Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

price-track-background
Dapatkan Makluman Bila Harga Runtuh

Jangan bayar lebih. Kami akan mengesan harga produk inginan anda dan menghantar makluman bila harganya runtuh!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Alamak, Majlis Dah Dekat! 25 Idea Doorgift Buat Bakal Raja Sehari

Raikan cinta dengan goodies istimewa tanpa perlu keringkan poket anda

Product in this article

Cenderamata atau doorgift kenduri merupakan salah satu item pelengkap sesebuah majlis perkahwinan. Majlis tampak kurang berseri tanpa ada buah tangan untuk para tetamu membawa pulang sebagai kenang-kenangan.

Ia juga sebagai hadiah buat mereka yang hadir memeriahkan majlis dan mendoakan yang terbaik buat pasangan yang bakal menempuh alam baru. 

Apakah jenis doorgift yang sesuai untuk majlis perkahwinan?

Pastinya yang praktikal dan sesuai dengan bajet anda. Ini kerana doorgift selalunya disediakan dalam jumlah yang besar. Justeru, anda harus mempertimbangkan jumlah tetamu yang hadir, ruang penyimpanan dan tempoh penyimpanan doorgift sebelum diagihkan kepada para tetamu pada hari majlis berlangsung.

Sekiranya anda masih bingung mencari doorgift yang sesuai, di sini kami senaraikan pilihan yang boleh anda pertimbangkan sebelum mula membeli. 

25 Doorgift Ideal untuk Majlis Perkahwinan

Bertih Jagung

RM 0.9
1. Bertih Jagung
Goodies kahwin jenis snek - enak disalut karamel
Updated on 11th August 2020

Siapa yang tidak sukakan bertih jagung? Ia snek ringkas yang amat menyelerakan dan menjadi kegemaran tidak kira usia samada tua ataupun muda. Goodies ini sesuai untuk majlis di rumah atau dewan kerana ia ringan, mudah dibawa dan rasanya sangat enak. Tempoh penyimpanannya juga boleh mencapai sehingga 1 bulan.

Set Sudu Dan Garfu

RM 1.5
2. Set Sudu Dan Garfu
Goodies kahwin English style – sesuai untuk pengantin moden
Updated on 11th August 2020

Bagi kamu yang mengimpikan tema Inggeris pada majlis resepsi kelak, goodies ini mungkin sesuai untuk kamu. Set sudu garfu yang disusun dalam kotak yang elegan tampak ekslusif bagi majlis di dewan atau hotel. Ia juga praktikal untuk kegunaan para tetamu.

Kicap

RM 1.43
3. Kicap
Goodies kahwin pelengkap hidangan – enak dimakan bersama nasi putih
Updated on 11th August 2020

Kicap kini sudah trending sebagai goodies kahwin kerana setiap isi rumah di Malaysia menggunakan kicap dalam masakan mereka. Tambahan pula, pihak pengeluar goodies turut menyediakan sticker nama pengantin pada kotak kicap dengan design yang menarik. Goodies yang kreatif dan praktikal.

Bar Coklat

RM 0.9
4. Bar Coklat
Goodies kahwin buat kamu yang chocoholic
Updated on 11th August 2020

Anda seorang Chocoholic? Apa kata sediakan snek kegemaran anda untuk para tetamu yang hadir. Bar Coklat dengan tulisan nama anda dan pasangan pasti tampak romantik dan eksklusif, juga menyelerakan. Majlis anda pasti menjadi bualan semua.

Pasu Mini / Labu

RM 1.8
5. Pasu Mini / Labu
Goodies kahwin untuk dekorasi kediaman
Updated on 11th August 2020

Tetamu anda pasti menghargai pemberian goodies pasu ini. Bukan sahaja ia unik dan comel, mereka juga boleh menjadikan pasu mini sebagai hiasan atau menggunakannya untuk meletak duit syiling. 

Sejadah Mini

RM 3.3
6. Sejadah Mini
Goodies kahwin yang bermanfaat – sesuai untuk tetamu muslim
Updated on 11th August 2020

Sejadah mini amat berguna terutamanya apabila menunaikan solat ketika travel. Bersaiz kecil membolehkan ianya dibawa ke mana sahaja. Anda juga memperoleh pahala memudahkan tetamu untuk bersolat dengan menggunakan sejadah ini. Lebih sesuai diberikan kepada tetamu yang beragama Islam.

Madu

RM 1.9
7. Madu
Goodies kahwin yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan
Updated on 11th August 2020

Madu mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Ia juga salah satu daripada makanan Sunnah. Madu kini terdapat dalam balang kecil yang comel dengan pelekat yang boleh diubahsuai mengikut citarasa anda. Goodies yang berkhasiat untuk para tetamu.

Kipas Tangan

RM 1.5
8. Kipas Tangan
Goodies kahwin untuk tema garden/outdoor – idea pilihan ramai
Updated on 11th August 2020

Iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun menjadikan kipas tangan ini salah satu goodies yang ideal untuk majlis outdoor anda. Kipas tangan ini didatangkan dengan motif yang menarik dan diperbuat dari pelbagai material seperti plastik, renda dan fabrik.

Set Manicure

RM 2
9. Set Manicure
Goodies kahwin untuk penjagaan diri
Updated on 11th August 2020

Set manicure ini terdiri daripada gunting kecil, pemotong kuku, pencungkil telinga (besi) dan penyepit besi. Semuanya disusun di dalam kotak khas yang bersaiz kecil dan sesuai untuk di bawa ke mana-mana. Hadiah istimewa untuk para tetamu yang boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

Perfume Handcream

RM 0.69
10. Perfume Handcream
Goodies kahwin yang menjadikan tangan lembut dan harum
Updated on 11th August 2020

Tangan masih berbau kari selepas makan hidangan kenduri? Jangan risau. Krim tangan yang wangi ini boleh menjadi penyelamat anda dan para tetamu.  Hanya sapukan pada tangan dan sedia untuk bersalaman dengan saudara mara dan sahabat taulan. Tetamu anda pasti sukakannya.

Bekas Kaca

RM 2.9
11. Bekas Kaca
Goodies kahwin yang sesuai untuk hiasan meja
Updated on 11th August 2020

Bekas kaca sering dijadikan cenderamata untuk majlis perkahwinan kerana rupa yang cantik, eksklusif dan boleh dijadikan koleksi bagi menghiasi meja di rumah. Namun, anda harus berhati-hati dalam mengendalinya kerana kaca bersifat mudah pecah dan sumbing. Sesuai untuk dijadikan doorgift VIP dan dalam jumlah tetamu yang kecil.

Set Yassin Dan Tasbih

RM 1.35
12. Set Yassin Dan Tasbih
Goodies kahwin untuk saham dunia akhirat
Updated on 11th August 2020

Set Yassin dan tasbih juga sesuai dijadikan doorgift untuk Majlis Perkahwinan. Selain tasbih manual, tasbih kini terdapat dalam bentuk digital yang lebih moden dan praktikal. Dengan memudahkan para tetamu beramal, semoga saham pahalanya turut sampai kepada anda dan pasangan.

Marshmallow (10pcs)

RM 17.95
13. Marshmallow (10pcs)
Goodies kahwin sesuai untuk kanak-kanak
Updated on 11th August 2020

Kanak-kanak yang menghadiri Majlis Resepsi anda pasti teruja dengan Goodies Marshmallow ini. Rangkaian warna yang menarik, bertekstur gebu dan rasanya enak. Ia juga mudah dipek dan diagihkan, menjadikan snek ini pilihan popular untuk majlis perkahwinan.

Lilin Beraroma (30pcs)

RM 11.9
14. Lilin Beraroma (30pcs)
Goodies kahwin yang unik
Updated on 11th August 2020

Lilin beraroma merupakan salah satu pilihan yang ideal kerana saiznya comel, rekaan yang menarik dan berbau harum. Lilin ini juga mesra poket kerana saiz yang kompak. Terdapat pelbagai jenis lilin dengan bauan segar seperti Gold Dust, Silver Snow, Red Romance, Silver Glass dan Purple Rain. 

Pasti ada satu yang bersesuaian dengan tema anda. Terbaik untuk tetamu VIP atau buat keluarga terdekat sahaja.

Pembuka Botol

RM 4
15. Pembuka Botol
Goodies kahwin yang elegan – khas buat tetamu VIP
Updated on 11th August 2020

Goodies pembuka botol ini bukan seperti pembuka botol biasa. Hujungnya mempunyai rekabentuk yang elegan seperti cincin bertatahkan berlian, bentuk kunci hati dan sebagainya. Tetamu anda pasti terpesona dengan rekabentuk goodies ini. Eksklusif dan tampak mahal, hanya khas untuk tetamu istimewa sahaja.

Brownies (250 pcs)

RM 63
16. Brownies (250 pcs)
Goodies kahwin dengan bajet rendah
Updated on 11th August 2020

Sekiranya anda mempunyai bajet rendah, apa kata jadikan brownies sebagai doorgift untuk para tetamu. Hanya dengan bajet 0.24 sen untuk sekeping brownie, rasanya yang kaya dengan coklat pasti menjadi kegemaran semua. Murah, tetapi cukup ekslusif untuk tetamu atau rombongan bertandang.

Tuala Kecil

RM 17.5
17. Tuala Kecil
Goodies kahwin simple dan minimalis dari pengantin yang sempoi
Updated on 11th August 2020

Tuala kecil sangat sesuai dijadikan doorgift kerana ia murah dan praktikal. Ia boleh digunakan sebagai sapu tangan, kain lap dapur dan sebagainya. Para tetamu pasti menghargai pemberian anda.

Bunga Telur (50pcs)

RM 18.5
18. Bunga Telur (50pcs)
Goodies kahwin yang murah sejak berzaman lagi
Updated on 11th August 2020

Bunga telur sangat sinonim dengan majlis kenduri kahwin. Ia dijadikan sebagai buah tangan untuk para tetamu sejak dari zaman dahulu lagi. Kini, terdapat pelbagai rekaan bunga telur seperti jenis lidi atau gantung, bunga penuh atau sekuntum. Pilihlah mengikut citarasa dan bajet anda.

Penanda Buku (20pcs)

RM 1.8
19. Penanda Buku (20pcs)
Goodies kahwin daripada si ulat buku
Updated on 11th August 2020

Anda seorang ulat buku? Apa kata jadikan penanda buku sebagai goodies bagi majlis anda. Bukan sahaja ia memberi manfaat kepada para tetamu, ia membuatkan mereka teringatkan memori indah majlis perkahwinan anda apabila membaca novel kegemaran mereka kelak.

Bunga Sabun (50pcs)

RM 24.96
20. Bunga Sabun (50pcs)
Goodies kahwin yang harum mewangi
Updated on 11th August 2020

Bunga sabun kini dijadikan doorgift kerana baunya harum dan rekaan yang menarik. Ada sabun yang berbentuk bunga ros, burung merpati dua sejoli, corak hati dan sebagainya. Hanya ikatkan riben dan goodies anda telah siap untuk diedar kepada para tetamu.

Mini Perfume

RM 1.2
21. Mini Perfume
Goodies kahwin yang bersaiz poket
Updated on 11th August 2020

Perfume mini ini bersaiz kecil dan boleh diletakkan dalam poket seluar atau handbag anda. Baunya harum dan saiz yang praktikal pasti memikat para tetamu yang hadir.

Meringue Cookies (20pax)

RM 15.8
22. Meringue Cookies (20pax)
Goodies kahwin untuk kamu yang sweet tooth
Updated on 11th August 2020

Comel dan berwarna warni, majlis resepsi anda pasti berseri dengan Goodies Meringue Cookies ini. Meringue Cookies adalah sejenis manisan yang diperbuat daripada campuran bahan asas iaitu putih telur dan gula. Rasanya yang manis, semanis pasangan mempelai.

Macaron (50pcs)

RM 36
23. Macaron (50pcs)
Goodies kahwin jenis manisan yang cair di mulut
Updated on 11th August 2020

Pencuci mulut ini hampir sama cara pembuatannya dengan Meringue Cookies. Perbezaannya adalah dari segi rupa dan terdapat fillings di antara dua macaron. Macaron kini terdapat dalam pelbagai warna dan perasa. Comel, manis dan cair di mulut, tetamu anda pasti mahukannya lagi.

Dompet Syiling Batik

RM 85
24. Dompet Syiling Batik
Goodies kahwin yang rare
Updated on 11th August 2020

Dompet syiling ini sangat unik kerana menggunakan batik sebagai material utamanya. Ia sesuai untuk anda yang mengenakan konsep dan busana tradisi untuk majlis raja sehari. Dompet ini boleh digunakan untuk menyimpan syiling atau dijadikan sebagai perhiasan.

Kekacang (100pcs)

RM 2.25
25. Kekacang (100pcs)
Goodies kahwin untuk kudapan tetamu semasa perjalanan pulang
Updated on 11th August 2020

Siapa yang tidak sukakan snek kudapan? Goodies ini terdiri daripada komposisi beberapa jenis kacang yang disusun secara berlapis-lapis dengan efek warna yang menarik. Rangup dan memukau mata yang memandang. Sekali kunyah, habis sebotol.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article