Perkakas Rumah

13 Aircond Sesuai untuk Bilik Tidur di Malaysia 2026

Tak selesa nak tidur? Ini aircond terbaik untuk bilik, jenama aircond terbaik dan berkualiti, penghawa dingin terbaik dan aircond yang sesuai untuk bilik tidur.


Editor · Updated 9 Jul 2024

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

13 Aircond Sesuai untuk Bilik Tidur di Malaysia 2026

Malaysia terletak di tengah garisan Khatulistiwa dan ini menjadikan negara kita bercuaca panas dan lembap sepanjang tahun.

Cuaca panas lembap di sini boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan dengan bantuan penghawa dingin terbaik mampu memberikan keselesaan terutama waktu tidur.

Kandungan

Mencari aircond dinding yang sesuai untuk bilik tidur juga boleh menjadi sesuatu yang memeningkan kepala.

Dengan mengetahui luas saiz bilik tidur anda, anda dapat memilih aircond bilik berkualiti untuk tidur yang lebih nyenyak.

Jom kami bantu anda cari aircond yang bagus dan terbaik untuk bilik anda!

Jangan risau, kami akan kongsi beberapa jenama aircond terbaik, senarai harga aircond sesuai untuk bilik dan paling bagus mengikut keluasan bilik tidur. 


Senarai 13 Aircond Terbaik Untuk Bilik Tidur

Panasonic 1.0HP Premium Inverter Aero Series Air Conditioner
Aircond terbaik secara keseluruhan 1 daripada 13
Panasonic 1.0HP Premium Inverter Aero Series Air Conditioner
Panasonic
Dari RM1,349
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Jimat elektrik
Pembersihan udara
Harga sedikit mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Aircond yang murah, cepat sejuk, membersihkan udara dan paling penting sekali jimat elektrik. 

Ciri-ciri:

Aircond ini mendapat 5-Star Energy Rating daripada segi penjimatan tenaga elektrik sangat tip top dan ini merupakan penilaian paling tinggi bagi sebuah produk.

Selain itu, mempunyai teknologi Nanoe™ yang mana dapat membersihkan udara anda sepanjang aircond ini berfungsi, jadi anda tidak perlu lagi beli air purifier secara berasingan.

Aircond ini juga ada menggunakan sistem ECO+A.I. yang membolehkan aircond ‘belajar’ menyesuaikan penggunaan tenaga bagi meningkatkan penjimatan elektrik.

Penghawa dingin Panasonic ini akan adjust sendiri suhu berdasarkan saiz bilik, suhu, cuaca, dan sebagainya. 

Anda juga boleh menggunakan smartphone untuk mengawal suhu secara manual dari jarak jauh tau, sangat menarik!

Review:

“Aircond sejuk, Nanoe pun ada untuk habuk dan hilangkan bau. Bil elektrik pun tak banyak bayar tiap bulan.”

Portable aircond terbaik untuk bilik 2 daripada 13
Midea MPH-09CRN1 1HP Portable Air Conditioner
Midea
Dari RM1,259
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai sleep mode
Ada alat kawalan jauh
Agak bising (53-55dBa)
3 lagi
Mudah alih
Cepat sejuk
Berat (23kg)

Aircond bersaiz kompak ini mempunyai sistem automatik Self Evaporative System, self-diagnosis dan auto-protection.

Dengan kekuatan motor 1.0HP dengan kapasiti penyejukkan sederhana iaitu 9000 (Btu/h) menjadikan kadar penggunaan elektrik pada tahap rendah (220-240 voltan). 

Jadi tiada masalah untuk anda menggunakan aircond ini sepanjang hari. 

Turut mempunyai fungsi Shower Cooling System dimana memberi putaran angin sejuk seperti kipas.

Sekaligus dapat memberi keselesaan pada setiap udara baru yang keluar kerana bakteria dan kotoran ditapis dengan penapis jenis Silver Ion. 

Aircond ini mempunyai waranti kompresor selama 5 tahun dan 1 tahun jaminan am.

Daikin SMARTO Premium R32 Inverter
Aircond 2.0hp yang sesuai untuk bilik 3 daripada 13
Daikin SMARTO Premium R32 Inverter
Daikin
Dari RM2,049
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai penapis
Gas R32
Harga mahal
3 lagi
5 Star Energy Saving
Mempunyai sambungan Wifi
Jenis inverter

Daikin SMARTO bukan sahaja akan bantu buatkan udara sejuk malah akan membersihkan udara yang ada dalam bilik tidur anda.

