Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Smartphone Android Yang Berbaloi Untuk Dimiliki dan ‘User-Friendly’

Anda tidak akan menyesal memilihnya!

Product in this article

Telefon pintar atau smartphone telah menjadi antara keperluan asas bagi manusia pada masa sekarang. Mana tidaknya, kebanyakan daripada kita bergantung kepada smartphone untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Bukan itu sahaja, telefon juga digunakan untuk pelbagai urusan lain seperti kerja, belajar, mencari tempat makan, membaca berita semasa dan banyak lagi. Oleh itu, smartphone yang digunapakai haruslah mampu untuk menjalani aktiviti-aktiviti tersebut.

Apakah perbezaan antara Android One, Android Go dan Stock Android?

Android adalah system operasi yang bersifat “open source” digunakan oleh kebanyakan telefon pintar di dunia. Terdapat tiga variasi daripada Android iaitu Android One , Android Go dan Stock Android. 

  • Stock Android : Android asal yang dibangunkan oleh Google melalui siri telefon pintarnya Nexus dan Pixel. Kelebihannya ialah rekaan yang ringkas, tidak mempunyai perisian bloatware serta mendapat update lebih cepat.
  • Android One : program pembangunan perisian yang disediakan oleh Google kepada kepada syarikat pembangun smartphone seperti Nokia. Rekaan Android One hampir menyamai Stock Android.
  • Android Go : perisian android khas yang digunakan oleh telefon spesifikasi rendah. Ia adalah versi “lite” bagi Android. Kebanyakan aplikasi Google dibina khas untuk android ini iaitu Maps GO dan Gmail Go bagi memastikan penggunaan memori yang sedikit seterusnya meningkatkan prestasi.

10 Smartphone Android Pilihan Pengguna

NOKIA 1 Plus

RM 299
NOKIA
1. NOKIA 1 Plus
Smartphone Android Go murah dengan GPS
Updated on 15th November 2019

Chipset : Quad-core 1.5 GHz Cortex-A53 | Skrin : 5.46” 480p IPS LCD | Kamera : 8MP | Bateri : 2500mAh | IP rating : Tiada | OS : Android 9 (Android Go) | Berat : 138g

Jika anda mempunyai bajet terhad, jangan risau kerana telefon ini mampu memberi penjimatan kepada anda. Walaupun harganya mampu milik dan berpatutan, fungsi smartphone ini sama seperti smartphone mahal yang lain. Ia turut menjalankan Android Go bagi memastikan telefon ini berjalan lancar.

Tidak ada masalah lagging atau ‘phone hang’ akibat terlalu banyak memuat turun aplikasi. Skrinnya yang luas juga membolehkan anda untuk menonton filem, drama atau video kegemaran anda.

NOKIA 3.2

RM 499
NOKIA
2. NOKIA 3.2
Smartphone dengan sistem Android yang sesuai untuk orang tua
Updated on 15th November 2019

Chipset : Snapdragon 439 | Skrin : 6.26” HD IPS LCD | Kamera : 13MP | Bateri : 4000mAh | IP rating : Tiada | OS : Android 9.0 (Android One) | Berat : 181g

Anda mungkin tertanya-tanya apakah telefon yang sesuai diberikan kepada atuk atau nenek anda. Kami cadangkan untuk memilih telefon ini kerana ia dilengkapi dengan skrin yang besar. Prestasi telefon ini juga memuaskan terutamanya untuk kegunaan ringan seperti media sosial dan mengambil gambar. Mereka pasti sukakannya!

NOKIA 7.2

RM 1049
NOKIA
3. NOKIA 7.2
Smartphone dengan Android One terbaik - alami pengalaman baru
Updated on 15th November 2019

Chipset : Snapdragon 660 | Skrin : 6.3” FHD IPS LCD | Kamera : 48MP (wide), 8MP (ultrawide), 5MP depth sensor | Bateri : 3500mAh | IP rating : Tiada | OS : Android 9 (Android One) | Berat : 180g

Kebanyakan telefon Nokia menggunakan Android One. Android One menawarkan pengalaman system operasi seakan Stock Android yang lancar. Ini menyebabkan telefon yang menggunakan Android One tidak memerlukan chipset kelas tinggi.

Telefon ini dilengkapi dengan tiga kamera pada bahagian belakang yang membolehkan anda mengambil gambar sudut lebar dan zoom. Chipset smartphone ini pula Snapdragon 660, yang mempunyai prestasi peringkat pertengahan, sangat bagus untuk Android One.

Huawei P30 Pro

RM 2679
Huawei
4. Huawei P30 Pro
Smartphone multifungsi yang dilengkapi dengan NFC
Updated on 6th July 2020

Chipset : Kirin 980 | Skrin : 6.47” FHD OLED | Kamera : 40MP (wide), 8MP (5x telephoto), 20MP (ultrawide), TOF 3D camera | Bateri : 4200mAh | IP rating : IP 68 | OS : Android 9 (EMUI 9.1) | Berat : 192g

Telefon pintar oleh Huawei ini mempunyai pelbagai fungsi yang jarang kita lihat pada telefon pintar lain. Telefon ini dilengkapi dengan IR blaster yang membolehkan anda mengawal peralatan elektronik di rumah. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan NFC dan wireless charging yang dapat mengecas penuh dalam masa 1 jam sahaja.

Kamera pada telefon ini juga mampu menghasilkan gambar lebih jelas dengan tiga kamera pada bahagian belakang yang terdiri daripada 40MP kamera utama, kamera zoom dan kamera ultrawide. Kamera ini dikatakan mampu zoom sebanyak 50x dengan kualiti yang agak bagus.

NUBIA Red Magic 3S

RM 2299
NUBIA
5. NUBIA Red Magic 3S
Smartphone tidak cepat panas untuk bermain game PUBG sepanjang hari
Updated on 15th November 2019

Chipset : Snapdragon 855+ | Skrin : 6.65” FHD 90Hz AMOLED | Kamera : 48MP Main camera | Bateri : 5000mAh | IP rating : Tiada | OS : Android 10 (Redmagic 2.0) | Berat : 215g

Smartphone ini adalah smartphone gaming yang dilengkapi dengan built-in fan. Telefon ini boleh melakukan proses penyejukan secara automatik. Chipset flagship Snapdragon 855+ yang terdapat dalam smartphone ini membuatkan anda mampu bergaming pada tetapan tertinggi. Telefon ini sangat sesuai bagi anda yang mencari telefon gaming pada harga mampu milik.

Asus ROG Phone 2

RM 2499
Asus
6. Asus ROG Phone 2
Smartphone gaming dengan Android 9 terbaik untuk gamer tegar
Updated on 7th July 2020
add_circle Skrin AMOLED 120Hz terbaik
add_circle Ketahanan bateri untuk jangka masa panjang
add_circle Ruang penyimpanan yang besar
remove_circle Tidak kalis air
remove_circle Tiada wireless charging

Chipset : Snapdragon 855+ | Skrin : 6.59” FHD 120Hz AMOLED | Kamera : 48MP (wide), 13MP (ultrawide) | Bateri : 6000mAh | IP rating : Tiada | OS : Android 9 (ROG UI) | Berat : 240g

Smartphone ini adalah antara yang terbaik dari sudut prestasi kerana ia dilengkapi dengan Snapdragon 855+ yang merupakan antara chipset Android terbaik. Bukan itu sahaja, ia juga dibina khas untuk para gamer.

Ia mempunyai rekaan menonjol dan juga terdapat aksesori yang boleh digunakan ketika memainkan game seperti kipas dan joystick. Oleh itu, telefon ini amat sesuai digunakan oleh gamer professional di luar sana.

SAMSUNG S10 5G

RM 2779
SAMSUNG
7. SAMSUNG S10 5G
Smartphone kamera terbaik dengan 5G
Updated on 22nd November 2019

Chipset : Exynos 9820 | Skrin : 6.7 inches 1440p Dynamic AMOLED | Kamera : 12MP (wide), 12MP (2x telephoto), 16MP (Ultrawide), TOF 3D camera | Bateri : 4500mAh | IP rating : IP 68 | OS : Android 9 (One UI) | Berat : 198g

Ini adalah telefon flagship daripada Samsung dengan penawaran 5G. Teknologi 5G masih lagi belum meluas pada tahun 2019 di Malaysia, namun, liputan ini pastinya akan meningkat pada masa akan datang. Bagi mereka yang memerlukan telefon dengan kamera terbaik kami sarankan anda memilih telefon ini.

Kamera smartphone ini mampu mengambil gambar dengan wide angle pada kamera hadapan yang merupakan satu ciri yang jarang kita jumpa pada smartphone lain.

SAMSUNG Galaxy Note 10+

RM 3599
SAMSUNG
8. SAMSUNG Galaxy Note 10+
Smartphone multitasking yang sesuai digunakan untuk kerja/tugasan
Updated on 5th March 2020

Chipset : Exynos 9825 | Skrin : 6.8” 1440p Dynamic AMOLED | Kamera :12MP (wide), 12MP (telephoto), 16MP (ultrawide) | Bateri : 4300mAh | IP rating : IP 68 | OS : Android 9 (One UI) | Berat : 189g

Peranti pintar ini dilengkapi dengan chipset flagship, kamera terbaik serta rekaan premium yang membuatkannya berbaloi untuk dimiliki. Pilihan RAM yang besar sehingga 12GB membolehkan penggunaan telefon ini untuk multitasking tanpa smartphone anda menjadi lagging.

Tambahan pula, telefon ini boleh digunakan untuk mengambil nota kerana ia disertakan dengan S pen.

SONY Xperia 1

RM 2950
SONY
9. SONY Xperia 1
Smartphone Android Pie untuk edit video dan gambar
Updated on 15th November 2019

Chipset : Snapdragon 855 | Skrin : 6.5” 4k OLED | Kamera : 12MP (wide), 12MP (telephoto), 12MP (ultrawide) | Bateri : 3330mAh | IP rating : IP 65/ IP 68 | OS : Android 9.0 (Pie) | Berat : 178g

Monitor yang mempunyai resolusi 4k adalah sangat bagus digunakan untuk mengedit video dengan gambar kerana ia membolehkan anda melihat perincian pada gambar atau video dengan sempurna. Ia juga dilengkapi dengan snapdragon 855 yang berupaya mengedit video.

Didatangi dengan tiga kamera pada bahagian belakang yang mempunyai mod pro bagi membolehkan anda menangkap gambar seperti kamera DSLR.

PIXEL 4 XL

RM 2900
PIXEL 4 XL
10. PIXEL 4 XL
Smartphone dengan sistem Android 10 terbaik
Updated on 15th November 2019

Chipset : Snapdragon 855 | Skrin : 6.8” 1440p 90Hz P-OLED | Kamera : 12.2MP (wide), 16MP (ultrawide) | Bateri : 3700mAh | IP rating : IP 68 | OS : Android 10 | Berat : 193g

Pixel 4 XL ini adalah telefon pintar terbaru oleh pembangun Android sendiri iaitu Google. Ianya menjalankan sistem Stock Android iaitu versi “pure” bagi Android. Ini memberi pengalaman baru dan terbaik buat pengguna Android. Telefon ini juga dilengkapi dengan Snapdragon 855 dan juga kamera yang sangat bagus untuk mengambil gambar di tempat gelap.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih! 

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article