Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Anti aging krim terbaik

13 Krim Anti Penuaan Terbaik di Malaysia 2023 (Paling Berkesan)

Kini, anda boleh kurangkan kesan kedutan dan garis halus!

Siapa kata kulit akan berkedut apabila usia kita mencecah 40 tahun ke atas? Anda salah! Sebenarnya penuaan kulit berlaku disebabkan beberapa faktor.

Antaranya kulit sering terdedah dengan sinaran UV, keadaan persekitaran tidak sihat, keturunan, gaya hidup atau tabiat peribadi yang lain.

Jadi, macam mana nak selesaikan masalah ini? Anda boleh pakai produk anti aging atau produk anti penuaan untuk mengurangkan kesan kedutan dan garis halus di bahagian muka. 

Tapi apa yang menjadi masalah sekarang, terdapat banyak krim wajah anti aging dan ubat anti penuaan di pasaran sampai tak tahu nak pilih krim muka terbaik mana satu.

Kalau lihat di pasaran, ada banyak marketing pelembap muka terbaik atau cream malam terbaik yang dikatakan mampu mengurangkan masalah penuaan.

Mestilah kita nak krim muka yang bagus dan skincare terbaik Malaysia untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan berbaloi.

Jadi kami bantu anda dengan menyenaraikan produk penjagaan muka terbaik yang sesuai untuk anti penuaan.

Pastikan anda pilih produk kecantikan terbaik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Jom lihat!


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 13 Produk Anti Aging Cream Terbaik

Krim anti aging terbaik secara keseluruhan
Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream
Olay
From
RM62.00
Check Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream price below:
add_circle Mengandungi Amino-peptida
add_circle Tekstur krim mudah menyerap
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Mengandungi alkohol

Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream menawarkan kesan keremajaan yang cepat dan membuatkan kulit kelihatan anjal serta lembut.

Ciri-ciri:

Produk ini mengandungi Amino-peptida yang akan membantu meningkatkan keanjalan kulit wajah dan kurangkan kedutan dan garis halus pada wajah anda. 

Turut mengandungi ekstrak minyak zaitun yang akan bantu mempercepatkan proses penyerapan bahan ke dalam kulit anda. 

Selain itu, dilengkapi Hydra-firming Complex yang akan membantu mengembalikan keremajaan wajah anda.

Anda boleh gunakan krim ini setiap hari sebagai krim pelembap dan anti-penuaan kerana memiliki tekstur yang ringan dan cepat menyerap ke dalam kulit.

Jika anda memiliki kulit sensitif atau kulit kering, krim ini sesuai untuk anda sebab akan mengekalkan hidrasi kulit untuk buatkan kulit lebih berseri dan lembut.

Cara penggunaannya sangat mudah, ambil sedikit krim Olay Regenerist Micro-Sculpting menggunakan hujung jari kemudian, lakukan urutan circular dan tumpukan pada bahagian kening serta jawline anda. 

Untuk kesan yang lebih cepat, anda boleh gunakan krim ini 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur. Senang saja kan?

Review: 

Kulit saya lebih hydrated. Tekstur krim sedikit tebal tapi tak berminyak. Overall, sangat berpuas hati!

Krim tangan anti penuaan
The Body Shop Almond Milk & Honey Calming & Protecting Hand Cream
The Body Shop
Krim pelembut tangan terbaik
From
RM25.00
Check The Body Shop Almond Milk & Honey Calming & Protecting Hand Cream price below:
add_circle Wangi
add_circle Krim mudah menyerap
add_circle Diperkaya dengan madu Perdagangan Komuniti
add_circle Mengandungi minyak badam organik
remove_circle Sedikit berminyak

Muka nampak muda tapi tangan banyak garisan kedutan dan kering? Alamak! Kulit tangan juga memerlukan penjagaan yang baik.

Krim tangan anti penuaan daripada jenama The Body Shop ini diperkaya dengan susu badam organik dari Sepanyol, madu Perdagangan Komuniti dari Ethiopia dan susu kacang badam.

Kesemua bahan ini direka khusus untuk kulit sensitif dan kering serta membuatkan kulit tangan kurang kedutan dan garis halus. 

Krim tangan ini berbau wangi daripada pewangi Hypoallergenic yang akan menenangkan anda dan pastikan kulit kekal lembap semasa bekerja di dalam ruangan sejuk. 

