Tak tahu nak pilih jenama handphone dan jenis handphone dari brand handphone terbaik? Jom kami bantu anda senaraikan smartphone terbaik 2025.
Smartphone menjadi salah satu alat komunikasi penting dalam kehidupan untuk mendapatkan berita semasa, berhubung dengan orang jauh, bermain game, mendengar muzik, merakam video dan gambar dan bermacam lagi kegunaan.
Apa yang menjadi persoalan, adakah jenama telefon Malaysia atau model handphone terbaru yang kita pilih dan beli mempunyai spesifikasi yang baik?
Walaupun jenama handphone terbaik menawarkan harga murah, tak semestinya telefon terbaik tersebut tidak berkualiti.
Malah, jenis telefon bajet sekarang mempunyai spesifikasi yang canggih terutamanya smartphone jenis Android atau telefon bimbit Malaysia terkini.
Jenama hp terbaik seperti Apple dan Samsung sering dilihat mempunyai telefon kamera terbaik, dan kedua-duanya antara handphone paling laris di Malaysia.
Selain itu, handphone terbaru dari Oppo atau Vivo juga turut mempunyai telefon kamera terbaik, dan turut menjadi pilihan jenama telefon bimbit Malaysia.
Apa-apa pun, anda boleh lihat senarai smartphone terbaik di bawah dan buat pilihan sendiri mana yang sesuai untuk anda.

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 10 Smartphone Terbaik & Terbaru

- Cipset: Google Tensor G4 (4 nm)
- OS: Android 14, naik taraf ke Android 15, sehingga 7 naik taraf utama Android
- RAM: 12GB
- Storage: 128GB, 256GB
- Paparan: 6.3-inch, OLED
- Resolusi: 1080 x 2424 piksel
- Bateri: 4700 mAh
- Kamera: 50MP (lebar), 48MP (ultra-lebar) 10.5MP (swafoto)
Sebab menjadi pilihan utama:
Pixel 9 dianggap smartphone terbaik secara keseluruhan kerana ia menawarkan kombinasi prestasi, kamera, paparan, dan ketahanan yang luar biasa.
Cip Google Tensor G4 yang pantas dan RAM 12GB memastikan multitugas dan gaming berjalan lancar.
Ciri-ciri:
Dengan paparan OLED Actua 6.3 inci beresolusi 1080 x 2424, Pixel 9 menawarkan visual yang terang untuk setiap tugasan.
Dikuasakan oleh cip Google Tensor G4 dan pemproses keselamatan Titan M2, ia memberikan pemprosesan pantas dan keselamatan peranti yang dipertingkat.
Sistem kamera belakang termasuk lensa utama 50MP dan lensa telefoto 48MP, manakala kamera hadapan 10.5MP dioptimumkan dengan ciri audio seperti rakaman stereo, pengurangan bunyi angin, dan audio zoom untuk panggilan dan video yang lebih jelas.
Dengan keupayaan 5G, 12GB RAM, dan pilihan storan 128GB atau 256GB, Pixel 9 menawarkan sambungan pantas dan ruang simpanan yang mencukupi.
Bateri berkapasiti 4700 mAh dengan sokongan pengecasan pantas membolehkan pengecasan sehingga 55% dalam masa 30 minit menggunakan pengecas Google USB-C 27W.
Beroperasi pada Android 14, Pixel 9 mendapat tujuh tahun kemas kini OS, keselamatan, dan Pixel Drop, menjadikannya sentiasa dalam keadaan updated dan selamat.
Wi-Fi 7, Bluetooth v5.3, dan NFC meningkatkan lagi pilihan sambungannya.
Review:
"Saya dah cuba Pixel 9, dan memang puas hati! Paparan OLED 120Hz dia cantik gila, kamera ambil gambar tajam siang malam, dan cip Tensor G4 buat semua lancar. Bateri tahan lama, pengecasan pun laju. Memang rasa premium dengan harga berbaloi. Senang kata, all-rounder terbaik!"

