Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Printer Murah Terbaik Untuk Student 2024 (Jenama Bagus)

Kalau ada printer sendiri, boleh buat 'duit tepi' print assignment kawan!

Printer dan laptop sudah menjadi satu keperluan setiap pelajar sekolah dan pelajar universiti untuk selesaikan tugasan yang diberikan oleh cikgu atau pensyarah.

Tidak hairanlah sekarang ramai cari printer terbaik untuk pelajar dengan harga printer murah bagi memudahkan proses mencetak, fotostat atau mengimbas tugasan.

Ada banyak jenis printer untuk student yang berkualiti, serta printer yang bagus dan ink murah yang boleh jimatkan duit poket bulanan.

Bukan apa, kebanyakan individu lebih cenderung membeli produk berjenama tapi fungsi lebih kurang dengan printer murah dan jimat ink.

Jom lihat senarai jenama printer terbaik untuk pelajar dan jenis printer yang sesuai dengan bajet dan keperluan penggunaan harian.


Senarai 7 Printer Murah Untuk Pelajar

Printer murah terbaik secara keseluruhan
Canon
Canon Pixma E470
mulai
RM208.00
Semak Canon Pixma E470 harga dibawah:
add_circle Mempunyai WiFi
add_circle Boleh mencetak sehingga 400 helai
add_circle Boleh print, copy dan scan
add_circle Hasil cetakan berkualiti
add_circle Monitor ink level di aplikasi Selphy
remove_circle Saiz cartridge kecil

Sebab menjadi pilihan utama:

Jenama printer ini berupaya memberi fungsi 3 dalam 1 iaitu, print, scan dan copy dalam satu mesin printer dan mempunyai fungsi wireless.

Ciri-ciri:

Ada fungsi WiFi atau wireless, membolehkan anda monitor jumlah dakwat printer melalui aplikasi Selphy dan menyambungkan printer tanpa perlu wayar USB.

Printer ini berupaya mencetak dengan kelajuan yang menepati ISO Standard print speed (A4):  4.0ipm (berwarna) / 8.0ipm (hitam putih).

Malah mampu memuatkan sehingga 30 keping kertas dengan resolusi maksimum mampu mencecah sehingga 1200dpi. 

Canon juga turut memberi waranti selama 3 tahun kepada pengguna.

Review:

"Printer ni memudahkan kerja, hanya print melalui telefon je dengan WiFi. Mudah dan sangat recommended."

Printer yang tahan lasak
Canon
Canon Pixma 3-in-1 Inkjet Printer (E410)
mulai
RM239.00
Semak Canon Pixma 3-in-1 Inkjet Printer (E410) harga dibawah:
add_circle Mempunyai mod senyap
add_circle Harga dakwat murah
add_circle Ringan
remove_circle Tiada sokongan WiFi
remove_circle Tidak sesuai untuk percetakan berskala besar

Printer Canon E410 ini merupakan printer yang mempunyai fungsi 3 dalam 1 iaitu mencetak, scan dan fotostat.

Dengan adanya 3 fungsi ini pada printer menjadikan harga yang dikenakan adalah sangat berpatutan.

Menarik lagi, harga katrij untuk printer ini pula murah jadi sangat sesuai untuk pelajar!

Printer ini juga mempunyai mod senyap semasa digunakan jadi tidak ada masalah menggunakannya pada waktu malam.

Ciri ini bagi memastikan anda tidak mengganggu roommate atau housemate yang sedang tidur untuk mencetak assignment anda.

Bagaimanapun, Canon Pixma 3-in-1 (E410) mempunyai kelemahan iaitu tidak mempunyai sokongan WiFi dan tidak boleh mencetak dokumen yang banyak dalam satu-satu masa. 

Selain itu, printer ini mempunyai reka bentuk yang ringan dan compact jadi tidak memerlukan ruang yang luas untuk disimpan. 

Printer yang boleh print depan belakang
Brother
mulai
RM299.00
Semak Brother Monochrome Laser Printer (HL-1110) harga dibawah:
add_circle Harga toner yang berpatutan
add_circle Ringkas dan mudah digunakan
add_circle Tahan lasak dan tidak mudah sangkut
add_circle Boleh cetak double sided
add_circle Boleh cetak kuantiti banyak
remove_circle Tiada cetakan berwarna

Brother Monochrome Laser Printer (HL-1110) ini merupakan printer jenis laser bersaiz kompak dan berkualiti tinggi.

