Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Penghawa Dingin Dibawah RM1,000 Untuk Yang Ingin Berjimat

Nikmati tidur lena dengan angin sepoi-sepoi bahasa!

Product in this article

Cuaca panas di luar tidak menjadi masalah lagi kepada anda sekiranya memiliki penghawa dingin di rumah, rata-rata penduduk di Malaysia sudah pun memiliki penghawa dingin di rumah untuk keselesaan diri. Tahukah anda kini boleh memiliki penghawa dingin di rumah dalam harga yang mampu milik?

Apakah manfaat penghawa dingin buat setiap kediaman?

Terdapat 5 perkara yang perlu anda ambil kira samada sebelum melakukan pembelian atau selepas memasangnya. Anda perlu tahu tentang;

  • Bagaimana penghawa dingin berfungsi agar ianya tidak mengalami kerosakan dengan mudah
  • Pilihlah program yang menjimatkan wang dan tenaga elektrik
  • Tukar penapis udara dengan kerap, sekurang-kurangnya 6 – 12 bulan
  • Pastikan anda melakukan penyelenggaran penghawa dingin setiap tahun bagi mengelakkan masalah besar yang akan melebihi bajet anda
  • Pastikan penghawa dingin yang dibeli mengikut kemampuan bajet

Penghawa dingin yang murah tidak semestinya tidak bagus berbanding dengan harga yang lebih mahal. Di sini terdapat beberapa jenis penghawa dingin harga dibawah RM1,000 yang boleh anda pertimbangkan sebelum membeli;

10 Penghawa Dingin Dibawah RM1,000 Ikut Bajet Anda

Midea Aircond 1HP with Ionizer (MSK4-09CRN1)

RM 709
Aircond inverter murah yang bagus dan murah
Midea
1. Midea Aircond 1HP with Ionizer (MSK4-09CRN1)
Aircond dengan teknologi inverter yang murah dan bagus

Penghawa dingin ini memiliki teknologi inverter iaitu beroperasi dengan cekap dan pantas untuk memberi aliran udara sejuk untuk ruangan rumah anda. Bukan sahaja itu, malah ia juga penghawa dingin yang menyejukkan dan juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga.

Ianya juga dapat mengesan secara automatik sekiranya berlaku kerosakan pada penghawa dingin. Kini, anda bukan sahaja perlu mengawal dari alat kawalan jauh, tetapi juga boleh melalui aplikasi android dan iOS terus dari telefon pintar anda.

Hisense R32 Non-Inverter Air Cond (AN10DBG)

RM 729
Hisense
2. Hisense R32 Non-Inverter Air Cond (AN10DBG)
Aircond terbaik untuk ruang lebih luas seperti bilik besar

Penghawa dingin Hisense memiliki reka bentuk yang menarik dan elegan. Bukan hanya itu, malah ia juga memastikan anda dapat tidur yang selesa dan mampu menyejukkan bilik yang luas dengan lebih cepat. Penghawa dingin ini dilengkapi dengan mod tidur, mod pintar, mod hidup semula secara automatik dan pemasa 24 jam.

Kini anda boleh menikmati angin sejuk di bilik anda dengan hanya perlu mengawal dari alat kawalan jauh.

GREE Lomo-N 1HP Air Conditioner (GWC09QB-K3NNA1F)

RM 759
GREE
3. GREE Lomo-N 1HP Air Conditioner (GWC09QB-K3NNA1F)
Aircond dengan sistem operasi yang ‘senyap’

Penghawa dingin eco-friendly ini beroperasi dengan senyap tanpa menganggu tidur malam anda. Ianya dapat menyejukkan ruangan kediaman anda dalam masa hanya beberapa minit sahaja. Berfungsi untuk menghalang kemasukan bakteria, virus dan habuk sebanyak 90%, kesihatan anda akan terjamin dengan penghawa dingin ini. 

Anda boleh melaraskan tetapan mod Sleep yang diingini dan paparan LEDnya dapat menunjukkan tahap suhu dari penghawa dingin ini. Tidur malam lebih selesa dengan air cond dari Gree ini!

Morgan 1.0HP Feather Lite Portable Air Cond (MAC-091)

RM 999
Morgan
4. Morgan 1.0HP Feather Lite Portable Air Cond (MAC-091)
Sesuai untuk kegunaan di rumah sewa

Bagi yang masih duduk menyewa tetapi ingin menggunakan penghawa dingin, direkomendasi untuk mendapatkan air cond jenis portable untuk memudahkan anda memindahkannya nanti. Walaupun jenis portable tetapi masih boleh beroperasi seperti penghawa dingin yang melekat di dinding. 

Dilengkapi dengan 4 mod; Cool, Fan, Dehumidifying dan Sleep, gunakan mod tetapan yang diingini. Anda masih boleh mengawal air cond ini dengan menggunakan alat kawalan jauh tanpa perlu menekannya secara manual.

