Product in this article

Cuaca panas di luar tidak menjadi masalah lagi kepada anda sekiranya memiliki penghawa dingin di rumah, rata-rata penduduk di Malaysia sudah pun memiliki penghawa dingin di rumah untuk keselesaan diri. Tahukah anda kini boleh memiliki penghawa dingin di rumah dalam harga yang mampu milik?

Penghawa dingin yang murah tidak semestinya tidak bagus berbanding dengan harga yang lebih mahal. Di sini terdapat beberapa jenis penghawa dingin harga dibawah RM1000 yang boleh anda pertimbangkan sebelum membeli.

1. Hisense Air Cond 1.0HP Air Conditioner- HAC-09DJN
Aircond terbaik untuk bilik besar
Buy Now RM1,099.00

Penghawa dingin Hisense memiliki reka bentuk yang menarik dan elegan. Bukan hanya itu, malah ia juga memastikan anda dapat tidur yang selesa dan mampu menyejukkan bilik yang luas dengan lebih cepat. Penghawa dingin ini dilengkapi dengan mod tidur, mod pintar, mod hidup semula secara automatik dan pemasa 24 jam.

Kini anda boleh menikmati angin sejuk di bilik anda dengan hanya perlu mengawal dari alat kawalan jauh.

Buy Now RM860.00

Penghawa dingin York beroperasi dengan sangat baik untuk memastikan keselesaan anda. Dengan reka bentuk yang lebih kecil, ia akan menjimatkan lagi penggunaan ruangan di rumah. Selain itu, ianya juga penghawa dingin yang beroperasi secara senyap tanpa menganggu tidur malam anda.

Penghawa dingin yang berkecekapan tinggi kerana mudah dibersihkan dan boleh membersihkan udara dengan sendiri dan yang paling penting anti bakteria. Dengan teknologi inverter yang ada pada penghawa dingin ini menjadikannya mesra alam kerana dapat menjimatkan penggunaan tenaga.

Aircond tahan lama yang murah
3. Sharp (AHA9UCD) 1HP Air Conditioner
Aircond tahan lama yang murah
Buy Now RM748.98

Penghawa dingin ini bukan sahaja dapat menyejukkan tetapi ia juga menjaga udara di persekitaran anda untuk memastikan anda menghidu udara yang segar dan bersih. Dengan fungsi pembersihan sendiri yang ada pada penghawa dingin ini memastikan agar pertumbuhan kulat dapat dihalang.

Tambahan pula dengan kuasa mod turbo yang dimiliki pada penghawa dingin menjadikannya penghawa dingin yang berkuasa tinggi kerana dapat menyejukkan bilik dengan lebih cepat.

Aircond inverter murah yang bagus dan murah
4. Midea 1.0HP Ionizer MSK4-09CRN1 Air Conditioner
Aircond inverter murah yang bagus dan murah
Buy Now RM665.00

Penghawa dingin ini memiliki teknologi inverter iaitu beroperasi dengan cekap dan pantas untuk memberikan aliran udara sejuk untuk ruangan rumah anda. Bukan sahaja itu, malah ia juga penghawa dingin yang menyejukkan dan juga dapat menjimatkan penggunaan tenaga.

Ianya juga dapat mengesan secara automatik sekiranya berlaku kerosakan pada penghawa dingin.

Kini anda bukan sahaja perlu mengawal dari alat kawalan jauh, tetapi juga boleh melalui aplikasi android dan iOS terus dari telefon pintar anda. Anda bolehlah nikmati tidur yang lena sambil menghirup udara yang segar dengan penghawa dingin ini.

5. Toshiba Air Conditioner RAS-H10S3KS 1.0HP
Aircond terbaik untuk udara berbau
Buy Now RM778.99

Air cond dengan reka bentuk moden dan bersaiz besar ini sangat sesuai untuk ruangan rumah yang besar. Penghawa dingin Toshiba memiliki sistem penapisan yang sangat cekap kerana ia membantu untuk memastikan udara yang selamat dan lebih segar kerana mampu membunuh 99.9% bakteria, bau makanan, asap, debu dan juga menjadi penghalang kepada virus-virus jahat dari muncul.

Udara yang dihasilkan juga sejuk, bebas bau dan dapat dirasai walaupun dari kedudukan yang agak jauh. Walaupun memiliki kucing peliharaan di rumah ianya tidak menjadi masalah dengan adanya penapisan IAQ pada penghawa dingin ini.

6. Panasonic CS-PV9TKH Standard R410 Air Conditioner
Aircond kipas Aerowings yang murah
Buy Now RM1,182.00

Penghawa dingin ini datang dengan teknologi iAuto, iaitu  mampu memberi 15% penyejukan yang lebih pantas dan memastikan suhu bilik dalam keadaan yang sama sepanjang masa. Panasonic juga jenama yang dikenali ramai dan dipercayai akan kehebatan setiap alatan elektronik yang dikeluarkan. Tambahan pula, ianya juga telah diuji untuk melindungi daripada kerosakan daripada kilat, api ataupun karat.

Penghawa dingin yang bagus dengan kipas jenis hayunan Aerowings, bagi memastikan udara sejuk dapat sebarkan ke seluruh bilik.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Peralatan Besar

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!