Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Beri Keselesaan Buat Tetamu Yang Berkunjung Dengan 7 Penghawa Dingin Untuk Ruang Tamu

Bersantai di ruang tamu, tiada lagi masalah

Product in this article

Kalau musim panas, bahang matahari yang menerjah masuk ke dalam rumah pasti akan membuatkan anda berasa kurang selesa dan cepat berpeluh. Jika anda ingin membeli penghawa dingin pastikan ia menjimatkan tenaga, mampu mengawal kelembapan, mempunyai penapisan yang bagus, bunyi yang rendah dan mesra alam. 

Jjika anda ingin memilih penghawa dingin untuk ruang tamu, sudah tentu ianya jenis yang mudah dingin dan tidak perlu memiliki HP (horsepower) yang terlalu besar. Berikut beberapa senarai jenama penghawa dingin yang mungkin sesuai untuk ruang tamu rumah anda.

Sharp R32 Inverter 1.0hp AHX9VED2/AUX9VED2 Air Conditioner

RM 1089

Sharp memastikan anda sekeluarga termasuk si kecil berada dalam ruangan yang sejuk, selesa dan menyenangkan. Ianya penghawa dingin yang dapat mendinginkan ruang tamu rumah anda dengan cepat dan juga menjimatkan penggunaan tenaga. Penghawa dingini ini juga memastikan anda menghidu udara yang bersih dan segar kerana memiliki fungsi pembersihan sendiri bagi mengurangkan pertumbuhan kulat. 

Kini, udara yang nyaman dan bersih dapat dinikmati lebih-lebih lagi untuk memastikan bayi anda tidur selesa dan lena dengan adanya penghawa dingin yang berbunyi rendah ini.

PANASONIC 1.0HP Premium Inverter AERO Series (CS-S10TKH)

RM 1279

Penghawa dingin Panasonic ini direka dengan bentuk elegan dan lebih moden. Ianya penghawa dingin yang memiliki mod aerowings dimana angin yang dibebaskan seperti bayu meniup di waktu pagi dan pastinya lebih sejuk dan menyegarkan. Sesuai untuk ruang tamu yang besar, penghawa dingin ini dapat menyejukkan ruangan dalam masa hanya beberapa minit sahaja. 

Laras sejuknya juga berganda daripada penghawa dingin konvensional yang lain. Kini, anda boleh berehat sambil menonton cerita kegemaran dengan penuh selesa tanpa peluh.

Hisense CA Series Inverter-1.0Hp R32 - HSE-AI10CAG

RM 1373

Penghawa dingin daripada jenama Hisense ini mesra alam kerana memerlukan tenaga yang sedikit untuk bekerja tetapi mampu beroperasi sama seperti sistem penghawa dingin yang lain. Ianya menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 38%. Dengan alat kawalan jauh yang tersedia, memudahkan lagi anda untuk mengawal suhu yang diperlukan. 

Rasa nyaman dan sejuk pasti membuatkan ruang tamu anda lebih selesa dan yang paling penting, wang anda dapat dijimatkan daripada membayar elektrik ekstra!

Pensonic 1.0HP Portable Air Conditioner PEN-PPA109

RM 1099
Aircond mudah alih terbaik

Penghawa dingin yang mudah alih ini bukan sahaja kecil dan ringan tetapi ia turut direka bersama roda bagi memudahkan dialih pergerakan ke mana sahaja dalam ruang tamu anda. Pensonic juga merupakan penghawa dingin jenis portable yang memiliki sistem mengawal kelembapan bagi tujuan untuk membuang bau busuk dan agar anda sekeluarga kekal berada dalam udara yang bersih. 

Dengan sistem tambahan yang lain seperti paparan LED, pemasa, mod tidur dan auto ayunan membuatkan ianya lebih mudah dikawal dan menyenangkan anda. Saiznya yang kompak dan menjimatkan ruangan.

LG 1.5HP Dual Inverter Deluxe Air Conditioner S3-Q12JA3WA

RM 1999

LG memperkenalkan penghawa dingin yang menjimatkan penggunaan tenaga dengan teknologi dual-inverter compressor. Ianya dapat menyejukkan ruang dengan pantas iaitu 40% lebih cepat. Dengan hanya menekan satu butang pada alat kawalan, anda kini dapat menikmati ketenangan di ruang rumah. 

Anda tidak perlu risau tentang pembersihan penghawa dingin ini kerana ia telah dicipta dengan penapis dual untuk menghalang kewujudan bakteria dan juga mampu menapis habuk yang kecil.

Midea Aircond 1HP with Ionizer (MSK4-09CRN1)

RM 729
Aircond inverter murah yang bagus dan murah
Midea
6. Midea Aircond 1HP with Ionizer (MSK4-09CRN1)
Aircond pilihan pengguna dengan harga yang murah dan berkualiti tinggi

Penghawa dingin dengan fungsi super ionizer ini memberikan anda merasai udara yang bersih dan segar. Ianya penghawa dingin yang mempunyai sistem penapisan dual untuk menapis habuk dan memberikan anda udara yang bersih. Rasa kesejukkan yang diberikan membuatkan anda kini dapat berehat dengan lebih selesa di ruang tamu rumah anda dan yang paling utama sekali ia menjimatkan penggunaan tenaga.

Dengan harga yang masih mengikut kemampuan bajet sesetengah daripada anda, penghawa dingin ini juga tak kalah dengan kualitinya. Terbaik!

DAIKIN 1.5HP New Eco King (FTN15P) Air Conditioner

RM 1040

Daikin adalah salah satu jenama penghawa yang tahan lama dan dikenali lebih dari 100 buah negara. Kini, Daikin hadir dengan reka bentuk ringkas tetapi masih mengutamakan keselesaan para penggunanya. Ianya penghawa dingin yang mampu menyejukkan ruangan kecil seperti bilik dan juga ruang tamu. Dengan fungsi automatik penghidup membuatkannya lebih mudah dikendali dan mampu memberi anda rasa nyaman yang diidamkan.

Jenama ini merupakan salah satu yang terbaik di pasaran dan seringkali menjadi pilihan pengguna.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article