Naik Taraf TV Di Kediaman Anda Dengan 10 TV 4K Idaman Ramai

Hiasi ruang tamu anda dengan teknologi canggih!

Product in this article

TV boleh dikatakan amat penting di dalam sebuah rumah. Ia merupakan tempat di mana keluarga menghabiskan masa berhibur. Banyak rancangan TV dan konsol seperti Playstation dan Xbox dapat anda mainkan pada TV anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan TV sebagai skrin kedua untuk laptop atau telefon pintar anda.

Adakah anda patut menaik taraf daripada TV 1080P ke 4K?

Jawapannya adalah ya dan berikut adalah sebabnya;

Perbezaan antara TV 1080p dengan TV 4k adalah bilangan pixel yang terdapat pada TV tersebut yang juga dikatakan sebagai resolusi TV. TV 4k mempunyai 4 kali ganda lebih banyak pixel berbanding TV 1080p. Ianya menghasilkan gambar yang lebih jelas dan penonton dapat menikmati rancangan yang ditonton dengan lebih baik. 

Jika anda menggunakan TV untuk memainkan game, syarikat pengeluar konsol terkenal seperti Playstation dan Xbox juga sudah mula mengeluarkan konsol yang mampu memainkan game pada resolusi 4K. Ayuh lihat TV 4K terbaik untuk kegunaan anda;

10 TV 4K Terbaik untuk Ruang Tamu Anda

Haier 50 inch LE50B9600U

RM 1129
Haier
1. Haier 50 inch LE50B9600U
TV 4K paling murah dan dijamin berkualiti hebat

TV ini adalah antara TV 4K yang paling murah anda boleh dapatkannya di pasaran. Ia tidak mempunyai antaramuka Smart TV sekemas Samsung mahupun chipset khas untuk meningkatkan kualiti gambar. Namun, TV dari jenama Haier ini adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan TV yang hanya mempunyai resolusi 1080p.

Sharp 4TC40AH1X 40 4K Easy Smart LED TV

RM 1118
Sharp
2. Sharp 4TC40AH1X 40 4K Easy Smart LED TV
TV 4K 40” untuk anda yang mahukan TV 4K yang kecil

Agak sukar untuk mencari TV 4K yang mempunyai saiz yang kecil kerana mempunyai ketumpatan piksel yang tinggi menyebabkan syarikat pengeluar lebih banyak menghasilkan TV 4K bersaiz besar. Hal ini kerana pelanggan lebih terdorong untuk memilih TV yang besar

Namun begitu, TV 4K yang hanya sebesar 40 inci ini memenuhi keperluan sesetengah pelanggan yang lebih suka menonton TV pada skrin yang lebih kecil. TV ini tetap mempunyai bilangan piksel dan kualiti gambar yang setara dengan TV gergasi lain!

Sony 43-inch X70G

RM 1680
Sony
3. Sony 43-inch X70G
TV 4K bersaiz kecil sesuai untuk menonton rancangan kegemaran

PS4 hanya mampu memberikan input 1080p kepada TV, namun TV 4K oleh Sony ini mampu untuk ‘upscale’ resolusi tersebut kepada 4K menghasilkan kualiti seakan 4K. Harga TV kecil ini juga tidak terlalu mahal dan amat sesuai digunakan untuk tujuan lain seperti menonton rancangan kegemaran anda

Dilengkapi dengan HDR untuk menghasilkan warna terang yang sesuai digunakan untuk menonton drama dan filem kegemaran.

Samsung NU7100 Smart 4K TV

RM 1899
Samsung
4. Samsung NU7100 Smart 4K TV
TV 4K HDR terbaik untuk si kaki gamers!

Jika anda seorang gamer, pastinya mahukan TV yang mempunyai latency yang rendah untuk memastikan kurang lagging. TV yang dipilih khas daripada Samsung ini mempunyai latency serendah 13.4ms pada resolusi 4K untuk memastikan anda dapat bermain game kegemaran anda pada prestasi optimum.

Ia juga mempunyai kualiti gambar yang bagus dan tidak mengecewakan jika digunakan untuk menonton apa-apa rancangan.

Samsung RU7400 4K Smart UHD TV

RM 2279
Samsung
5. Samsung RU7400 4K Smart UHD TV
TV 50 inci 4K terbaik dengan unit pemprosesan UHD

TV ini adalah TV keluaran Samsung yang amat terkenal sebagai jenama TV berkualiti. Unit pemprosesan di dalam TV 4K ini mampu menghasilkan gambar lebih berkualiti. Ia dilengkapi dengan UHD processor oleh Samsung yang membolehkan gambar dipaparkan lebih jelas dan tajam. 

Secara kesuluruhannya, TV ini adalah penawaran yang mantap oleh Samsung dan tidak akan mengecewakan anda.

Sony 55 Inch UHD Smart TV 4K KD-55X7000G

RM 2199
Sony
6. Sony 55 Inch UHD Smart TV 4K KD-55X7000G
TV kelas pertengahan berkualiti dan tahan lama

Walaupun TV ini bukanlah TV kelas terbaik oleh Sony, namun ia merupakan TV yang agak lengkap untuk kegunaan harian. Dilengkapi dengan skrin besar 55 inci dan kualiti gambar yang sangat bagus, menjadikannya antara TV 4K pilihan ramai

TV ini menggunakan teknologi 4K X-Reality Pro yang mengubah kandungan daripada bukan 4K sehingga ke 4K. Selain itu, ia juga mempunyai cip pemprosesan yang meningkatkan kontras warna dan menghasilkan gambar paparan lebih cantik.

LG 55 UHD Smart TV 55UM7600PTA

RM 2550
LG
7. LG 55 UHD Smart TV 55UM7600PTA
TV 4K untuk kegunaan konsol game PS4 Pro

PS4 Pro mempunyai sokongan memainkan game pada resolusi 4K dan merupakan satu-satunya konsol daripada PlayStation yang mampu menjalankan permainan pada resolusi 4K.  Harga TV ini yang tidak terlalu mahal untuk sebuah peti televisyen sebesar 55inci menjadikan TV ini adalah pilihan sesuai buat kediaman anda.

Ia bukan sahaja sesuai digunakan untuk bermain game tapi anda juga boleh menggunakannya untuk tujuan lain seperti menonton rancangan kegemaran anda.

Samsung Curved Smart 4K UHD TV (UA65RU7300KXXM)

RM 3533
Samsung
8. Samsung Curved Smart 4K UHD TV (UA65RU7300KXXM)
TV 65inci UHD reka bentuk melengkung – TV 4K premium terbaik

TV ini adalah penawaran lain daripada Samsung yang mampunyai spesifikasi premium. Ia mempunyai cip pemprosesan UHD khas bagi memberi tambahan kualiti gambar yang dihasilkan.

Di samping itu, ia juga mempunyai skrin melengkung yang memberikan anda perasaan ‘immersive’ ke dalam apa-apa sahaja yang anda tonton. Jika anda mahukan pengalaman baru pilihlah TV ini.

Sony 55-Inch X85G 4K TV KD55X8500G

RM 4199
Sony
9. Sony 55-Inch X85G 4K TV KD55X8500G
TV 4K sesuai untuk menonton Netflix dengan baik

TV ini diambil daripada senarai TV terbaik untuk menonton Netflix oleh laman web Netflix sendiri. Ianya dipilih kerana merupakan TV yang sangat mudah untuk anda menonton Netflix padanya. Anda dapat menikmati kandungan dalam Netflix dengan pengalaman terbaik.

Samsung RU7100 4K Smart UHD TV

RM 6799
Samsung
10. Samsung RU7100 4K Smart UHD TV
TV 75” 4K besar untuk pengalaman seperti panggung wayang

Untuk anda yang mencari TV berkeluasan skrin besar dan mempunyai poket tebal, disarankan anda untuk melengkapkan rumah anda dengan TV ini. Ianya merupakan TV yang dikeluarkan oleh Samsung dan mempunyai kualiti tiada tandingan.

Ia turut dilengkapi dengan cip pemprosesan UHD bagi meningkatkan kualiti gambar yang dihasilkan. Bukan itu sahaja, ia turut mempunyai ciri HDR yang memberi maksud bahawa gambar mempunyai Dynamic Range sangat bagus.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!