Perkakas Rumah

13 Mop Lantai Terbaik Malaysia 2026 (Mozek, Kayu, Granit)

Mop lantai terbaik di Malaysia buat masa ini ialah Deerma TB900 Spray Mop, RM140 (harga disemak 9 Sep 2026). Bandingkan 13 pilihan mop lantai ikut jenis dan harga.


Editor · Updated 9 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

13 Mop Lantai Terbaik Malaysia 2026 (Mozek, Kayu, Granit)

Jawapan ringkas: mop lantai terbaik keseluruhan di Malaysia buat masa ini ialah Deerma TB900 Spray Mop Cordless Handheld, RM140.00 di Shopee Malaysia (harga disemak 9 September 2026), sesuai untuk kebanyakan rumah kerana ia cordless dan spray mop 2-in-1. Kalau bajet terhad, Self-Wash And Squeeze Dry Flat Mop With Bucket pada RM39.90 (julat pasaran RM17.99 hingga RM69.90) adalah pilihan paling berbaloi. Mop cordless elektrik sesuai untuk lantai besar dan rata, tetapi tidak sesuai untuk sudut sempit atau bawah perabot rendah, di mana mop batang biasa seperti RAYACO Cotton Floor Mop lebih praktikal.

Mungkin ada diantara kita rasa lebih puas hati menggunakan mop batang berbanding vacuum mop untuk mencuci lantai.

Kandungan

Bagi senario ini, penggunaan jenis mop dan pencuci lantai sangat penting bagi memastikan kotoran betul-betul dapat disingkirkan.

Apa yang menjadi masalah adalah mencari dan memilih mop lantai berkilat atau terbaik supaya kerja pencucian mudah.

Sekarang ni pun kita dah ada banyak jenis mop lantai moden yang boleh kita jadikan sebagai alat pembersih lantai terbaik.

Selain mop, kita pun mesti nak guna spray mop terbaik dan juga spin mop terbaik untuk dapatkan hasil pembersihan menyeluruh.

Kalau anda rasa susah nak cari mop yang bagus, kami boleh bantu anda buat pilihan terbaik.

Jadi kami senaraikan untuk anda harga mop lantai terbaik yang berbaloi dan mampu milik. Jom lihat!


Senarai 13 Mop Lantai Terbaik

Deerma TB900 Spray Mop Cordless Handheld
Mop lantai terbaik secara keseluruhan 1 daripada 13
Deerma TB900 Spray Mop Cordless Handheld
Deerma
Dari RM140
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mudah bersih ruang sempit
Mop 2 dalam 1
Rambut mudah melekat pada roda
1 lagi
Sudut semburan luas

Sebab menjadi pilihan utama:

Deerma TB900 Spray Mop Cordless Handheld merupakan mop 2 dalam 1 yang menggabungkan fungsi mop dan penyapu.

Jadi anda boleh guna satu alat untuk sapu rumah dan juga mop rumah anda, menjimatkan ruang penyimpanan anda.

Ciri-ciri:

Mop ini mempunyai berus gulung mekanikal berputar dengan bulu lembut dan nipis bagi membersihkan habuk dari celah-celah dengan mendalam, sementara port lebar 170° mengumpul habuk dan sampah dengan cekap. 

Dengan tangki habuk berkapasiti besar 230ml, anda tidak perlu risau untuk terlalu kerap perlu mengosongkan tangki habuk.

Selain itu, reka bentuk buckle kaki membolehkan anda memasang atau menanggalkan kain mop tanpa membongkok.

Dengan jarak penyemburan 110cm, anda boleh membersihkan kawasan yang luas dan menjimatkan masa. 

Manakala tangki air 280ml memang sempurna untuk membersihkan sehingga 100㎡ keluasan ruang rumah anda dan mop boleh digunakan pada lantai kayu, seramik, dan marmar.

Review:

"Sangat berpuas hati dengan mop ini sebab sangat praktikal dan berguna sebab tak perlukan baldi air untuk mop lantai. Berbaloi beli mop ni dan saya recommend untuk siapa-siapa yang mencari mop terbaik."

