Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Mesin Pengering Baju (Dryer) Terbaik Di Malaysia 2024

Lebih mudah uruskan baju di rumah kalau ada mesin pengering baju!

Mesin pengering baju merupakan salah satu mesin penting untuk dimiliki setiap rumah untuk proses pencucian baju.

Ini kerana faktor cuaca negara kita tidak menentu lebih-lebih lagi musim tengkujuh, baju memang susah nak kering.

Dengan adanya dryer yang bagus, anda boleh mengeringkan baju anda hanya menerusi suhu mesin pengering baju.

Malangnya, ada yang tidak tahu mana satu dryer machine terbaik sebab terdapat banyak mesin pengering pakaian yang dijual.

Tentunya dengan bajet yang agak besar, anda mahukan dryer paling bagus dan paling berbaloi untuk dibeli.

Jadi, kami akan bantu anda senaraikan beberapa senarai jenama dryer yang bagus serta harga mesin pengering baju terbaik.


Senarai 8 Mesin Pengering Baju Terbaik

Dryer machine terbaik secara keseluruhan
Electrolux
dryer 2
Semak Electrolux Vented Dryer EDV-854J3WB 8.5Kg harga dibawah:
add_circle Anti-kedut.
add_circle Mempunyai sistem child lock.
add_circle Penjimatan penggunaan elektrik.
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Mesin Electrolux Vented Dryer EDV-854J3WB 8.5KG merupakan antara dryer machine terbaik.

Ciri-ciri:

Ini kerana mempunyai smart sensor yang dapat mengesan tahap kelembapan cucian dan tidak semua dryer ada teknologi ini.

Dengan teknologi ini, secara tidak langsung mesin secara automatik akan berhenti berpusing sebaik sahaja cucian kering.

Sekaligus anda dapat mengurangkan 6% penggunaan elektrik berbanding dryer biasa.

Jadi, anda tidak perlu update sama ada sudah kering atau tidak.

Penggunaan sensor ini juga dapat mengekalkan kualiti fabrik lebih lama, maksudnya pakaian anda tidak cepat rosak serta dapat mengekalkan 80% warna baju walaupun terkena suhu panas.

Peratusan bacaan ini telah disahkan dan dikaji oleh pihak UL.

Tambah pula, mesin pengering ini telah diprogramkan berpusing berselang seling mengikut arah jam dan berlawanan bagi mengelakkan pakaian berpintal antara satu sama lain

Malah peratusan menunjukkan kedutan dapat dikurangkan sebanyak 32% dan peratusan bacaan ini disakan dan dikaji oleh THTI.

Menariknya tentang mesin ini, anda boleh memilih jenis pengeringan kerana mesin ini mempunyai 3 jenis pengeringan berbeza;

  • Extra Dry
  • Cupboard Dry
  • Iron Dry 

Spek produk:

  • Jenis pengering: Venting dryer
  • Lebar x Tinggi x Kedalaman: 596.5mm x 850mm x 625mm
  • Electronic Control Panel dengan LED 
  • Warna: Putih
  • Menggunakan Reverse Tumbling Technology

Review:

"Electrolux ni bila kering dia akan set sendiri masa untuk stop kalau dah kering. Masa akan berubah ikut kadar kelembapan kain. Memang sangat bagus."

Menggunakan teknologi sense dry
Toshiba
Semak Toshiba 7kg Sensedry Tumble Dryer TD-H80SEM harga dibawah:
add_circle Mempunyai LED digital bahagian sistem kawalan
add_circle Mempunyai sistem child lock
add_circle Anti kedut
remove_circle Mengambil masa yang lama untuk mengeringkan selimut

Disebabkan mesin ini mempunyai teknologi SENSE DRY, jadi proses pengeringan lebih cepat.

Malah, fabrik tidak mudah reput dan dalam masa yang sama dapat memastikan pakaian tidak terlalu kering sehingga keras.

Menariknya lagi, mesin berkapasiti 7 kg ini mempunyai 16 jenis program dimana setiap program mempunyai fungsi yang berbeza dan anda hanya pusingkan saja knob mengikut pilihan anda.

Selain itu, mesin ini juga mempunyai sistem anti-kedut untuk cucian kering dan bahagian skrin mesin ini mempunyai LED digital untuk memaparkan sistem dengan jelas. 

Bagi keselamatan pula, mesin ini mempunyai butang sistem child lock supaya kanak-kanak tidak mudah membuka mesin pengering ketika mesin sedang berjalan.