Bagi mengelakkan tangan anda sedikit berminyak selepas sapuan, pastikan anda sapu sekata di seluruh bahagian tangan anda.

jangan risau, selamat dan sesuai untuk kulit sensitif dan kering kerana telah diuji oleh dermatologi.

Krim anti aging untuk kulit berminyak
Nutox Anti-Ageing Cream (30ml)
Nutox
From
RM39.43
Check Nutox Anti-Ageing Cream (30ml) price below:
add_circle Mengandungi ekstrak sarang burung & Botanical
add_circle Tekstur krim ringan
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Bersaiz kecil

Nutox Youth Restoring Anti-Ageing Day Cream ini dapat mengurangkan penuaan wajah yang bagus dengan harga yang sangat berpatutan.

Krim anti penuaan bertekstur ringan ini diformulasi dengan ekstrak sarang burung dan botanical yang akan bantu membina semula kolagen kulit anda.

Selain itu, bahan semula jadi ini akan membuatkan kesan kedutan dan garis halus semakin pudar serta kulit akan jadi lebih anjal.

Jika anda menggunakan dengan kerap, kulit anda akan nampak lembut, bermaya dan tegang lebih lagi apabila krim ini mudah diserap pada kulit.

Jangan risau, ia selamat dan sesuai digunakan oleh semua jenis kulit dan anda boleh menggunakan dengan mudah.

Anda hanya perlu sapu pada kulit wajah dan lakukan urutan circular bagi memastikan serapan yang menyeluruh.

Krim malam anti aging
Bio-essence Bio-Gold Night Cream
Bio-essence Bio-Gold Night Cream
From
RM99.90
Check Bio-essence Bio-Gold Night Cream price below:
add_circle Mengurangkan garis halus pada leher
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Kulit lebih berseri
add_circle Merangsang pembaharuan sel kulit
remove_circle Harga mahal

Diperkaya dengan fomulasi unik Ginkgo, krim malam Bio-essence ini membuatkan kulit mampu untuk merawat dan memperbaharui dengan sendirinya. 

Dengan bantuan bahan semula jadi seperti oksigen dalam krim ini, ia akan bantu kulit anda bernafas dan mengaktifkan semula sel kulit untuk baiki semula tekstur kulit anda.

Selain itu, krim malam ini mampu menghidratkan dan melembapkan kulit anda kerana ia mengadungi Aloe dan jus daun Barbadensis. 

Malah dengan kandungan Bio-Gold sebanyak 98% kepingan emas dalam krim ini boleh mempertingkatkan metabolisme kulit supaya kulit anda lebih anjal. 

Jangan risau, anda boleh kurangkan kedutan pada leher juga dengan syarat rajinkan diri untuk sapu pada leher setiap malam.

Barulah kulit wajah dan leher and kelihatan awet muda, tekstur kulit nampak licin dan berseri. 

Krim malam terbaik untuk anti aging
ESTÉE LAUDER Advanced Night Repair Eye Supercharged Complex
ESTÉE LAUDER
estee lauder advanced night repair eye supercharged gel-creme
From
RM49.99
Check ESTÉE LAUDER Advanced Night Repair Eye Supercharged Complex price below:
add_circle Mengandungi ekstrak biji anggur & Peptida
add_circle Krim mudah menyerap
add_circle Mengurangkan dark cycle
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
remove_circle Kesan penggunaan tidak terlalu ketara

Kedutan di bahagian mata anda terlalu ketara? Ini jawapan untuk masalah anda.

Estee Lauder Advanced Night Repair Eye Supercharged Complex merupakan salah satu krim mata anti penuaan yang popular kerana bahan yang digunakan sangat bagus.

Antara bahan campuran yang ekstrak biji anggur dan peptida yang dapat membantu untuk kurangkan lingkaran hitam dan penuaan di sekitar mata.

Selain itu, dapat melembapkan bahagian bawah mata anda dengan penggunaan kerap serta dapat memastikan mengurangkan kesan kedutan pada sekitar mata.

