Jika anda sedang merancang untuk membeli peti sejuk yang mampu menjimatkan elektrik, gunakan peti sejuk yang mempunyai sistem inverter. Teknologi yang asalnya dicipta dari Jepun ini sangat efisien serta mampu menjimatkan elektrik sehingga 30 - 50% berbanding peti sejuk biasa. Teknologi inverter ini akan membuatkan kompresor peti sejuk anda bekerja mengikut keperluan persekitaran. 

Di kala keadaan persekitarannya agak panas, ia akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk memastikan suhu peti sejuk kekal pada tahap yang dikehendaki. Manakala, apabila pada persekitaraan yang rendah, ia hanya menggunakan tenaga elektrik untuk mengekalkan keadaan suhu. Ayuh, ikuti senarai pilihan peti sejuk dengan teknologi inverter untuk pilihan anda;

1. SHARP J-Tech Inverter Fridge SJ189MS

Peti sejuk kecil berkapasiti bawah 200L – untuk ruang terhad dan murah

Harga mulai RM859.99

Peti sejuk Sharp J-Tech Inverter ini menggunakan AG+ Nano Deodoriser yang membantu untuk mengurangkan bau di dalam peti sejuk. Ini bermakna, walaupun peti sejuk ini kecil, pengudaraannya masih baik dengan kehadiran teknologi berinovatif baru. Dengan aplikasi inverter, peti sejuk ini juga dilengkapi dengan eco-mode yang dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. 

Lengkap dengan bahagian untuk meletakkan telur dan poket di pintu untuk mengisi botol serta raknya diperbuat daripada tempered glass, memperkemaskan lagi rekaan dalam peti sejuk ini.

2. PANASONIC Fridge Inverter NR-BL348VSMY

Lengkap dengan sistem eco-friendly, alam sekitar terjaga lebih baik

Harga mulai RM1,363.00

Bagi anda yang benar-benar menitikberatkan persekitaran alam, minimakan penggunaan peralatan yang boleh menyumbang kepada kerosakan bumi seperti peti sejuk Panasonic ini. Dengan menggunakan teknologi Econavi dicipta untuk memaksimakan penjimatan tenaga, mengurangkan penggunaan air serta mesra alam. 

Ianya dilengkapi dengan tiga sensor kawalan untuk penjimatan tenaga secara berganda. Sensor pintu membolehkannya mengesan frekuensi pintu peti sejuk dibuka dan ditutup. Sensor luar dan dalam pula untuk mengesan suhu dan mengimbangkan keadaan peti sejuk agar dapat mengekalkan kesegaran bahan-bahan yang tersimpan di dalamnya.

3. HITACHI Inverter Fridge R-V710P7M

Peti sejuk inverter untuk mengekalkan kesegaran sayur-sayuran anda

Harga mulai RM2,978.00

Peti sejuk Hitachi ini mempunyai teknologi inverter yang didatangi dengan dua kipas penyejuk. Dilengkapi Titanium Nano Filter untuk mengekalkan kesegaran bahan-bahan tersimpan di dalamnya untuk jangka masa yang lama. 

Ianya juga didatangi dengan Kawalan Touch Screen dan penggera untuk pintu jika dibiarkan lama tidak bertutup atau tidak ditutup dengan rapat. Bahan penyejuk yang digunakan oleh peti sejuk ini adalah mesra alam dan tidak mengandungi sebarang CRF dan HFC serta menghalang kulat membiak dengan mudah.

4. HAIER Inverter Fridge HRF-IG525AM

Peti sejuk inverter yang boleh memuatkan pelbagai bentuk minuman

Harga mulai RM2,999.00

Peti sejuk Haier ini dilengkapi dengan teknologi inverter yang dinamik dan mendapat anugerah 5-bintang untuk rating penggunaan tenaga. Ia mempunyai 4 poket di pintu membolehkan botol-botol minuman kegemaran anda disimpan dalam satu masa yang sama. Peti sejuk Haier ini juga mempunyai satu laci MyZone yang boleh anda kawal suhu di dalamnya dan memuatkan minuman yang memerlukan simpanan pada suhu yang tertentu.

Peti sejuk ini juga dilengkapi dengan teknologi yang menghalang bakteria untuk hidup dan ruang peti sejuk beku untuk menyimpan barangan basah seperti ikan, ayam dan daging, terletak di bahagian bawahnya.

5. TOSHIBA Inverter Fridge GR-A25MS(DS)

Berkapasiti lebih daripada 200L, berkualiti tinggi

Harga mulai RM1,018.00

Berharga dalam lingkungan RM1,000, Toshiba menawarkan harga yang berpatutan untuk peti sejuk inverter yang berkapasiti lebih daripada 200L. Kebanyakan peti sejuk inverter berharga agak mahal berbanding peti sejuk biasa kerana teknologi inverter yang boleh menjimatkan tenaga pada jangka masa panjang. 

Dilengkapi dengan sistem AG+ Bio Deodorizer yang membuatkan bahan-bahan di dalamnya tidak berbau. Ia juga dilengkapi dengan sistem kawalan elektronik yang mudah untuk dikendalikan. Peti sejuk ini juga mempunyai kipas penyejuk untuk menyejukkan barangan dengan pantas.

6. LG Inverter Fridge GC-B247KQDV

Peti sejuk inverter untuk pembuat kek kecil-kecilan di rumah

Harga mulai RM2,965.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM2,965.00 shopping_cart Senheng Malaysia RM3,662.00

Berita baik buat anda yang mengambil upah membuat kek dari rumah. Peti sejuk LG Inverter ini mungkin pilihan terbaik untuk anda. Saiznya besar sangat sesuian untuk menyimpan kek yang anda buat sementara menunggu masa penghantaran kepada pelanggan. Peti sejuk ini menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dengan kompresor inverter linear yang ada padanya. 

Raknya diperbuat daripada gelas yang kuat juga mempamerkan kekukuhan peti sejuk ini. Ianya dilengkapi dengan pelbagai sensor untuk kesesuaian penggunaan anda.

7. SAMSUNG Inverter Fridge RT53K6271

Sesuai untuk keluarga besar, gunakan peti sejuk inverter kapasiti 600L ke atas

Harga mulai RM2,250.00

Peti sejuk Samsung ini direka bentuk dengan 2 pintu, ianya boleh menampung muatan sehingga 620L. Peti sejuk ini menggunakan kompresor inverter yang linear dan dapat menjimatkan penggunaan tenaga seisi rumah. Dilengkapi dengan teknologi anti-bakteria yang menghalang bakteria hidup serta mengekalkan kesegaran makanan yang tersimpan di dalamnya.

Ianya mempunyai paparan kawalannya di pintu dan mudah untuk dikendali oleh sesiapa sahaja.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Tentang Ain Ashraf

mom who writes

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!