Para suri rumah atau sesiapa sahaja mesti gemar membuat kek, roti, biskut atau sebagainya.Tahukah anda ketuhar juga memainkan peranan yang penting dalam membuat makanan ini selain daripada resepinya? Anda seharusnya memilih ketuhar mengikut jenis masakan anda seperti kapasiti, pengunaan kuasa, ketahanan dan juga fungsi ketuhar tersebut. Berikut beberapa jenis ketuhar untuk baking yang boleh didapati di pasaran.

1. Pensonic 20L Oven PEO-2001

Oven terbaik untuk membakar roti
Harga mulai RM109.85
Shopee Malaysia RM109.85

Ketuhar ini bersaiz 20liter dan berkuasa tinggi iaitu 1380Watt. Ia mampu membakar dan memanggang makanan seperti ayam, roti, biskut dan sebagainya. Dengan suhu yang boleh diselaraskan membolehkan anda mengawal suhu dan ia juga hadir dengan loyang.

Ketuhar ini akan memastikan setiap makanan yang dibakar dalam suhu yang optimum untuk memastikan makanan tidak menjadi terlalu kering atau hangus. Perkakas yang cukup  sempurna jika anda memilihnya untuk melengkapi dapur rumah anda.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. KHIND 52Liters Electric Oven OT5205

Ketuhar untuk membakar kek
Harga mulai RM269.00
Shopee Malaysia RM269.00

Ketuhar membakar kek yang menggunakan fungsi konveksi bagi memastikan haba panas diedarkan secara merata. Bukan sahaja itu, ia juga mempunyai pemutar panggang yang mampu berpusing 360 darjah untuk pemanggangan yang sempurna.

Dengan suhu kawalan sehingga 230 darjah celcius memberikan keenakan yang cukup istimewa untuk kek, biskut atau apa sahaja makanan yang dibakar. Ia juga ketuhar yang bersaiz besar iaitu seluas 52liter dan baik sekiranya anda memiliki bilangan keluarga yang bersaiz sederhana.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Milux Electric Oven 45L MOT-45

Oven untuk membakar kek yang lebih besar
Harga mulai RM310.00
Shopee Malaysia RM310.00

Ketuhar digital ini mempunyai tombol kawalan yang berbeza-beza iaitu untuk suhu, waktu. kawasan pemanasan dan anda tidak perlu risau kerana ia juga mempunyai lampu yang sedia ada di bahagian dalam ketuhar bagi memudahkan anda untuk pemantauan. Apa yang lebih menarik, ketuhar ini mempunyai kapasiti seluas 45 liter iaitu ini dapat memudahkan anda untuk mambakar kek yang bersaiz lebih besar.

Anda kini boleh menikmati hidangan bakar yang enak dengan mudah dan ringkas dengan ketuhar ini.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. MORGAN Electric Oven 20 Litre MEO-HC22B

Oven untuk membakar biskut
Harga mulai RM102.78
Shopee Malaysia RM102.78

Morgan MEO-HC22B Electric Oven memberikan anda pengalaman membakar yang mudah kerana ia mempunyai elemen pemanasan keluli tahan karat untuk pemanasan yang konsisten. Ketuhar elektrik mempunyai pemasa sehingga 60 minit supaya anda boleh memilih tetapan masa dan suhu yang sesuai bergantung kepada apa yang ingin dibakar atau dipanggang.

Ketuhar ini datang dengan dulang pembakar, rak dawai, dan pemegang dulang.  Mempunyai kapasiti 20 liter ketuhar dan menggunakan 1380W untuk memastikan hidangan yang istimewa dapat disediakan.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. Kenwood MO280 Oven Toaster (White)

Oven terbaik yang bersaiz kecil
Harga mulai RM155.00
Shopee Malaysia RM155.00

Kenwood Ovens Toaster MO280 yang direka dengan pintu kaca menjadikan ketuhar ini lebih istimewa. Ketuhar ini mempunyai kapasiti seluas 10liter dan sesuai untuk memanggang dan membakar. Dengan kuasa 1100watt ia membolehkan ketuhar ini bekerja sehingga suhu maksimum 250 darjah celcius.

Tambahan dengan reka dalaman yang mempunyai permukaan memasak yang tidak melekat ini dapat memudahkan kerja pembersihan anda.

6. Singer EO20 Electric Oven

Ketuhar untuk baking yang murah dan berkualiti
Harga mulai RM139.00
Shopee Malaysia RM139.00

Ketuhar ini boleh memanggang, membakar dan juga membuat pizza. Anda tidak perlu risau dengan masa masakan kerana ia mempunyai pemasa yang akan berbunyi sesudah makanan dimasak. Elemen pemanasannya juga diperbuat daripada keluli tahan karat agar dapat digunakan lebih lama. Ketuhar ini datang dengan aksesori tambahan iaitu loyang pembakar, rak bakar dan juga stik panggang.

Kini bagi penggemar membuat kek anda kini boleh mencuba pelbagai resepi kek kegemaran anda kerana singer Eo20 elektric ketuhar ini boleh membakar segala jenis kek yang anda suka.

7. BUTTERFLY Electric Oven (19L) B-5218

Oven membakar yang tahan lama
Harga mulai RM148.00
Shopee Malaysia RM148.00

Jika anda ingin membuat kek, roti, biskut dan pizza, ketuhar ini mampu membuat segalanya. Ketuhar yang direka khas untuk kegunaan harian anda. Mempunyai elemen pemanas yang diperbuat daripada keluli tahan karat dan juga berkapasiti seluas 19Liter.

Anda tidak perlu risau untuk memantau masakan anda kerana ketuhar ini hadir dengan kawalan masa sehingga 60 minit. Ia juga mempunyai suhu kawalan yang boleh diselaraskan dan membuat biskut kesukaan anda walaupun dalam jumlah yang banyak kini tidak menjadi masalah kerana ia oven yang tahan lama.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Tentang S. Amirah

-Remember to have courage & be kind - Parttime writer & fulltime mother of one

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!