Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
oven murah terbaik

13 Oven Terbaik untuk Baking di Malaysia 2024 (Kek & Biskut)

Ada oven sendiri lebih senang nak baking apa jua resepi!

Ada banyak jenis oven yang bagus untuk baking di pasaran dan anda boleh dapatkan harga ketuhar yang murah mengikut bajet.

Harga oven untuk bakery bergantung kepada jenis-jenis ketuhar yang anda pilih dan tujuan penggunaan oven tersebut. 

Anda boleh dapatkan ketuhar elektrik untuk menjimatkan masa baking atau beli oven terbaik untuk bakar kek dan biskut di rumah. 

Jom lihat senarai jenama oven terbaik dan oven terbaik untuk cookies!


Senarai 13 Ketuhar Baking Terbaik

Oven terbaik secara keseluruhan
Khind
Khind 28L Electric Oven (OT2800)
mulai
RM189.00
Semak Khind 28L Electric Oven (OT2800) harga dibawah:

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Bukan sekadar membakar kek dan kuih, oven elektrik dari Khind ini boleh juga menyediakan pelbagai menu lain seperti ayam panggang dan roti bakar.

Ciri-ciri;

Kapasiti 28L ini muat untuk seekor ayam, 6 tongkol jagung atau piza bersaiz 10'. Sesuai untuk penggunaan dapur sederhana luas.

Ciri oven ini adalah mempunyai fungsi pemanasan atas & bawah bagi memudahkan proses makanan di masak dengan seimbang.

Anda juga boleh melihat proses memasak kek dan biskut supaya tidak hangit atau kurang masak kerana mempunyai lampu apabila sedang memasak.

Paling penting, sesuai untuk anda yang suka baking dan buat biskut raya sebab dilengkapi dengan 2 dulang pembakar. 

Review;

‘Design ketuhar sangat comel dan vintage, dah try masak meatball. Memang ideal untuk baking dan saiz ketuhar boleh muat seekor ayam. Just nice untuk bakar kek lapis Sarawak.’

Oven toaster
Oven watt kecil yang mempunyai grill
mulai
RM86.13
Semak Cornell CTO-S10L harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Pemasa 60 minit
add_circle Suhu sehingga 250°C
add_circle Boleh muat piza 9 inci
remove_circle Kapasiti hanya 10L
remove_circle Tidak sesuai untuk memasak kuantiti yang banyak

Untuk anda yang gemar baking dan makan roti bakar telur setiap pagi untuk sarapan, kami sarankan untuk dapatkan oven toaster Cornell yang multifungsi ini. 

Bukan itu sahaja, anda boleh buat kek, piza dan biskut, malah boleh juga panggang kentang atau ayam dengan mudah dan pantas!

Oven toaster ini mempunyai 2 elemen pemanas Quartz, jadi kek dan biskut akan masak dengan sekata seperti yang diinginkan. 

Menarik lagi, anda juga akan mendapat dulang pembakar, pemegang dulang dan dulang untuk memanggang di setiap pembelian.

Dengan harga yang murah, oven toaster ini sesuai untuk anda yang bujang atau baru sahaja mendirikan rumah tangga kerana kapasitinya kecil, 10L sahaja.

Oven harga murah - boleh bakar pizza
Panaletrik
panaletrik oven
mulai
RM70.90
Semak Panaletrik Electric Oven 12L harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Auto shut-off
add_circle Sesuai untuk toast, grill & bake
remove_circle Tidak sesuai untuk bakar kek besar

Ketuhar dari Panaletrik cukup sesuai untuk dimiliki bagi orang bujang yang baru sahaja ingin mencuba dunia baking.

Ini kerana fungsi oven ini mesra pengguna, boleh digunakan untuk pelbagai teknik masakan seperti memanggang atau membakar. 

Selain itu, ia juga lengkap dengan kawalan suhu sehingga 240° dan masa pilihan 60 minit.

Dengan harga yang murah, anda boleh dapat oven bersaiz 12L sekali dengan aksesori pembakaran seperti dulang dan rak. 

mulai
RM394.00
Semak Samsung 23L (MG23K3513GK) Grill Microwave Oven with Healthy Steam harga dibawah:
add_circle Fungsi Quick Defrost
add_circle Mod Eco untuk jimat tenaga
add_circle Fungsi Keep Warm
add_circle Boleh stim sayur
remove_circle Pilihan warna hitam sahaja
remove_circle Harga mahal

Microwave Samsung 23L ini membolehkan anda membuat pelbagai resepi sihat seperti dada ayam panggang, daging kukus dan fillet ikan salmon dengan cepat. 

Ini kerana oven ini mempunyai fungsi Healthy Steam untuk mengekalkan nutrisi makanan yang dimasak dengan baik. 

