Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
portable aircond

9 Aircond Portable (Penghawa Dingin Mudah Alih) Terbaik 2024

Cuaca panas kini tidak jadi masalah lagi!

Bagi mereka yang memiliki kediaman kecil, mini air conditioner atau air conditioner portable sudah memadai untuk menyejukkan kediaman.

Tidak seperti unit rumah lain yang memiliki keluasan besar dimana memerlukan unit aircond horse power besar.

Atau mungkin juga sesetengah tuan rumah atau perumahan persendirian melarang penyewa menebuk lubang untuk pemasangan aircond.

Jadi, dengan mobile aircond dapat membantu golongan ini menyelesaikan masalah rumah yang terasa bahang panas.

Jangan risau, harga portable aircond paling bagus boleh didapati dengan harga mampu milik.

Paling bagus, ada juga aircond portable jimat elektrik, aircond duduk atau aircond berdiri untuk anda pilih selepas membaca portable aircond review.

Jom kita lihat senarai portable aircond terbaik dan portable aircond murah di pasaran.


Senarai 9 Portable Aircond Terbaik

Penghawa dingin mudah alih terbaik secara keseluruhan
Midea
Semak Midea MPH-09CRN1 1HP Portable Air Conditioner harga dibawah:
add_circle Mempunyai sleep mode
add_circle Ada alat kawalan jauh
add_circle Mudah alih
add_circle Cepat sejuk
remove_circle Agak bising (53-55dBa)
remove_circle Berat (23kg)

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Penghawa dingin mudah-alih daripada Midea ini sesuai untuk dipasang di ruang kecil seperti bilik.

Ciri-ciri:

Aircond bersaiz kompak ini mempunyai sistem automatik Self Evaporative System, self-diagnosis dan auto-protection.

Dengan kekuatan motor 1.0HP dengan kapasiti penyejukkan sederhana iaitu 9000 (Btu/h) menjadikan kadar penggunaan elektrik pada tahap rendah (220-240 voltan). 

Jadi tiada masalah untuk anda menggunakan aircond ini sepanjang hari. 

Mempunyai kelebihan fungsi Shower Cooling System dimana memberi putaran angin sejuk seperti kipas.

Sekaligus dapat memberi keselesaan pada setiap udara baru yang keluar kerana bakteria dan kotoran ditapis dengan penapis jenis Silver Ion. 

Aircond ini mempunyai waranti kompresor selama 5 tahun dan 1 tahun jaminan am. 

Review:

“Setelah guna dua malam, memang rasa nyaman jer tidur. Sesuai untuk bilik tidur yang kecil. Untuk design memang lawa nampak exclusive and sejuk rasa macam aircond dinding biasa. Berbaloi untuk yang belum ada rumah sendiri nak pakai ni."

Penghawa dingin mudah alih dengan ioniser
Midea
Midea MPF-12CRN1 1.5HP Portable Aircond (White)
Semak Midea MPF-12CRN1 1.5HP Portable Aircond (White) harga dibawah:
add_circle Mempunyai ioniser
add_circle Terdapat fungsi restart
add_circle Mempunyai sleep mode
add_circle Ada alat kawalan jauh
remove_circle Agak mahal
remove_circle Agak bising (57 dba)

Portable aircond terbaik Midea ini mempunyai ioniser yang mana sangat bagus untuk membersihkan semula udara menggunakan pengecas ion. 

Hasilnya, bukan sahaja suhu bilik lebih sejuk malah anda dapat menghirup udara segar kerana mempunyai penapisan anti-bakteria. 

Dengan kuasa 1.5HP, aircond mudah alih ini dapat menyejukkan ruang dengan serta-merta.

Malah, anda boleh menetapkan sistem sleep mode selama 24 jam dan paling best mempunyai alat kawalan jauh. 

Penghawa dingin mudah alih untuk bilik kecil
Morgan
Semak Morgan 1.0HP Feather Lite Portable Aircond harga dibawah:
add_circle Mudah alih
add_circle Tidak perlu guna air
add_circle Cepat sejuk
remove_circle Hanya sesuai untuk bilik/ruang kecil
remove_circle Sedikit bising

Penghawa dingin mudah alih Morgan dilengkapi dengan penapis yang boleh dibasuh.

Jadi anda boleh sentiasa bersihkan bagi memastikan penghawa dingin bersih dan tidak kotor pada bahagian dalam.

Bukan itu saja, produk ini mudah untuk digunakan kerana terdapat roda supaya boleh bergerak ke mana sahaja yang anda mahu.

