Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Printer Buat Hal Lagi? Guna 7 Printer Terbaik di Malaysia Ini

Cetakan berkualiti sepantas kilat

Product in this article

Printer merupakan satu alat elektronik yang sangat diperlukan untuk tugas-tugas surat menyurat, seni grafik dan pembentangan bercetak untuk mesyuarat atau kuliah.

Masih keliru apakah printer terbaik untuk anda?

Berikut adalah beberapa printer pilihan kami yang akan membantu anda menjalankan tugasan dengan lebih lancar.

Epson L3110

RM 419.3
Epson
1. Epson L3110
Printer 3-in-1 terbaik yang mempunyai scanner

Printer ini merupakan printer 3-in-1 untuk tugasan scanning, printing dan copying. Ia mampu mencetak dengan kelajuan 9.2ipm bagi cetakan hitam dan putih. Manakala resolusinya yang tinggi sehingga 5760 DPI dapat menghasilkan cetakan yang lebih jelas dan terang.

HP Sprocket 2-in-1

RM 640
HP
2. HP Sprocket 2-in-1
Printer untuk cetak foto yang menggunakan Bluetooth

Pengguna boleh mencetak foto terus daripada telefon bimbit mereka dengan sambungan Bluetooth sahaja. Printer ini menggunakan bluetooth 3.0 yang menjadikan penghantaran maklumat gambar yang hendak dicetak lebih cepat. 

Ia menggunakan teknologi ZINK yang tidak memerlukan dakwat tetapi hanya kertas khas untuk mencetak foto.

Canon Pixma MG2570S

RM 142
Printer yang murah – terbaik untuk pelajar
Canon
3. Canon Pixma MG2570S
Printer yang murah – terbaik untuk pelajar

Dengan harga yang murah, ia sangat ideal bagi pelajar bersekolah atau mahasiswa. Ia mampu mencetak dengan kelajuan 8.0 ipm bagi hitam dan putih manakala 8.0 ipm bagi yang bewarna dengan resolusi 4800 x 600. 

Reka bentuknya yang kecil dan ringan menjadikan printer ini mudah di bawa oleh pelajar universiti ke hostel mereka.

Epson L405

RM 619
Printer inkjet terbaik yang mempunyai sambungan WiFi
Epson
4. Epson L405
Printer inkjet terbaik yang mempunyai sambungan WiFi

Kini anda tak perlu memasang kabel atau memindahkan file yang mahu dicetak dari gadget ke pc. Printer ini boleh dihubungkan dengan gadget lain seperti smartphone melalui WiFi dan sedia untuk di print dari gadget yang disambungkan. 

Ia mampu mencapai resolusi sehingga 5760 DPI dan mencapai kepantasan 10.5 ipm bagi mono dan 5.0 ipm bagi salinan bewarna.

HP OfficeJet 6970

RM 679
Printer paling jimat
HP
5. HP OfficeJet 6970
Printer paling jimat

Printer ini merupakan printer yang paling jimat dalam penggunaan dakwat dan tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang digunakan hanyalah 27 watt secara maksimum dan dinobatkan sebagai printer ECO. 

Ia juga menggunakan hanya 50% dakwat berbanding dengan printer biasa ketika melakukan cetakan. Kualiti cetakannya mencapai sehingga 600 x 1200 DPI dengan kelajuan 20 ppm bagi mono dan 11 ppm bagi bewarna.

Samsung Xpress M2020W

RM 268
Printer laser terbaik
Samsung
6. Samsung Xpress M2020W
Printer laser terbaik

Printer laser sesuai bagi mereka yang menginginkan kepantasan dalam tugas-tugas seperti kerja pejabat yang tidak menekankan ciri-ciri kreativiti (terdapat dalam warna mono sahaja). 

Printer ini mencetak dengan resolusi 1200 x 1200  DPI dan menghasilkan cetakan tulisan yang jelas dan mudah dibaca. Kelajuan sehingga 21 ppm nya dapat menghasilkan hasil cetak yang banyak dalam satu masa.

Brother DCP-T500W

RM 519
Printer warna terbaik
Brother
7. Brother DCP-T500W
Printer warna terbaik

Beresolusi 1200 x 6000 dpi dengan kelajuan sehingga 27/10 ppm, cetakan yang terang dan berwarna dapat dihasilkan dengan pantas.

Printer ini juga mudah diisi semula kerana tabung dakwatnya berada di luar dan dapat mengelakkan daripada dakwat bewarna mudah tertumpah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article