, jantung, diabetes dan tenaga. Harga Shopee/Lazada disemak 11 September 2026.


Editor · Updated 11 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

12 Susu Terbaik untuk Orang Tua & Dewasa 2026 (Diet Sihat)

Jawapan ringkas: susu dewasa terbaik secara keseluruhan di Malaysia ialah Susu Anlene Total 10 High Calcium & Collagen Adult (800g), dari RM60.97 di Shopee Malaysia, harga disemak 11 September 2026. Untuk masalah jantung, tulang atau diabetes, senarai penuh 12 pilihan di bawah disusun ikut keperluan spesifik.

Kebiasaannya golongan kanak-kanak yang digalakkan untuk minum susu supaya pembentukan tulang lebih kuat dan mendapat tumbesaran sempurna.

Kandungan

Tapi sebenarnya golongan dewasa juga memerlukan minuman susu nutrisi untuk orang tua bagi mengelakkan sakit-sakit sendi pada usia tua nanti.

Malangnya, ada diantara kita terlepas pandang pengambilan susu untuk orang dewasa dalam pemakanan harian semasa lewat 30-an sehingga pada usia tua sehingga mengakibatkan sakit tulang dan sendi.

Susu untuk warga emas atau untuk orang dewasa ini bagus dijadikan sebagai rutin harian, lebih-lebih lagi untuk warga emas sebab susu pengganti makanan untuk orang tua yang sudah tiada gigi atau sukar untuk makan.

Jadi, anda berada di ruang yang tepat kerana kami akan senaraikan susu untuk orang tua yang terbaik dan juga jenama susu yang sesuai untuk diet.

Pilih je mana-mana susu tepung yang sesuai untuk orang dewasa ini!


Senarai 12 Susu Untuk Orang Tua & Dewasa

anlene total 10
Susu dewasa dan orang tua terbaik secara keseluruhan 1 daripada 12
Susu Anlene Total 10 High Calcium & Collagen Adult
Anlene
Dari RM60.97
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Rasa sedap dan kurang manis
Rendah kandungan laktosa
Hanya ada perisa vanilla sahaja
2 lagi
Tinggi kalsium & protein
Mengandungi prebiotik inulin

Sebab jadi pilihan utama:

Susu Anlene Total 10 mengandungi 28 bahan yang memberi kebaikan untuk kesihatan keluarga termasuk Vitamin B, Kolagen, Vitamin A, Zat Besi, dan Zink. 

Ciri-ciri:

Susu ini tinggi dengan kalsium dan protein yang penting untuk tulang yang kuat.

Dengan tambahan prebiotik inulin dan antioksidan, ia membantu menjaga kesihatan usus dan melindungi tubuh daripada radikal bebas. 

Dalam setiap sajian, hanya mengandungi 4.3g laktosa dan hadir dalam rasa vanila yang sedap. 

Jangan risau, rasanya ringan dan tidak terlalu pekat, sesuai untuk sesiapa yang tidak begitu gemar minum susu serta sesuai untuk dewasa dan warga emas (19 tahun ke atas).

Untuk pencegahan daripada mendapat penyakit berkaitan tulang seperti Osteoporosis, pengambilan susu Anlene ini merupakan sebagai langkah pencegahan awal.

Review:

"Saya minum susu ni sebab nutrient yang ada di dalamnya. Paling saya suka dia tidak mengandungi laktosa, tidak terlalu manis dan harga berpatutan."

Susu untuk gemuk badan orang dewasa 2 daripada 12
APPETON Weight Gain Adult
Appeton
Dari RM200
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Mengandungi asid amino
Mengandungi protein whey
Tak sesuai untuk diet
1 lagi
Bagus untuk penghadaman

Appeton Weight Gain merupakan susu formula protein tinggi yang telah terbukti secara klinikal dimana dapat meningkatkan berat badan secara sihat.

Menurut kajian klinikal susu ini menunjukkan purata penambahan berat badan perempuan dan lelaki sebanyak 2kg selepas mengamalkan Appeton Weight Gain.

Jadi susu ini sesuai untuk mereka bergelar atlet atau golongan yang berusia 13 tahun ke atas yang mengalami masalah berat badan kurang.

Ini kerana susu ini mengandungi L-Lysine bagi meningkatkan pertumbuhan jisim badan tanpa lemak.

