Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Printer Terbaik di Malaysia 2024 (Inkjet, Laser, Bluetooth)

Printer terbaik adalah sesuai dengan kegunaan harian anda.

Mesin printer boleh dikatakan salah satu mesin penting yang boleh memudahkan kita dalam melaksanakan tugas pencetakan atau salinan.

Lebih-lebih lagi, bila bekerja di rumah dan memerlukan banyak pencetakan menjadikan anda perlu memilih printer yang bagus.

Jadi kami bantu anda senaraikan jenama printer, jenis printer dan tentunya printer Malaysia terbaik untuk anda guna di rumah, pejabat kecil, di taska atau sekolah.


Senarai 11 Jenama Printer Terbaik

Printer terbaik secara keseluruhan
Epson
Epson EcoTank L3256  L3250 A4 WiFi All in One Ink Tank Printer
mulai
RM669.00
Semak Epson EcoTank L3256/L3250 A4 WiFi Ink Tank Printer harga dibawah:
add_circle Cetakan resolusi tinggi
add_circle Kelajuan tinggi
add_circle Ink tank boleh refill
add_circle Fungsi WiFi
add_circle Sambung dengan aplikasi smartphone
remove_circle Tidak boleh cetak double sided

Sebab menjadi pilihan utama:

Printer jenama Epson boleh menjimatkan kos cetakan kerana dakwat boleh diisi semula dengan mudah.

Ciri-ciri:

Kapasiti dakwat juga tinggi dimana mampu mencetak sehingga 4500 halaman hitam putih, 7500 halaman cetakan berwarna.

Selain itu, Epson EcoTank memberikan kemudahan sambungan WiFi untuk membolehkan anda menghubungkan dengan pelbagai peranti.

Operasi printer ini juga dimudahkan lagi dengan aplikasi Epson SmartPanel yang membolehkan anda untuk menetapkan fungsi printer dan monitor ink level dari smartphone anda sahaja.

Resolusi maksimum cetakan printer ini mampu mencecah sehingga 5760 x 1440 dpi manakala resolusi scanner mampu mencecah sehingga 1200 x 2440 dpi.

Kelajuan cetakan mampu mencecah 10 ipm untuk hitam putih dan 5 ipm untuk cetakan berwarna.

Epson turut menyediakan waranti selama 2 tahun atau 30,000 halaman cetakan. 

Review:

"Kerja sekolah anak, kerja office guna printer ni. Baguslah. Warna dia pun cantik"

Printer terbaik untuk pejabat
Brother
mulai
RM299.00
Semak Brother Monochrome Laser Printer (HL-1110) harga dibawah:
add_circle Harga toner yang berpatutan
add_circle Ringkas dan mudah digunakan
add_circle Tahan lasak dan tidak mudah sangkut
add_circle Boleh cetak double sided
add_circle Boleh cetak kuantiti banyak
remove_circle Tiada cetakan berwarna

Brother Monochrome Laser Printer (HL-1110) ini merupakan printer jenis laser bersaiz kompak dan berkualiti tinggi.

Mempunyai ciri kemampuan mencetak double sided atau duplex printing serta mempunyai dual roller dimana dapat mengelakkan kertas daripada tersekat pada roller.

Resolusi cetakan maksimum mampu mencecah sehingga 600x600 dpi atau 2400 x 600 dengan kawalan resolusi.

Menariknya, kelajuan cetakan boleh mencecah sehingga 20ppm! Sangat pantas!

Bukan itu sahaja, bahagian paper tray printer ini mampu memuatkan sehingga 150 keping kertas A4.

Brother turut menyediakan waranti selama 3 tahun kepada pengguna. 

Printer terbaik untuk guru
Canon
canonG3010
mulai
RM719.00
Semak Canon - PIXMA G3010 harga dibawah:
add_circle Boleh mencetak kuantiti yang banyak
add_circle Menggunakan dakwat cecair
remove_circle Tidak menyokong MAC OS

Dengan printer Canon - PIXMA G3010 ini, anda boleh mencetak, scan dan menyalin dokumen dengan mudah dan cepat!

Kelajuan mencetak sehingga 8.8ipm (mono) dan 5.0ipm (warna) pada saiz A4, anda boleh mencetak tugasan penting anda dengan kualiti yang bagus.

Menariknya, untuk mencetak foto berukuran 4 x 6 inci, anda hanya memerlukan masa selama 60 saat sahaja tau.

Tambah lagi, pencetak ini boleh mencetak dengan jumlah yang tinggi namun dengan kos operasi yang rendah. 

Anda boleh dengan mudah mencetak dokumen dari peranti apa pun yang disambungkan ke rangkaian WiFi seperti laptop, telefon pintar atau tablet

Katrij tinta hitam boleh mencetak sehingga 6000 halaman, manakala katrij tinta warna boleh mencetak sehingga 7000 halaman. 

Printer untuk chromebook
HP
HP DeskJet 2336 All-in-one Printer
mulai
RM169.00
Semak HP DeskJet 2336 All-in-one Printer harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Cetakan resolusi tinggi
remove_circle Tiada fungsi wireless

Dengan penggunaan dakwat HP thermal inkjet, printer ini boleh dikategorikan printer yang menjimatkan.

Malah mampu memberikan fungsi all in one pada satu printer dengan kualiti cetakan yang bagus.

Untuk resolusi maksimum sehingga 1200X1200 untuk hitam manakala pencetakan warna pula mampu mencecah sehingga 4800 X 1200.

Bahagian scanning pula resolusi maksimumnya mampu mencecah shingga 600 dpi yang akan buatkan cetakan nampak lebih kemas dan jelas.

Sealin itu, paper tray printer ini mampu memuatkan sehingga 30 keping kertas dalam satu masa.

HP juga turut memberi waranti selama 3 tahun kepada pengguna.  

Printer terbaik untuk di rumah
Canon
Canon Pixma MG2577S
mulai
RM177.00
Semak Canon Pixma MG2577S harga dibawah:
add_circle Jenama yang dikenali
add_circle Kualiti cetakan yang baik
add_circle Murah
remove_circle Tiada fungsi wireless

Printer jenama Canon merupakan salah satu pilihan yang terbaik untuk anda yang ingin mencari printer bajet murah dan bagus.

Walaupun murah tapi mampu memberi resolusi cetakan maksimum sehingga 4800 dpi (horizontal) dan 1X600 dpi (vertical). 

Kelajuan printing masih menepati ISO standard print speed (A4) iaitu 8.0 ipm untuk hitam putih manakala 4.0 ipm untuk cetakan berwarna.

Saiz printer ini juga compact, ringan, mudah dibawa dan disimpan tanpa memerlukan ruang yang besar.

Canon turut memberi waranti selama 1 tahun kepada pengguna. 

Printer 3 in 1
Canon
Canon Pixma E470
mulai
RM208.00
Semak Canon Pixma E470 harga dibawah:
add_circle Mempunyai WiFi
add_circle Boleh mencetak sehingga 400 helai
add_circle Boleh print, copy dan scan
add_circle Hasil cetakan berkualiti
add_circle Monitor ink level di aplikasi Selphy
remove_circle Saiz cartridge kecil

Jenama printer ini berupaya memberi fungsi 3 dalam 1 iaitu, print, scan dan copy dalam satu mesin printer dan mempunyai fungsi wireless.

Dengan fungsi WiFi atau wireless, anda boleh monitor jumlah dakwat printer melalui aplikasi Selphy dan menyambungkan printer tanpa perlu wayar USB.

Printer ini berupaya mencetak dengan kelajuan yang menepati ISO Standard print speed (A4):  4.0ipm (berwarna) / 8.0ipm (hitam putih).

Malah mampu memuatkan sehingga 30 keping kertas dengan resolusi maksimum mampu mencecah sehingga 1200dpi. 

Canon juga turut memberi waranti selama 3 tahun kepada pengguna.

Printer untuk iPad
HP
HP Smart Tank 720 All-in one
mulai
RM909.00
Semak HP Smart Tank 720 All-in one harga dibawah:
add_circle Fungsi all in one
add_circle Sambungan Bluetooth dan WiFi
add_circle Cetakan resolusi tinggi
add_circle Kelajuan tinggi
remove_circle Harga mahal

Printer jenama HP ini mempunyai fungsi all in one termasuk kelebihan boleh menyambung WiFi dan Bluetooth.

Maksudnya, anda boleh membuat penyambungan pada smartphone ataupun komputer dengan mudah.

Selain itu, kualiti cetakan dengan resolusi maksimum sehingga 1200 X 1200 dpi untuk hitam putih dan 4800 X 1200 dpi untuk cetakan berwarna.

Kelajuan cetakan pula, printer ini mampu mencetak pada kelajuan 15 ppm untuk hitam putih dan 9 ppm untuk cetakan berwarna. 

Kapasiti paper tray, mampu memuatkan sehingga 100 keping kertas A4 untuk satu sesi.

Dakwatnya pula mampu mencetak hingga 6000 halaman untuk cetakan hitam dan 8000 halaman untuk cetakan berwarna. 

Bagi fungsi mengimbas pula, mampu mencecah resolusi maksimum sehingga 1200 dpi dengan kelajuan sehingga 3.5 ipm.

Kemudian, fungsi salinan, resolusi maksimumnya mampu mencecah shingga 600 dpi dengan kelajuan sehingga 13 cpm untuk hitam putih, 6 cpm untuk berwarna.

HP turut menyediakan waranti selama 2 tahun dengan 1 kali penggantian untuk unit yang bermasalah. 

Printer terbaik untuk print gambar
Xiaomi
Xiaomi Mi Pocket Photo Printer
mulai
RM189.00
Semak Xiaomi Mi Pocket Photo Printer harga dibawah:
add_circle Cetak gambar dari smartphone
add_circle Boleh sambung 3 peranti dalam satu masa
add_circle Cetakan pantas
add_circle Tidak perlu ink
remove_circle Hanya boleh cetak gambar

Printer ini merupakan printer bersaiz mini yang membolehkan anda mencetak gambar daripada Android 4.1 atau iOS 9.0 dan ke atas dengan sambungan Bluetooth.

Printer ini boleh disambungkan ke 3 peranti dalam satu masa supaya dapat mudahkan anda melakukan cetakan.

Dengan printer ini, anda boleh mencetak dan menyunting gambar dengan menggunakan aplikasi Mijia Apps.

Printer ini tidak memerlukan ink kerana menggunakan kertas jenis zink dan cetakannya juga pantas dimana hanya mengambil masa 40 saat untuk sekeping gambar.

Resolusi cetakan printer adalah 313 x 400 dpi dan dimensi cetakan ialah 2X3 Inci.

Paper tray untuk Epson EcoTank L14150 All in One Printer mampu memuatkan 10 helai kertas sahaja.

Xiaomi turut memberi waranti selama 1 tahun kepada penggunanya.

Printer terbaik bawah RM500
Canon
Canon Pixma TS307
mulai
RM179.00
Semak Canon Pixma TS307 harga dibawah:
add_circle Harga mampu milik
add_circle Reka bentuk bergaya
add_circle Salinan mudah dengan aplikasi Canon PRINT Inkjet/SELPHY
remove_circle Jumlah cetakan terhad
remove_circle Kelajuan cetakan perlahan

Dengan reka bentuk yang menarik, Canon Pixma TS307 menawarkan kelajuan cetak ISO standard yang memuaskan.

Cetakannya boleh mencapai hingga 7.7ipm untuk warna hitam dan 4.0ipm untuk cetakan berwarna.

Selain itu, anda dapat menghubungkan printer ini dengan mudah melalui pelbagai pilihan sambungan, mudah digunakan di rumah anda.

Ini termasuk peranti tambahan seperti Hi-speed USB 2.0, WiFi, wireless pictbridge, Mopria, AirPrint, BLE, dan Access Point Mode

Printer ini juga menggunakan ink cartridge yang murah, jadi anda akan jimat kos tanpa perlu mengabaikan kualiti cetakan. 

Dengan aplikasi Canon PRINT Inkjet/SELPHY, anda juga akan dapat buat salinan dokumen atau foto secara langsung dari smartphone anda dengan mudah. 

Secara tidak langsung, Canon Pixma TS307 merupakan sebuah printer yang memudahkan tugasan guru dan menawarkan harga murah.

Printer untuk print sticker
NIIMBOT
NIIMBOT B21 Printer
mulai
RM120.99
Semak NIIMBOT B21 Printer harga dibawah:
add_circle Sambungan secara bluetooth
add_circle Tidak memerlukan ink
add_circle Pelbagai design sticker
remove_circle Hanya untuk print sticker dan label
Jika anda perlu menggunakan banyak sticker bagi tujuan labeling di rumah atau di pejabat dan sekolah, anda mungkin memerlukan satu printer khas untuk mencetak sticker.
 
Printer NIIMBOT B21 mudah digunakan dengan hanya sambungkan ia dengan telefon anda secara bluetooth dan gunakan aplikasi NIIMBOT untuk design cetakan anda.
 
Paling bagus, printer ini tidak memerlukan ink untuk melakukan cetakan kerana ia menggunakan thermal printing, jadi anda tidak perlu risau ink habis atau perlu membeli ink baru.
 
Printer ini menyokong peranti Android, iOS, Window dan juga boleh digunakan bersama laptop atau PC anda.
Printer terbaik untuk di rumah
Brother
Brother T720DW
mulai
RM744.99
Semak Brother T720DW - WiFi harga dibawah:
add_circle Cetakan pantas
add_circle Ink murah
add_circle Jenama berkualiti
remove_circle Harga mahal

Brother DCP-T720DW merupakan printer serba guna 3-in-1 yang cekap untuk keperluan mencetak, mengimbas, dan menyalin kerja anda di rumah.

Dengan kemudahan Auto Document Feeder (ADF) sebanyak 20 helai kertas, ia memudahkan proses scan dan photocopy yang banyak.

Printer ini dilengkapi dengan empat botol Brother Inbox Refill Ink yang tulin (Hitam, Cyan, Magenta, Kuning), memastikan anda mempunyai semua warna yang diperlukan untuk cetakan berkualiti tinggi.

Dengan kemampuan mencetak, mengimbas, dan menyalin kertas bersaiz A4, printer Brother DCP-T720DW memberikan hasil berkualiti profesional.

Disebabkan ia menggunakan dakwat yang boleh diisi semula, jadi kos untuk mengantikan dakwat baru adalah lebih murah.

Bagi setiap isian dakwat penuh, printer ini boleh mencetak kira-kira 7,500 halaman untuk cetakan hitam dan 5,000 halaman untuk cetakan berwarna, berdasarkan ISO/IEC 19752.

Juga boleh sambungkan secara Wi-Fi Direct ke peranti anda, membolehkan anda mencetak secara wireless di rumah dan anda juga akan dapat jaminan sehingga 2 tahun selepas beli printer Brother ini.


Apakah Tips Memilih Printer Yang Baik?

Printer yang bagus sebenarnya bergantung pada kegunaan kita pada sesebuah mesin printer.

Jika anda kerap menggunakan printer, pastikan printer tersebut mampu mencetak banyak kertas dalam satu masa.

Terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi ciri-ciri printer yang baik. Antaranya;

  • Spesifikasi dan kualiti

Selain dari memilih printer jenama terkenal, spesifikasi printer juga perlu diambil kira bagi memastikan jenis printer yang dipilih bersesuaian dengan keperluan.

Kualiti juga perlu diambil kira untuk memastikan printer tahan lasak dan tidak mudah tersangkut semasa anda menggunakannya.  

Tambahan lagi, kualiti cetakan juga perlu diambil kira, resolusi yang tinggi akan memberi cetakan yang cantik.

  • Kos penggunaan dakwat

Printer dan dakwat mempengaruhi kos penggunaan cattridge atau toner.

Printer inkjet atau deskjet mempunyai dua panel cartridge untuk dakwat hitam dan berwarna.

Manakala printer inkjet yang mahal mempunyai isi padu cartridge berwarna lebih besar. 

Jika hanya mahu mencetak dokumen biasa, printer dengan dua cartridge (dakwat hitam dan warna) sudah memadai.

Berbeza dengan printer laser yang menggunakan proses dakwat semburan (toner). 

Secara teknikal printer laser boleh menjadikan proses cetakan lebih cepat dan dapat mencetak kuantiti yang banyak.

Malangnya, printer laser berwarna lebih mahal berbanding printer laser monochrome (hitam putih).

Tapi zaman sekarang terdapat printer yang menggunakan ink tank dimana boleh refill semula dakwat sekaligus menjimatkan wang daripada membeli cartridge baru. 

  • Kertas dan jumlah pencetakan

Jumlah kuantiti pencetakan dan saiz kertas juga perlu diambil kira sebelum membeli printer.

Ini kerana terdapat printer boleh mencetak sehingga 200 helaian dalam satu masa atau lebih dari 1000. 

  • Sambungan printer

Di pasaran terdapat beberapa jenis printer yang memerlukan sambungan wayar dan juga jenis sambungan wireless.

Printer jenis tanpa wayar lebih memudahkan anda untuk bawa kemana saja dan menyambung ke pelbagai peranti. 

Ingin tahu lebih lanjut lagi, jom kita dengarkan penerangan ringkas dari video dibawah.


Apakah Perbezaan Antara Pencetak Inkjet Dan Pencetak Laser Jet?

Tidak semua fungsi printer sama, jadi sebelum nak beli perlu tahu apa perbezaan inkjet dan laserjet supaya pembelian berbaloi.

  • Printer Inkjet

Harga printer inkjet atau deskjet yang murah mempunyai dua panel cartridge untuk dakwat hitam dan berwarna – cyan, magenta dan kuning.

Manakala printer inkjet yang mahal mempunyai isi padu cartridge berwarna lebih besar. 

Cuma perlu mengetahui penggunaan anda, jika hanya mahu mencetak dokumen biasa, printer dengan dua cartridge (dakwat hitam dan warna) sudah memadai.

Tapi, dakwat cartridge sedikit mahal berbanding dakwat jenis ink tank.

  • Printer Laserjet

Berbeza dengan printer lain, printer laser menggunakan proses dakwat semburan (toner). 

Secara teknikal printer laser boleh menjadikan proses cetakan lebih cepat, kuantiti yang banyak. 

Warna dihasilkan pun jauh lebih cantik dimana anda akan nampak permukaan gambar lebih berkilat.

Tapi, printer laserjet lebih mahal berbanding ink tank dan cartridge. 


Artikel Berkaitan

End of Article