Mempunyai ciri kemampuan mencetak double sided atau duplex printing serta mempunyai dual roller dimana dapat mengelakkan kertas daripada tersekat pada roller.

Resolusi cetakan maksimum mampu mencecah sehingga 600x600 dpi atau 2400 x 600 dengan kawalan resolusi.

Menariknya, kelajuan cetakan boleh mencecah sehingga 20ppm, sangat pantas!

Bukan itu sahaja, bahagian paper tray printer ini mampu memuatkan sehingga 150 keping kertas A4.

Brother turut menyediakan jaminan selama 3 tahun kepada pengguna.  

Printer yang boleh print dari handphone
Brother
ApHandler
mulai
RM615.00
Semak Brother DCP T420W harga dibawah:
add_circle Boleh sambung dengan WiFi
add_circle Boleh mencetak melalui telefon
add_circle Mampu mencetak kuantiti yang banyak
remove_circle Tidak mempunyai Mac printer driver

Printer model Brother ini mampu mencetak selaju 16/9 ipm dan menggunakan jenis dakwat Ink Ultra High Yield.

Menurut Brother, mesin ini mampu mencetak skala besar iaitu 7,500 helaian untuk percetakan hitam putih.

Manakala 5,000 untuk percetakan berwarna dan selepas itu perlu menukar print heads.

Anda juga boleh memantau dakwat dari luar kerana dakwat dalam bekas transparent.

Cara pengisian pula sangat mudah kerana direka user-friendly bagi mengelakkan dakwat tertumpah dan pembaziran.

Paling menarik, printer ini boleh berfungsi tanpa wayar kerana mempunyai sambungan WiFi jadi ciri ini membolehkan anda cetak menerusi sambungan dari telefon pintar sahaja.

Printer murah dan jimat ink
HP
HP DeskJet 2336 All-in-one Printer
mulai
RM169.00
Semak HP DeskJet 2336 All-in-one Printer harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Cetakan resolusi tinggi
remove_circle Tiada fungsi wireless

Printer HP DeskJet 2336 sangat berbaloi untuk dibeli kerana mempunyai fungsi scan dan copy.

Malah printer murah dan berkualiti ini boleh disambungkan melalui WiFi dan kelajuan cetakan pula pada tahap 6 cpm (hitam) dan 3 cpm (berwarna).

Manakala resolusi cetakan memuaskan dengan 600 x 300 dpi tidak kira cetakan bertulis, gambar dan berwarna. 

Purata bulanan cetakan kertas mampu dicapai sehingga 1000 helai kertas bersaiz A4 dan boleh membuat sambungan dengan laptop yang mempunyai sistem Windows 10 ke atas saja. 

Printer yang boleh print sticker
Epson
Epson EcoTank L3256  L3250 A4 WiFi All in One Ink Tank Printer
mulai
RM669.00
Semak Epson EcoTank L3256/L3250 A4 WiFi Ink Tank Printer harga dibawah:
add_circle Cetakan resolusi tinggi
add_circle Kelajuan tinggi
add_circle Ink tank boleh refill
add_circle Fungsi WiFi
add_circle Sambung dengan aplikasi smartphone
remove_circle Tidak boleh cetak double sided

Bagi pelajar yang mempunyai bajet extra, anda boleh beli printer Epson EcoTank L3256 / L3250 A4 WiFi All in One Ink Tank Printer ini kerana mampu mencetak sehingga 4500 halaman hitam putih.

Manakala untuk cetakan berwarna pula sebanyak 7500 halaman.

Epson EcoTank memberikan kemudahan sambungan WiFi untuk membolehkan anda menghubungkan dengan pelbagai peranti dengan mudah.

Operasi printer ini juga dimudahkan lagi dengan aplikasi Epson SmartPanel yang membolehkan anda untuk menetapkan fungsi printer pada smartphone anda.

Resolusi maksimum cetakan printer ini mampu mencecah sehingga 5760 x 1440 dpi.

Manakala untuk scanner, resolusi maksimumnya mampu mencecah sehingga 1200 x 2440 dpi.

Kelajuan cetakan mampu mencecah 10 ipm untuk hitam putih dan 5 ipm untuk cetakan berwarna.