Selain itu, turut dilengkapi dengan panel kawalan untuk memudahkan anda melaraskan dengan 4 mod yang berbeza; sejuk, kipas, humidfying dan sleep

Sekaligus untuk menikmati rasa sejuk di mana-mana sahaja ruang anda berada.

Penghawa dingin mudah alih untuk bilik besar
Acson
ACSON 1.5HP Moveo Portable AirCond With Smart Control
Semak ACSON 1.5HP Moveo Portable AirCond With Smart Control harga dibawah:
add_circle Paparan skrin sesentuh
add_circle Kapasiti penyejukkan besar (12000Btu/h)
add_circle Ada alat kawalan jauh
add_circle 4 aliran ayunan angin
remove_circle Guna gas R410A

Acson menyediakan portable aircond yang paling bagus dari model A5PA15D mereka.

Jangan risau, sangat mudah dipasang kerana berkonsepkan plug and play.

Erti kata lain, memudahkan aliran udara panas untuk keluar dibahagian tingkap tanpa menebuk lubang dinding.

Ciri-ciri aircond Acson juga cukup canggih kerana memiliki panel skrin sesentuh dan boleh mengawal aliran kipas menggunakan alat kawalan jauh. 

Aircond ini ada 3 pilihan kuasa larasan kipas dan saiz horse power sangat besar yang boleh menyejukkan ruang bilik dengan pantas. 

Dari segi bunyi pula, ulasan dari pengguna mengatakan bunyi aircond tidak terlalu kuat dan anak-anak kecil masih boleh tidur tanpa rasa terganggu. 

Penghawa dingin mudah alih mini
Mini Air Conditioning G2T Air Conditioner Personal Portable USB Small Cooler
Semak Mini G2T Air Conditioner Personal Portable USB harga dibawah:
add_circle Jimat elektrik
add_circle Tidak bising (kurang dari 55dba)
add_circle Ringan & mudah dibawa
add_circle Terdapat 3 pilihan kelajuan angin
remove_circle Mengambil masa untuk sejuk
remove_circle Kapasiti air hanya 250ml

Air cooler bersaiz kecil ini sesuai untuk para pelajar yang menetap di bilik kolej.

Dengan saiz yang kecil dan ringan ini menjadikan mudah untuk menyimpan, membawa dan meletakkan di ruang yang sempit. 

Malah mini aircond ini boleh dihidupkan walaypun menggunakan wayar USB dan mampu menyejukkan bilik 4-12°C bergantung pada kelembapan sesuatu ruangan bilik. 

Anda boleh mengisi air sejuk sekurang-kurang 250ml dan menetapkan kelajuan angin dari 3 pilihan kekuatan putaran. 

Menariknya lagi, anda boleh bawa aircond kecil ini di dalam kereta, ketika berkhemah atau di mana sahaja untuk mengelakkan dari panas.

Ramai pengguna mencadangkan, guna aircond ini untuk gantikan kipas yang biasa di rumah.

Penghawa dingin mudah alih untuk ruang tamu
Pensonic 1.5HP Portable Air Cond
Semak Pensonic 1.5HP Portable Air Conditioner harga dibawah:
add_circle Mempunyai mode: Cool/Fan/Dry(Dehumidifier)
add_circle Ada alat kawalan jauh
add_circle Kapasiti penyejukkan besar (12000Btu/h)
add_circle Fungsi auto swing
remove_circle Guna gas R410A

Mencari penghawa dingin untuk menampung keluasan bilik yang luas? Beli je Pensonic PPA-1511.

Mini aircond ini mampu menyejukkan bilik dengan cepat untuk saiz bilik lebih kurang 25 kaki persegi dan bunyi kurang dari 56dB.

Jadi boleh jadi sebagai alat penyejuk tambahan untuk bilik tidur utama atau ruang tamu.

Istimewanya model air cooler Pensonic kali ini mempunyai alat kawalan jauh, paparan skrin LED, 24 jam fungsi timer dan bersama pelbagai mode kipas.

Anda juga boleh melaras ayunan kipas aircond berdiri hanya dari butang alat kawalan jauh. Mode low pun kuat dan sejuk!

Penghawa dingin mudah alih untuk camping
Hisense R32 Portable Air Conditioner (1.5HP) AP12NXG
Semak Hisense R32 Portable Air Conditioner (1.5HP) harga dibawah:
add_circle Saiz yang kecil
add_circle Kesejukan yang sama seperti aircond biasa
add_circle Guna gas R32
remove_circle Bunyi agak kuat (50dB)

Bagi yang gemar camping bersama keluarga atau rakan, beli je mini air conditioner Hisense.

Bukan apa, portable aircond Hisense ada roda yang memudahkan anda untuk mengalihkan aircond dan mod fast cooling yang membantu menyejukkan bilik dengan cepat.