- Cipset: Mediatek Dimensity 7300 Energy
- OS: Android 15, Realme UI 6.0
- RAM: 8GB, 12GB
- Storage: 128GB, 256GB, 512GB
- Paparan: 6.77 inci
- Resolusi: 1080 x 2392 piksel
- Bateri: 6000 mAh
- Kamera: 50MP (lebar), 2MP (depth), 16MP (swafoto)
Realme 14 Pro memang layak digelar smartphone untuk gaming terbaik kerana gabungan cip Dimensity 7300 Energy, paparan OLED 120Hz, dan bateri 6000mAh yang tahan lama memastikan gaming sentiasa lancar.
Ditambah dengan sistem penyejukan 6000mm² VC Cooling System, ia membantu membuang haba dengan lebih efisien, jadi telefon kekal sejuk walaupun anda dalam sesi gaming yang lama.
Malah, ia 33% lebih besar berbanding sistem biasa dan mempunyai lapisan grafit 13,487mm² untuk prestasi penyejukan maksima.
Untuk kamera pula, Realme 14 Pro menawarkan prestasi hebat dengan sensor utama 50MP Sony OIS (IMX882) yang menghasilkan gambar terang, tajam, dan stabil, termasuk rakaman video 4K.
Kamera depan 16MP dilengkapi AI Beauty, menjadikan selfie lebih natural dan menawan.
Tambahan pula, MagicGlow Triple Flash membantu mengawal suhu warna dengan pintar, menghasilkan pencahayaan setaraf studio untuk gambar malam yang lebih jelas dan cantik.
Dengan RAM hingga 12GB, speaker stereo, dan rekaan tahan lasak IP68/IP69, Realme 14 Pro ialah pilihan ideal untuk gamer yang mahu prestasi mantap dan juga telefon dengan fungsi kamera yang hebat.

- Cipset: Snapdragon 8 Elite
- OS: Android 15, HyperOS 2
- RAM: 12GB, 16GB
- Storage: 256GB, 512GB, 1TB
- Paparan: 6.73 inci
- Resolusi: 1440 x 3200 piksel
- Bateri: 5410 mAh (global), 6000 mAh (China)
- Kamera: 50MP (lebar), 50MP (telefoto), 200MP (periskop telefoto), 50MP (ultrawide), 32MP (swafoto)
Xiaomi 15 Ultra memang layak digelar smartphone terbaik untuk fotografi.
Dengan kamera utama 50MP 1 inci, 200MP periskop telefoto, 50MP telefoto, dan 50MP ultralebar, ia menawarkan pelbagai sudut dan hasil gambar luar biasa.
Sistem Leica dan rakaman 8K dengan Dolby Vision menjadikan pengalaman mengambil gambar dan video setaraf kamera profesional.
Bagi pencinta fotografi, ini adalah pilihan yang sukar ditandingi.

- Cipset: Snapdragon 7s Gen 3
- OS: Android 15, Nothing OS 3.1
- RAM: 12GB
- Storage: 256GB
- Paparan: 6.77 inci
- Resolusi: 1080 x 2392 piksel
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 50 MP (lebar) 50 MP (telefoto) 8 MP (ultra lebar) 32 MP (swafoto)
Nothing Phone 3a ialah salah satu smartphone terbaik bawah RM2000 yang menawarkan reka bentuk unik, bateri tahan lama, dan pengecasan pantas yang memudahkan penggunaan harian.
Skrin 120Hz memberikan pengalaman visual yang lancar, manakala Nothing OS menawarkan antaramuka bersih dan mudah digunakan.
Walaupun cipsetnya bukan yang paling berkuasa, kualiti kamera kadang-kadang tidak konsisten, dan rintangan airnya terhad, ia tetap berbaloi pada harga ini.
Tapi selepas kami cuba ambil gambar menggunakan telefon ini, kami boleh katakan not bad kepada kualiti gambar yang dihasilkan Nothing Phone 3a.
Susunan butang utama mungkin perlukan sedikit biasakan diri, tapi secara keseluruhan, Nothing Phone 3a sangat sesuai untuk anda yang inginkan telefon 'rare' dengan prestasi memuaskan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.
Jom lihat ulasan ringkas kami mengenai Nothing Phone 3a.

- Cipset: Apple A18 Pro
- OS: iOS 18.3.1, naik taraf ke iOS 18.3.2
- RAM: 8GB
- Storage: 128GB, 256GB, 512GB, 1TB
- Paparan: 6.3 inci
- Resolusi: 1206 x 2622 piksel
- Bateri: 3582 mAh
- Kamera: 28 MP (lebar) 12 MP (periskop telefoto) 48 MP (ultra lebar) 12 MP (swafoto)
iPhone 16 Pro menawarkan semua keupayaan iPhone 16 Pro Max dalam saiz lebih kompak, menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan prestasi premium tanpa perlu menggunakan peranti bersaiz besar.
Ia dilengkapi cip Apple A18 Pro, kamera tiga lensa 48MP, dan bateri tahan hingga 20 jam 33 minit.
Buat pertama kali, iPhone 16 Pro dan Pro Max mempunyai spesifikasi yang sama—termasuk pemproses, kamera, butang, dan perisian—tetapi dalam saiz yang lebih mesra poket dengan skrin 6.3 inci.
Walaupun iPhone 16 Pro Max masih pilihan utama untuk skrin terbesar dan bateri paling tahan lama, iPhone 16 Pro memberikan pengalaman hampir sama dengan harga yang lebih rendah berbanding Pro Max.
Namun, bagi kebanyakan pengguna, iPhone 16 standard masih pilihan paling berbaloi kerana ia menawarkan prestasi cemerlang dan ia boleh dimiliki pada harga yang lebih mesra poket.

- Cipset: Snapdragon 8 Elite
- OS: Android 15, sehingga 4 naik taraf Android, OxygenOS 15
- RAM: 12GB, 16GB, 24GB
- Storage: 256GB, 512GB, 1TB
- Paparan: 6.82 inci
- Resolusi: 1440 x 3168 piksel
- Bateri: 6000 mAh
- Kamera: 50 MP (lebar) 50 MP (periskop telefoto) 50 MP (ultra lebar) 32 MP (swafoto)
OnePlus 13 sememangnya merupakan telefon pintar OnePlus berkuasa tinggi, dikuasakan oleh cip Qualcomm 8 Elite yang memberikan prestasi luar biasa, terutamanya untuk gaming.
Ia bukan sahaja menawarkan kuasa pemprosesan tinggi, tetapi juga ketahanan, paparan berkualiti, bateri tahan lama, dan kamera yang berkualiti.
Dari segi perisian, OnePlus 13 mengekalkan pengalaman Android yang terbaik, walaupun terdapat beberapa aplikasi proprietari yang tidak boleh dipadam.
Dari segi reka bentuk, OnePlus 13 masih mengekalkan gaya yang mirip OnePlus 12 dengan bingkai logam melengkung serta modul kamera besar berbentuk bulat di bahagian belakang, menyerupai OnePlus 11.
Bagaimanapun, kedudukan modul kamera ini mungkin boleh diperbaiki kerana ia terletak di sebelah kiri panel, manakala penjenamaan Hasselblad berada di sebelah kanan.
Walaupun reka bentuknya tidak membawa perubahan besar, paparan 2K ProXDR yang menakjubkan memastikan pengalaman visual yang lebih imersif, menjadikannya pilihan terbaik untuk gaming dan hiburan.
Secara keseluruhan, OnePlus 13 bukan sekadar meneruskan kehebatan OnePlus 12—ia melonjakkan standard ke tahap yang lebih tinggi.