Aircond ini menggunakan tiga sistem penapisan udara dan mempunyai sistem Smart Breeze yang membolehkan angin dikeluarkan pada kekuatan dan kelajuan berbeza.

Sistem Smart Drift pula memastikan angin dari aircond ini disalurkan secara menyeluruh ke setiap pelusuk bilik tidur anda.

Manakala, Sistem Smart Sleep membantu anda mendapatkan tidur yang lebih nyenyak dengan memastikan suhu angin yang boleh adjust mengikut suhu badan anda ketika tidur.

Midea Xtreme Cool R32 Non-Inverter
1hp aircond untuk bilik tidur 4 daripada 13
Midea Xtreme Cool R32 Non-Inverter
Midea
Dari RM959
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Cepat sejuk
Boleh sambung dengan WiFi
Penggunaan elektrik tinggi

Aircond ini menggunakan teknologi ‘High-Frequency Racer Tech’ yang membuatkan udara yang dikeluarkan sejuk serta merta apabila dihidupkan.

Dengan sistem dwi-penapisan, aircond ini dapat mengelakkan bakteria merbahaya merebak ke dalam bilik tidur anda.

Walaupun harga murah, aircond ini mempunyai aplikasi tersendiri untuk anda mengawal suhu daripada smartphone anda.

Paling penting, bunyi yang dihasilkan tidak bising kerana mempunyai sistem Mekeeps yang mana akan laraskan kekuatan angin mengikut suhu bilik anda secara automatik.

Haier R32 1.0HP Inverter Aircond
Aircond murah dan jimat elektrik untuk bilik 5 daripada 13
Haier R32 1.0HP Inverter Aircond
Haier
Dari RM999
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Jimat elektrik
Tempoh jaminan yang panjang
Perlu upah kontraktor sendiri

Aircond ini mempunyai 4-Star Energy Rating, dengan kata lain anda tidak perlu risau tentang bil elektrik.

Selain itu, aircond ini mempunyai ECO mode yang mana mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dari 20% hingga 60% ya, bayangkan berapa banyak elektrik anda jimat!

Penyaman udara ini terdapat filter PM2.5 yang memastikan udara dan habuk ditapis supaya dapat memberi udara yang segar dan bersih.

Jaminan untuk jenama ini juga sangat berbaloi kerana anda akan dapat 3 tahun jaminan untuk aircond dan 10 tahun jaminan bahagian kompresor.

LG Dual Inverter Deluxe Air Conditioner 1.0HP S3-Q09JA3WA
Aircond untuk bilik kecil 6 daripada 13
LG Dual Inverter Deluxe Air Conditioner 1.0HP S3-Q09JA3WA
Dari RM1,679
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Menjimatkan tenaga
Fungsi Comfort Sleep
Bunyi aircond kuat
2 lagi
Pembersihan automatik
Permukaan tahan karat

Adakah anda mencari penyejuk udara yang lebih canggih dan efisien untuk membantu anda mengatasi cuaca panas yang melampau untuk bilik tidur? 

Jika ya, LG 1.0HP Dual Inverter Deluxe Air Conditioner S3-Q09JA3WA ini pilihan ideal untuk anda.

Dilengkapi dengan teknologi Dual Inverter Compressor™ yang menghasilkan penyejukan udara yang lebih pantas, tahan lama dan senyap. 

Selain itu, mempunyai fungsi Comfort Sleep yang boleh mengubah suhu, kelajuan kipas dan arah hembusan udara secara automatik dengan hanya menekan satu butang sahaja. 

Turut mempunyai fungsi auto-cleaning yang menghalang pembentukan bakteria dan kulat pada penukar haba. 

Bukan itu sahaja, aircond ini dilengkapi dengan ciri 4 Way Swing yang dapat menyalurkan udara sejuk ke setiap sudut bilik dengan lebih pantas.

Jangan risau, aircond ini ada teknologi Gold Fin™ yang menjadikan permukaan lebih tahan karat.

