Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Kamera 360 Terbaik Malaysia 2024 - Untuk Kereta & Kegunaan Umum

Setiap action camera ada kelebihan tersendiri, pastikan anda beli yang sesuai dengan kegunaan.

Kamera 360 dicipta untuk merakam situasi secara menyeluruh untuk mendapatkan bukti jika terjadi sesuatu di satu tempat atau merakam kenangan indah.

Lagipun kamera 360 menggunakan dua kamera yang terdapat padanya dan digabungkan supaya kamera ini mampu merakam video atau mengambil gambar di setiap sudut.

Jadi terdapat variasi action camera terbaik yang anda boleh pilih dan beli dimana setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza.

Jom kita lihat senarai kemara 360 terbaik yang sesuai untuk kegunaan anda.


Senarai 8 Kamera 360 Terbaik 

Kamera 360 terbaik secara keseluruhan
Insta360 One X2
mulai
RM1,899.00
Semak Insta360 One X2 harga dibawah:
add_circle Skrin sesentuh
add_circle Kalis air hingga 10m
add_circle Boleh rakam audio 360 darjah
add_circle Boleh sambung dengan mikrofon
remove_circle Harga mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Kamera Insta360 ini boleh digunakan dengan 2 cara iaitu kamera biasa dan kamera 360.

Ciri-ciri;

Dengan ciri kamera 360, kamera ini sangat bagus untuk merakam keseluruhan panorama di setiap sudut persekitaran anda. 

Paling best, setiap gambar atau video yang diambil boleh disunting  dan dimuat naik terus ke media sosial anda menerusi aplikasi iOS dan Android kamera 360 terbaik ini. 

Turut dilengkapi dengan mod FlowState Stabilization yang akan memastikan video yang dirakam tidak bergegar. 

Dengan setiap pembelian kamera ini, anda akan dapat selfie stick yang tidak kelihatan, hasilnya, gambar dan video akan tampak seperti dirakam menggunakan dron. 

Jadi  tiada masalah walaupun tiada orang yang boleh tolong tangkap gambar anda ketika melancong secara solo. 

Review;

‘Pembelian memang berbaloi sebab kualiti gambar & video terbaik. Beli untuk guna pada superbike saya. Memang kamera 360 terbaik yang ada di pasaran,’

Kamera 360 terbaik untuk live streaming
GoPro
mulai
RM1,999.00
Semak GoPro Max 360 harga dibawah:
add_circle Skrin sesentuh
add_circle Video tak bergegar
add_circle Mempunyai 2 lensa
add_circle Kalis air & tahan lasak
add_circle Gambar boleh diakses & diedit melalui aplikasi
remove_circle Harga mahal

Anda yang suka rakam kenangan ketika melakukan aktiviti lasak memang patut dapatkan action camera terbaik ini.

Dengan action camera ini, anda boleh ambil video 360° dengan resolusi 6K dan tangkap gambar panorama yang cantik.

Sesuai untuk yang suka vlogging sebab ia dilengkapi ciri live streaming 1080p, jadi video yang dirakam sangatlah jelas untuk tontonan subscribers YouTube anda. 

Kamera  GoPro ini juga boleh merakam audio dari 360 darjah dan ia lengkap dengan ciri pengurangan bunyi angin.

Hasilnya, suara dan setiap bunyi dalam rakaman video dapat didengar dengan jelas. 

Video yang dirakam tidak akan bergegar, jadi anda boleh membawanya bersama ketika bersukan seperti berski atau menunggang basikal.

Kamera 360 terbaik untuk hartanah
Insta360 X3
mulai
RM2,199.00
Semak Insta360 X3 harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Tahan lasak
add_circle Resolusi 4K (mod single lens)
add_circle Boleh rakam video Timelapse
add_circle Kualiti gambar hingga 72MP
add_circle Boleh edit gambar menerusi app Insta360
remove_circle Harga mahal

Kamera ini boleh merakam video secara 360 darjah sehingga resolusi 5.7K ini patut dimiliki oleh content creator atau anda yang sering melancong. 

Produk terbaru dari jenama Insta360 ini juga menyokong penggunaan ciri Active HDR, jadi gambar dan video yang dihasilkan amatlah jelas walaupun dalam cahaya malap. 

Tak perlu beli dron jika miliki kamera ini kerana anda boleh tangkap gambar atau rakam video dari pandangan udara menggunakan invisible selfie stick

Untuk yang suka rakam video ketika menunggang motosikal, boleh dapatkan motocycle mount bracket yang direka khas untuk pengguna seperti anda. 

Kamera 360 murah
Xiaomi
Xiaomi Mi 360 Camera (1080p)
mulai
RM107.88
Semak Xiaomi Mi 360 Camera (1080p) harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Fungsi audio 2 hala
add_circle Resolusi kamera 1080P
add_circle Video jelas walaupun dalam gelap
remove_circle Perlu sambungan internet yang stabil

Keselamatan kediaman akan terjamin walaupun anda pulang ke kampung kerana kamera CCTV ini boleh nampak 360 darjah ini. 

Kamera ini menyokong penggunaan kad MicroSD dan boleh menyimpan video sehingga 128GB. 

Malah, turut menyokong fungsi Wi-Fi untuk memudahkan anda mengawasi rumah walaupun ketika tiada di rumah. 

Sesuai diletakkan di dalam atau luar rumah kerana video yang dirakam oleh kamera ini boleh diakses menerusi aplikasi Mi Home.

j5create 360° All Around 1080p PC Webcam (JVCU360)
mulai
RM519.00
Semak j5create 360° All Around 1080p PC Webcam (JVCU360) harga dibawah:
add_circle Boleh guna dengan Windows & macOS
add_circle Mudah dipasang guna USB
add_circle Rakaman video HD 1080P
add_circle Waranti 24 bulan
add_circle Ada mikrofon
remove_circle Harga agak mahal

Untuk yang sering bermesyuarat secara dalam talian menerusi Google Meet atau Zoom, kami sarankan dapatkan webcam ini.

Webscam ini boleh merakam pandangan panorama di ruang pejabat anda kerana lensa kamera ini direka dengan sudut pandang yang ultra lebar. 

Malah mempunyai 6 mod paparan iaitu skrin penuh 360°, 360° All Around View, Host Mode, Dual Host Mode, paparan tunggal 90° dan Wide Angle View

Sesuai juga digunakan untuk berkomunikasi dengan orang tersayang yang tinggal jauh dari anda. 

Kamera dash cam 360
360 Dash Cam G300H
mulai
RM269.00
Semak 360 Dash Cam G300H harga dibawah:
add_circle Boleh rekod video time lapse
add_circle Rakaman video HD tinggi
add_circle Ada built-in GPS
add_circle 12 bulan waranti

Dengan adanya dash cam 360 ini, boleh menjadi bahan bukti anda ketika memandu kereta di jalan raya jika berlaku kemalangan.

Alat perakam video ini mempunyai lensa dengan sudut yang ultra lebar iaitu 160° dan ia bakal berfungsi jika disambungkan dengan kabelnya. 

Yang penting, kamera dashboard ini boleh merakam video dengan jelas walaupun pada waktu malam dan ia turut lengkap dengan ciri Google Maps.

Dash cam 1440P 3%22 IPS Screen Dual Lens 360° Rotation
mulai
RM99.00
Semak Dash cam 1440P 3" IPS Screen Dual Lens 360° Rotation harga dibawah:
add_circle Rakaman waktu malam tetap jelas
add_circle Lensa bersudut lebar (170° & 240°)
add_circle Ada fungsi Motion Detection
add_circle Rakaman Ultra HD
add_circle Harga murah

Kamera dash cam ini mempunyai 2 lensa yang boleh merekod kejadian di luar dan dalam kenderaan dalam masa yang sama.

Skrin paparan LCD kamera ini juga tak kurang bagusnya kerana bersaiz 3 inci. 

Selain itu, lensa kameranya boleh dipusingkan sehingga 360 darjah agar semua kejadian dapat dirakam dengan jelas.   

Lagi menarik, direka dengan ciri pemantauan 24 jam di mana kamera akan terus merakam di persekitaran kereta tanpa henti sepanjang tempoh ia diparkir. 

Oleh itu, anda boleh tinggalkan kereta di kawasan parking dengan selamat. 

Insta360 ONE RS 4K Wide Angle
mulai
RM1,259.00
Semak Insta360 ONE RS 4K Wide Angle harga dibawah:
add_circle Mempunyai fungsi live streaming & Active HDR
add_circle Video tak bergegar walaupun bergerak
add_circle Boleh rakam video Slow Motion
add_circle Boleh zoom hingga 2.7x
remove_circle Harga mahal

Abadikan kenangan indah ketika melancong dengan kamera Insta360 yang boleh merakam video secara menyeluruh dari setiap sudut. 

Ini kerana kamera ini menggunakan lensa 360 5.7K untuk hasil gambar dan video yang jelas walaupun ketika dalam keadaan cahaya gelap. 

Kesemua gambar dan video dari kamera 4K ini boleh dipindahkan ke telefon pintar menggunakan Wi-Fi sebelum disunting dengan mudah menggunakan aplikasi Insta360. 

Memang sesuai untuk anda yang suka rakam detik indah ketika melakukan aktiviti lasak kerana saiznya kecil, jadi mudah untuk dibawa ke mana-mana. 

Paling unik, boleh digunakan bersama selfie stick jenis halimunan, jadi gambar atau video yang dirakam akan tampak seperti diambil dari atas menggunakan dron. 

TSA 2Ram Ram + 32GB Memory 360 Bird View Camera System Car Android Player
mulai
RM680.00
Semak TSA 2Ram Ram + 32GB Memory 360 Bird View Camera System Car Android Player harga dibawah:
add_circle Paparan skrin sentuh
add_circle Ada Android Player & Bluetooth
add_circle Kapasiti memori 32GB
remove_circle Tempoh jaminan hanya 6 bulan

Sistem kamera menggunakan 4 biji kamera panorama 360° dan direka khas untuk kereta.

Kesemua kamera boleh merakam persekitaran di setiap bahagian luar kenderaan termasuklah di depan, belakang dan sisinya. 

Jadi, lebih selamat dan mudah untuk anda parkir dan mengundurkan kereta sebab tak perlu berpaling ke belakang ketika memandu.  

Ini kerana setiap sudut luar kenderaan boleh dilihat dari dalam sahaja menerusi skrin yang telah disambungkan dengan kamera ini.


Bagaimanakah Cara Kamera 360 Berfungsi? 

Kamera 360  memiliki 2 atau lebih lensa pada badannya untuk menangkap atau merakam gambar atau video di sekeliling persekitaran anda. 

Lensa ini diletakkan bertentangan antara satu sama lain pada badan kamera dan ini membolehkan kamera 360 untuk merakam gambar atau video dari semua sudut. 

Perisian khas yang terdapat pada kamera itu kemudiannya menggabungkan setiap gambar atau video yang telah ditangkap dan dirakam.

Kemudian, menggunakan setiap lensa tersebut dan menukarkannya menjadi sekeping gambar atau sebuah video. 


Artikel Berkaitan

End of Article