Selain itu, susu ini mempunyai PER tinggi (3.1) untuk penambahan berat badan yang lebih cekap. 

Cara pengambilan, masukkan 3 ½ atau 4 skop ke dalam 300ml air dan minum 2 hingga 3 kali sehari selepas makan.

Abbott Ensure Gold
Susu tanpa laktosa untuk orang dewasa 3 daripada 12
Abbott Ensure Gold
Abbott
Dari RM119
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tidak berbau
Bebas laktosa & gluten
Tidak bagus untuk diet
2 lagi
Kandungan protein tinggi
Mengandungi 28 vitamin tambahan

Susu ini mengandungi tinggi protien untuk kekuatan fizikal, jadi sangat sesuai untuk mereka yang sering bergerak melakukan kerja.

Malah mengandungi 28 tambahan vitamin dan mineral dimana mampu memberi tenaga dan nutrisi kepada tubuh badan.

Tambah pula Ensure ini mempunyai omega 3 yang berasaskan tumbuhan untuk kesihatan jantung.

Mempunyai prebiotik untuk membaiki sistem pencernaan, jadi sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik, sukar buang air besar atau cirit-birit.

Cara penyediaan mudah saja, ambil 6 skop sudu yang disediakan ke dalam cawan berisi 185ml air suam dan minum setiap pagi dan malam sehari.

Anlene Gold Actifit 5XTM Reduced Fat High Calcium Premium Adult Milk Powder (Plain) 1kg
Susu untuk tulang patah dewasa 4 daripada 12
Susu Anlene Gold 5X
Dari RM37.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Dapat membina tisu
Menguatkan tulang
Perlu minum dengan konsisten
2 lagi
Memberi tenaga
Tiada penambah gula

Dengan susu Anlene Gold ini, usia lanjut tak akan menjadi penghalang kepada mereka untuk bergerak aktif, keluar melancong atau melakukan riadah.

Ini kerana serbuk susu formula Anlene Gold 5X dirumus secara saintifik dengan MFGM Active.

Rumusan ini merupakan bahan tenusu unik yang menyediakan komponen serupa dengan yang terdapat dalam cecair sendi.

Malah mengandungi ikatan nutrien Movemax yang merangkumi kalsium tinggi, protein tinggi, kolagen, vitamin dan mineral lain tanpa gula tambahan.

Setiap nutrien ini mempunyai kebaikan untuk warga emas, antaranya:

  • Protein - membantu membina & membaiki tisu-tisu badan
  • Kalsium - membantu menyokong tulang yang kuat
  • Vitamin D - membantu penyerapan kalsium
  • MFGM - makanan yang mengandungi membran globul lemak susu.

Cara pengambilan hanya 2 kali sehari. Sekali bancuhan, hanya masukkan 29g susu dan kacau bersama 200ml air suam. 

Nestle Omega Plus Plain Milk Powder (1kg)
Susu untuk jantung sihat 5 daripada 12
Susu Tepung Nestle Omega Plus Plain (1kg)
Dari RM44
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Rasa sedap
Bagus untuk jantung
Tidak sesuai untuk kanak-kanak
1 lagi
Mampu turunkan kolestrol

Bagi mereka yang mempunyai masalah jantung, disarankan untuk amalkan minum susu ini setiap hari.

Ini kerana kandungan 1.2g Sterol tumbuhan telah terbukti keberkesanannya dalam merendahkan paras kolestrol dengan menyekat kolesterol masuk dalam saluran darah.

Dalam masa yang sama, susu ini bagus untuk tulang kerana kalsiumnya mengandungi ANTICOL.

Terdapat juga kandungan Omega 3 & 6 yang betul untuk mengimbangkan diet pemakanan.

Cara pengambilannya 2 gelas sehari. Bancuh dengan 3 sudu besar dan kacau bersama air suam.

Cukup dua gelas susu Nestle Omega Plus sehari juga memenuhi 96% keperluan kalsium harian anda.

[JH NUTRITION] Enersure (Vanilla) 850g Milk Powder - immune booster
Susu tepung rendah lemak 6 daripada 12
Susu Tepung Enersure (Vanilla) - immune booster
Dari RM109.06
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bagus untuk gastrik
Dapat bekalkan tenaga
Kurang sesuai untuk sakit sendi
2 lagi
Mampu menguatkan tulang
Sesuai untuk semua peringkat umur

Susu jenama Enersure sangat sesuai untuk mereka yang kerap mengalami gastrik kerana mengandungi Prebiotik & Probiotik.