SHARP 1HP 1.5HP 2HP 2.5HP J-Tech Inverter Aircond (AHX9VED2) 1HP Air Conditioner Powerful
Aircond jimat elektrik 7 daripada 13
SHARP J-Tech Inverter Aircond
SHARP
Dari RM1,269
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Teknologi J-Tech Inverter
Eco mode
Tiada casing wayar disediakan
2 lagi
Teknologi super jet mode
Pengagihan udara sekata

Penghawa dingin ini mempunyai penyejukan yang terbaik dengan penggunaan kuasa yang sangat menjimatkan dan mempunyai rating bintang 5 untuk penggunaan tenaga elektrik.

Selain itu, penghawa dingin ini dilengkapi beberapa teknologi inovatif untuk meningkatkan keselesaan pengguna.

Antaranya teknologi super jet mode yang membolehkan anda menikmati hembusan udara sejuk dalam masa 5 minit sahaja dan menurunkan suhu ruangan sehingga 5 darjah dalam masa yang sama. 

Bukan itu sahaja, aircond ini juga mempunyai penyejukan yang cukup untuk cuaca yang sangat panas dengan suhu paling rendah sebanyak 14 darjah.

Hinsense R32 AN09CBG
Aircond fast cooling 8 daripada 13
Hisense 1.0HP Standard Non-Inverter Air Con R32 AN09CBG
Hinsense
Dari RM1,129
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Auto clean
3 pilihan mod
Remote display kecil
2 lagi
Beroperasi tanpa bunyi
Fast cooling

Dengan ciri One Button, Auto Clean, penghawa dingin CB Siri ini menggunakan 5 proses penetration, stripping, defrosting dan juga drying dimana dapat menjadikan penghawa dingin anda seperti baharu.

Bukan itu sahaja, juga mempunyai paparan led dan mod pintar dengan 3 pilihan tersedia, iaitu fan mode, dry mode dan cooling mode. 

Dilengkapi advanced control technology, penghawa dingin ini beroperasi tanpa bunyi, jadi sangat sesuai bagi anda yang mempunyai anak kecil kerana tidak menganggu waktu tidur mereka.

Tambah lagi dengan teknologi fast cooling dan anti mildew running, anda akan dapat menyejukkan udara dengan lebih cepat, dalam masa yang sama penghawa dingin ni dapat memberi udara yang segar kerana mampu menapis bakteria di udara.

Terdapat juga APP Control dimana anda dapat mengawal penghawa dingin hanya menggunakan telefon pintar anda. Download saja HiSmart Home App melalui App Store atau Google Play.

Jangan risau, penghawa dingin dari Hisense ini dapat jimat elektrik sehingga 45% kerana mempunyai ciri 5 star inverter TU Series.

Samsung Windfree Premium Plus (AR-BYEAA)
Aircond inverter terbaik untuk bilik tidur 9 daripada 13
Samsung Windfree Premium Plus (AR-BYEAA)
Samsung
Dari RM4,999
Lihat harga di Shopee Malaysia
Aircond senyap
Ai auto cooling
Harga mahal
2 lagi
Ada digital inverter boost
Guna sistem WindFree™

Dengan teknologi WindFree™ Cooling, penghawa dingin ini dapat berfungsi secara perlahan, senyap supaya anda dapat waktu tidur yang berkualiti, selesa dan lena. 

Selain itu, ia mempunyai Ai Auto Cooling yang boleh mengoptimumkan pelbagai mod dengan menganalisis keadaan bilik dan corak penggunaan anda.

Jangan risau walaupun terdapat banyak teknologi dalam penghawa dingin ini tapi dapat mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 73% kerana mempunyai Digital Inverter Boost.

Malah dilengkapi magnet neodymium dan Twin Tube Muffler yang berfungsi dengan lebih efisien, senyap dan kesejukkan lebih tahan lama. 

Dengan menggunakan sistem WindFree™, anda boleh jimat sebanyak 77% lebih rendah berbanding fast cooling.

Jadi anda boleh gunakan penghawa dingin dari Samsung ini selama mungkin tanpa risau bil elektrik yang melambung.

Topaire Air Conditioner R32 (Non-Inverter Aircond)
Aircond terbaik untuk bilik 10 daripada 13
Topaire Air Conditioner R32 (Non-Inverter Aircond)
Topaire
Dari RM1,025
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mempunyai kawalan sensor
Warranty 12 bulan
Jenama kurang terkenal
1 lagi
Penapis negatif ion yang berkesan

Aircond jenama Topaire Air ini mempunyai penapis ion negatif yang cekap, mampu melepaskan lebih 2,000 ion negatif setiap sentimeter padu setiap saat untuk menarik dan meneutralkan ion positif.

Ini secara berkesan memerangkap habuk, menjadikan mikroorganisma seperti bakteria tidak aktif, menghilangkan asap berbau, dan mencegah pertumbuhan kulat.

Secara tidak langsung, ia akan menghasilkan persekitaran yang lebih bersih dan nyaman.

Sementara itu, fin alumunium emas hidrofilik yang tahan lama meningkatkan jangka hayat dan kebolehpercayaan aircond ini, menawarkan rintangan yang lebih baik terhadap pengoksidaan dan penghakisan berbanding fin standard.

Tambahan pula, kotak kawalan elektronik yang tahan api dengan bahan ABS dan penarafan tahan api 5 VA memastikan komponen elektrik terhindar daripada bahaya kebakaran.

Acson Inverter 5 star REINO Air Conditioner
Jenama aircond 5 bintang 11 daripada 13
Acson Inverter 5 star REINO Air Conditioner
Acson
Dari RM1,900
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Jaminan sehingga 5 tahun
Mempunyai teknologi anti-virus
Harga sedikit mahal

Aircond jenis inverter dari Acson ini dikuasakan oleh refrigeran R32 Greenery yang mampu berikan penyejukan pantas tanpa meninggalkan jejak karbon yang mencemarkan alam sekitar.

Dengan ciri Fast Cooling yang inovatif, ia memastikan penyejukan yang pantas walaupun semasa cuaca panas.

Tambahan pula, dengan Teknologi Anti Virus FILTRONZ+, nikmati udara yang lebih bersih dan lebih sihat serta bebas dari virus dan bakteria yang berbahaya.

Dengan pembelian aircond ini, anda akan menerima jaminan selama 5 tahun kompresor dan jaminan 1 tahun untuk bahagian am.

Paling bagus, ia mempunyai kecekapan tenaga yang luar biasa dengan penarafan penjimatan tenaga 5 bintang, mengurangkan penggunaan tenaga anda sambil mengekalkan keselesaan di rumah atau bilik.

TCL 1.0HP Non-Inverter Air Conditioner R32 Fast Cooling Aircond Elite Plus Series TAC-09CSD/XAC1
Aircond non inverter jimat elektrik 12 daripada 13
TCL 1.0HP Non-Inverter Air Conditioner R32 Elite Plus Series
TCL
Dari RM835
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Cepat sejuk
Peringatan pembersihan penapis berkala
Pemasangan asing
1 lagi
Mempunyai Eco Mode

Penyaman udara TCL 1.0HP Non-Inverter dari Siri R32 Elite Plus ini menawarkan penyejukan pantas untuk memastikan bilik atau ruang tamu anda dapat disejukan dengan cepat.

Selain itu, ia turut mempunyai teknologi inovatif Golden Fin yang memberikan ketahanan pada aircond dan prestasi yang lebih baik.

Sementara itu, ciri Peringatan Pembersihan Penapis memastikan anda kekal mendapat kualiti udara yang optimum dan membuatkan anda lebih peka dengan keadaan penapis aircond anda.

Dengan Mod Eco, anda boleh menikmati operasi penghawa dingin yang menjimatkan elektrik rumah anda, dan ia dilengkapi dengan jaminan umum selama 2 tahun serta jaminan compressor selama 5 tahun.

Secara asasnya, dengan EER yang mengagumkan sebanyak 3.21 dan penarafan CSPF 3 bintang, penyaman udara ini memberikan penyejukan yang cekap.

Paling penting, aircond ini tidak bising semasa dihidupkan dengan tahap kebisingan 40 dB, memastikan persekitaran yang tenang.

Isonic 1.0hp Coco Series Air Conditioner R32 IAC-IA10R32/IAC-OA10R32
Aircond kecil murah 13 daripada 13
Isonic 1.0hp Coco Series Air Conditioner R32
Isonic
Dari RM1,299
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga murah
Pembersihan automatik
Kurang sesuai ruang besar
1 lagi
Mod senyap

Jenama yang kurang dikenali, tapi aircond dari Isonic ini menampilkan teknologi refrigeran R32 yang canggih.

Penyaman udara Isonic 1.0HP Siri Coco ini mempunyai kapasiti penyejukan 9500 Btu/h dengan penggunaan tenaga purata 1436 kWh setahun, memastikan prestasi yang cekap dan mesra alam. 