Kulit mata juga akan terlihat lebih cerah dan anda akan tiada panda eyes lagi dan paling penting, sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Krim anti aging untuk kulit kering
SKINTIFIC Gentle A Retinol Renewal Moisturizer Cream Facial Moisturiser Anti Aging
SKINTIFIC Gentle A Retinol Renewal Moisturizer Cream Facial Moisturiser Anti Aging
From
RM75.00
Check SKINTIFIC Gentle A Retinol Renewal Moisturizer Cream Facial Moisturiser Anti Aging price below:
add_circle Tekstur krim mudah menyerap
add_circle Mengandungi 3 jenis Retinol
add_circle Bebas Paraben
add_circle Ada teknologi Time-released
remove_circle Harga mahal

Skintific Gentle-A Retinol Renewal Moisturizer dilengkapi dengan 3 jenis retinol dimana dapat membantu meremajakan kulit, mengurangkan tanda penuaan dan bintik hitam.

Tekstur krim ini gel dan diformulasi khusus untuk kulit sensitif kerana kandungannya bebas paraben, alkohol, pewarna dan pewangi buatan.

Selain itu, kaya dengan bahan-bahan pelembap seperti ceramide, hyaluronic acid dan kolagen yang membantu mengekalkan kelembapan kulit supaya kulit nampak sihat dan licin.

Tambah pula dengan campuran teknologi Time-released dapat mempercepatkan proses pemulihan kulit tanpa menyebabkan iritasi.

Jangan risau cara penggunaannya mudah, ambil sedikit krim menggunakan jari yang bersih dan sapu rata ke seluruh wajah anda. 

Krim anti aging yang mencerahkan
VIBRANT GLAMOUR Natural Retinol Face Cream Anti Aging
VIBRANT GLAMOUR Natural Retinol Face Cream Anti Aging
From
RM9.20
Check VIBRANT GLAMOUR Natural Retinol Face Cream Anti Aging price below:
add_circle Mengandungi Aloe Vera
add_circle Bebas Pareben
add_circle Mencerahkan kulit
remove_circle Harga mahal

Krim anti aging daripada jenama Vibrant Glamour ini diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi seperti aloe vera dan hyaluronic acid.

Bahan semula jadi ini akan membantu anda menjaga kelembapan kulit supaya kulit kekal hidrat dan lembut.

Turut mengandungi retinol semula jadi daripada ekstrak tumbuhan akan membantu meremajakan kulit dan membuatkan kulit lebih anjal.

Retinol juga merupakan satu bahan penting untuk kurangkan tanda-tanda penuaan dan flek hitam atau dark spots.

Kulit anda sensitif? Jangan risau, krim ini anda boleh gunakan dengan selamat kerana bebas bahan kimia berbahaya seperti paraben dan sulfat.

Plus point untuk produk ini, dapat membantu menegangkan kulit dan membuat kulit anda lebih cerah.

Krim anti aging untuk kulit sensitif
Laneige Perfect Renew Youth Regenerating Cream Set
Laneige Perfect Renew Youth Regenerating Cream Set
From
RM260.00
Check Laneige Perfect Renew Youth Regenerating Cream Set price below:
add_circle Mengandungi Ceramide & Hyaluronic Acid
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Mempunyai teknologi Glyco MiracleTM
add_circle Krim mudah menyerap
remove_circle Perlu gunakan satu set lengkap untuk kesan yang lebih baik

Produk daripada Korea jenama Laneige merupakan antara salah satu yang popular dan mempunyai ramai pengguna. 

Krim anti aging ini diformulasi dengan bahan aktif seperti ceramide dan hyaluronic acid yang membantu memperbaiki keanjalan kulit, melembapkan dan kurangkan kedutan pada wajah.

Ia juga kaya dengan bahan semula jadi seperti ekstrak kacang hijau yang akan menjaga kelembapan kulit dan pada masa sama mencerahkan kulit anda.

Kulit kering, kulit combo atau sensitif, anda boleh menggunakan krim ini dengan selamat tanpa membuatkan kulit anda iritasi.

Menarik lagi, dengan adanya teknologi Glyco MiracleTM, anda boleh terus hapuskan tanda-tanda awal penuaan dan buatkan kulit lebih lebih dan sihat. 

Teksturnya mudah menyerap membuatkan kulit anda terasa ringan dan tidak melekit jadi anda akan lebih selesa untuk memakai make up seharian. 

Cara penggunaan, anda hanya letak sedikit krim pada tapak tangan dan sapu rata dengan tekanan yang sederhana di bahagian pipi, dahi dan dagu untuk penyerapan yang baik. 

