Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Pengisar Terbaik untuk Pembuatan Susu Kocak dan Minuman Sejuk

Product in this article

Pengisar-pengisar berkualiti tinggi ini tidak akan mengecewakan anda untuk minuman yang enak. Semak dari pilihan kami dengan pelbagai harga menarik yang ditawarkan.

Ninja Professional Blender NJ600

RM 863.24
Pengisar dengan nilai terbaik
1. Ninja Professional Blender NJ600
Pengisar dengan nilai terbaik
Updated on 23rd July 2019

Ini adalah salah satu daripada pengisar yang sering mendapat ulasan terbaik di pasaran. Ia memiliki ciri-ciri yang berkuasa dan berkesan dengan prestani 1000 watt, 6 pisau pengisar yang mampu menghancurkan buah-buahan dan sayuran serta menukarkan ais menjadi salji dalam beberapa minit.tambahan lagi, muncungnya yang besar amat sesuai untuk menghidangkan minuman yang telah dikisar dengan segera tanpa mengotorkan kaunter dapur anda.

Vitamix 5200 Blender

RM 2449.02
Pengisar terbaik untuk Hasil Yang Paling Lembut
2. Vitamix 5200 Blender
Pengisar terbaik untuk Hasil Yang Paling Lembut
Updated on 29th July 2019

Bekas besar (64 aun) ini sangat sesuai untuk penyediaan dari skala sederhana hingga ke besar, namun ia masih boleh menangani skala kecil juga. Kuasa motor luarbiasanya memberikan hasil selembut sutera namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar. Ia juga mempunyai waranti selama 5 tahun jika perlu.

Hamilton Beach Power Elite Multi-Function Blender

RM 470.81
Pengisar terbaik untuk penjimatan
3. Hamilton Beach Power Elite Multi-Function Blender
Pengisar terbaik untuk penjimatan
Updated on 9th January 2019

Pengisarnya yang telah diuji dan cuba ini adalah sesuai dengan mereka yang inginkan pengisar berkuasa tinggi yang tidak akan rosak dalam tiga bulan namun masih menjimatkan anda. Ia memiliki 12 penetapan yang mana anda boleh memilih untuk mengisar secara perlahan atau mengisar keseluruhannya, malah ia juga memiliki waranti selama 3 tahun untuk jaminan tahan lebih lama.

Ekstra: Nikmati Jus Kegemaran Anda dengan 8 Juicer Terpilih Ini

Vitamix S30 Personal Blender

RM 2408.31
Pengisar Semua Dalam Satu Terbaik
4. Vitamix S30 Personal Blender
Pengisar Semua Dalam Satu Terbaik
Updated on 23rd December 2018

Tidak perlu untuk membeli pengisar saiz penuh dan pengisar kecil untuk menghasilkan smoothies di mana sahaja. Pengisar saiz kecil berjenama Vitamix ini didatangkan dengankedua-dua bekas smoothies mudah alih 20 aun yang muat pada pengisar, tambahan lagi 40 aun carefe untuk kuantiti sederhana. Ia memiliki 10 penetapan kelajuan mudah untuk prestasi yang versatil.

Oster MyBlend Smoothie Blender

RM 139
Pengisar terbaik untuk mereka yang sibuk
5. Oster MyBlend Smoothie Blender
Pengisar terbaik untuk mereka yang sibuk
Updated on 23rd December 2018

Sering lupa? Tak perlu risau. Apabila kitarannya telah selesai, unit ini akan terhenti secara automatik, jadi anda boleh terus pergi untuk menjalani rutin pagi anda tanpa berlari kembali ke dapur. Pilihan warnanya yang menarik menjadikan ia sesuai untuk dapur yang berwarna warni.

Magic Bullet Nutribullet 12-Piece High-Speed Blender System

RM 145
Pengisar terbaik dari segi kelajuan
6. Magic Bullet Nutribullet 12-Piece High-Speed Blender System
Pengisar terbaik dari segi kelajuan
Updated on 23rd December 2018

Rekabentuk asas menjadikan mesin ini mudah untuk digunakan. Muatkan bahan-bahan ke dalam bekas sebelum memasukkan pisau pengisar, letakkan ia di atas mesin, dan perlahan-lahan tekan untuk mendapatkan hasil yang segera. Motor berkuasa 600 watt ini cukup kuat untuk menghancurkan biji, mengoyakkan kulit dan menghancurkan kesemua batang, dan ianya direkabentuk secara spesifik untuk memerah hampir kesemua nutrien daripada buah dan sayuran sebolehnya. Mesin ini didatangi dengan kedua-dua pisau untuk mengisar dan menggiling ( kekacang, bijian dan oat), juga disertakan dengan tiga cawan yang berbeza saiz.

SMEG Blender

RM 1160
Pengisar terbaik untuk dapur bergaya
7. SMEG Blender
Pengisar terbaik untuk dapur bergaya
Updated on 17th July 2019

Pengisar bergaya retro 50-an ini direkabentuk oleh keluarga dari tukang besi popular kelahiran Itali. Jika anda sedang mencari kerja tangan yang sempurna dan kisaran berkualiti restoran, SMEG adalah jenama untuk anda.

Ekstra: Tidak Payah Nak Starbucks – Mesin Kopi Terbaik Untuk Menikmati Kopi Enak Di Rumah

KitchenAid 2-Speed Hand Blender

RM 380.34
Pengisar tangan terbaik
8. KitchenAid 2-Speed Hand Blender
Pengisar tangan terbaik
Updated on 23rd December 2018

Pengisar tangan ini adalah sesuai untuk digunakan terutama ketika memasak sup dan menbuat sos berbanding dengan smoothies. Ia boleh dilakukan samada di dalam bikar, jag dan teko untuk menghilangkan keperluan untuk menukarkan cecair dari satu bekas ke satu bekas lain. 

Ninja Master Prep Professional QB1004

RM 539.59
Pengisar terbaik untuk penyediaan makanan
9. Ninja Master Prep Professional QB1004
Pengisar terbaik untuk penyediaan makanan
Updated on 9th January 2019

Set pengisar kaunter atas dan padat ini hebat untuk dapur yang kecil, dan ia merangkumi 2 jenis pisau untuk mengisar dan memotong. Ia juga didatangi ‘pod’ yang boleh diganti dan boleh melakukan kisaran sebenar, dan tiga balang berlainan saiz yang memiliki bibir dan bahagian bawah yang tidak mudah gelincir. Ia mengisar, memproses, dan memotong tanpa perlu mengambil banyak ruangan penyediaan ataupun mengotorkan banyak bekas. Semua bekasnya yang mudah tanggal ini adalah selamat untuk tempat basuh pinggan mangkuk dan balangnya memiliki penutupnya sendiri untuk penyimpanan yang mudah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article