LG 8kg Dryer with TrueSteam™ and Sensor Dry TD-C8066WS
Semak LG 8kg Dryer with TrueSteam™ and Sensor Dry TD-C8066WS harga dibawah:
add_circle Mempunyai 8 jenis sensor canggih
add_circle Mempunyai sistem child lock
add_circle Anti kedutan
remove_circle Sistem Smart Diagnosis tidak tepat

Mesin pengering LG jenis TrueSteam and Sensor Dry TD-C8066WS ini mampu mengenal pasti kelembapan pakaian secara automatik.

Dalam masa yang sama, dapat mengekalkan kualiti fabrik dan memberikan proses pengeringan sangat efisien.

Uniknya lagi, mesin ini mempunyai sistem Smart Diagnosis dimana anda boleh connected dengan telefon pintar untuk mengenal pasti masalah mesin yang dihadapi.

Bagaimanapun pihak LG tidak menjamin ketepatan masalah yang dinyatakan. 

Mesin pengering ini mempunyai sistem Two-way Tumbling dimana akan berpusing berselang seling mengikut arah jam dan berlawanan bagi mengelakkan pakaian berpintal antara satu sama lain dan berkedut.

Sistem ini hanya untuk kegunaan 4 program saja; Cotton, Easy Care, Mixed Fabrics dan Refresh. 

Selain daripada sistem hebat, mesin ini mempunyai 8 jenis sensor canggih dan setiap sensor itu fungsinya berbeza.

Samsung 8KG Heat Pump Dryer with Optimal Dry DV80TA220AE
Semak Samsung 8KG Heat Pump Dryer with Optimal Dry DV80TA220AE harga dibawah:
add_circle Penggunaan elektrik jimat
add_circle Mempunyai 3 jenis sensor canggih
add_circle Mampu mengeringkan pakaian dalam masa 35 minit
remove_circle Harga mahal

Mesin ini menggunakan teknologi A+++ Energy Efficiency dimana dapat mengurangkan penggunaan elektrik walaupun kapasiti mesin pengering ini mampu memuatkan sebanyak 8kg.

Selain itu, mesin ini boleh memanaskan kain selama 180 minit.

Tapi jangan risau, kepanasan automatik dikawal mengikut kesesuaian kelembapan kain supaya kain tidur mudah reput, berpintal mahupun kedut.

Apa yang menariknya lagi, mesin ini mempunyai sistem The Quick Dry 35' dimana dapat mengeringkan pakaian dalam masa 35 minit dengan kepanasan yang tinggi dalam kuantiti kain yang sedikit. Jimat masa!

Malah, penggunaan penapis pada mesin ini adalah penapis  2 dalam 1 yang mana  dapat mengoptimumkan prestasi pengeringan dengan baik.

Mesin pengering baju 10kg
Midea
Midea 10KG Heat Pump Dryer MD-K1088HP
Semak Midea 10KG Heat Pump Dryer MD-K1088HP harga dibawah:
add_circle Penjimatan penggunaan elektrik
add_circle Mempunyai 16 jenis program
add_circle Mempunyai child lock
remove_circle Mengeluarkan bunyi semasa kitaran putaran

Mesin pengering berjenama Midea ini menggunakan teknologi Heat Pump Drying di mana proses pengeringan bermula dengan pengumpulan haba dari udara sekeliling yang kemudian dimampatkan untuk meningkatkan suhu pengeringan.

Teknologi ini terbukti menjimatkan tenaga dan masa kerana ia mengguna semula haba yang dihasilkan sepanjang proses pengeringan. 

Teknologi ini memastikan suhu tidak mencecah 50°C, melindungi pakaian anda daripada kerosakan. 

Selain itu, dengan saiz yang lebih besar berbanding mesin pengering yang lain, anda boleh memuatkan pakaian seisi keluarga. 

Jika anda risau akan anak-anak yang bermain di sekitarnya, tidak perlu lagi berasa sedimikian kerana ia mempunyai child lock yang menyukarkan mereka membukanya. 

Cepat, jimat dan selamat, mesin pengering ini sememangnya memahami keperluan anda sekeluarga.

Mesin pengering baju dengan colour care
Electrolux
Electrolux Dryer (7.5KG) UltimateCare™ 300 Venting Dryer
Semak Electrolux Dryer (7.5KG) UltimateCare™ 300 Venting Dryer harga dibawah:
add_circle Senang untuk dipasang dan digunakan
add_circle Tidak mengeluarkan bunyi bising
add_circle Penjagaan warna pakaian yang baik
remove_circle Saiz kecil untuk harga yang ditawarkan

Jika anda memiliki pakaian yang memerlukan penjagaan bermutu tinggi, pengering Electrolux UltimateCare ini dapat membantu anda.