Serum anti aging terbaik
Garden of Eden Grape E Anti-Aging Serum (15ml)
Garden of Eden Grape E Anti-Aging Serum (15ml)
From
RM76.40
Check Garden of Eden Grape E Anti-Aging Serum (15ml) price below:
add_circle Melambatkan tanda-tanda awal penuaan
add_circle Cepat meresap dan tidak melekit
add_circle Menggalakkan keremajaan kulit
add_circle Meningkatkan keanjalan kulit
add_circle Melembapkan dan tidak menyumbat pori
remove_circle Ada bau berminyak

Serum anti-penuaan Garden of Eden mengandungi formula antioksidan yang menggabungkan Vitamin E semula jadi (d-alpha tocopherol) dan minyak biji anggur tulen.

Radikal bebas adalah penyebab utama penuaan pramatang dan serum ini dapat melindungi kulit daripada radikal bebas.

Selain itu, ia memberikan kulit anda nutrien tambahan yang diperlukan untuk memastikan ia lembap dan sihat.

Antara kebaikan serum Garden of Eden Grape E ialah melambatkan tanda-tanda awal penuaan, meningkatkan keanjalan kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih muda.

Gunakan serum setiap hari untuk kulit yang lebih tegang, awet muda dan sihat.

Disyorkan untuk kulit yang kelihatan kusam dan penuaan pramatang.

Krim anti aging untuk mata
Neutrogena Rapid Wrinkle Repair Retinol Eye Cream (14ml)
nutrogena eye cream retinol
From
RM99.90
Check Neutrogena Rapid Wrinkle Repair Retinol Eye Cream (14ml) price below:
add_circle Bebas minyak dan paraben
add_circle Mengurangkan garis halus
add_circle Melawan lingkaran hitam
add_circle Sesuai untuk kulit kusam dan pre-aging
add_circle Meremajakan dan kulit di sekeliling mata
remove_circle Mungkin mengalami kemerahan ringan

Bagi mereka yang ingin menggunakan retinol buat kali pertama, beli je Neutrogena Rapid Wrinkle Repair Retinol Eye Cream.

Terbukti dapat mengurangkan penampilan tanda-tanda penuaan kulit seperti garis halus dan kedutan serta meremajakan, menegangkan dan menyuburkan kulit di sekeliling mata.

Mengandungi 4 jenis retinol yang distabilkan secara unik untuk mengurangkan risiko iritasi.

Ditambah lagi dengan asid hyaluronik untuk membantu menghidrat dan membaiki kulit kering dan kusam.

Retinol tulen (Vitamin A) pula boleh memperbaharui penampilan kulit secara berterusan, mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap dan melicinkan kedutan dengan cepat.

Selain itu, kompleks glukosa mempercepat aktiviti permukaan kulit dan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan.

Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai garis halus, kulit kusam, kedutan, bintik-bintik gelap, kulit kasar, hyper aging dan pigmentasi.

Selepas beberapa kali penggunaan, kawasan mata kelihatan cerah dan kedutan semakin berkurang.

EUCERIN Pro Acne - Super Serum 30ml
Serum eucerin pro acne
From
RM109.00
Check EUCERIN Pro Acne - Super Serum 30ml price below:
add_circle Tekstur yang ringan dan cepat menyerap
add_circle Mengurangkan jerawat
add_circle Memperbaiki kulit
add_circle Mengurangkan kekotoran dan bintik hitam
remove_circle Harga sedikit mahal

Jika anda mempunyai kulit kombinasi, berminyak dan jerawat, boleh cuba jenama Eucerin kerana ia selamat untuk kulit anda.

Formulasi produk mengandungi 100% minyak sawit yang diperakui dan asid semula jadi.

Asid laktik dengan mikropartikel dalam produk ini boleh mengatur nilai pH kulit.

Berfungsi untuk mengurangkan jerawat, membersihkan dan mengetatkan liang-liang pori serta memperbaiki tekstur kulit.

Jangan risau serum ini juga sesuai untuk kulit sensitif kerana ia mempunyai tekstur yang ringan dan cepat menyerap.

Kalau nak jimat guna satu pump je dan pakai serum ni setiap hari siang serta malam.

Kulit semakin membaik pulih dan parut jerawat semakin pudar.

Krim anti aging terbaik untuk usia 30 tahun
Wardah Lightening Night Cream 30Gm
wardah lightening night cream
From
RM18.50
Check Wardah Lightening Night Cream 30Gm price below:
add_circle Boleh memudarkan parut jerawat
add_circle Melembapkan kulit wajah
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Mencerahkan dan membantu kulit tidak sekata
add_circle Menghilangkan bintik-bintik gelap
remove_circle Bau wangian kuat

Cream malam terbaik yang membantu mencerahkan wajah semasa anda tidur.

Texture produk macam Wardah day cream, cepat je meresap cuma untuk krim malam sangat melembapkan dan tanpa rasa melekit.

Dirumus dengan 7 bahan aktif termasuk Vitamin E, Vitamin C, arbutin, Niacinamide dan AHA.

Dengan inovasi sistem pencerah kulit, krim ini membantu mencerahkan kulit secara semula jadi dari dalam (lapisan epidermis) dan bahan AHA pula berfungsi untuk mengangkat sel kulit mati.

Turut mengandungi Vitamin E yang membantu melembapkan dan mengekalkan kulit sepanjang malam.

Sapukan krim pelembap malam Wardah selama beberapa minggu untuk kulit nampak lebih cantik, cerah dan lembut.

Boleh bertahan sehingga 2 bulan mengikut penggunaan.

Krim anti aging terbaik untuk usia 40 tahun
LOreal Paris Revitalift Anti Aging Laser X3 Serum
loreal paris serum
From
RM111.00
Check LOreal Paris Revitalift Anti Aging Laser X3 Serum price below:
add_circle Mengurangkan kedutan
add_circle Meningkatkan ketumpatan dan keanjalan kulit
add_circle Memperbaiki tekstur kulit
remove_circle Harga sedikit mahal

Produk anti-aging Loreal Paris pilihan yang bagus untuk mereka yang ingin meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan serta garis halus.

Antara tiga bahan utama termasuk:

  • LHA: Mengelupas kulit dengan lembut untuk memperbaiki tekstur dan liang pori terbuka.
  • Adenosine: Bahan aktif anti-penuaan yang terkenal untuk mengurangkan kedutan.
  • Pro-Xylane: Bahan aktif yang boleh meningkatkan bahan asas kulit dan merangsang sintesis kolagen untuk meningkatkan ketumpatan kulit serta plumpness.

Hasilnya, pori-pori menjadi semakin halus dan kedutan berkurang setiap hari.

Kulit turut terasa lebih lembut, gebu dan anjal apabila disentuh.

Tona kulit pula lebih cerah dan sekata.


Cara Pilih Krim Anti Penuaan Terbaik

Terdapat banyak produk anti aging di pasaran membuatkan ramai antara pengguna keliru macam mana nak pilih krim yang betul dan sesuai. 

Anda juga masih mencari krim anti penuaan yang terbaik? Jom kami bantu!

Berikut adalah beberapa langkah untuk bantu anda memilih krim anti penuaan terbaik:

  • Ketahui jenis kulit anda

Penting untuk mengetahui jenis kulit anda sebelum memilih krim anti penuaan yang tepat.

Jika kulit anda mudah kering, carilah krim yang mengandungi bahan-bahan yang melembapkan seperti Hyaluronic Acid. 

Manakala, jika kulit anda mudah berminyak, pilih krim yang lebih ringan dan bertekstur gel supaya ia mudah menyerap pada kulit.

  • Perhatikan bahan aktif 

Periksa label krim anti penuaan dan pastikan ia mengandungi bahan aktif yang dapat membantu mengurangi tanda-tanda penuaan.

Antara bahan aktif popular dalam krim anti aging adalah seperti retinol, Vitamin C atau ceramide

Anda juga perlu pastikan ia tak mengandungi bahan-bahan yang bahaya kepada kulit seperti merkuri atau paraben.

  • Pilih jenama yang dipercayai

Jenama juga memainkan peranan penting untuk anda memastikan ia tak memberi janji palsu.

Pilihlah jenama yang memiliki reputasi baik dalam produk perawatan kulit, baca ulasan daripada pengguna dan buatlah tinjauan produk secara online.

Tindakan ini juga akan bantu anda mudah faham tentang produk yang bakal anda gunakan kelak.

