Tahukah anda, walaupun tidak memakai apa-apa produk solekan anda tetap perlu membersih wajah anda dengan menggunakan pencuci muka solekan atau make up remover?
Apa itu make up remover atau micellar water terbaik? Ini adalah satu produk pencuci makeup khas untuk membuang sisa make up pada muka secara harian.
Setiap calitan make up pada wajah wajib dibersihkan dengan sempurna, barulah kulit muka berseri dan bersih.
Penggunaan makeup remover pada produk makeup yang mempunyai unsur water resistant adalah sangat penting bagi memastikan kulit anda sihat.
Ada pelbagai jenis makeup remover online untuk anda cuba atau anda boleh dapatkan sendiri makeup cleanser di drugstore.
Jom kita lihat dan kenal pasti makeup remover terbaik yang mana sesuai untuk kulit dan jenis make up anda!
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 14 Make up Remover
Sebab menjadi pilihan utama:
Ramuan bahan seperti argan oil adalah bahan yang sangat bagus untuk menanggalkan make up pada kulit wajah dan kaya dengan khasiat untuk kulit.
Ciri-ciri:
Bila pakai make up, penggunaan make up remover itu adalah wajib dan oil infused micellar water Garnier sememangnya yang terbaik.
Make up remover terbaik ini sesuai untuk semua jenis kulit, mempunyai kelulusan halal dan jadi boleh guna tanpa ragu-ragu.
Makeup remover Garnier ini diperkaya dengan rumusan argan oil yang memudahkan proses buang kotoran makeup pada wajah.
Bukan itu sahaja, kulit wajah jadi lembut licin hanya dengan sekali sapuan malah argan oil bagus untuk melawan jerawat.
Review:
“Menjadikan bibir lembut, tidak kasar dan mudah untuk dioleskan pada bibir.”
Pencuci makeup all-in-1 ini mampu menghapuskan solekan, membersihkan dan menyegarkan kulit muka.
Dengan hanya sedikit produk, make up remover ini akan terus menanggalkan make up anda dan tidak bahayakan bibir dan mata anda.
Pembersih serba boleh yang mengandungi teknologi micellar ini ibarat magnet yang menangkap dan mengangkat kotoran di muka.
Minyak dan solekan untuk memberikan kulit terhidrat, bersih sempurna dan tidak mengeringkan.
Kandungan air micellar bertindak sebagai ejen penyingkiran kotoran dan melindungi kulit anda daripada pencemaran.
Selain itu, mampu membuang semua jenis solekan, membersihkan dan hidrat tanpa meninggalkan rasa pedih pada muka.
Anda tidak perlu risau kerana pencuci makeup ini bebas dari warna dan alkohol.
Bukan itu sahaja, make up remover yang bagus akan membantu memberikan kulit lembap selepas penggunaan.
Gabungan ramuan 3 jenis minyak iaitu Soybean Oil, Sesame Seed Oil dan Black Currant Seed Oil.
Soybean Oil membantu mengawal sebum, meningkatkan keanjalan kulit dan memberi sensasi segar.
Manakala, Sesame Seed Oil adalah untuk hidrasi kulit dan mengekalkan keremajaan pada wajah.
Sementara itu, Black Currant Seed Oil pula adalah untuk melindungi kulit muka dan membaikpulih sel kulit.
Pencuci makeup yang sangat sesuai untuk pembersihan sehingga ke dalam liang pori anda.
Pencuci makeup ini mengandungi ekstrak betik yang dapat melembutkan kulit anda selepas menanggalkan solekan.
Selain itu, produk ini juga mengandungi ekstrak teh hijau yang bersifat antioksidan dan ekstrak moringa sebagai ejen anti-pencemaran.
Membuang segala kotoran dan tiada lagi masalah kekusaman pada wajah anda membuatkan wajah makin berseri.
Makeup remover ini dapat menanggalkan solekan dengan mudah termasuk maskara kalis air dan gincu tanpa meninggalkan sisa dan melindungi kulit.
Makeup remover ini menggunakan kuasa micellar water untuk menanggalkan solekan degil pada wajah terutamanya di bahagian mata dan bibir.