Bukan itu saja, susu ini mengandungi gabungan kandungan yang unik antaranya Omega 3 & 6, kolostrum, Lutein dan Zeaxanthin, kalsium, Vitamin D dan tinggi protein.

Dengan gabungan semua bahan ini susu Enersure dapat menyelesaikan masalah kesihatan gastrik, Osteoporosis serta membekalkan tenaga.

Sesuai untuk remaja, dewasa dan orang tua tapi bagi golongan dewasa amat disarankan amalkan susu ini untuk pencegahan penyakit pada peringkat awal.

Cara pengambilan haruslah minum setiap hari sebanyak dua gelas.

Protamin
Susu kalsium tinggi untuk orang dewasa 7 daripada 12
Susu Protein Protamin
Dari RM89
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Memulihkan sel otot
Mengandungi vitamin D
Harga mahal
1 lagi
Sesuai untuk dewasa dan orang tua

Susu Protamin ini mengandungi ramuan hebat dimana setiap satunya mempunyai kelebihan sendiri.

Antara ramuan yang dikatakan hebat adalah Vitamin D, whey protein, ginkgo billoba, bovine collagen dan banyak lagi.

Apa yang pasti campuran ini dapat pembentukan tisu ligamen yang pantas, menguatkan otot dan tulang, melancarkan darah dan banyak lagi.

Amat digalakkan untuk amalkan sejak berusia 30-an ke atas kerana susu ini dapat mengelakkan masalah kerapuhan tulang.

Tapi jangan risau, untuk orang tua juga boleh amalkan susu Protamin ini kerana dapat merawat masalah sakit sendi seperti sakit lutut, bahu dan sakit pinggang.

Cara bancuhan, ambil 2 skop susu dengan 1 cawan air kosong (120-150ml) dan minum sebelum sarapan dan sebelum tidur pada setiap hari.

Fernleaf UHT Milk
Susu dewasa tinggi protein 8 daripada 12
Fernleaf UHT Milk
Dari RM6.30
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai banyak perasa
Membekalkan protein
Mudah rosak
2 lagi
Bagus untuk tulang
Tak perlu bancuh

Sesuai yang sesuai untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak dari umur 1 tahun ke atas dan mampu kekal aktif sepanjang hari dengan amalkan susu gabungan semula Fernleaf Full Cream UHT yang dibuat dengan bahan-bahan berkualiti.

Dibuat dengan 100% susu daripada lembu yang diberi makan rumput di New Zealand, setiap pek memberi anda dan keluarga anda nutrisi tenusu yang lazat. 

Susu gabungan semula Fernleaf Full Cream UHT mengandungi kebaikan tenusu dan merupakan sumber kalsium.

Malah, membekalkan protein yang tinggi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan. 

Cukup minum satu pek susu penuh krim gabungan semula Fernleaf UHT dan nikmati kebaikannya setiap hari.

Paling best, susu ini mudah diminum tanpa perlu bancuh dahulu seperti susu tepung lain. 

Susu untuk tenaga dewasa 9 daripada 12
Susu Appeton Wellness 60+ Warga Emas
Appeton
Dari RM70.65
Lihat harga di Lazada Malaysia
Meningkatkan status pemakanan
Memperbaiki pengambilan nutrien keseluruhan
3 lagi
Meningkatkan selera makan
Mengurangkan risiko kekurangan zat tenaga protein
Mengurangkan risiko anemia

Appeton Wellness 60+ mengandungi Koenzim Q10, Kompleks B, dan Kromium B yang memenuhi keperluan harian untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas. 

Ia diformulasikan khas dengan Energy Complex dan mengandungi protein khas untuk warga emas yang lebih sesuai dengan penurunan fungsi buah pinggang akibat penuaan.

Selain itu, ditambah pula dengan inulin khas untuk memenuhi keperluan fisiologi unik warga emas dan bebas dari kolesterol, lemak trans, laktosa, serta gluten. 

Jadi, susu ini amat sesuai untuk vegetarian yang mengamalkan pemakanan tenusu dan individu yang tidak toleran terhadap gluten dan laktosa. 