Sementara itu, kadar aliran udara sebanyak 323 cfm menjamin pengedaran udara yang optimum, dan unit ini direka dengan kemampuan beroperasi sangat senyap dengan tahap bunyi hanya 40 dBA.

Penyaman Udara Siri Coco Isonic ini mempunyai reka bentuk yang padat dengan dimensi dalaman 800 x 290 x 190 mm dan dimensi luaran 680 x 250 x 420 mm, dan ia seberat 9kg di dalam dan 22kg di luar. 

Selain itu, ia dilengkapi dengan Gold Fin untuk perlindungan kakisan, ayunan empat arah untuk penyejukan sekata, dan fungsi pembersihan sendiri untuk mengekalkan kualiti udara. 

Ciri tambahan termasuk operasi turbo untuk penyejukan cepat, fungsi diagnosis sendiri untuk penyelesaian masalah yang mudah, dan pemasa untuk kawalan yang mudah.


Apakah Posisi Terbaik Aircond Di Dalam Bilik Tidur?

Pernahkah anda berada dalam situasi di mana anda tidak pasti tentang kedudukan aircond dalam bilik tidur untuk mencapai suasana yang sejuk dan selesa?

Dalam bilik tidur, sebaiknya aircond diletakkan di dinding bahagian kiri atau kanan katil, bukan bahagian kepala atau kaki.

Ini kerana, dengan kedudukan mengiringi, aircond tersebut dapat mengeluarkan udara sejuk secara selaras ke seluruh badan dan ruangan bilik.

Kegunaan aircond amat penting semasa musim panas kerana dapat menurunkan suhu bilik serta memberi keselesaan ketika tidur.


Apakah Suhu Aircond Yang Sesuai Untuk Bilik Tidur?

Ramai yang beranggapan bahawa suhu paling rendah (biasanya 16c) adalah suhu aircond yang sesuai untuk bilik tidur.

Jawapannya salah! Sebenarnya suhu aircond sesuai untuk tidur adalah suhu yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk untuk badan kita.

Percaya atau tidak, anda hanya perlukan suhu 24c sahaja untuk mendapatkan tidur yang lena dan selesa.

Suhu ini tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, jadi anda masih dapat rasa kesejukan aircond pada 24c, jangan risau.

Dengan suhu yang rendah juga, anda dapat menjimatkan bil elektrik yang digunakan.

Tambah pula kalau pakai inverter, memang berganda-ganda jimat!


Berapa HP Aircond Untuk Bilik Tidur

keluasan bilik untuk aircond

Sebelum anda membelanjakan sejumlah wang untuk beli aircond, sebaiknya ambil tahu dahulu berapa HP (Horsepower) yang anda perlukan untuk bilik tidur anda.

Untuk menentukan berapa HP aircond yang diperlukan dan keluasan bilik untuk aircond, beberapa faktor perlu dipertimbangkan seperti saiz bilik, tahap penebatan, bilangan tingkap, dan keadaan cuaca setempat.

Sebagai panduan umum, berikut adalah ukuran kasar:

  1. Bilik Kecil (sehingga 150 kaki persegi): 0.5 HP hingga 1.0 HP
  2. Bilik Sederhana (150 - 250 kaki persegi): 1.0 HP hingga 1.5 HP
  3. Bilik Besar (250 - 400 kaki persegi): 1.5 HP hingga 2.0 HP

Sebagai contoh, untuk bilik tidur biasa yang berukuran sekitar 150 hingga 250 kaki persegi, penyaman udara dengan kapasiti 1.0 HP hingga 1.5 HP biasanya mencukupi untuk memberikan penyejukan yang berkesan.

Selain saiz bilik, faktor lain yang perlu dipertimbangkan termasuk:

  • Tahap penebatan bilik: Bilik yang lebih baik penebatannya memerlukan kurang kuasa penyejukan.
  • Bilangan penghuni: Lebih banyak penghuni, lebih banyak haba dihasilkan, maka keperluan untuk penyaman udara yang lebih kuat.
  • Peralatan elektronik: Peralatan seperti komputer atau TV juga boleh menambah haba dalam bilik.
  • Pencahayaan matahari: Bilik yang terdedah kepada cahaya matahari secara langsung mungkin memerlukan penyaman udara yang lebih kuat.

Jadi itu antara faktor yang anda perlu ambi kira sebelum membuat pembelian aircond, dan jika anda masih kurang pasti boleh dapatkan nasihat daripada pakar aircond.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation