Product in this article

Bagaimanakah mesin pengering baju berfungsi?

Mesin pengering sememangnya penting untuk dimiliki kerana faktor cuaca Malaysia yang tidak menetu lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh.Pemanas di dalam mesin pengering akan menghasilkan udara panas daripada elektrik atau gas yang akan di salurkan ke baju. 

Proses ini lebih dikenali sebagai prose ‘tumble-dry’ yang akan memanaskan pakaian dan lembapan di pakaian. Air keluar daripada mesin pengering dalam bentuk wap melalui saluran ekzos.Berminat untuk membeli mesin pengering terbaik tetapi buntu untuk memilih? Berikut beberapa jenama mesin pengering yang boleh anda dapati di pasaran.

Haier
1. Haier 6kg Tumble Dryer HAI-HDYD60
Pengering baju dibawah RM1000 – berkualiti dan menjimatkan ruang

Mesin pengering bersaiz lebih kurang 6 kaki ini memiliki ciri program yang menawarkan pengeringan sehingga 100 minit, bagi memastikan pakaian anda benar-benar kering dengan sempurna. Dilengkapi dengan kawalan pengering yang mempunyai penapis boleh tanggal, agar lebih mudah untuk melakukan pembersihan dan bagi memastikan prestasi pengeringan yang cemerlang.

Mesin yang mudah dikendalikan dan semestinya menjimatkan masa untuk mengeringkan pakaian anda. Tidak perlu lagi membuang masa menunggu pakaian kering di ampaian.

Electrolux
2. Electrolux Vented Dryer EDV805JQWA 8KG
Pengering baju terbaik dengan menggunakan sistem automatik

Mesin ini dilengkapi dengan sistem yang dapat mengesan tahap kelembapan di dalam cucian dan menghentikan pengeringan sebaik sahaja cucian kering untuk menjimatkan tenaga dan menghidari pakaian daripada rosak.

Samsung
3. Samsung 8kg Front Load Condense Dryer DV80H4200CW
Pengering baju yang bagus untuk pengusaha pusat dobi / laundry

Mengeringkan pakaian menjadi lebih mudah dan cekap dengan mesin ini. Ianya bukan sahaja bergaya dari segi reka bentuk tetapi ia juga mudah dikendalikan dalam hanya satu putaran. Mesin ini boleh mengeringkan pakaian anda mengikut jenis fabrik pakaian anda dan juga kuantitinya. 

Dengan mesin pengering ini anda tidak perlu menunggu dengan begitu lama dan pastinya menjimatkan tenaga.

Bosch
4. Bosch 7KG Condenser Dryer WTE84105GB
Mesin pengering terbaik yang menghasilkan bunyi rendah/ tak bising

Pengering selalunya menghasilkan bunyi dan getaran yang kuat tetapi tidak dengan mesin pengering Bosch ini. Penebat yang digunakan di dalam mesin ini mengawal tahap bunyi bising menjadikan pengering Bosch sangat tenang walaupun semasa kitaran putaran.

Dari segi pengeringan, sistem yang direka membuatkan pakaian dikeringkan oleh udara ringan dan menjadikan pakaian lebih lembut. Kini pakaian dapat dikeringkan dengan pantas dan mudah.

Mesin pengering mudah alih ini bukan sahaja ringan tetapi ia juga murah dan mampu milik. Ia direka dalam bentuk almari pakaian dan beroperasi sama seperti mesin pengering yang lain, cuma ia lebih ringkas dan memudahkan anda. 

Ia juga berfungsi sebagai sistem pengudaraan yang boleh melindungi perabot kayu anda. Almari dengan bercirikan mesin pengering ini, sempurna untuk anda yang kerap berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.

BEKO
6. BEKO Freestanding 8kg Tumble Dryer DSX83410W
Mesin pengering baju terbaik untuk penjimatan elektrik

Mesin pengering Beko yang berciri mesra alam ini, menggunakan suhu yang lebih rendah supaya ia dapat menjimatkan penggunaan tenaga dan memberikan pelindungan yang lebih baik untuk pakaian anda. Selain itu, dengan 3 kawalan pintar membolehkan anda memilih tahap kekeringan yang anda mahu dan berhenti secara automatikapabila capai tahap pengeringan. 

Apa yang lebih menarik ia mempunyai saiz ruang gandang yang besar, membolehkan anda mengeringkan lebih banyak pakaian dalam satu kitaran dan dapat menjimatkan masa.

Panasonic
7. Panasonic 10KG Wash/ 6KG Dry Econavi Washer Dryer
Mesin multifungsi 2-dalam-1, combo washer dan dryer terbaik

Mesin dengan 2 kelebihan iaitu cuci dan kering ini, dapat melengkapi keperluan harian anda yang inginkan mesin multifungsi 2-dalam-1. Mesin jenis ini dapat membersih dengan cepat disamping memastikan pakaian terpelihara dari bakteria atau kotoran. Bukan sahaja membersihkan malah mesin ini juga dapat mengeringkan pakaian dalam suhu yang optimum untuk (bagi) menjaga kualiti fabrik. 

Selain itu, paparan LED yang ia membuatkan kerja mencuci dan mengeringkan lebih mudah dilakukan. Sangat jimat dari segi penggunaan tenaga dan juga dapat mengurangkan kadar kedutan pada pakaian anda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article
Selengkapnya Peralatan Besar

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!