Hanya perlu campurkan 200ml air suam dengan 5 skop Appeton Wellness 60+.

Sangat sesuai untuk warga emas yang sihat yang memerlukan pengambilan nutrisi tambahan, warga emas yang mengalami malnutrisi, dan warga emas yang sakit atau dalam proses pemulihan.

Karihome Whole Goat Milk
Susu kambing untuk orang dewasa 10 daripada 12
Susu Kambing Karihome
Karihome
Dari RM51.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Meningkatkan sistem imun
Meningkatkan penghadaman
Sukar didapatkan di pasaran
2 lagi
Nutrisi semulajadi
Beban alergi yang lebih rendah

Karihome Goat Whole Milk Powder mengandungi protein susu kambing yang membantu meningkatkan penghadaman. 

Ia dihasilkan secara eksklusif untuk mengekalkan lebih banyak nutrien semulajadi dengan beban alergi yang lebih rendah.

Kandungan dalam susu kambing termasuk:

  • Kalsium - membantu membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Casein Phosphopeptide (CPP) - meningkatkan penyerapan mineral seperti kalsium dan fosforus serta membantu dalam pencernaan.
  • Taurin - membantu perkembangan otak dan kesihatan fizikal.
  • Prebiotik dan probiotik - menyediakan kesihatan usus yang baik dan pencernaan yang lancar.
  • Vitamin A - membantu perkembangan retina dan sistem imun.
  • Vitamin B6 - membantu metabolisme dan penghantaran neurotransmitter.
  • Kalium - mengekalkan pengawalan darah yang optimum.
  • Protein - protein lembut yang mudah dicerna dan membantu membina tisu.
  • Kolin - pendahulu asetilkolin yang terlibat dalam pengawalan metabolisme dan sintesis DNA.

Selain itu, turut mengandungi bahan-bahan yang meningkatkan sistem imun seperti nukleotida, zink, selenium, dan asid sialik. 

Hevisure Gold Nut Milk for Diabetic
Susu tepung tanpa gula untuk dewasa 11 daripada 12
Hevisure Gold Nut Milk for Diabetic
Hevisure
Dari RM84.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kaya dengan Omega dan serat
Rendah kalori, manis semula jadi
Tidak menggantikan rawatan perubatan
1 lagi
Mudah disediakan dan diminum

Hevisure Gold Nut Milk ialah pilihan pemakanan yang dirumus khas untuk individu yang menguruskan diabetes atau ketidakseimbangan gula dalam darah.

Formula ini diperkaya dengan bahan semula jadi seperti ekstrak biji halba, kacang merah, serta gabungan kacang, biji, dan bijirin berkhasiat seperti walnut, biji teratai, beras perang, dan chia.

Ditambah dengan elemen penting seperti Omega 3, MUFA, dan serat larut, susu ini memberikan anda pemakanan yang seimbang.

Selain itu, ia juga mengandungi serbuk sayuran seperti brokoli dan bayam yang menyumbang vitamin dan mineral tambahan.

Diperbuat dengan erythritol, pemanis rendah kalori semula jadi, ia memberikan rasa manis yang lembut tanpa meningkatkan paras gula dalam darah.

Mudah disediakan dan sesuai diminum dua kali sehari, Hevisure adalah pilihan berkhasiat yang melengkapi rutin harian sambil menyokong pemulihan dan kesihatan keseluruhan.

Bagaimanapun, produk ini hanya melengkapi rawatan perubatan dan bukan sebagai pengganti sepenuhnya.

GRAND VITA Susu Tulang dan Sendi
Susu untuk tulang dan saraf dewasa 12 daripada 12
GRAND VITA Susu Tulang dan Sendi
Grand Vita
Dari RM126.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kaya dengan kalsium dan vitamin
Melegakan sakit sendi cepat
Tidak sesuai bawah 16 tahun
1 lagi
Sesuai untuk penghidap diabetes

Susu Tulang dan Sendi Organik Grand Vita ialah formula organik pertama di Malaysia yang disahkan untuk menyokong kesihatan tulang dan sendi.

Susu yang disahkan Halal ini membekalkan vitamin dan mineral penting seperti kalsium, Vitamin D3, dan Vitamin K2 untuk membantu menguatkan tulang dan mencegah osteoporosis.