Turut mempunyai fungsi Deodorization yang akan mengeluarkan udara yang tidak enak dihidu dari dalam microwave

Jadi, bau yang tidak menyenangkan ini tidak akan bercampur dengan makanan yang baru siap dimasak. 

Paling bagus, bahagian dalam microwave oven ini diperbuat daripada seramik yang tahan lasak, mudah dibersihkan dan tidak mudah calar.

The Baker [60L] Electric Digital Oven ESM-60DG
mulai
RM499.00
Semak The Baker [60L] Electric Digital Oven ESM-60DG harga dibawah:
add_circle Mempunyai fungsi defrost & penapaian
add_circle Pintu kaca 2 lapis
add_circle Saiz kapasiti besar, 60L
add_circle Diluluskan SIRIM
add_circle Kuasa 2000W
remove_circle Harga ketuhar agak mahal

Kalau anda memang suka baking kek, kuih dan biskut untuk dijamu pada kawan dan keluarga, jom dapatkan oven The Bakers ini.

Oven ini boleh bakar makanan dalam kuantiti yang banyak kerana saiz kapasitinya adalah 60L!

Besar dan muat masuk 4 unit acuan kek yang bersaiz 6 inci serentak tau! 

Menariknya lagi, oven ini direka dengan fungsi kawalan suhu berasingan untuk bahagian atas dan bawah ketuhar. 

Anda boleh menetapkan suhu dari 80°C hingga 230°C, untuk kawal teknik membakar jika nak buat kek lebih rangup di bahagian atas tanpa menghanguskan bahagian bawah hangus. 

Di setiap pembelian, anda akan dapat pelbagai aksesori tambahan seperti baking tray, crumb tray, pemegang dulang dan set Rotisserie, jadi tiada masalah untuk panggang.

The Baker 100L Digital Oven ESM-100DG
mulai
RM666.00
Semak The Baker 100L Digital Oven ESM-100DG harga dibawah:
add_circle Boleh panggang seekor ayam
add_circle Tempoh jaminan 1 tahun
add_circle Paparan skrin digital
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Lulus SIRIM
remove_circle Harga mahal

Oven 100L jenama The Baker ini sesuai digunakan oleh anda yang berniaga kek atau roti kerana boleh muat sehingga 4 dulang pembakar serentak.

Jadi, penjual boleh buat hingga 4 biji kek atau 180 biskut mentega atau 8 buku roti 450g dalam satu masa dan masak dengan baik.

Tarikan utama pada oven terbaik untuk bakar kek dan biskut ini ialah boleh digunakan untuk proses penapaian dan nyahbeku daging dengan pantas.

Seperti oven yang lain, mempunyai lampu dalam oven dan pintu oven diperbuat daripada 2 lapisan kaca yang tahan pecah supaya mudah untuk anda lihat proses kek atau biskut sedang dibakar.

Walaupun harga oven untuk bakery ini mahal, namun penggunaannya berbaloi kerana saiz kapasitinya besar jadi anda boleh masak dalam kuantiti yang banyak.

Pensonic Vintage Multifunction Electric Oven (20L) PEO-2007X
mulai
RM133.00
Semak Pensonic Vintage Multifunction Electric Oven (20L) PEO-2007X harga dibawah:
add_circle Mempunyai dulang pembakar & rak panggang
add_circle Pemasa 60 minit dengan bunyi loceng
add_circle 4 elemen pemanas stainless steel
add_circle Suhu maksimum 250°C
remove_circle Kapasiti 20L sahaja
remove_circle Tempoh jaminan hanya 1 tahun

Oven comel dan compact dari Pensonic ini sesuai dimiliki oleh golongan bujang yang suka baking atau pasangan baru berkahwin

Pelbagai masakan anda boleh cuba dengan ketuhar ini dan selain boleh bakar cookies, kek atau pastri, anda juga boleh buat pizza, tart telur, lasagna keju dan udang panggang. 

Ini kerana oven murah berkualiti ini mempunyai fungsi 3 dalam 1 iaitu bake, toast dan roast. Sangat berbaloi!

Jenama oven terbaik ini turut mempunyai fungsi pemanas atas, bawah dan boleh digunakan kedua-duanya sekali jadi mudah untuk masak.

Ciri ini akan mudah untuk anda suaikan dengan jenis menu masakan anda supaya masakan anda masak dengan seimbang.

ELBA 45L Digital Electric Oven EEO-J4591D(BK)
mulai
RM489.00
Semak ELBA 45L Digital Electric Oven EEO-J4591D(BK) harga dibawah:
add_circle Paparan LED & sensor sentuhan
add_circle Mempunyai 2 dulang pembakar
add_circle Pemasa 180 minit dengan loceng
add_circle Kapasiti besar, 45L
add_circle Lulus SIRIM
remove_circle Harga mahal

Anda mahukan oven terbaik untuk cookies dan roti bakar? Ketuhar Elba 45L dengan fungsi Convection dan Rotisserie ini pilihan tepat.

Ini kerana mempunyai ciri menarik iaitu direka lengkap dengan 8 pilihan program Pre-set iaitu pizza, roti bakar, biskut, kek, ayam dan daging stik. 

Walaupun sudah ada Pre-set yang ditetapkan, tapi anda boleh kawal suhu pembakaran dari 40°C hingga 230°C mengikut keperluan jenis masakan. 

Oven untuk membakar biskut ini juga ada fungsi Keep Warm yang boleh digunakan untuk mengekalkan kehangatan makanan yang siap dibakar dan boleh defrost daging atau ikan.  

Oven ini direka dengan 6 pilihan pemanasan termasuklah atas, bawah, atas dan bawah secara serenta serta bawah dan Convection.

mulai
RM650.00
Semak Sharp Electric Oven With Convection & Rotisserie Function (42L) EO429RTBK harga dibawah:
add_circle Suhu maksimum 250°C
add_circle Mempunyai fungsi Rotisserie
add_circle Boleh panggang seekor ayam
remove_circle Rekaan ketuhar kurang menarik

Ketuhar elektrik ini mempunyai pemasa sehingga 120 minit jadi mudah untuk anda pilih tetapan masa mengikut kesesuaian sesuatu masakan. 

Dengan kapasiti 42L yang besar, oven ini berbaloi digunakan untuk bakar kek dan biskut dalam kuantiti yang banyak kerana lengkap dengan dulang pembakar dan rak untuk memanggang.

Cuma bahagian rekaan oven ini kurang menarik, tapi tak apa sesuai untuk mereka yang inginkan rekaan minimalis. 

Memang sesuai beli oven ini untuk dijadikan hadiah kahwin untuk rakan atau keluarga terdekat.

DESSINI ITALY Electric Convection Oven 22L
mulai
RM99.00
Semak Dessini Italy Electric Convection Oven 22L harga dibawah:
add_circle Jimat tenaga
add_circle Ciri Auto Shut-off
add_circle Pemasa 60 minit
add_circle 4 posisi rak untuk membakar
remove_circle Saiz kecil

Bagi individu bujang yang gemar buat kek, roti, tart telur atau apa-apa dessert yang perlu dimasak menggunakan oven, pilihan Dessini Italy Electric Convection Oven 22L ini adalah yang tepat.

Mempunyai 4 elemen pemanas di bahagian atas dan bawah agar haba dapat dikeluarkan dengan lebih konsisten jadi makanan akan dimasak lebih sempurna. 

Malah, dengan julat suhu yang boleh dipilih dari 100°C hingga 250°C, ketuhar ini membolehkan anda bakar pizza, pastri, roti telur bakar, ikan salmon atau ayam panggang.  

Anda hanya perlu 5 minit sahaja untuk panaskan oven ini, jadi lebih cepat anda boleh nikmati masakan kegemaran.

Setiap pembelian ketuhar DESSINI ITALY ini, anda akan dapat dulang dan rak pembakar serta pemegang dulang. 

Midea 55L Electric Oven MEO-55RCL-BK
mulai
RM229.00
Semak Midea 55L Electric Oven MEO-55RCL-BK harga dibawah:
add_circle Pemasa 120 minit
add_circle Boleh bakar roti & kentang
add_circle Mempunyai fungsi Rotisserie & Convection
remove_circle Perlukan ruang yang besar untuk letak oven

Ketuhar yang berkapasiti 55L ini mampu memuatkan bahan makanan untuk dibakar dalam kuantiti yang banyak secara serentak. 

Oven ini merupakan salah satu pilihan terbaik untuk dimiliki oleh peminat pizza sebab boleh muat pizza bersaiz 12 inci! 

Seperti kebanyakan ketuhar jenama lain, perkakas dapur Midea ini juga mempunyai lampu di bahagian dalam untuk memudahkan tukang masak lihat proses makanan dimasak. 

Anda juga boleh mengawal suhu sehingga 230°C untuk memenuhi keperluan menu masakan anda. 

Jika anda nak bakar sosej, kepak ayam, ikan bakar dan daging dengan ketuhar ini pun boleh. 

Reka bentuk oven ini agak besar dan perlu ruang yang banyak, jadi mungkin tidak sesuai untuk dapur yang kecil atau terhad.

Hanabishi Electric Oven - Rose Champagne (23L) HA6223
mulai
RM185.00
Semak Hanabishi Electric Oven - Rose Champagne (23L) HA6223 harga dibawah:
add_circle Suhu boleh laras
add_circle Stainless steel
add_circle Tidak memancarkan gelombang bahaya
remove_circle Tidak boleh masak kuantiti banyak

Ketuhar Hanabishi ini mempunyai 4 elemen pemanas yang berkualiti agar makanan seperti kek dan pastri akan masak secara sekata dan sempurna. 