Diperkaya dengan multi-vitamin dan Triple-Purified Micellar Water, produk ini akan membersih secara mendalam serta menghidrat kulit dalam masa yang sama.
Ianya juga mampu menyedut segala kotoran dan solekan yang menyebabkan pori tersumbat.
Kulit anda akan bebas dari kotoran dan tidak lagi menyebabkan kulit tampak kusam.
Jika anda penggemar solekan, pembersih minyak ini amat sesuai untuk membuang dan membersih kesan solekan degil di wajah anda.
Formulanya yang ringan dan senang dibilas membuatkan rutin pembersihan wajah amat mudah sekali.
Pembersih wajah ini amat sesuai dengan kesemua jenis kulit kecuali sensitif kerana mengandungi pewangi yang kuat.
Ianya amat bagus sekali sebagai pembersih solekan, dan pembersih wajah kerana ianya akan membuatkan kulit menjadi lembut selepas dibilas.
Siapa disini adalah masalah kulit sensitif? Inilah make up remover yang terbaik untuk kulit wajah anda.
Direka khas untuk kulit sensitif dan ianya bebas pewangi dalam kandungannya.
Jika anda mempunyai masalah kemerahan pada kulit akibat iritasi, ianya bertindak untuk meredakan masalah tersebut.
Paling utama, make up remover ini juga berfungsi membuang kotoran pada wajah anda dan mengekalkan tahap kelembapan juga.
Pencuci makeup ini membersihkan dan menghilangkan solekan tanpa mengeringkan kulit anda.
Diperkaya dengan agen penyucian, glukonat zink dan tembaga sulfat, menjadikannya sesuai walaupun berkulit yang paling sensitif.
Selain itu, juga mengawal penghasilan sebum supaya liang pori tidak tersumbat dan bebas dari bakteria menjadikan kulit bebas daripada jerawat.
Dengan nilai pH 5.5 ianya direka khas untuk anda yang mempunyai masalah kulit sensitif, kini anda boleh menggunakannya tanpa ada rasa was-was.
Bukan itu sahaja, setelah anda sapu dan lap semua kotoran pada wajah, anda tidak perlu dibilas dan boleh terus tidur. Mudah!
Dirumus khas dari ekstrak french ros yang membantu mengekalkan kelembapan pada kulit.
Selain itu, juga memberi kelembutan pada kulit dan tidak meninggalkan rasa kering.
Selain itu, teknologi molekul micellar yang unik bertindak seperti magnet untuk menghilangkan lebihan sisa dan kekotoran dari kulit dengan teliti.
Produk ini akan membersihkan, mengeluarkan solekan dan menenangkan kulit anda selepas seharian menggayakan makeup.
Bila pakai make up remover pastinya anda perlu menggunakan cotton pad atau tisu untuk menanggalkan make up pada wajahkan?
Tapi make up remover terbaik dari Bifesta ini hadir dalam bentuk tisu muka yang memudahkan anda, hanya perlu tarik dan lap pada wajah anda.
Mengandungi asid amino yang membantu memberikan kesan lembap pada wajah anda.
Kotoran pada wajah dapat ditanggalkan, dan anda juga dapat memberikan kulit wajah yang cerah!
Kulit wajah terjaga, malah makin berseri dan cerah kulit anda. Jom cuba sekarang!
Jika kulit muka anda terlalu berminyak, cuba teknik 'double cleansing' di mana anda perlu mencuci muka dengan menggunakan cleansing oil terlebih dahulu.
Bukan apa, kalau lubang pori tak dibersihkan dengan baik, kesannya menyebabkan kulit keradangan.
Jadi, dengan bahan Glycine Soja dan Ginseng Seed oil yang ada dalam jenama Beauty of Joseon ini, ia dapat menyingkirkan kotoran dan sisa makeup tanpa memedihkan kulit.
Dengan campuran bahan ini juga sekali gus dapat mengelakkan sebarang pertumbuhan jerawat atau bintik-bintik merah pada kulit wajah.
Beauty of Joseon juga menggunakan teknologi Micellar cleansing yang berfungsi seperti magnet untuk menyerap segala kekotoran yang ada pada wajah.
Yang penting, pencuci muka ini tidak akan memberikan kesan yang kering pada kulit anda.