Aircond ini juga menggunakan gas penyejuk R32 yang menjimatkan bil elektrik dan terdapat juga fungsi ayunan udara (bermotor - ke atas & ke bawah).

Ciri-ciri lain termasuk paparan LED, butang kawalan kipas, ciri auto-restart, penunjuk penuh air, fungsi auto cool, mod pintar, mod rapid cool (jet), auto evaporative system, pemasa sehingga 24 jam dan mod kering.

Aircond portable jimat elektrik ini juga menawarkan tiga kelajuan kipas, tiga kelajuan penyejukan dan dehumidifier.

Senang juga bawa balik kampung dan tidur malam juga lebih selesa dengan pilihan Sleep Mode!

Penghawa dingin mudah alih untuk rumah sewa
elba aircond portable
Semak ELBA Portable Air Conditioner harga dibawah:
add_circle Terdapat 3 mod angin (Normal, Natural, Sleep)
add_circle Fungsi pemasa hingga 7 jam
add_circle Perlindungan litar pintas
remove_circle Perlukan banyak ais untuk kekal sejuk
remove_circle Bunyi kuat bila speed laju

Penghawa dingin mudah alih Elba sangat sesuai untuk bilik bersaiz kecil hingga sederhana.

Dilengkapi dengan tiga kelajuan kipas (low, mid, high) dan tiga mod angin (normal, natural, sleep) yang memberikan udara nyaman ketika anda berehat.

Terdapat juga cooling pads dan honeycomb cooling media dengan penapis udara untuk penyejukan yang lebih cepat dan efisien.

Selain itu, ia mempunyai ayunan mendatar automatik dan louver menegak yang boleh dilaras untuk mengarahkan aliran udara.

Kawal je dengan alat kawalan jauh, jadi tak perlu bangun ketika menonton TV.

Paling penting, mempunyai ciri keselamatan terbina dalam yang secara automatik memotong kuasa sekiranya berlaku litar pintas.

Penghawa dingin mudah alih untuk bilik
Hisense
Hisense R32 Portable Air Conditioner (1HP)
Semak Hisense R32 Portable Air Conditioner (1HP) harga dibawah:
add_circle Tidak bising
add_circle Dilengkapi smart mode
add_circle Pengaliran udara yang baik
remove_circle Jenis non-inverter

Hisense R32 Portable Air Conditioner (1HP) merupakan sebuah penghawa dingin mudah alih jenis non-inverter yang menawarkan kapasiti penyejukan sebanyak 9,000 Btu/h, memastikan penyejukan yang cekap untuk ruang bilik anda. 

Dengan kadar peredaran udara yang consistent sebanyak 280 m3/jam, ia dengan cepat menyebarkan udara sejuk ke seluruh bilik.

Dikuasakan oleh penyejuk R32, penghawa dingin ini mesra alam dan cekap tenaga, serta boleh beroperasi dengan senyap.

Mempunyai kawalan unit elektronik dan panel jelas dengan paparan LED, pengendalian penghawa dingin ini amat mudah.

Selain itu, ia menawarkan pelbagai mod termasuk mod tidur dan mod kering, serta mod pintar untuk akses jauh.

Ditambah dengan jaminan kompresor 5 tahun dan jaminan umum 2 tahun, anda tidak perlu risau dengan sebarang masalah atau kerosakan selepas membelinya.


Aircond Vs Aircond Portable

Berikut perbandingan antara aircond dan aircond portable:

Aircond

 Aircond Portable

Saiz aircond

Besar dan memerlukan ruang kosong di dinding untuk pemasangan

 Kecil dan mudah alih

Tahap penyejukan

Kuat dan sesuai untuk ruangan besar

 Sederhana dan sesuai untuk ruangan kecil 

Harga

Mahal

 Lebih murah 

Pemasangan

Mesti dipasang oleh juruteknik

Tiada pemasangan diperlukan

Penyelenggaraan

Perlu penyelenggaraan secara berkala

Tidak banyak penyelenggaraan diperlukan

Tahap bunyi 

Kurang bising daripada aircond portable

Sederhana bising

Kesesuaian

Sesuai untuk ruang tamu dan pejabat

Lebih sesuai untuk bilik tidur


Bagaimana Penghawa Dingin Mudah Alih Berfungsi?

Penghawa dingin mudah alih antara peralatan rumah yang paling berguna dalam kehidupan seharian kita, terutamanya dalam cuaca panas dan lembap.

Menggunakan teknologi terkini, penghawa dingin mudah alih boleh memberikan keselesaan dalam situasi di mana pengguna tidak boleh memasang penghawa dingin pegun di dalam bangunan.