  • Periksa kandungan SPF

Krim anti penuaan yang baik kebanyakannya mengandungi SPF untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari. 

Anda haruslah memilih produk dengan SPF minimal 30 untuk perlindungan yang optimal.

  • Harga berpatutan

Krim anti penuaan yang mahal tak semestinya ia lebih baik dan bagus untuk kulit anda.

Pastikan anda memahami konsep krim anti penuaan terlebih dahulu dan tetapkan berapa bajet anda. 

Ini akan pastikan anda membeli produk yang bersesuaian dengan harga yang lebih berbaloi. 

Langkah yang paling penting adalah anda harus dapatkan pendapat daripada doktor jika ada ada masalah kulit sensitif yang kronik.

Ini untuk memastikan kulit anda tak menjadi lebih teruk dan tak ada sebarang reaksi alergi yang buruk berlaku kepada anda.


Apakah Krim Anti-Penuaan, Dan Bagaimana Ia Berfungsi?

Krim anti-penuaan adalah produk penjagaan kulit berasaskan pelembap dan dikatakan boleh menjadikan pengguna kelihatan lebih muda dengan mengurangkan garis halus, kedutan atau mencegah tanda-tanda penuaan kulit.

Ini kerana krim anti-penuaan mengandungi beberapa bahan yang bagus untuk kulit.

Antaranya termasuk:

  • Retinol: Satu bentuk Vitamin A yang membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dan mengurangkan hiperpigmentasi.
  • Asid hyaluronik: Membantu mengekalkan kelembapan dan menjaga penghalang kulit.
  • Peptida: Salah satu kumpulan asid amino yang meningkatkan sintesis kolagen.
  • Antioksidan: Melindungi kulit dan mengurangkan kesan daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Selain mengurangkan tanda penuaan pada wajah, produk anti-aging juga boleh menegangkan kulit.

Malah, boleh mengurangkan masalah kulit kusam, pori-pori besar yang jelas kelihatan, dan membantu memperbaiki tekstur kulit yang kasar.

Gunakan secara konsisten untuk kulit nampak lebih muda dan berseri.


Pada Usia Berapakah Saya Sebaiknya Mula Menggunakan Krim Anti-Penuaan?

Apabila kita semakin tua, badan menghasilkan kurang kolagen dan ini boleh menyebabkan kedutan dan kulit kendur.

Jadi, disarankan menggunakan produk krim anti-penuaan atau mana-mana satu produk berasaskan retinol seawal usia 25 tahun untuk melambatkan proses penuaan kulit.

Tambah lagi, jangan tinggalkan produk penjagaan kulit lain seperti moisturizer dan sunscreen/sunblock untuk membantu melindungi dari radikal bebas dan mengekalkan kelembapan dalam kulit.


Berapa Kerap Saya Sepatutnya Menggunakan Krim Anti-Penuaan?

Bagi yang baru memulakan krim anti-penuaan dalam skincare, disarankan menggunakan produk tersebut selama 2-3 kali seminggu.

Mulakan kepekatan retinol atau bahan aktif lain yang lebih rendah dan tingkatkan tahap kepada kepekatan yang lebih tinggi.

Selepas beberapa minggu, anda boleh menggunakan krim anti-penuaan pada waktu malam setiap hari.

Dan jangan skip pelindung matahari sekurang-kurangnya spf30 pada siang hari.


Adakah Kesan Sampingan Menggunakan Krim Anti-Penuaan?

Salah satu kesan sampingan menggunakan krim anti-penuaan ialah risiko reaksi kulit.

Jika produk tersebut tidak sesuai, kulit anda akan gatal-gatal, kemerahan, atau mengakibatkan keadaan breakout yang sangat teruk.

Malah, retinol dalam sesetengah produk skincare turut berbahaya untuk digunakan oleh wanita hamil.

Ini kerana boleh menyebabkan kecacatan pada bayi.

Bahan lain seperti paraben pula berpotensi untuk menyebakan kerosakan pada sistem badan dan menganggu fungsi sistem endokrin.

Mereka yang selalu memakai krim anti-penuaan juga akan mudah sensitif terhadap matahari.

Lama kelamaan, kulit juga boleh menjadi kering dan mengelupas teruk.


Artikel Berkaitan

End of Article