Printer yang boleh print gambar
Canon
Canon Pixma TS5370A
mulai
RM499.00
Semak Canon Pixma TS5370A harga dibawah:
add_circle Boleh print gambar
add_circle Jenis all-in-one
add_circle Sambungan mudah secara wireless
remove_circle Harga sedikit mahal

Anda gemar untuk mencetak gambar-gambar kenangan atau memerlukan printer yang boleh cetak gambar? Boleh dapatkan je printer Canon Pixma TS5370A ini.

Printer ini sesuai untuk mencetak gambar pada photo paper atau glossy paper dan memberikan kualiti cetakan terbaik, serta boleh mencetak pada kertas pelbagai saiz. 

Boleh digunakan untuk cetak gambar bagi tujuan pembelajaran di kelas, jadi anak-anak murid boleh melihat bahan pembelajaran yang lebih jelas dan cerah. 

Selain itu, printer ini juga jenis all-in-one yang boleh melakukan tugasan lain seperti scanning dan juga photocopy, jadi anda boleh gunakan untuk tujuan cetakan lain juga.

Selain mudah digunakan dan disambungkan secara wireless, printer ini boleh mencetak dengan pantas iaitu 13.0ipm untuk cetakan hitam dan 6.8ipm untuk cetakan berwarna, jadi kurang masa menunggu cetakan.

Jumlah cetakan yang disarankan pada printer ini adalah 30-100 helai cetakan sebulan.


Apa Beza Inkjet Dan Laserjet?

  • Printer Inkjet

Harga printer inkjet atau deskjet yang murah mempunyai dua panel cartridge untuk dakwat hitam dan berwarna – cyan, magenta dan kuning.

Manakala printer inkjet yang mahal mempunyai isi padu cartridge berwarna lebih besar. 

Cuma perlu mengetahui penggunaan anda, jika hanya mahu mencetak dokumen biasa, printer dengan dua cartridge (dakwat hitam dan warna) sudah memadai.

Tapi, dakwat cartridge sedikit mahal berbanding dakwat jenis ink tank.

  • Printer Laserjet

Berbeza dengan printer lain, printer laser menggunakan proses dakwat semburan (toner). 

Secara teknikal printer laser boleh menjadikan proses cetakan lebih cepat dalam kuantiti yang banyak. 

Warna dihasilkan pun jauh lebih cantik dimana anda akan nampak permukaan gambar lebih berkilat.

Tapi, printer laserjet lebih mahal berbanding ink tank dan cartridge.


Apakah Tips Beli Printer?

Sebelum beli printer, sebaiknya ketahui apakah tujuan utama anda ingin membeli printer?

Adakah untuk tujuan berniaga? Guna untuk mencetak dokumen pejabat? Mencetak kerja khusus dari pihak Universiti?

Bukan apa, printer mempunyai pelbagai jenis mengikut keperluan individu.

Jadi, jom tonton video berikut untuk mengetahui tips beli printer.


Fungsi-Fungsi Printer

Fungsi utama printer adalah mencetak dokumen dari Microsoft Word, PowerPoint, PDF atau fail dalam komputer ke kertas.

Sama ada hitam putih dan berwarna, printer boleh mencetak teks dan grafik.

Bagi mereka yang perlu membaca nota kuliah dengan cepat, print je guna printer bagus dan murah.

Contohnya, printer jenis inkjet sudah memadai untuk kegunaan pelajar universiti.

Malah, mengunakan printer inkjet mereka boleh mencetak gambar dan sticker dalam resolusi warna yang baik.

Selain itu, pelajar juga boleh scan dokumen, laporan, gambar jadual kuliah atau sijil penting dan terus menyimpannya dalam bentuk digital tanpa perlu mencetak keluar.

Fungsi scan bukan sahaja boleh menjimatkan ink printer, tetapi juga boleh backup dan simpan dengan selamat dalam server cloud atau hard disk.

Kebanyakan printer dilengkapi dengan fungsi fotostat dokumen tanpa had dengan pantas dan ada printer boleh guna telefon pintar atau sambungan WiFi.

Tambah lagi, pejabat biasanya menggunakan printer jenis All-In-One yang mempunyai keupayaan untuk menghantar dan menerima faks.


Artikel Berkaitan

End of Article