Terdapat dua jenis penghawa dingin mudah alih iaitu jenis USB dan elektrik. Bagaimanakah penghawa dingin mudah alih berfungsi? 

Penghawa dingin mudah alih mengambil udara panas dari bilik dan menyejukkannya melalui komponen penyejuk.

Proses ini melibatkan beberapa komponen utama iaitu compressor, condenser, evaporator dan kipas dalam penghawa dingin.

Pertama sekali, compressor akan menarik udara dari luar dan memampatkannya ke titik tekanan yang lebih tinggi.

Apabila udara dimampatkan, suhunya akan meningkat dan ia akan dihantar ke komponen seterusnya iaitu penukar haba atau condenser.

Condensor akan menyejukkan udara dengan menggunakan cecair penyejuk.

Apabila udara dilepaskan semula ke dalam bilik, udara bilik akan menjadi lebih sejuk daripada udara yang dipam masuk.

Proses ini berterusan sehingga suhu bilik mencapai suhu yang dikehendaki.

Seterusnya, komponen eveporator akan menyejukkan udara sebelum dilepaskan ke dalam bilik. 

Apabila udara yang dipam disalurkan melalui penyejuk udara, menyejukkan udara dan menghilangkan lembapan di dalamnya. Jadi, udara yang dibebaskan menjadi sejuk dan kering.

Kemudiannya, kipas dalam aircond akan mengedarkan udara tersebut ke seluruh bilik. 


Adakah AC Mudah Alih Berbaloi Untuk Dibeli Di Malaysia?

Jawapan paling tepat ialah bergantung pada bajet dan keperluan masing-masing. 

Bagaimanapun aircond mudah alih sesuai untuk kegunaan bilik yang kecil atau anda yang sering berpindah-randah.

Ini kerana aircond sebegini mudah dibawa, dipasang dan diselenggara berbanding aircond yang dipasang melekat di dinding. 

Begitu juga apabila melibatkan bajet, aircond mudah alih yang kecil ini dijual pada harga yang cukup murah. 

Anda boleh membeli aircond portable kurang dari RM500 berbanding dengan aircond biasa yang mencecah ribuan ringgit.

Namun anda kena faham, aircond portable tidak memberi sensasi sejuk seperti aircond yang menggunakan gas dan motor kompresor yang besar. 

Mungkin hanya mampu mengurangkan haba bilik yang panas dan sedikit sejuk berbanding kipas. 

Kalau anda ada bajet terhad, tinggal menyewa dan duduk di bilik yang kecil. Ya, memamg berbaloi untuk dibeli.


Cara Pilih Portable Aircond

Air conditioner portable menjadi semakin popular untuk menyejukkan ruangan di rumah atau pejabat.

Sebelum membeli aircond, baca dulu tips di bawah:

  • Saiz ruang

Pertimbangkan saiz dan jenis bilik di mana anda akan menggunakan penghawa dingin.

Sebagai contoh, penghawa dingin dengan kuasa penyejukan yang rendah sudah mencukupi untuk saiz bilik tidur.

  • Pengendalian

Pilih penghawa dingin mudah alih yang mempunyai panel kawalan dan roda yang mudah digerakkan.

Alat kawalan jauh juga berguna untuk menyesuaikan suhu tanpa bangun dari tempat duduk.

  • Fungsi tambahan

Beberapa model portable aircond mempunyai fungsi tambahan seperti mod tidur, auto restart, fungsi kipas, kelajuan udara dan dehumidifier.

Ciri tambahan ini akan meningkatkan kos pembelian, tapi sangat berbaloi jika anda memerlukannya.

  • Kuasa penghawa dingin

Semakin tinggi kuasa penghawa dingin, semakin sejuk udara yang dikeluarkan oleh aircond.

Tapi penghawa dingin dengan kuasa penyejukan yang tinggi akan menghasilkan lebih banyak bunyi.

  • Harga

Terdapat banyak jenama portable aircond di pasaran, jadi bandingkan harga portable aircond dan ciri yang dimiliki.


Bagaimana Pemasangan Penyaman Udara Mudah Alih?

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu untuk memasang penyaman udara mudah alih. 

  • Baca arahan pengguna atau buku panduan yang telah disediakan. 
  • Letakkan aircond portable dekat dengan tingkap atau bilik air supaya dapat menyalurkan haba panas dibahagian luar rumah. 
  • Jika jauh dari bilik air, jangan lupa sediakan baldi atau bekas tadahan air bagi mengelakkan sebarang kebocoran.

Untuk butiran terperinci, jom lihat video berikut.


Artikel Berkaitan 

End of Article