Pengering ini unik kerana memiliki ciri colour care, dimana ia boleh meningkatkan penjagaan warna pakaian sehingga 80% lebih baik daripada pengeringan biasa.

Tidak cukup dengan itu, dramnya bergerak secara bergantian mengikut arah jam dan lawan jam untuk mengelakkan warna pudar dan mengurangkan kedutan. 

Memiliki pelbagai jenis fabrik pakaian juga tidak menjadi masalah kerana Electrolux UltimateCare dilengkapi dengan 12 program pengeringan yang berkebolehan menyesuaikan keperluan pengeringan fabrik pakaian anda. 

Ditambah pula dengan pemasangan yang mudah dan reka bentuk sesuai dengan sebarang susun atur rumah, tidak hairan jika mesin pengering ini menjadi pilihan ramai.

Mesin pengering baju murah
Khind
Khind Dryer 8KG CD819
Semak Khind Clothes Dryer 8KG CD819 harga dibawah:
add_circle Panel paparan LED yang mudah digunakan
add_circle Ringan dan mudah untuk dialihkan
add_circle Pengeringan pada suhu tinggi 60°C
remove_circle Kurang sesuai untuk penggunaan keluarga besar

Jika anda mencari mesin pengering yang berkualti tanpa mahu berbelanja lebih, mungkin mesin pengering CD819 berjenama Khind inilah jawapannya. 

Pertama sekali, ia datang dengan kebolehan mengering sehingga mencecah suhu 60°C. 

Selain memastikan pakaian anda bebas kuman, mesin pengering anda juga dijamin selamat daripada cross-contamination yang mungkin terjadi setiap kali anda menukar pakaian yang hendak dibasuh. 

Di samping kebolehan mengering yang baik, penggunaannya juga mudah.

Bukaan pintu lebar sebanyak 150 darjah membantu anda memuatkan pakaian dengan lancar manakala paparan LED yang jelas memudahkan anda mengawal fungsi-fungsi yang dikehendaki. 

Cukup sesuai untuk mereka yang mengutamakan kebersihan sepanjang masa. 

Dryer jimat elektrik
Hisense
Hisense Washer Dryer Wifi Connection
Semak Hisense Washer Dryer Wifi Connection harga dibawah:
add_circle Mesin dua dalam satu yang menjimatkan
add_circle Mempunyai ciri 'pause and play'
add_circle Dilengkapi sambungan WiFi
remove_circle Fungsi pengering sedikit perlahan

Mesin pengering dari Hisense ini juga merupakan sebuah mesin basuh, jadi anda akan dapat 2 dalam 1.

Mengenakan teknologi Pure Stream dan Pure Jet, mesin ini membantu anda membasmi kuman dan menyental sisa-sisa kotoran daripada ruang pembasuh, menjadikan kualiti basuhan lebih bersih.

Bagi fungsi pengering, ia memiliki Steam Refresh yang mampu menghilangkan bau busuk pakaian dan pada masa yang sama melembutkan fabrik. 

Paling menarik, ia juga dilengkapi dengan sambungan WiFi yang memudahkan kerja rumah anda.

Hanya kawal melalui aplikasi Connect Life pada telefon bimbit anda dan mesin pengering ini akan terus bekerja sementara anda menghirup teh di ruang tamu.


Bagaimanakah Mesin Pengering Baju Berfungsi?

Pasti ada di antara kita tertanya-tanya bagaimana mesin pengering baju berfungsi? Hebat betul teknologi masa kini.

Cara mesin ini berfungsi dengan udara dipindahkan ke drum melalui penapis longgokan yang berfungsi untuk membersihkannya.

Kemudian, terus ke proses pemanasan dimana mesin akan berpusing sehingga suhu mencecah kepada 60-70 darjah celcius.

Sewaktu ini, bahagian kipas mula bergerak untuk mewujudkan jisim udara ke dalam tangki dobi.

Dari sana, selepas penyejatan, masuk pula proses penukar haba di mana kelembapan dikeluarkan dari situ.

Pada akhir prosedur ini, sekali lagi diarahkan ke pemanas untuk proses seterusnya.


Apa Beza Vented & Condensed Dryer?

Tak dinafikan bila musim hujan, mesin pengeringlah menjadi target utama untuk keringkan baju.

Kalau pergi dobi layan diri, bahagian mesin pengering mesti penuh sehinggakan kena tunggu giliran sehingga berjam-jam lamanya.

Bagi mengelakkan dari perkara ini berlaku, mulalah terasa nak beli sebuah mesin pengering di rumah supaya lebih jimat masa.

Tapi sebelum membeli, anda perlu tahu perbezaan antara jenis vented dan condensed mesin pengering.

  • Vented 

Memiliki harga yang murah dimana harga RM800 sudah boleh dapat.

Cuma jenis ni perlu letak di bahagian luar rumah sebab untuk proses mengeluarkan aliran wap air.

Jika letak dalam rumah, pastikan terdapat satu saluran untuk tujuan mengeluarkan wap air tersebut.

  • Condensed

Harga agak mahal kerana boleh mencecah RM1200 ke atas.

Tapi jenis mesin pengering condensed anda tidak perlu letak di bahagian luar rumah untuk proeses wap air.

Ini kerana proses wap ditukar menjadi air dan disimpan di dalam bekas yang telah disediakan dalam mesin ini.

Jadi, setiap kali selepas selesai proses pengeringan, anda perlu buang air yang terkumpul tersebut.

Dari segi penggunaan elektrik, terdapat tambahan RM15 hingga RM20 jika penggunaan mesin pengering setiap hari.

Kesimpulannya, buatlah pembelian yang bijak supaya anda rasa berpuas hati duit yang dilaburkan.


Cara Pilih Mesin Pengering Baju (Dryer)

Pernahkah anda terpaksa menunggu lama untuk pakaian anda kering selepas dicuci?

Kini, dengan adanya alat pengering pakaian, proses pengeringan pakaian menjadi lebih cepat.

Tidak tahu yang mana satu mesin pengering baju yang anda nak beli?

Jangan risau, berikut tips untuk membantu anda memilih pengering pakaian.

  • Saiz 

Apabila memilih pengering, tentukan saiz dan kapasiti mesin pengering serta bilangan ahli keluarga.

Jadi anda boleh mengeringkan semua pakaian secara serentak tanpa menunggu lama.

  • Ciri

Mesin pengering baju mempunyai pelbagai fungsi dan ciri seperti sensor kelembapan, pilihan program, suhu dan banyak lagi.

Sensor kelembapan dalam pengering ini amat berguna untuk memastikan mesin berhenti beroperasi sebaik sahaja pakaian telah kering sepenuhnya, sekali gus menjimatkan tenaga dan melindungi pakaian daripada kerosakan.

Selain itu, terdapat beberapa pilihan program yang tersedia yang membolehkan anda menyesuaikan proses pengeringan dengan keperluan anda.

  • Cekap tenaga

Mesin pengering juga memerlukan tenaga elektrik untuk beroperasi, jadi beli pengering yang menjimatkan tenaga elektrik sehingga boleh mengurangkan bil utiliti bulanan anda.

Anda juga boleh menyemak stiker lima bintang cekap tenaga elektrik yang terdapat pada mesin pengering jika ada.

  • Jenama

Untuk memastikan anda membeli pengering yang tahan lama, cari mesin pengering dengan jenama dan jaminan yang boleh dipercayai sama ada daripada pengilang atau penjual.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Mesin Pengering Baju (Dryer)

Dengan menggunakan mesin pengering baju, anda boleh menjimatkan masa dan mengelakkan lembapan yang boleh membawa kepada bau yang tidak menyenangkan.

Tambahan pula, mesin pengering boleh mengelakkan pakaian daripada rosak akibat matahari semasa proses pengeringan dan baju anda juga boleh bertahan lebih lama.

Anda juga boleh mengeringkan baju dengan jumlah yang banyak dan mesin pengering juga sangat praktikal.

Selain itu, mudah digunakan dan menjimatkan ruang kerana anda tidak perlu menggantung pakaian di dalam atau luar rumah.

Malahan, terdapat juga sesetengah mesin pengering baju yang boleh menghilangkan kedutan pada pakaian anda.

Tapi kekurangan utamanya ialah apabila pakaian dikeringkan dalam mesin pengering, terdapat risiko pakaian mengecut dan warnanya berubah jika anda menggunakan tetapan yang salah terutamanya pakaian dari fabrik sutera atau linen.

Oleh itu, elakkan daripada mengeringkan pakaian pada suhu yang terlalu tinggi dan memastikan pakaian yang dikeringkan sesuai dengan suhu dan tetapan pada mesin pengering baju.


Artikel Berkaitan

End of Article