Tahukah anda apakah itu inverter? Ianya adalah sejenis teknologi terkini yang dilengkapi dalam barangan elektrik seperti aircond, mesin basuh, dan oven yang berfungsi untuk mengurangkan arus tenaga agar dapat melakukan penjimatan elektrik. Arus elektrik yang dikenali sebagai ‘alternate current’ yang dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad ke setiap premis seperti kediaman, pejabat dan bangunan akan ditukarkan oleh inverter kepada arus rendah yang dikenali sebagai ‘direct current’. 

Aircond yang dipasang dengan inverter dapat menjimatkan tenaga apabila sudah mencapai suhu yang stabil. Ia sesuai digunakan dalam ruangan kecil seperti bilik tidur, bilik hotel dan ruang pejabat kerana tidak terlalu luas jika digunakan dalam jangkamasa yang panjang. Sedang mencari aircond inverter yang sesuai untuk kegu

naan anda? Mari ikuti senarai di bawah.

1. HAIER 1.0HP Inverter Air Conditioner

Aircond inverter dilengkapi penapis habuk

Harga mulai RM969.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM969.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM989.00

Dinobatkan sebagai salah satu jenama pengeluar penghawa dingin terbaik, Haier telah menerima 4 bintang untuk aircond jenis smart inverter ini. Dengan teknologi smart clean yang dilengkapi penapis habuk, aircond ini dapat memerangkap habuk dan membersih udara dingin yang dikeluarkan. Aircond ini dapat mendinginkan ruangan kegemaran anda dalam masa hanya beberapa minit sahaja. 

Mudah untuk dipasang, sistem aircond ini beroperasi dengan bunyi yang rendah. Pasti tidak akan mengganggu tidur malam anda. Haier merupakan jenama terbaik dalam mengekalkan kualiti produknya. Tunggu apa lagi? Cubalah sekarang!

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. GREE 2.5HP Inverter Series Wall Split Air Conditioner

Aircond inverter yang menjimatkan penggunaan elektrik

Harga mulai RM2,040.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM2,040.00

Jika anda sedang mencari aircond inverter yang sangat menjimatkan tenaga elektrik, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk membeli produk dari jenama Gree ini. Dengan 2.5HP, ianya mampu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 50%. Dilengkapi ciri ‘3D airflow’ yang boleh mengeluarkan angin penghawa dingin secara menegak dan melintang.

Dengan waranti selama 2 tahun anda tidak perlu risau jika berlaku kerosakan, hubungi sahaja pengedarnya.

7 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. ACSON 1.0HP S-Series Inverter (A5WMY10S)

Dilengkapi dengan compresor – sistem operasi berbunyi rendah

Harga mulai RM1,339.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM1,499.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM1,339.00

Aircond inverter berjenama Acson ini dilengkapi dengan compressor yang mempunyai waranti selama 5 tahun. Dilengkapi dengan mod turbo yang dapat memberi kedinginan dengan pantas dalam ruangan yang panas. Selain dapat menjimatkan elektrik, ia juga mempunyai motor Silicon Control Rectifier yang berfungsi untuk melancarkan perubahan kelajuan aircond di samping dapat mengurangkan bunyi yang kuat. 

Aircond inverter dengan compressor ini juga boleh menyebarkan udara dingin, jauh sehingga 6 meter.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. DAIKIN Inverter Wall Mounted Air Conditioner (1HP)

Aircond inverter yang mesra alam (eco-friendly)

Harga mulai RM1,285.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM1,288.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM1,285.00

Istimewanya aircond inverter dari jenama Daikin ini adalah direka dengan fungsi mesra alam. Aircond ini dilengkapi dengan jenis refrigerant (penyejuk) yang mempunyai impak rendah ke atas pemanasan global. Sistem penyejukan yang dikenali sebagai R-32 ini tidak menipiskan lapisan ozon di samping mampu meningkatkan keberkesanan penggunaan tenaga elektrik lebih jimat.

Selain itu, inverter DC Compressor yang dipasangkan pada aircond ini dapat mengurangkan bunyi bising. Direka agar tidak menarik tenaga yang tinggi semasa dihidupkan (low starting current), sesuai untuk anda yang ingin aircond jimat tenaga.

35 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. SHARP 1.0HP J-Tech Inverter Air Conditioner (SHP-AHX9UED)

Aircond inverter dengan fungsi baby mode

Harga mulai RM1,049.00

Anda ingin memasang aircond di bilik tidur tetapi bimbang bayi anda kesejukan? Pilihlah aircond inverter jenama Sharp ini kerana ia dilengkapi dengan fungsi mod bayi (baby mode). Fungsi ini melindungi si kecil daripada kesejukan yang melampau kerana ia direka agar dapat menyejukkan keseluruhan bilik secara sekata. Kulit bayi dan kulit dewasa sangat berbeza. Lebih sensitif dan cepat mengering membuatkan kulit si kecil terasa pedih.

Udara dingin daripada aircond inverter ini tidak menghala secara terus ke arah bayi sebaliknya menghala ke bahagian siling bilik lantas menjadikannya nyaman dan selesa. 

10 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. Midea 1.0HP All Easy Series MSAE-10CRN1

Aircond inverter pengaliran udara yang luas – murah dan berkualiti

Harga mulai RM689.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM689.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM695.00

Pernahkah anda berada dalam bilik yang mempunyai aircond tetapi tidak berasa sejuk kerana udara yang dingin tidak sampai kepada anda? Aircond inverter dari jenama Midea ini dapat menyelesaikan masalah anda. Dengan sudut pengaliran udara yang luas iaitu sebanyak 110 celcius untuk aliran udara secara menegak (vertical) dan 120 celcius untuk aliran udara secara melintang (horizontal).

Jadi, udara dingin akan meliputi hampir keseluruhan bilik menjadikannya nyaman dan selesa untuk anda. Aircond ini juga mudah dipasang, diselenggara dan dibersihkan.

31 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. PANASONIC 1.0HP Premium Inverter AERO Series (CS-S10TKH)

Aircond inverter dengan 2 sistem pendinginan

Harga mulai RM1,535.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM1,535.00 shopping_cart Senheng Malaysia RM1,535.00

Aircond inverter ini mempunyai 2 cara pendinginan iaitu secara langsung (fast cooling) mahupun tidak langsung (shower cooling). Untuk kesan dingin secara langsung, aircond ini akan terus menghala kepada anda sebaik saja ia dihidupkan lalu memberikan kedinginan dengan pantas.

Bagi kesan dingin secara tidak langsung, aircond ini akan menghala ke atas ruangan lalu menjadikan persekitaran anda nyaman kerana udara dingin dapat disebarkan secara menyeluruh. Fungsi ini juga dapat mengelakkan keadaan menjadi terlalu sejuk dan memberikan keselesaan kepada anda.

6 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Nuha al-Basri

An avid reader, sometimes a writer but a life long learner.

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!