Anda tidak perlu lagi membeli perkakas dapur berasingan untuk panggang daging atau ikan kerana oven ini boleh bakar, panggang dan toast pelbagai makanan. 

Tempoh jaminan selama 2 tahun pula membolehkan anda buat biskut, pizza dan roti bakar kegemaran tanpa perlu risau tentang sebarang kerosakan. 

Lebih menarik, warnanya yang comel merah jambu membolehkan anda menjadikan ketuhar ini sebagai dekorasi dapur.

Morgan Electric Oven (21L) MEO-IMPERIUM25
mulai
RM115.00
Semak Morgan Electric Oven (21L) MEO-IMPERIUM25 harga dibawah:
add_circle Kapasiti besar
add_circle Mempunyai lampu
add_circle Mempunyai 4 fungsi pemanasan
add_circle Suhu boleh diubah dari 100-250°C
remove_circle Rekaan kurang menarik

Ketuhar Morgan berkapasiti 21L ini terbaik untuk dimiliki oleh bagi yang baru nak mencuba buat kek atau biskut raya sendiri. 

Untuk pengetahuan anda, saiz oven ini 21L yang mana sesuai untuk individu bujang atau memiliki ruang dapur terhad.

Seperti oven lain mempunyai pemasa 60 minit dan loceng yang akan berbunyi menandakan makanan sudah siap dimasak. 

Jadi, anda boleh buat kerja lain sementara tunggu makanan masak tanpa perlu tunggu di dapur. 

Antara resepi yang anda boleh dimasak dengan ketuhar ini ialah kek, brownies, pizza, biskut, ayam, ikan dan daging.

Setiap pembelian ketuhar ini, anda akan dapat aksesori tambahan seperti 2 baking tray, pemegang dulang dan wire rack.


Apa Perbezaan Antara Ketuhar Gelombang Mikro & Ketuhar Biasa? 

  • Ketuhar gelombang mikro (microwave oven) 

Microwave oven berfungsi menggunakan gelombang mikro, iaitu sejenis radiasi elektromagnetik yang selamat untuk memasak makanan. 

Fungsi utama microwave oven adalah untuk memanaskan semula makanan yang telah dimasak agar anda tak perlu panaskan di atas dapur gas. 

Selain itu, ketuhar ini juga boleh digunakan untuk masak makanan segera.

Turut dilengkapi dengan fungsi-fungsi lain seperti defrost makanan beku atau buat popcorn, pizza segera dan stim sayur. 

  • Ketuhar biasa (oven) 

Oven biasanya mempunyai elemen logam atau arus elektrik sebagai sumber haba untuk memasak makanan yang isinya tebal hingga ke dalam. 

Oven juga lengkap dengan elemen pemanas di bahagian atas dan bawah.

Apabila plug perkakas dapur ini disambung, arus elektrik akan mengalir dan elemen pemanas akan menjana haba. 

Haba panas dari elemen logam tadi akan memasak makanan. 

Selalunya juga, ketuhar boleh mencapai suhu yang lebih tinggi berbanding microwave oven, jadi lebih sesuai digunakan untuk membuat biskut dan kek serta memanggang. 

Anda masih keliru? Jom lihat video di bawah untuk dapatkan penjelasan lebih teliti.


Apa Tips Pilih Oven Untuk Bakar Kek & Biskut?

  • Jenis-jenis ketuhar 

Anda haruslah memilih jenis ketuhar yang sesuai untuk penggunaan, sama ada nak oven elektrik atau oven yang menggunakan gas. 

Kemudian, pilih sama ada mahukan oven built-in atau oven jenis kipas. 

Oven built-in sesuai untuk semua jenis pembakaran termasuklah untuk bakar kek, roti, pastri serta biskut. 

Manakala oven kipas pula mempunyai kipas di dalamnya yang akan membakar pastri dan biskut dengan baik. 

Ini akan mencipta aliran udara panas bagi memastikan muffin atau kek yang dimasak lebih lembut dan tidak kering. 

Setiap makanan yang dibakar juga masak lebih sekata. 

  • Suhu 

Suhu setiap model oven dari setiap jenama berbeza, jadi anda perlu tahu resepi kek dan kuih yang ingin dibuat sebelum menentukan suhu ketuhar. 

Ini kerana ada sesetengah oven terlalu panas, ada pula yang suhunya sederhana sahaja. 

  • Fungsi pemanasan atas dan bawah 

Jangan lupa untuk pilih ketuhar yang suhu atas dan bawahnya boleh dikawal secara berasingan. 

Barulah anda boleh dapatkan kerak, warna dan tekstur yang diinginkan untuk setiap resepi kek atau pastri. 


Artikel Berkaitan

End of Article