Mop lantai spray 2 daripada 13
Mop Lantai Easy Spray
OEM
Dari RM14.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Rekaan ergonomik
Tangan tak cepat lenguh
Perlu tukar mop pad
3 lagi
Ketinggian mop boleh diubah
Sesuai untuk semua jenis lantai
Kepala mop boleh dipusing 360°

Mop jenis spray dengan pad mikrofiber ini pula dijamin dapat menjimatkan masa dan tenaga anda untuk membersih lantai kediaman kerana tak perlu diperah secara manual. 

Pad mikrofiber pada mop ini pula mampu menyerap habuk serta kesan minyak dengan efisien dan tidak perlu menggunakan air dengan banyak untuk kerja-kerja pembersihan. 

Lagi bagus, pad mikrofiber juga boleh diguna semula dan dibasuh dengan mesin cuci jika anda malas nak sental dengan tangan.

Bagaimanapun, jika pad mikrofiber ini telah diguna untuk tempoh yang lama, anda perlu mengantikan dengan mop pad baru.

Anda boleh gunakan mop ini untuk bersihkan bawah katil, sofa atau almari tanpa masalah.

3M Scotch Brite Single Spin Mop Bucket Set
Mop lantai spin 3 daripada 13
3M Scotch Brite Single Spin Mop Bucket Set
3M
Dari RM180.41
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ringan
Baldi kukuh
Harga mahal
3 lagi
Mop mudah dipasang
Kapala mop boleh dipusing 360°
Tidak mencalarkan permukaan lantai

Kerja mengemop lantai bilik yang besar bakal jadi lebih mudah dengan mop Scotch Brite ini kerana menggunakan fabrik mikrofiber. 

Jenis fabrik ini boleh menyerap air dengan bagus sekaligus boleh memerangkap habuk halus dan rambut gugur dengan efisien.

Uniknya lagi, anda juga akan mendapat baldi yang lengkap dengan ciri Spin Dry, jadi pengguna mop lantai terbaik ini tak perlu perah mop secara manual. 

Batang mop pula kuat dan mampu tahan lama, jadi boleh bersihkan permukaan lantai yang keras seperti granite, kayu, laminate flooring serta cermin.

Hericaine 2022 Spray Mop Microfiber Pad
Mop untuk lantai mozek 4 daripada 13
Hericaine Spray Mop Microfiber Pad
Dari RM20.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada tangki air 350ml
Ringan, hanya 0.75kg
Perlu basuh mop pad
1 lagi
Batang mop stainless steel 1.2m

Mop ini sangat mudah digunakan kerana jenis spray, jadi anda tak perlu perah atau bilas mop secara manual.

Jadi anda tak penat sangat nak bersihkan rumah. Lagipun alat ini menggunakan kain jenis microfiber.

Ini kerana kain mop bukan sahaja boleh menyerap air, malah boleh membersihkan kotoran dengan mudah. 

Jangan risau, kain tersebut boleh ditanggalkan dan dibasuh setiap kali selepas digunakan. 

Paling penting, batang mop ini boleh dipusing hingga 360° dan boleh bersihkan kawasan sempit seperti di bawah sofa dan celah almari. 

Jika anda mempunyai lantai mozek di rumah, memang sesuai gunakan mop lantai mozek terkini ini.

APACHE TurboMOP MOP-1
Mop lantai elektrik 5 daripada 13
APACHE TurboMOP MOP-1
Dari RM79
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
2 tahun waranti
Ada pengesahan SIRIM
Perlu dicas untuk guna
4 lagi
Mop boleh berdiri sendiri
Pemegang mop boleh dipusing
Jimat air hingga 10 liter
Harga mahal

Mop jenama APACHE ini sesuai dimiliki oleh suri rumah yang ingin jimatkan masa dan tenaga bersihkan rumah. 

Malah alat ini menggunakan motor Turbo yang boleh membersihkan lantai yang kotor dengan mudah tanpa perlu menyental dengan tangan. 

Selepas dicas penuh, mop ini boleh berfungsi dan mengemop lantai hingga 4 ribu kaki persegi tanpa perlu disambung dengan wayar kabel. 

Anda boleh campurkan cecair pencuci lantai dengan air ke dalam tangki mop ini agar lantai lebih bersih tanpa kuman. 

Kepala mop pula menggunakan microfiber pad yang boleh menyerap cecair yang tumpah dan memerangkap habuk. 

Jadi, tiada masalah jika anak anda sering tumpahkan air di lantai sebab semuanya tetap dapat dibersihkan dengan mudah.

Deroma TM3000+ 3in1 Sweeper, Spray & Mop Floor Cleaner
Mop lantai panjang 6 daripada 13
Deroma TM3000+ 3in1 Sweeper, Spray & Mop Floor Cleaner
Dari RM99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kapasiti tangki air 420ml
Mop boleh dipusing 180°
Tempoh waranti hanya 3 bulan
2 lagi
Mop boleh digantung
Ringan, 0.64kg

Alat pembersih 3 dalam 1 ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai mop, malah berfungsi juga sebagai penyapu. 

Sesuai digunakan untuk membersih kotoran seperti minuman yang tumpah pada semua jenis permukaan seperti lantai kayu, jubin marble, buluh dan lantai granite. 

Disebabkan mop jenis spray, anda tak perlu perah mop dengan cara manual dan air cucian juga tak akan menitik pada lantai. 

Lantai rumah anda dijamin akan lebih berkilat kerana menggunakan kain mikrofiber tebal yang boleh perangkap habuk dan bersihkan kesan minyak tanpa merosakkan lantai. 

Jadi anda boleh gunakan mop ini untuk menghilangkan kesan minyak pada lantai, dan ia juga boleh bersihkan di semua tempat termasuk kawasan sempit.

Self-Wash And Squeeze Dry Flat Mop With Bucket
Mop lantai viral 7 daripada 13
Self-Wash And Squeeze Dry Flat Mop With Bucket
Dari RM39.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga murah
Mudah dipasang
Mop pad perlu tukar
1 lagi
Sesuai dengan semua jenis permukaan lantai

Mop yang menggunakan kain mikrofiber ini mempunyai baldi khas yang boleh memerah air cucian mop dengan mudah, jadi tak perlu perah secara manual. 

Batang mop pula diperbuat daripada stainless steel yang tahan lama. 

Alat ini boleh digunakan ketika basah atau kering kerana kain mikrofibernya boleh perangkap habuk dan kotoran dalam keadaan basah dan kering. 

Sesuai untuk pelbagai jenis lantai sama ada lantai kayu keras, jubin dan marmar. 

Nak guna untuk cuci cermin tingkap sliding door pun boleh.

Bagaimanapun, mop pad perlu ditukar dan diganti baru sekiranya sudah lama menggunakannya.

NECO Microfibre Mop
Mop untuk lantai vinyl 8 daripada 13
NECO Microfibre Mop
Dari RM29.36
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mop jenis mikrofiber
Boleh bersihkan kesan gris
Perlu diperah secara manual
1 lagi
Hilangkan habuk dengan mudah

Walaupun harga mop lantai Neco ini murah, namun jangan pandang rendah akan kemampuannya untuk membersihkan lantai pejabat atau kediaman anda. 

Ini kerana mop mikrofiber ini boleh menyerap dan memerah air dengan mudah.

Selain itu, bahagian batang mop pula diperbuat daripada logam aluminum yang kuat dan tahan lama, jadi tidak mudah patah atau bengkok jika anda menyental lantai dengan kuat.

Boleh digunakan pada lantai hardwood, jubin, vinyl dan lain-lain untuk bersihkan kesan calar, bulu haiwan dan kotoran degil.

RAYACO Cotton Floor Mop with Handle
Mop lantai murah 9 daripada 13
RAYACO Cotton Floor Mop with Handle
RAYACO
Dari RM8.70
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Pelbagai pilihan warna
Fabrik mop jenis kapas
Perlu perah manual
2 lagi
Mudah digunakan
Kuat menyerap

Kepala mop ini boleh dicabut daripada batangnya untuk memudahkan anda basuh mop selepas digunakan. 

Apa yang menarik tentang mop Rayaco ini ialah mempunyai lubang pada hujung batang agar mudah digantung pada dinding atau di belakang pintu jika tidak digunakan. 

Sesuai digunakan untuk permukaan lantai jenis simen, Terrazzo dan kayu. 

Bagaimanapun, mop lantai ini adalah jenis manual yang memerlukan anda memerah kepala mop semasa ingin mengemop lantai.

Jika anda sukakan mop lantai jenis manual dengan harga yang sangat murah, anda boleh dapatkan mop lantai Rayaco ini.

Easy Spin Mop with Stainless Steel Basket
Spin mop 10 daripada 13
Easy Spin Mop with Stainless Steel Basket
Dari RM19.78
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tinggi batang mop boleh adjust
Kepala mop boleh dipusing 360°
Perlu bersihkan kepada mop
3 lagi
Kain mop cepat kering
Rekaan ergonomik
Harga murah

Penat membongkok untuk perah mop setiap kali selepas bersihkan lantai? 

Usah risau, mop spin ini akan mempercepatkan kerja dan tidak akan kotorkan tangan kerana terdapat baldi khas yang boleh perah mop dengan mudah. 

Kain mop juga boleh menyerap air dengan baik, jadi cecair yang tumpah seperti susu atau kicap boleh dibersihkan dengan mudah. 

Manakala bahagian bawah baldi mop pula ada tayar dan lubang kecil untuk memudahkan air cucian dibuang tanpa perlu mengangkat baldi. 

Selamat digunakan pada permukaan lantai kayu, jubin dan marmar.

Mop lantai berminyak 11 daripada 13
COSWAY Microfibre Floor Mop
COSWAY
Dari RM85
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mudah tukar kain mop
Selamat digunakan pelbagai jenis lantai
Refill beli secara berasingan
1 lagi
Tahan lasak dan tahan lama

Mop lantai mikrofiber COSWAY ini dilengkapi dengan kepala mop ekstra besar berukuran 55cm x 16cm yang diperbuat daripada benang mikrofiber berkualiti tinggi.

Mop ini memastikan kotoran dan debu dapat dikumpulkan dan dibersihkan secara berkesan.

Sementara itu, pemegang aluminium yang boleh dipanjangkan boleh disesuaikan dari 75cm hingga 130cm, membolehkan anda mencapai tempat yang lebih tinggi dengan mudah.

Kepala mop ini juga boleh berputar 360⁰ memberikan anda fleksibiliti yang diperlukan untuk membersih sudut sempit dan memastikan liputan pembersihan yang menyeluruh. 

Pemegangnya yang diperbuat daripada span EVA, menyediakan cengkaman yang selesa, menjadikan sesi pembersihan yang lebih mudah. 

Paling penting, mop ini sangat lembut dan tidak kasar, jadi ia selamat digunakan pada pelbagai jenis lantai serta menawarkan pembersihan yang lembut dan berkesan.

BOOMJOY Spray Mop 360 Rotation
Mop lantai berpusing 360 darjah 12 daripada 13
BOOMJOY Spray Mop 360 Rotation
Boomjoy
Dari RM98.89
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh berpusing 360 darjah
Mudah digunakan di ruang sempit
Ruang tangki air kecil
1 lagi
Sesuai untuk pelbagai jenis lantai

Mop jenis semburan dari BOOMJOY ini merupakan mop yang boleh dipusingkan 360 darjah bagi berikan anda fleksibiliti semasa tugas membersihkan lantai.

Mop ini dilengkapi dengan fungsi pengecutan diri yang terbaik dan reka bentuk yang menawarkan fungsi pengecutan yang berkuasa, penyahhidratan yang berkesan, dan dekontaminasi yang hebat. 

Hanya geser tuas ke atas dan ke bawah untuk memerah keluar air dan kotoran tanpa anda perlu mengotorkan tangan anda.

Mop serba guna ini berfungsi sebagai mop kering dan basah, dengan serat optik dan kapasiti penyerap super untuk membersihkan semua jenis lantai dengan cepat. 

Mop ini sesuai untuk membersihkan lantai, dinding, tingkap, dan permukaan almari. 

Pemasangan mop ini juga mudah dengan pengikat dan Velcro memastikan pemegang dan pad mop mikrofiber terpasang dengan kukuh.

Jallen Gabor A8 Intelligent Dry Wet MOP Cleaner
Robot mop lantai 13 daripada 13
Jallen Gabor A8 Intelligent Dry Wet Mop Cleaner
Dari RM79.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Pembersihan automatik
Kuasa sedutan 1800pa
Tidak boleh bersihkan kotoran minyak
1 lagi
Saiz kecil muat untuk bawah sofa

Bagi anda yang sibuk tetapi ingin rumah sentiasa bersih, kami syorkan Jallen Gabor A8 Intelligent Dry Wet Mop Cleaner ini.

Dengan daya sedutan kuat sehingga 1800Pa, vakum robotik tanpa wayar ini mampu membersihkan jubin, lantai kayu, dan karpet yang tidak tebal dengan mudah. 

Sensor pintar dan keupayaan bergerak sendiri memastikan peralihan lancar pada permukaan yang berbeza tanpa bantuan. 

Selain itu, reka bentuk profil rendah dengan hanya setinggi 68mm membolehkannya bergerak dengan mudah di bawah sofa dan katil, memastikan tiada habuk tertinggal. 

Dilengkapi dengan bateri li-ion 3000mAh yang kuat, ia menawarkan masa pembersihan yang mengagumkan sehingga 120 minit. 

Memang senang nak bersihkan lantai rumah anda selepas ini dan tidak perlu lagi anda bersusah payah membersihkan lantai secara manual dengan robot vacuum ini.


Yang Mana Satu Lebih Baik, Mop Lantai Dengan Air Panas Atau Air Sejuk?

Untuk dapatkan lantai yang lebih bersih daripada habuk dan sebarang kekotoran seperti kicap yang tumpah, anda disarankan untuk mop lantai dengan air sejuk. 

Ini kerana air panas boleh merosakkan lantai rumah terutamanya jika lantai kediaman adalah jenis lantai lamina. 

Selain itu, penggunaan air sejuk untuk mop lantai juga boleh menyebabkan lantai rumah anda kekal berkilat untuk tempoh yang lebih lama. 

Lagipun, air sejuk turut membantu memberikan kesan sejuk pada lantai selepas selesai dimop.

Barulah rasa lebih nyaman apabila berjalan dalam rumah sendiri. 


Bagaimana Cara Mop Lantai Dengan Betul?

Sebenarnya nampak mudah bila nak mop lantai ni, tapi kalau salah cara boleh buatkan lantai rosak dan juga menjadikan proses pembersihan tu kurang efisien.

Jom ikut langkah mudah ini untuk dapatkan hasil pembersihan yang berkesan.

  • Pilih mop yang sesuai dengan jenis lantai kediaman anda.
  • Pilih pencuci lantai yang sesuai.
  • Anda harus bersihkan lantai dengan penyapu atau vakum terlebih dahulu agar lantai tak melekit dan bersih dari habuk yang menebal.
  • Campurkan sedikit cecair pencuci lantai dengan air dalam baldi mop.
  • Celupkan mop dalam baldi berisi pencuci lantai tadi.
  • Basahkan dan perah mop agar air cucian tidak meleleh ke lantai.
  • Boleh mula mop lantai.
  • Pastikan anda tidak memijak kawasan lantai yang belum kering. 
  • Jika ada kawasan lantai yang ada kotoran degil, gosok kawasan itu dengan lebih kuat sehingga kotoran hilang.
  • Kemudian, bilas mop dengan air dalam baldi dan perah. Mop lantai sekali lagi agar lebih bersih. 
  • Jika lantai masih licin atau melekit akibat ada kesan cecair pencuci tadi, boleh mop lantai lagi sekali dengan air bersih yang tidak dicampurkan dengan sebarang sabun.
  • Jika air dalam baldi bertukar menjadi keruh, jangan lupa untuk tukar air.

Soalan Lazim Tentang Mop Lantai

Mop lantai jenis apa yang paling sesuai untuk lantai jubin atau marmar?

Microfibre spray mop seperti COSWAY Microfibre Floor Mop atau NECO Microfibre Mop paling sesuai kerana tidak mencalar permukaan jubin atau marmar berbanding mop kain kasar, dan lebih cekap menyerap air berbanding mop span.

Patutkah saya pilih mop elektrik (cordless) berbanding mop manual?

Mop elektrik seperti Deerma TB900 lebih sesuai untuk rumah dengan lantai luas kerana ia menjimatkan tenaga dan masa, tetapi harganya lebih mahal dan perlu dicas. Mop manual seperti spin mop atau flat mop lebih murah dan tidak bergantung kepada bateri, sesuai untuk unit kecil atau bajet terhad.

Berapa kerap perlu tukar kepala mop (mop head)?

Kepala mop microfibre biasanya perlu ditukar setiap 3 hingga 6 bulan bergantung kekerapan penggunaan, manakala kepala mop kapas boleh tahan lebih lama jika dibasuh dan dikeringkan dengan betul selepas setiap guna.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation