Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
tablet murah malaysia

9 Tablet Murah Bawah RM400 Untuk Pelajar di Malaysia

Tablet murah yang berbaloi untuk para pelajar!

Wujud ke tablet harga bawah dari RM400? Ya, ada sebenarnya tablet murah dan ia sesuai digunakan untuk para pelajar serta anak-anak kecil. 

Biasalah dengar harga murah pasti fikir kondisi teknologi tidak berapa canggih. Jangan salah sangka, ada beberapa tablet yang dijual tetap memberi fungsi yang setaraf dengan jenama popular. 

Bagi yang ada bajet cukup sekitar RM400, team Productnation sajikan 9 pilihan tablet murah berkualiti dibawah;


Isi Kandungan


9 Tablet Murah Bawah RM400 Untuk Pelajar di Malaysia

Tab murah bawah RM300
Alldocube Tablet iPlay 7T
mulai
RM299.00
Semak Alldocube Tablet iPlay 7T harga dibawah:
add_circle Dua kad sim
add_circle Skrin IPS HD
add_circle Waranti setahun
remove_circle Kualiti kamera kurang memuaskan
  • CPU: 4-core 1.4GHz ARM-Cortex™ A53
  • OS: Android 9.0 
  • Storage: 2GB RAM + 16GB ROM
  • Skrin: 6.98 inci, resolusi 1280 x 700
  • Bateri: 2800mAh
  • Berat: 224g

Tablet jenama ini ternyata tidak mengecewakan walaupun murah kerana ia menyokong penggunaan dua kad sim dan sambungan Wi-Fi. Jadi, tak perlu risau tentang rangkaian internet jika menggunakan gajet ini. 

Bukan itu sahaja, dengan kad microSD pula, kapasiti storannya juga boleh ditambah sehingga 256 GB! 

Malah, produk dari Alldocube ini juga dilengkapi dengan fungsi Smart Disturbance Interception di mana pengguna boleh menyekat atau blacklist panggilan dan SMS daripada individu yang tidak dikenali.  

Yang paling best, gajet ini turut hadir dengan resolusi skrin HD. Setiap video dan gambar akan terlihat jelas. 

Saiznya pula kecil dan selesa dipegang walaupun hanya dengan sebelah tangan sahaja. Memang sesuai untuk mereka yang sering membawa tablet seperti ini kemana-mana. 

Tablet murah terbaik untuk pelajar universiti
Teclast P80X 4G Tablet
mulai
RM318.98
Semak Teclast P80X 4G Tablet harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Skrin paparan IPS
add_circle Menyokong rangkaian 4G
remove_circle Kualiti kamera kurang memuaskan
  • CPU: Octa-core ARM Cortex-A55
  • OS: Android 9.0 
  • Storage: 2GB RAM + 32GB ROM
  • Skrin: 8 inci, resolusi 1280 x 800 
  • Bateri: 4000 mAh 
  • Berat: 315g

Tab Teclast P80X sesuai untuk para pelajar universiti yang mempunyai bajet terhad untuk memiliki sebuah tablet. 

Bateri gajet ini mampu bertahan sehingga 10 jam video playback kerana dilengkapi dengan AI Speed Pp. 

Jangan risau jika anda perlukan kapasiti storan yang besar untuk menyimpan fail, gambar atau video berkaitan subjek yang dipelajari kerana storage produk ini boleh ditambah sehingga 128GB. 

Malah, ia juga menyokong sambungan Bluetooh dan rangkaian 4G yang akan memudahkan tugasan harian pelajar yang sedang belajar online tanpa sebarang halangan. 

Paling penting, peranti jenama ini turut mempunyai jaminan kerosakan selama 12 bulan, jadi tidak perlu risau kalau ada sebarang kerosakan nanti.

Tablet untuk belajar online
Huawei
Huawei Tab S 10.1
mulai
RM369.00
Semak Huawei Tab S 10.1 harga dibawah:
add_circle Skrin HD
add_circle Menyokong 2 kad sim
remove_circle Android versi lama
  • CPU: 1.3GHz maximum speed 
  • OS: Android 7.0
  • Storage: 4GB RAM+64GB ROM
  • Skrin: 10.1 inci, resolusi 1280x800 
  • Bateri: 4500 mAh
  • Berat: -

Dilengkapi dengan jaminan selama 12 bulan, produk ini juga cukup murah dan kualitinya pula setanding dengan harga yang ditawarkan.

Jika anda gemar menggunakan dua kad sim dalam satu peranti, tablet ini adalah teman setia anda. 

Selain itu, dengan skrin paparan sebesar 10 .1 inci dicirkan 1280x800, tablet ini sesuai untuk kanak-kanak yang gemar menonton video pembelajaran di YouTube. 

Ia juga mempunyai slot khas untuk kad memori yang boleh ditambah sehingga 128GB, jadi anda boleh muat turun seberapa banyak aplikasi tanpa rasa risau tentang maksimum storan.

mulai
RM339.00
Semak Amazon Fire HD 8 Alexa harga dibawah:
add_circle CPU cepat dan pantas
add_circle Mempunyai Alexa Voice
add_circle Boleh memuat naik pelbagai aplikasi
remove_circle Kualiti kamera kurang jelas
  • CPU: 2.0GHz Quad-Core
  • OS: Android 9.0
  • Memori: 32GB/64GB
  • Storan: 2GB/3GB
  • Skrin: 8”
  • Kamera: 2MP (Belakang) 2MP (Depan)
  • Bateri: 4750/4850 mAh
  • Network: Wifi

Tablet Amazon Fire HD 8/Plus ini sangat sesuai digunakan untuk mereka yang kaki drama atau movie kerana saiz berukuran 8 inci sesuai untuk menonton Netflix, AstroGo, YouTube dan lain-lain.

Selain itu, tablet ini juga membolehkan pengguna menelaah pembacaan melalui aplikasi e-book, membuat panggilan video, menyimpan data kenalan dan banyak lagi keguaan seperti telefon pintar yang lain.

Lebih menarik lagi, tablet ini mempunyai alexa voice hands free dimana dengan hanya sebutan saja tablet ini akan keluar apa yang disebut. Mudah bukan? Sangat sesuai untuk pengguna yang suka bergerak cepat. 

mulai
RM92.20
Semak Huion HS64 Digital Graphics Drawing Tablet with Battery-Free Stylus harga dibawah:
add_circle Pen stylus tak perlu guna bateri
add_circle Nipis & ringan
add_circle Rekaan kompak
remove_circle Tidak boleh disambung pada iPad & iPhone
  • CPU: -
  • OS support: Windows 7 & keatas /Mac OS 10.12 & keatas /Android 6.0  & keatas 
  • Storage: -
  • Skrin: resolusi 5080 LPI 
  • Bateri: -
  • Berat: 258g

Peranti untuk melukis ini pula sesuai untuk mereka yang terlibat dalam bidang lukisan digital atau student universiti yang mengambil jurusan seni reka. 

Dilengkapi dengan 2 OTG connectors, pengguna boleh menyambungkan tablet grafik ini pada telefon pintar yang menggunakan Android versi 6.0 dan keatas, jadi anda boleh melukis atau melakar rekaan walaupun tanpa komputer riba atau PC. 

Selain itu, peranti ini boleh disambung terus pada komputer riba yang menggunakan perisian Windows 7 dan keatas. 

Tablet Huion turut menyokong penggunaan perisian seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustration, Manga Studio, Corel Painter dan Microsoft PowerPoint. 

Paling menarik, ketebalannya hanyalah 8mm dan berat pula hanya 258g, jadi tablet ini tidak membebankan jika diletakkan dalam beg dan ia juga mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Tablet murah untuk pelajar
Alldocube iPlay 8T
mulai
RM399.00
Semak Alldocube iPlay 8T harga dibawah:
add_circle Menyokong 4G
add_circle Skrin HD
add_circle Rekaan kompak
remove_circle Kualiti kamera kurang memuaskan
remove_circle Tiada flash
  • CPU: 4-core 1.4GHz ARM-Cortex™ A53
  • OS: Android 10.0 
  • Storage: 3GB RAM 32GB ROM  
  • Skrin: 8 inci, resolusi 1280×800
  • Bateri: 5500mAh 
  • Berat: - 

Tab jenama Alldocube ini pula menggunakan USB-C dan dilengkapi dengan slot kad micro-SD, jadi anda boleh menambah kapasiti storan sehingga 256 GB. 

Rekaannya yang kecil dan nipis membolehkan pengguna untuk memegang gajet ini dengan sebelah tangan sahaja. 

Ia juga dilengkapi dengan sistem Android 10.0 yang melancarkan sistem tablet ini. 

Tambahan pula, tablet ini menyokong penggunaan mod gelap, jadi mata anda akan jadi lebih selesa ketika menggunakan produk ini terutamanya ketika dalam persekitaran yang kurang cahaya. 

Tablet untuk pelajar sekolah rendah
BDF P8 Tablet
mulai
RM273.90
Semak BDF P8 Tablet harga dibawah:
add_circle Dua slot kad sim
add_circle Menyokong penggunaan pelbagai bahasa
add_circle Kapasiti storan besar
remove_circle Kualiti kamera sederhana
  • CPU: MTK 6753 eight cores
  • OS: Android 9.0 
  • Storage: 8GB+ROM:128GB
  • Skrin: 8 inci, resolusi  2560x1600
  • Bateri: 8800mAh
  • Berat: -

Tablet murah yang sesuai untuk pelajar ini pula direka khas untuk mereka yang mahukan pilihan warna menarik kerana ianya mempunyai lima pilihan warna seperti hijau, emas, putih dan hitam. 

Malah, gajet ini turut menyokong penggunaan Word, Excel, Powerpoint dan PDF, jadi pelajar yang menggunakannya dapat menyiapkan tugasan sekolah atau universiti tanpa halangan. 

Ia hadir dengan port output audio 3.5mm yang akan membolehkan pengguna mendengar lagu menggunakan earphone tanpa mengganggu orang disekeliling. 

Uniknya lagi, anda boleh menggunakan rangkaian 4G, Wi-Fi dan Bluetooth pada tablet ini sekaligus akan memudahkan pengguna untuk mendapatkan sambungan internet yang baik.

Tablet murah dengan dual sim
BDF S10 Tablet 10 Inch
mulai
RM371.90
Semak BDF S10 Tablet 10 Inch harga dibawah:
add_circle Kualiti kamera agak memuaskan
add_circle Ada audio port 3.5mm
add_circle Resolusi skrin HD
remove_circle Tiada waranti
  • CPU: MTK 6753 8Cores
  • OS: Android 8.1 
  • Storage:8GB RAM + 128GB ROM
  • Skrin: 10 inci, resolusi 1920x1200
  • Bateri: 5000mAh
  • Berat: - 

Model tab murah dari jenama BDF ini mampu menyokong penggunaan dua kad sim dalam satu masa.Jadi ia memang direka khusus untuk mereka yang memerlukannya. 

Walaupun harganya murah, kualiti gambar dan video yang dihasilkan tidak mengecewakan berbanding jenama tab murah yang lain kerana mempunyai kamera belakang bersaiz 13 MP dan kamera hadapan 5MP. 

Malah, anda juga boleh menggunakan program Word, Excel, Powerpoint dan PDF pada tablet ini. 

Dengan skrinnya yang sebesar 10 inci pula, pengguna boleh menonton video atau filem dengan jelas. 

Jangan risau juga jika anda keliru tentang cara penggunaan tablet ini kerana manual pengguna dalam bahasa Inggeris turut disediakan.

Tab untuk melukis murah RM100
HUION Digital Graphic Drawing Tablet H420
mulai
RM84.90
Semak Huion Digital Graphic Drawing Tablet H420 harga dibawah:
add_circle Rekaan kompak
add_circle Boleh digunakan dengan pelbagai perisian grafik
remove_circle Pen perlu digunakan dengan bateri AAA
  • CPU: -
  • OS Support: Windows 2000/XP/Vista/7 / 8 / 10  & Mac OS  
  • Storage: -
  • Skrin: Resolusi 4000 LPI(Line Per Inch)
  • Berat: -
  • Power supply: DC 5V  

Anda gemar melakar sesuatu rekaan atau lukisan secara digital?

Tablet melukis murah ini akan memudahkan setiap lakaran kerana ia menyokong penggunaan pelbagai aplikasi dan perisian grafik seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Fireworks, Comic Studio, 3D Max dan banyak lagi. 

Tambahan pula, peranti ini boleh disambung pada komputer yang menggunakan sistem operasi MacOS, Windows 7, Windows 8 dan Windows 10. 

Paling menarik juga, ia boleh digunakan untuk menyunting gambar dan melakar tandatangan secara elektronik. 


Apa Beza Tablet & iPad 

  • Tablet

Tablet merupakan sebuah gajet atau peranti yang dilengkapi dengan skrin sesentuh.

Penggunaan gajet ini perlu mempunyai sambungan Wi-Fi atau data. 

Saiznya pula adalah lebih besar berbanding telefon pintar namun lebih kecil berbanding komputer riba. 

Lazimnya, tablet menggunakan sistem operasi Android atau Windows. 

  • iPad

iPad pula merupakan tablet versi Apple. 

Yang membezakan tablet biasa dengan iPad adalah sistem operasinya. 

iPad merupakan produk keluaran Apple menggunakan sistem operasi Apple iOS, jadi cara penggunaan iPad dan tablet biasa boleh dikatakan agak berbeza. 

Selain itu, harga iPad juga adalah lebih mahal berbanding jenama tablet Android atau Windows yang lain. 

Kapasiti storan pada tablet juga boleh ditambah menggunakan kad microSD. 


Tips Beli Tablet Murah & Terbaik 

Walaupun kebanyakan tablet yang terbaik dijual dengan harga RM800 ke atas, jangan risau jika anda mempunyai bajet yang terhad kerana masih ada tablet yang boleh didapati dengan harga murah. 

Antara spesifikasi yang perlu anda perhatikan sebelum membeli sesebuah tablet ialah jenis processor atau CPU yang digunakan oleh gajet itu. 

Jika anda menggunakan tablet untuk kerja-kerja yang berat, lebih baik dapatkan tablet yang mempunyai processor yang hebat. 

Selain itu, saiz dan resolusi paparan skrin juga perlu diambil kira. Saiz skrin yang besar lebih sesuai digunakan untuk pelajar yang sedang menjalani PdPR supaya video pembelajaran setiap subjek dapat dilihat dengan jelas. 

Jangka hayat bateri, kapasiti storan dan jenis sambungan rangkaian sama ada mahu menggunakan Wi-Fi atau data internet juga harus dipertimbangkan sebelum membuat pembelian tablet, namun semua faktor ini bergantung juga pada keperluan anda. 


Artikel Berkaitan

End of Article