Cleansing oil yang tular dari jenama Anua hadir dalam tekstur ringan dan mengandungi minyak jojoba, buah zaitun dan biji anggur.
Berkesan menghilangkan kekotoran kulit, bintik hitam dan sebum tanpa menyumbat liang pori.
Sesuai untuk kulit yang berjerawat dan hasilnya kulit lebih segar serta terhidrat.
Cukup sapukan satu pam je cleansing oil pada kulit kering, masukkan sedikit air dan urut perlahan-lahan sehingga makeup cair sepenuhnya.
Dalam botol bersaiz 20ml dan boleh letak dalam beg, senang nak bawa travel atau kemana-mana sahaja!
Ada yang dah cuba pakai selama seminggu lebih, blackhead berkurangan dan kulit rasa lembut.
Makeup remover dalam bentuk balm yang ringan, tidak membuatkan liang pori tersumbat dan boleh mencairkan solekan dengan baik.
Teksturnya pula hipoalergenik yang berubah daripada serbet kepada minyak apabila disapu pada kulit anda.
Dengan Teknologi Zero Balance, makeup remover ini boleh membersihkan secara mendalam dan menanggalkan segala solekan kalis air serta semua kotoran dalam satu sapuan je.
Walaupun tak pakai makeup, anda juga perlu double cleansing untuk tanggalkan sunblock.
Hasilnya, muka lagi bersih dan susah naik jerawat bila buat double cleansing setiap hari.
Boleh Ke Gunakan Pencuci Wajah Sahaja Untuk Buang Make Up?
Ini adalah soalan yang terbaik yang kita semua perlu dan wajib tahu.
Untuk pengetahuan anda, mencuci wajah saja tidak cukup untuk membuang kotoran pada wajah terutamanya apabila anda memakai makeup.
Make up tidak semua 100% organik, kebanyakan makeup adalah jenis waterproof, mengandungi minyak dan bahan kimia yang dibenarkan.
Jadi, pencuci muka tidak mampu untuk menyingkirkan semua faktor di atas.
Oleh itu, anda perlu menggunakan produk lain untuk membuang make up seperti produk make up remover, micellar oil atau double cleanser terbaik.
Kalau anda masih keliru, anda boleh tonton video di bawah cara untuk bersihkan muka menggunakan make up remover.
Perlu Gunakan Make Up Remover Setiap Hari Dan Membilas Wajah Sejurus Itu?
Jawapannya adalah ya! Kita perlu menggunakan make up remover.
Tidak kisah make up remover itu membekalkan kebaikan extra atau hanya mampu membuang make up sahaja.
Kebanyakan make up remover diluar sana membekalkan kebaikan yang lebih baik pada wajah anda bukan sekadar membersih kotoran make up sahaja.
Mungkin ada yang beranggapan hanya gunakan sunscreen dan lipstick sahaja dan perlu gunakan make up remover.
Walaupun itu sahaja yang anda gunakan, anda masih tidak pasti tentang kandungan setiap produk itu.
Jadi lebih baik guna make up remover pada wajah agar kulit wajah dapat dilindungi dengan lebih baik.
Nak bilas atau tidak selepas guna make up remover itu bergantung pada jenis make up remover yang anda pilih.
Ada beberapa produk make up remover diformulasi agar tidak perlu dibilas tetapi ada juga produk kita perlu membilas kulit wajah selepas penggunaan.
Jadi jawapan untuk nak bilas atau tidak, anda perlu tengok balik make up remover jenis apa yang anda beli.
Kebaikan Dan Keburukan Makeup Remover
Bagi mereka yang suka memakai makeup, remover makeup memang salah satu produk penjagaan muka yang wajib ada.
Produk ini membantu menanggalkan makeup dengan cepat dan berkesan.
Ia mudah digunakan dan menjimatkan masa berbanding mencuci muka berulang kali.
Selain itu, produk ini boleh mengurangkan sebum dan kotoran pada permukaan kulit.
Jadi, tiada sisa makeup yang boleh menyumbat pori dan mengurangkan risiko jerawat.
Bagaimanapun, makeup remover boleh membazirkan wang dan menyebabkan kulit kering mengelupas jika tidak menggunakan cara double cleansing yang betul.