Diperkaya dengan Ovomet, bahan aktif premium dari Ireland, ia mengandungi kolagen, elastin, asid hyaluronik, dan asid amino semula jadi yang menyokong kesihatan sendi, melegakan ketidakselesaan, dan mempercepatkan pemulihan daripada kecederaan.

Sesuai untuk individu berumur 16 tahun ke atas, termasuk penghidap diabetes, Grand Vita membantu mengurus arthritis, degenerasi rawan, dan masalah berkaitan tulang yang lain.

Sesuai untuk dinikmati 2-3 hidangan setiap hari untuk rutin yang lebih sihat.


Cara Bancuh Susu Tepung Dewasa

Untuk bancuhan susu tepung dewasa secara amnya lebih kurang saja cara bancuhan susu tepung bayi.

Cuma susu tepung dewasa boleh dibancuh menggunakan air sejuk tapi susu tepung bayi tidak boleh.

Lagipun setip susu tepung selalunya terdapat cara bancuhan pada bahagian belakang tin atau kotak susu, jadi ikut saja langkah diberikan.

Cuma ingin diingatkan, setiap susu tidak sama bancuhannya dan kadang ada yang memerlukan 6 skop tapi ada yang hanya perlu 4 skop.

Apa-apa pun baca arahan pada belakang tin atau kotak susu tepung terlebih dahulu.

Disebabkan artikel ini merupakan topik susu, jom kita dengarkan apakah keperluan sebenar susu dalam kehidupan kita menerusi video di bawah.


Kebaikan Susu Untuk Orang Dewasa

Susu secara amnya dapat menawarkan pelbagai kebaikan bukan hanya untuk kanak-kanak, tetapi juga untuk orang dewasa.

Ia merupakan sumber kalsium yang penting untuk mengekalkan kekuatan tulang dan gigi, serta mencegah penyakit atau gejala osteoporosis.

Selain itu, kandungan protein berkualiti tinggi dalam susu turut membantu pertumbuhan dan pembaikan otot, sambil memberikan tenaga untuk aktiviti harian.

Susu juga kaya dengan Vitamin D yang meningkatkan penyerapan kalsium dan menyokong sistem imun.

Bagi kesihatan jantung, susu rendah lemak boleh membantu mengawal tahap kolesterol dan mengekalkan tekanan darah yang seimbang.

Untuk sistem pencernaan, susu yang diperkaya dengan probiotik menyokong mikrobiota usus dan membantu masalah sembelit.

Dengan kandungan karbohidrat semula jadi, susu juga menjadi sumber tenaga segera, menjadikannya pilihan yang baik untuk gaya hidup aktif.

Soalan Lazim

Apakah susu tepung terbaik untuk orang dewasa?

Secara keseluruhan, Susu Anlene Total 10 High Calcium & Collagen Adult (800g, dari RM60.97, harga disemak 11 September 2026) adalah pilihan paling seimbang untuk kalsium dan kolagen bagi orang dewasa.

Apakah kebaikan susu Nespray untuk orang dewasa?

Nespray High Calcium (jenama Nestle) diformulasi dengan kalsium dan vitamin D tinggi untuk menyokong kesihatan tulang orang dewasa, tetapi ia tiada dalam senarai 12 pilihan kami. Jika mencari fungsi yang serupa, Susu Anlene Gold 5X (dari RM37.50, harga disemak 11 September 2026) dalam senarai di bawah menawarkan sokongan tulang yang setanding.

Apakah susu yang baik untuk tulang warga emas?

Susu Anlene Gold 5X (dari RM37.50) adalah pilihan mampu milik untuk sokongan tulang harian, manakala GRAND VITA Susu Tulang dan Sendi (dari RM126.50) sesuai untuk warga emas yang mahukan formula khusus tulang dan sendi. Kedua-dua harga disemak 11 September 2026.

Apakah susu yang sesuai untuk pesakit jantung?

Susu Tepung Nestle Omega Plus Plain (1kg, dari RM44.00, harga disemak 11 September 2026) mengandungi omega-3 yang sering dipilih untuk sokongan kesihatan jantung. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah jantung sedia ada, sentiasa rujuk doktor untuk nasihat pemakanan yang sesuai sebelum menukar jenis susu.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation