Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Mesin Basuh & Pengering (Washer Dryer) Terbaik Malaysia 2024

Jimat masa buat kerja rumah dengan mesin basuh combo ini.

Aktiviti membasuh dan mengeringkan baju perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan pakaian harian isi rumah terjaga dan cukup.

Tetapi, aktiviti ini mungkin mengambil masa dan tenaga yang banyak untuk selesaikan kerana ia memerlukan anda memasukkan baju ke dalam mesin basuh dan menyidai pakaian apabila selesai.

Terutamanya bagi keluarga yang mempunyai ahli yang ramai, tentu banyak pakaian yang perlu dicuci dan pasti penat untuk selesaikan tugas ini.

Dengan inovasi teknologi kini, anda tak perlu penat dan runsing melihat timbunan baju kotor di dalam bakul kerana sudah ada mesin basuh sekali dryer di pasaran.

Kerja akan jadi lebih mudah dengan mesin basuh 2 in 1 ini dan juga dapat jimatkan masa anda untuk buat perkara lain pula.

Tapi nak pilih mesin basuh pengering ni agak mencabar sebab harga mesin basuh siap kering tidaklah murah, dan anda mungkin mencari mesin basuh dan pengering jimat elektrik.

Jom kami kongsikan dengan anda senarai mesin basuh siap pengering atau washer dryer Malaysia terbaik untuk sesi basuhan baju di rumah.


Senarai 10 Mesin Basuh Dengan Pengering Terbaik

Toshiba Washer Dryer Inverter Front Load Washing Machine TWD-BJ120M4M
mulai
RM2,795.00
Semak Toshiba Washer Dryer 11kg/7kg Inverter Front Load Washing Machine harga dibawah:
add_circle Motor inverter
add_circle Mesin senyap
add_circle Ruang loading pakaian lebih luas
add_circle Fungsi Quick Wash sekadar 12 minit
add_circle Kapasiti basuh 11kg / pengering 7kg
remove_circle Harga mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Mesin ini merupakan model washer dryer terbaik yang dikeluarkan oleh Toshiba, dan tentunya Toshiba terkenal sebagai jenama yang menghasilkan mesin basuh tahan lama dan berkualiti tinggi.

Ciri-ciri:

Mempunyai pelbagai kemudahan, fungsi, ciri basuhan dan proses mengering yang tak akan merosakkan fabrik pakaian anda.

Sama seperti mesin basuh Toshiba yang lain, model TWD-BJ120M4M menggunakan teknologi basuhan The Greatwaves.

Teknologi ini dapat untuk menjaga warna pakaian serta menjimatkan penggunaan air. 

Manakala proses pengering pula dibantu oleh sistem SENSEDRY™ dimana sistem pintar dapat mengesan suhu pakaian. 

Maksudnya, bila pakaian sudah kering, secara automatik mesin terus menghentikan proses.

Hasilnya pakaian tak mudah rosak akibat proses pengeringan melampau dan dalam masa yang sama, masa dan elektrik juga dapat dijimatkan. 

Apa yang menarik perhatian, apabila pengguna dapat mengubah suhu air, kelajuan putaran mesin dan bilangan bilasan yang diperlukan. Hebat! 

Review:

“Kagum dengan washer dryer Toshiba yang ada banyak pilihan proses cucian sangat memudahkan urusan harian.”

Washer dryer 8kg
LG
LG Washer Dryer 10.5KG LG-FV1450H2B
mulai
RM3,498.00
Semak LG Washer Dryer 10.5KG harga dibawah:
add_circle AI Direct Drive untuk detect muatan pakaian & jenis fabrik
add_circle Teknologi Eco Hybrid untuk penjimatan elektrik
add_circle Kapasiti basuh 10.5kg / pengering 7kg
add_circle Waranti motor 10 tahun
add_circle Sambungan WiFi
remove_circle Harga mahal

Model mesin basuh dan pengering LG ini boleh dijadikan pilihan buat anda yang mencari kapasiti mesin 8 kilogram.

Setanding dengan harga yang ditawarkan, mesin ini dilengkapi teknologi terkini LG iaitu AI Direct Drive.

Teknologi ini dapat mengesan berat muatan, jenis fabrik dan memilih proses cucian yang sesuai.  

Manakala keringan pakaian pula dilakukan oleh Steam+™ yang mengering pakaian dengan baik sambil menghapuskan 99.9% alergen dari pakaian menerusi mod wap.

Fungsi yang menjadi kegemaran ramai, Wrinkle Care dimana dapat mengurangkan kedutan pada pakaian. Jadi ia dapat menjimatkan masa menggosok pakaian. 

Menerusi sambungan WiFi pada washer dryer pula and boleh mengawal kitaran mesin dari aplikasi terkini LG, ThinQ™. 

Electrolux UltimateCare 700 Washer Dryer (7kg +5kg) EWW7024FDWA
mulai
RM2,399.00
Semak Electrolux UltimateCare 700 Washer Dryer (7kg + 11kg) harga dibawah:
add_circle Dapat mengesan tahap kekotoran
add_circle Mempunyai sambungan Wifi terus ke phone
add_circle Kapasiti basuh 11kg / pengering 7kg
add_circle Waranti motor 10 tahun
add_circle Fungsi keselamatan ‘child lock’
remove_circle Mahal

Mesin basuh dengan pengering dari jenama Electrolux ini sesuai bagi anda yang inginkan kelainan dan sangat moden!

Ini kerana mesin ini mampu untuk disambungkan terus ke telefon pintar menggunakan aplikasi Electrolux Life. 

Dengan ciri teknologi ini, selepas cucian selesai anda akan dapat terus notifikasi pemberitahuan. Senang bukan?

Selain itu, model ini juga dilengkapi dengan teknologi SensorWash™ yang mana boleh mengesan secara automatik tahap kekotoran baju.

Kemudian, mesin akan adjust durasi kitaran untuk mencapai tahap kebersihan secara maksima.

Bukan itu sahaja, turut dilengkapi teknologi UltraMix™ dimana dapat melarutkan sepenuhnya bahan pencuci yang digunakan supaya pakaian lebih tahan lama.

Dari segi harga, boleh dikatakan mahal tetapi berbaloi kalau nak guna dalam tempoh yang lama.

ELBA 10KG6KG 2-in-1 Washer Dryer EWDC-J1061IN(GD)
mulai
RM2,611.00
Semak ELBA 10KG/6KG 2-in-1 Washer Dryer harga dibawah:
add_circle Ada LED Display
add_circle Inverter motor
add_circle Waranti motor 10 tahun
add_circle Fungsi keselamatan ‘child lock’
remove_circle Kapasiti pengering kecil - 6kg

Kapasiti basuhan dan pengeringan bagi Elba ini adalah 10kg untuk basuhan dan 6kg untuk pengeringan. 

Agak besar bagi sebuah washer dryer combo. Selain itu, mesin basuh dan pengering Elba ini menggunakan motor inverter dengan drum volume 64L.

Paparan LED juga disediakan bagi memudahkan anda untuk membuat tetapan. 

Antara ciri lain yang ada pada model ini adalah kawalan air automatik, auto restart, overflow safety, kawalan overheating, serta kunci keselamatan kanak-kanak.

Dari segi harga, sedikit mahal tetapi merupakan satu pembelian yang berbaloi bagi sebuah washer dryer combo. 

Hisense 10.0KG Front Load 2 in 1 Washer and Dryer  Washing Machine & Dryer WDQY1014EVJM
mulai
RM2,699.00
Semak Hisense 10.5KG Front Load Washer & Dryer harga dibawah:
add_circle Motor inverter
add_circle Mesin senyap
add_circle Waranti motor 6 tahun
add_circle Waranti panel kawalan 3 tahun
add_circle Fungsi keselamatan ‘child lock’
remove_circle Kapasiti pengering kecil - 6kg

Washer dryer terbaru dari Hisense ini antara yang paling murah walaupun mesin basuh sekali dengan pengering.

Saiz mesin basuh ini 10kg / 6kg yang dilengkapi dengan proses cucian Pure Jet Wash.

Proses ini merupakan tujahan air yang kuat bagi membersih segala kotoran pada pakaian. 

Manakala teknik pengeringan pula Pure Steam bukan sahaja mengering pakaian tetapi dapat menghilangkan 99.9% bakteria pada fabrik. 

Kelebihan model mesin motor inverter ini lebih senyap dan mempunyai teknologi khas menjimatkan elektrik dan penggunaan air. 

Paling best bila mesin ini boleh pause dan tambah pakaian kotor semasa mesin berputar. 

Washer dryer front loading
Hisense
Hisense Washer Dryer 8.5KG/10.5KG
mulai
RM7,999.00
Semak Hisense Washer Dryer 8.5KG/10.5KG harga dibawah:
add_circle Motor inverter
add_circle Fungsi keselamatan ‘child lock’
add_circle Mesin senyap
add_circle Jaminan motor 12 tahun
add_circle Jaminan panel kawalan 3 tahun
remove_circle Kapasiti pengering kecil - 5kg

Salah satu washer dryer terbaik keluaran Hisense yang dilengkapi dengan proses pencucian Pure Jet Wash.

Mesin ini bukan sahaja mengeringkan pakaian, malah boleh membuang 99.9% bakteria pada fabrik.

Tambah lagi, washer dryer ini lebih senyap kerana menggunakan motor inverter dan mempunyai teknologi khas untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan air.

Mesin ini boleh berhenti seketika dan anda boleh tambah pakaian kotor semasa mesin berputar.

Mesin basuh dan pengering jimat elektrik
panasonic washer dryer
mulai
RM5,249.00
Semak Panasonic 10KG Wash & 6KG Dry CARE+ Edition harga dibawah:
add_circle Teknologi hygine dry menghapuskan 99% bakteria
add_circle Mengelakkan fabrik mengecut
add_circle Ciri AI Smart Wash dan sambungan WiFi
add_circle Boleh menghilangkan kotoran degil
add_circle Penjagaan kebersihan sepenuhnya
remove_circle Harga mahal

Mesin basuh 2 in 1 Panasonic sangat sesuai untuk keluarga kecil dengan kapasiti mencuci 10kg dan kapasiti kering 6kg.

Dilengkapi teknologi dry hybrid yang mengeringkan pakaian tanpa mengecutkan fabrik dan Hygienic Drying yang boleh menghapuskan 99% bakteria serta alergen.

Menawarkan total hygiene care yang merangkumi pencucian sejuk, pencucian panas, pengeringan, dan auto tub care yang menjaga kebersihan mesin.

Ciri AI Smart Wash boleh mengesan cucian anda dengan bijak untuk memaksimumkan prestasi mencuci dan menjimatkan elektrik.

Terdapat 16 program untuk dipilih termasuk basuh harian, kapas, penjagaan bayi, bedding, active speed 38, dan StainMaster+ untuk sos berminyak, alergi dan lumpur.

Tambahan pula, terdapat kunci kanak-kanak, penjagaan tab auto dengan cahaya UV diaktifkan oleh Blue Ag+, Alpha Drum, sistem Active Foam, Active Speed Wash dan auto restart.

Dengan mesin basuh Panasonic, pakaian anda bukan sahaja bersih tetapi juga selamat dipakai!

Samsung WD13BB944DGBFQ
mulai
RM3,148.00
Semak Samsung BESPOKE AI™ 13/8kg Inverter Washer Dryer harga dibawah:
add_circle Cuci pantas dan jimat air
add_circle Operasi senyap
add_circle Motor inverter
add_circle Jaminan am 2 tahun dan jaminan motor 20 tahun
add_circle Terdapat child lock dan hygiene Steam
remove_circle Mahal

Mesin basuh sekali dryer Samsung mempunyai teknologi AI Ecobubble™ yang boleh melindungi fabrik halus semasa mencuci dan Al Energy Mode yang boleh mengurangkan bil elektrik.

Fungsi Ai Wash menggunakan 4 sensor untuk mengoptimunkan pencucian pakaian, mengurangkan penggunaan air dan detergen.

Ciri QuickDrive™ mengurangkan masa mencuci hingga 50% dan 39 minit kelajuan super.

Selain itu, auto dispense pula mengoptimumkan penggunaan detergen, laci kekal bersih dan Drum Clean+ membantu menjaga kebersihan mesin.

Dengan hygine steam, pakaian anda cukup bersih, kurang berkedut dan teknologi Air Wash mewangikan baju anda.

Lebih mudah, anda boleh mengawal mesin basuh ketika berada dalam bilik atau menonton TV dengan sokongan aplikasi SmartThings.

Kapasiti mencuci 13kg, sememangnya sesuai untuk mereka yang berkeluarga, wanita yang sibuk bekerja dan hari hujan berterusan, cuci malam esoknya dah boleh lipat baju!

mulai
RM1,355.90
Semak MIDEA Dual Inverter Front Load 2-In-1 (8.5KG & 5KG Dryer) Washer Dryer harga dibawah:
add_circle Dilengkapi Auto Clean dan Steam Care
add_circle Jimat elektrik
add_circle Drum clean antibakteria
remove_circle Perlu meneliti manual sebelum guna

MIDEA Dual Inverter Front Load Washer Dryer menggabungkan ciri-ciri canggih untuk penjagaan dan kebersihan pakaian anda.

Dengan sistem Health Guard, ia memberi tumpuan kepada kebersihan dan kesihatan dengan menyertakan funsgi Auto Clean dan Steam Care dalam semua kitaran.

Ciri Auto Clean memastikan pembersihan menyeluruh pada drum dalam dan luar dengan kitaran pembersihan automatik.

Sementara itu, fungsi Steam Care memanaskan drum untuk menghasilkan stim, mencapai kadar sterilisasi 99.99%, termasuk program seperti Allergy Care.

Selain itu, ia menggabungkan fungsi dari kedua-dua knob dan paparan skrin, menawarkan pengalaman cucian yang lebih langsung dan intuitif kepada pengguna.

Ciri Drum Clean pula boleh diakses dari panel sentuh, membolehkan pengguna memulakan kitaran pembersihan di mana drum diisi dengan 1/3 air dan dipanaskan hingga 90 darjah Celsius.

Proses ini memastikan pembasmian antibakteria, membasmi kuman secara berkesan.

Akhir sekali, teknologi Inverter Quottro membawa kepada kecekapan tenaga yang luar biasa, memberikan sehingga 70% penjimatan tenaga, tahap bunyi 10.4% lebih rendah, dan jangka hayat mesin basuh melebihi 10 tahun.

Toshiba Washer Dryer 8kg/5kg Inverter Front Load Washing Machine
mulai
RM1,495.90
Semak Toshiba Washer Dryer 8kg/5kg Inverter Front Load Washing Machine harga dibawah:
add_circle Mesin senyap
add_circle Jimat elektrik
add_circle Fungsi Quick Wash sekadar 15 minit
remove_circle Kapasiti mengering 5kg sahaja

Mesin Basuh Pengering Toshiba ini mempunyai kapasiti mesin basuh 8KG dan pengering 5KG, menawarkan keselesaan untuk menangani basuhan dan pengeringan dalam satu unit.

Mempunyai program Drum Clean bagi memastikan mesin anda dapat dibersihkan secara berkala, menyediakan penyelesaian tanpa masalah untuk penyelenggaraan.

Dikuasakan oleh teknologi Real Inverter, mesin basuh ini memberikan prestasi optimum sambil menjimatkan tenaga, menyumbang kepada penjimatan bil elektrik bulanan.

Manakala teknologi Great Waves Toshiba menjamin kebersihan yang menyeluruh dan sentuhan lembut, mengekalkan kualiti pakaian anda. 

Ciri 15 minit Quick Wash adalah pilihan sempurna untuk anda yang sibuk, menyediakan penyelesaian pantas dan cekap untuk pakaian yang sedikit kotor.

Tambahan lagi, anda akan dapat jaminan Motor 10 Tahun dari Toshiba, memberikan ketenangan fikiran untuk tempoh yang lebih panjang. 

Harga yang berpatutan dengan ketahan mesin yang lama, sesuai dan berbaloi digunakan di rumah sewa.


Apakah Keburukan Mesin Basuh Dengan Dryer?

Untuk pengetahuan anda, membeli mesin basuh ibarat satu pelaburan sebab nak pakai untuk jangka masa panjang.

Lagi merisaukan bila nak buat pembelian mesin basuh 2 dalam 1 yang siap sekali dengan pengering kerana mungkin mesin basuh dengan pengering ni ada risikonya tersendiri.

Jadi apa keburukan yang ada pada mesin basuh dengan dryer?

Pertama, mesin ini memerlukan penjagaan yang sangat rapi kerana bahagian komponen dan elektronik dalaman yang complicated

Sekiranya ada kerosakan pada salah satu fungsi, bukan sahaja tak boleh digunakan untuk membasuh baju, nak keringkan baju pun tak boleh kerana sistem basuh dan mengering kedua-duanya berkait.

Seterusnya, kalau jenis 2 dalam 1, pada fungsi mengering akan ambil masa yang agak lama untuk mengeringkan berbanding dengan mesin pengering sahaja.

Jadi anda perlu jangkakan tempoh baju dari basuh hingga ke mengering akan ambil masa yang lama. 

Jika anda masukkan baju basuhan ke mesin pengering yang asing adalah lebih cepat.

Ketiganya, dengan menggunakan mesin basuh 2 dalam 1 ini, baju yang anda basuh dan mengering dalam mesin yang sama itu akan berkedut. 

Jadi anda perlu juga seterika baju setiap kali lepas basuh.

Itulah antara kekurangan menggunakan mesin basuh dengan pengering ini. 

Tapi antara kelebihannya anda hanya perlu memasukkan baju kotor anda sekali sahaja ke dalam mesin dan akan membasuh dan mengering sekaligus. 

Paling penting, sangat sesuai digunakan dalam situasi kecemasan.

Jadi pilihan di tangan anda sama ada sesuai atau tidak dengan penggunaan anda.


Faktor-Faktor Pemilihan Mesin Dryer Terbaik

Berikut faktor-faktor yang perlu diutamakan ketika memilih mesin dryer:

  • Kapasiti mesin dryer

Sama seperti memilih mesin basuh, kapasiti muatan pakaian perlu dititikberatkan kerana bergantung jumlah isi rumah dan kapasiti pakaian yang dibasuh. 

Perlu pertimbangkan untuk memilih mesin dryer yang setanding dengan mesin basuh anda.

Kapasiti mesin dryer mengikut kapasiti mesin basuh walaupun selepas basuhan pakaian basah dan berat. 

  • Kunci keselamatan kanak-kanak

Mempunyai mesin dryer yang panas dan bergerak laju memerlukan fungsi keselamatan yang terbaik. 

Sebaiknya pilih mesin dryer yang mempunyai child lock function bagi tiada sebarang risiko buruk berlaku. 

  • Tidak mengedutkan pakaian

Pilih mesin dryer yang mempunyai fungsi anti-kedut, yakni dapat mengurangkan kedutan pakaian selepas proses mengering.  

  • Jenis teknologi pengeringan

1. Heat pump dryer

Proses mengering pakaian dengan memanaskan udara untuk mengeluarkan lembapan daripada pakaian. 

Kemudian menggunakannya semula setelah kelembapan tersebut sebagai proses menyejukkan mesin. 

Jadi anda tak perlu pasang saluran air atau wap panas, malah ia antara proses penjimatan elektrik. 

Tapi, memerlukan waktu mengering yang lama. 

2. Condenser tumble dryer

Sama seperti heat pump dryer, tidak perlu saluran air dan sebagainya. 

Cuma perlu mengisi lebihan lembapan pakaian didalam tangki. 

Jadi anda perlu mengosongkan tangki air setiap kali menggunakan mesin dryer. 

3. Vented tumble dryer 

Mesin yang menggunakan wap haba panas, jadi ia memerlukan ruang yang berdekatan dengan tingkap atau anda kena sediakan saluran khas mengeluarkan haba panas. 


Cara Guna Mesin Basuh Washer Dryer

Washer dryer merupakan gabungan 2 dalam 1 mesin basuh biasa dan pengering pakaian. 

Ia mampu mencuci dan mengeringkan pakaian anda secara automatik tanpa perlu memindahkannya di antara dua mesin yang berasingan.

Berikut di bawah cara guna mesin basuh dryer untuk menjimatkan masa anda:

  1. Buka pintu mesin basuh siap pengering dan masukkan pakaian yang perlu dibasuh. Pastikan tidak letak baju terlalu penuh daripada ruangan mesin dan tutup pintu dengan rapat.
  2. Buka laci dispenser dan tambah detergen cecair atau serbuk mengikut sukatan yang disyorkan.
  3. Terdapat beberapa mod pada mesin tapi yang paling mudah ialah pilih mod basic untuk basuhan biasa dan tetapkan masa kepada 30 minit.
  4. Kemudian, tekan butang dry untuk keringkan baju anda secara automatik. 
  5. Tekan butang start dan biarkan mesin mencuci serta mengeringkan pakaian anda secara automatik bergantung pada mod yang dipilih.

Jom lihat cara jaga mesin basuh di bawah.


Artikel Berkaitan

End of Article