- Cipset: Snapdragon 8 Elite
- OS: Android 15, sehingga 7 naiktaraf Android, One UI 7
- RAM: 12GB, 16GB
- Storage: 256GB, 512GB, 1TB
- Paparan: 6.9 inci
- Resolusi: 1440 x 3120 piksel
- Bateri: 5000 mAh
- Kamera: 200 MP (lebar) 10 MP (telefoto) 50 MP (periskop telefoto) 50 MP (ultra lebar) 12 MP (swafoto)
Samsung Galaxy S25 Ultra dilengkapi skrin AMOLED 6.9 inci yang cantik dengan resolusi tajam 1440 x 3120 piksel dan kadar segar semula 120Hz yang lancar, sesuai untuk beri pengalaman tontonan dan gaming terbaik.
Dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Elite, ia memberikan prestasi pantas dan cekap, sama ada untuk multitasking atau gaming yang berat.
Sistem kamera pula sangat mengagumkan dengan lensa lebar 200MP, ultra-lebar 50MP, dan dwi-lensa telefoto (50MP dengan zoom 5x dan 10MP dengan zoom 3x), memastikan fotografi serba boleh dengan kejelasan luar biasa.
Kamera hadapan 12MP mampu menghasilkan swafoto yang detail dengan warna yang kelihatan hidup.
Untuk storan pula, ia menawarkan pilihanyang luas iaitu bermula 256GB, 512GB, dan 1TB bersama RAM 12GB untuk penggunaan aplikasi yang lancar dan kapasiti storan yang mencukupi.
Bateri 5,000mAh memberikan anda kuasa yang lebih lama sepanjang hari, jadi tidak perlu risau jika tertinggal powerbank.
Secara keseluruhannya, Galaxy S25 Ultra menggabungkan kuasa, prestasi, dan keupayaan fotografi dalam reka bentuk yang elegan, sesuai untuk pengguna yang mencari ciri premium pada telefon pintar Samsung.

- Cipset: Snapdragon® 8 Gen 3 Mobile Platform untuk Galaxy
- OS: Android 14, One UI 6.1.1
- RAM: 12GB
- Storage: 256GB
- Paparan: 6.7-inch FHD+, Dynamic AMOLED 2X
- Resolusi: 1080 x 2640 piksel
- Bateri: 4000 mAh
- Kamera: 50 MP (lebar) 12 MP (ultra-lebar) 10 MP (swafoto)
Telefon ini menggunakan paparan Super AMOLED FlexWindow 3.4-inci yang telah ditingkatkan, membolehkan fungsi yang dikuasakan AI tanpa perlu membuka peranti.
Jika anda seorang yang sentiasa perlu bergerak ke merata tempat, anda boleh membalas teks dengan ciri balasan yang disyorkan pada skrin penutup menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Fungsi ini akan menganalisis mesej baru yang anda terima dan mencadangkan respons yang sesuai.
Dengan Galaxy AI, anda boleh memaksimumkan potensi peranti bersaiz poket ini dengan banyak ciri mudah yang tersedia terus pada FlexWindow.
Sementara itu, sensor 50MP (Lebar) dan 12MP Ultra-lebar yang baru menawarkan pengalaman kamera yang baru dengan butiran yang jelas dan tajam.
Sensor 50MP menyokong zum optikal 2x untuk foto bebas bunyi dan zum AI untuk advance shooting sehingga 10x.
Nightography yang dipertingkatkan dengan video HDR pula membolehkan anda merakam video yang jelas dan cantik walaupun dalam suasana tiada cahaya.

- Cipset: Kirin 9010 (7 nm)
- OS: EMUI 14.2 (International), HarmonyOS 4.2 (China)
- RAM: 12GB, 16GB
- Storage: 256GB, 512GB, 1TB
- Paparan: 6.8-inch, LTPO OLED
- Resolusi: 1260 x 2844 piksel
- Bateri: 5050 mAh
- Kamera: 50MP (lebar), 48MP (telefoto) 12.5MP (ultra-lebar) 13MP (swafoto)
Huawei Pura 70 Pro direka untuk pengalaman visual dan fotografi yang luar biasa.
Paparan LTPO OLED 6.8 inci ini menawarkan 1.07 bilion warna dengan kadar segar semula adaptif antara 1-120 Hz, memastikan visual yang lancar untuk skrol, permainan, atau tontonan video.
Pemproses Kirin 9010 menyokong prestasi berkuasa pada sistem operasi EMUI 14.2, dengan 12GB RAM dan storan besar 512GB, walaupun tiada sokongan memori luaran.
Anda yang gemarkan fotografi pasti menghargai sistem tiga kamera belakang yang terdiri daripada Kamera Ultra Lighting 50MP, Kamera Sudut Lebar Ultra 12.5MP, dan Kamera Makro Telefoto 48MP yang mampu menangkap imej resolusi tinggi hingga 8192 x 6144 piksel dan video sehingga resolusi 4K.
Kamera ini juga mempunyai ciri zum optik 3.5x dan zum digital 100x yang serba boleh.
Kamera hadapan pula ialah lensa sudut lebar 13MP dengan pengesanan mata pintar dan beberapa mod tangkapan menarik, sesuai untuk swafoto dinamik dan panggilan video.
Tambahan lagi, bateri 5050 mAh memberi kuasa tahan lama untuk aktiviti harian anda.

- Cipset: Apple A18 (3 nm)
- OS: iOS 18, naik taraf ke iOS 18.1
- RAM: 8GB
- Storage: 128GB, 256GB, 512GB
- Paparan: 6.1-inch, Super Retina XDR OLED
- Resolusi: 1179 x 2556 piksel
- Bateri: 3561 mAh
- Kamera: 48MP (lebar), 12MP (ultra-lebar) 12MP (swafoto)
iPhone 16 membawakan peningkatan kawalan dan prestasi dalam fotografi dengan kamera 48MP Fusion dan Kamera Control, memberi anda cara yang lebih intuitif untuk akses ciri-ciri kamera dan memberikan hasil gambar yang lebih terperinci.
Lensa Ultra Wide yang diperbaharui dengan autofokus membolehkan hasil gambar makro yang menakjubkan, manakala lensa Telefoto memberikan zum berkualiti optik 2x.
Sementara itu, dengan cip A18 baharu, iPhone 16 mengendalikan ciri foto lanjutan dan permainan setaraf konsol, sambil menggunakan kuasa dengan cekap untuk hayat bateri lebih lama, sehingga 22 jam untuk playback video.
Selain itu, telefon ini direka dengan aluminium gred aeroangkasa, paparan Super Retina XDR 6.1 inci dilindungi oleh Ceramic Shield, menjadikannya sangat tahan lasak.
Butang Action pula memudahkan akses kepada ciri seperti lampu atau mod Senyap.
Dengan iOS 18, anda boleh menyesuaikan skrin dengan warna pilihan, mencari foto kegemaran dengan lebih cepat, dan menambah kesan animasi dalam iMessage.
Tambahan pula, ciri keselamatan seperti Pengesanan Kemalangan memberi ketenangan serta keselamatan tambahan.
Apakah Tips Memilih Smartphone Terbaik
Anda sedang mencari smartphone yang sesuai dengan bajet dan mempunyai ciri-ciri yang penting seperti sistem OS, atau jenama pilihan?
Jangan risau kerana terdapat banyak pilihan telefon pintar mampu milik dengan ciri-ciri yang hebat sekarang.
Pertama, pastikan anda memilih telefon pintar yang mempunyai spesifikasi yang mencukupi dan padan dengan keperluan anda.
Sekiranya anda hanya memerlukan telefon untuk membuat panggilan dan menghantar mesej, telefon murah mungkin mencukupi.
Tetapi, jika anda memerlukan telefon untuk menjalankan aplikasi seperti untuk gaming, anda mungkin perlu memilih telefon yang mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi.
Selain itu, pastikan anda memilih telefon pintar yang berjalan pada sistem operasi android atau iOS terkini.
Ini memastikan anda mempunyai akses kepada aplikasi dan perisian terbaru.
Selain itu, pastikan anda memilih jenama yang dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik.
Jenama yang baik boleh memberikan jaminan kualiti dan mempunyai perkhidmatan selepas jualan (after sales service) yang baik.
Jangan lupa untuk mempertimbangkan bajet anda semasa memilih telefon pintar.
Terdapat banyak pilihan telefon pintar murah di pasaran, tetapi pastikan anda memilih telefon yang mempunyai ciri-ciri yang penting untuk anda.
Kesimpulannya, memilih telefon pintar yang sesuai dengan bajet dan mempunyai ciri-ciri yang penting untuk keperluan anda bukanlah satu tugas yang sukar.
Dengan mempertimbangkan spesifikasi, sistem operasi, jenama dan bajet anda, anda pasti dapat memilih telefon pintar yang sesuai dengan keperluan anda.
Jom lihat ringkasan cara pemilihan smartphone yang betul.
Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Smartphone
Memang kita tak boleh lari lagi dari penggunaan telefon pintar, termasuklah dalam kalangan pelajar sekolah.
Tapi adakah ia lebih cenderung kepada kebaikan atau keburukan? Hal ini penting untuk memahami kedua-duanya agar kita menjadi pengguna yang bijak dan bertanggungjawab.
Kebaikan Penggunaan Smartphone
Secara asasnya, kini smartphone memudahkan kita untuk akses kepada maklumat-maklumat terkini.
Dengan smartphone, pengguna dapat mengakses pelbagai maklumat dengan cepat dan mudah melalui internet, jadi boleh membuka pintu kepada pengetahuan yang luas.
Selain itu, ia juga menjadikan komunikasi lebih mudah dan pantas melalui panggilan telefon, mesej, dan aplikasi pesanan segera.
Produktiviti harian anda juga akan lebih meningkat kerana terdapat pelbagai aplikasi produktiviti yang membantu dalam perancangan, pengurusan masa, dan kerja berkumpulan, sekaligus meningkatkan produktiviti dan efisiensi.
Sementara itu, aplikasi media sosial membolehkan pengguna berhubung dengan rakan dan keluarga di seluruh dunia, merapatkan hubungan dan menyediakan platform untuk berkongsi pengalaman.
Kelebihan lain smartphone adalah menyediakan akses mudah kepada pelbagai bentuk hiburan, termasuk muzik, filem, game, dan buku audio yang menjadi peneman pengguna di mana sahaja mereka berada.
Keburukan Penggunaan Smartphone
Antara keburukan telefon pintar adalah boleh membuatkan kita terlalu bergantung kepada teknologi sehingga menyebabkan gangguan dalam kehidupan seharian dan hubungan interpersonal.
Untuk pelajar pula, ia akan mengganggu fokus dalam pembelajaran dan menjejaskan keupayaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya.
Selain itu, ia turut mempunyai kesan terhadap kesihatan mental akibat penggunaan berlebihan dan terdedah kepada unsur-unsur negatif yang melampau.
Telefon pintar juga membuatkan kita kurang bersosial secara langsung, jadi ia akan menyebabkan kurangnya kemahiran sosial dalam situasi sosial yang sebenar.
Dari segi keselamatan, penggunaan telefon pintar semasa memandu atau dalam situasi di mana keselamatan perlu diutamakan boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Jadi kita boleh lihat telefon pintar boleh memberikan manfaat buat pengguna, tetapi dalam masa yang sama masih ada keburukannya.
Mengamalkan had penggunaan yang berpatutan dan menitikberatkan interaksi sosial secara langsung serta kesihatan mental adalah penting dalam penggunaan smartphone pada masa kini.
Artikel berkaitan
- Miliki 8 Smartphone Ini Dengan Harga Mampu Milik Dan Dilengkapi Kamera Terbaik
- 9 Smartphone Bawah RM1500 Terbaik & Berkualiti
- 9 Smartphone Murah Bawah RM500 Terbaik
- 9 Smartphone Murah Bawah RM300 Terbaik & Berkualiti
- 10 Smartphone Android Terbaik
- 8 Smartphone Samsung Terbaik
- 8 Portable Wifi Terbaik & Paling Laju di Malaysia 2025
- 9 Kamera DSLR Terbaik yang Sesuai Untuk Beginner di Malaysia
- Smartphone Vivo Terbaik
- 9 MagSafe Charger Terbaik di Malaysia 2025
- Handphone Murah Bawah RM400 Terbaik