Sharp (AHA9UCD) 1HP Air Conditioner

RM 785
Aircond tahan lama yang murah
Sharp
5. Sharp (AHA9UCD) 1HP Air Conditioner
Aircond yang tahan lasak untuk jangka masa panjang

Penghawa dingin ini bukan sahaja dapat menyejukkan tetapi ia juga menjaga udara di persekitaran untuk memastikan anda menghidu udara yang segar dan bersih. Dengan fungsi pembersihan sendiri yang ada pada penghawa dingin ini memastikan agar pertumbuhan kulat dapat dihalang.

Tambahan pula dengan kuasa mod turbo yang dimiliki pada penghawa dingin menjadikannya penghawa dingin yang berkuasa tinggi kerana dapat menyejukkan bilik dengan lebih cepat.

York 1.0HP R410A Air Cond (YWM3F10DAS-W)

RM 980
York
6. York 1.0HP R410A Air Cond (YWM3F10DAS-W)
Aircond dengan sistem eco-friendly, tidak membahayakan kesihatan

Penghawa dingin York beroperasi dengan sangat baik untuk memastikan keselesaan anda. Dengan reka bentuk yang lebih kecil, ia akan menjimatkan lagi penggunaan ruangan di rumah. Selain itu, ianya juga penghawa dingin yang beroperasi secara senyap tanpa menganggu tidur malam anda.

Penghawa dingin yang berkecekapan tinggi ini mudah dibersihkan yang paling penting anti bakteria. Dengan teknologi inverter yang ada pada penghawa dingin ini, menjadikannya mesra alam kerana dapat menjimatkan penggunaan tenaga.

Panasonic 1.0HP Aero Wings (CS-PV9TKH)

RM 889
Aircond kipas Aerowings yang murah
Panasonic
7. Panasonic 1.0HP Aero Wings (CS-PV9TKH)
Aircond lengkap dengan kipas jenis Aerowings yang berbaloi

Penghawa dingin ini dilengkapi dengan teknologi iAuto, iaitu  mampu memberi 15% penyejukan yang lebih pantas dan memastikan suhu bilik dalam keadaan yang sama sepanjang masa. Panasonic juga jenama yang dikenali ramai dan dipercayai akan kehebatan setiap alatan elektronik yang dikeluarkan. 

Tambahan pula, ianya juga telah diuji untuk melindungi daripada kerosakan daripada kilat, api ataupun karat. Penghawa dingin yang bagus dengan kipas jenis hayunan Aerowings, bagi memastikan udara sejuk dapat sebarkan ke seluruh bilik.

Mitsubishi Easy Clean Air Conditioner (MS-HK10VA)

RM 899
Mitsubishi
8. Mitsubishi Easy Clean Air Conditioner (MS-HK10VA)
Aircond dengan sistem pembersihan mudah dan automatik

Penghawa dingin dari jenama Mitsubishi ini dilengkapi dengan sistem pembersihan mudah dan secara automatik tanpa perlu anda menggunakan perkhidmatan maintenance. Angin dari air cond ini menghasilkan 10% airflow lebih daripada kelajuan kipas biasa dan mampu menyejukkan ruangan kegemaran anda dalam masa hanya 15 minit sahaja. 

Anda boleh setkan program ‘I Feel’ yang diingini dan ianya akan beroperasi seperti biasa setiap hari tanpa perlu anda mengubah tetapan. Sesuai untuk ruangan yang besar, angin penghawa dingini ini dapat bertiup sejauh 12 meter.

Toshiba 1.0HP R410 Wall Split Air Conditioner (RAS-H10U2KS-M)

RM 918
Toshiba
9. Toshiba 1.0HP R410 Wall Split Air Conditioner (RAS-H10U2KS-M)
Aircond terbaik untuk halang pencemaran udara

Penghawa dingin Toshiba memiliki sistem penapisan yang sangat cekap kerana ia membantu untuk memastikan udara yang selamat dan lebih segar. Ia juga mampu membunuh 99.9% bakteria, bau makanan, asap, debu dan juga menjadi penghalang kepada virus-virus jahat dari muncul.

Udara yang dihasilkan sejuk, bebas bau dan dapat dirasai walaupun dari kedudukan yang agak jauh. Walaupun memiliki kucing peliharaan di rumah ianya tidak menjadi masalah dengan adanya penapisan IAQ pada penghawa dingin ini.

Daikin R32 1.0HP Air Conditioner (FTV28P)

RM 949
Daikin
10. Daikin R32 1.0HP Air Conditioner (FTV28P)
Halang habuk dan debu dengan Saranet Air Filter

Jika anda meletakkan penghawa dingin ini di ruang yang lebih luas, ianya akan melakukan aliran udara bagi menyejukkan ruangan dalam masa hanya 20 minit sahaja. Penghawa dingin ini beroperasi dengan perlahan tanpa menganggu anda. 

Tetapkan larasan penghawa dingin ini kepada Sleep Mode kerana ianya akan menyejukkan bilik bergantung kepada cuaca. Dilengkapi dengan Saranet Air Filter, ianya dapat memerangkap habuk dan debu yang masuk ke dalam bilik agar tidak menjejaskan kesihatan anda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article