Setiap dapur di rumah akan terasa tak lengkap kalau tiada alat pengisar makanan atau blender betul tak?
Ia merupakan salah satu alatan masak yang akan memudahkan anda menyediakan bahan masakan mengikut resepi yang anda ingin hidangkan.
Terdapat banyak blender yang bagus dan pelbagai harga di pasaran dari blender untuk cili, daging atau membuat jus kesihatan - Semuanya ada!
Jom lihat senarai pilihan jenama blender terbaik dan harga blender berbaloi yang sudah tentu tak akan mengecewakan anda.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 17 Jenama Blender Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Blender komersial ini bukan sahaja sesuai untuk pengusaha kedai makan namun ianya juga bagus untuk aktiviti memasak di dapur harian.
Setanding dengan harga ia akan menjadi pelaburan terbaik untuk memudahkan kerja-kerja memasak yang banyak dan kerap.
Ciri-ciri:
Kapasiti jag 2.5 liter, anda boleh menyediakan jus atau minuman yang banyak dan ia sesuai untuk digunakan semasa penyediaan parti kecil-kecilan di rumah.
Bunyi kisaran blender ini lebih senyap berbanding blender biasa kerana dilengkapi dengan penutup khas pada bahagian luar supaya menenggelamkan bunyi bising dan kalis dari kotoran terpercik.
Selain itu, pengisar jenama Butterfly ini mempunyai suis kunci keselamatan, jadi ia selamat digunakan tanpa perlu risau tentang sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku.
Pulse setting pada blender ini pula akan menyebabkan alat ini terus mengisar makanan pada kelajuan yang tinggi selagi mana anda menekan butang kawalan.
Nampak canggih bukan blender ini? Ia menyediakan manual pengguna yang lengkap untuk memudahkan anda.
Review:
“Kualiti blender memang teguh dan tahan lama. Boleh recommend blender ini pada ahli keluarga yang lain. Sangat senang digunakan untuk apa jua tujuan mengisar makanan.”
Mahukan sesuatu produk yang boleh membantu anda untuk hidup dengan lebih sihat dan dapatkan berat badan yang ideal?
Jangan risau, rutin harian anda akan jadi lebih mudah dengan pengisar buah yang mudah dibawa ke mana-mana ini.
Hadir juga dengan botol yang diperbuat tanpa BPA, jadi anda boleh pindahkan minuman buah atau smoothies anda ke dalam botol tersebut.
Uniknya lagi, botol alat pengisar ini mempunyai cangkuk di mana ia boleh digantung pada beg anda.
Hasilnya, anda tetap boleh menikmati smoothies yang dibuat segar walaupun ketikaanda lakukan aktiviti sukan seperti bersenam atau mendaki bukit.
Ia juga mampu menghancurkan ais, jadi sebarang minuman seperti ice blended kegemaran anak-anak atau susu kocak (milkshake) juga boleh dibuat dengan mudah.
Untuk keselamatan pula, pengisar ini dilengkapi dengan perlindungan kunci keselamatan.
Walaupun ia bukan hand blender yang khas untuk makanan bayi tapi ia tetap konsep yang sama iaitu mengisar apa jua makanan dengan halus dan sempurna.
Hand blender dari Russell Taylor ini wajib ada pada setiap dapur, ia membantu menghaluskan puri atau sup bayi anda.
Rekaan ergonomik membuatkan ia ringan dan selesa untuk digunakan pada sebelah tangan sahaja.
Kelajuan motor blender ini 3 kali ganda lebih cepat berbanding jenama lain menjadikan kerja memasak makanan bayi anda tak ambil masa yang lama.
Menariknya lagi, pakej hand blender Rusell Taylor ini turur hadir dengan hand whisk, chopper dan jar saiz 500ml. Sangat berbaloi!
Jenama blender terbaik untuk pelbagai fungsi ini memang direka untuk anda yang gemar memasak untuk seisi keluarga.
Dengan motor berkuasa 2200W boleh diguna untuk mengisar bahan kering dan buah-buahan.
Jangan risau, pengisar ini mempunyai ciri tahan lasak kerana mampu mengisar bahan mentah seperti daging.
Paling bagus, produk jenama Imbaco ini boleh digunakan untuk mengisar buah-buahan untuk dijadikan minuman jus buah segar.
Malah, dengan kapasiti jag sebanyak dua liter juga memang lebih daripada cukup jika anda mahu menyediakan makanan untuk hidangan banyak.
Bahagian bilah pengisar pula jenis stainless steel dan ketajamannya pula mampu menghancurkan bahan makanan termasuk ais.
Blender Imbaco juga tak mudah tergelincir walaupun diletakkan di kawasan basah sebab ia mempunyai kaki getah di bahagian bawah.
Anda gemar membuat dessert namun tidak memiliki mixer?
Jangan risau, produk jenama Silver Crest ini sesuai untuk mereka yang suka membuat pemanis mulut.
Ia boleh digunakan untuk mencampurkan bahan semasa kisaran, memudahkan anda untuk tambah bahan-bahan semasa penggunaan.
Blender ini mudah dicuci dengan hanya perlu masukkan setitik sabun pencuci pinggan dan air suam, kemudian tekan butang dan mesin pengisar ini akan dicuci dalam masa seminit tanpa perlu menyental dengan tangan.
Dengan bilah yang kuat membuatkan alat ini turut mampu mengisar ais, jadi anda boleh buat minuman sejuk kegemaran sendiri di rumah.
Jadi jika anda mahu berniaga minuman jus atau smoothies tiada masalah lagi kerana pengisar Silver Crest direka juga untuk digunakan di restoran atau perniagaan minuman jus buah.
Uniknya lagi, jag pengisar ini pula dibuat dengan bahan tanpa BPA di mana ia selamat digunakan oleh seisi keluarga.
Bahagian penutupnya juga boleh dibuka separuh ketika kerja-kerja mengisar dijalankan untuk memudahkan penggunaan.
Bajet yang terhad tidak bermakna menu makanan harian untuk keluarga anda juga terhad.
Jenama Khind sering menjadi pilihan pemilik rumah di Malaysia kerana kualiti produknya tidak mengecewakan walaupun harganya lebih murah berbanding jenama lain.
Pengisar makanan ini pula sesuai dimiliki oleh pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga atau saiz keluarga yang sederhana.
Apa yang paling bagus tentang blender ini ialah ia memiliki bilah yang senang dicuci, jadi ia akan memudahkan kerja-kerja mencuci alat setiap kali selepas memasak.
Selain itu, bahan kering seperti biji kopi dan kacang juga mudah dikisar kerana ia dilengkapi dengan grinder pelbagai fungsi.
Ia juga dilengkapi dengan perlindungan fius therma yang boleh diset semula di mana ia akan mengelakkan masalah overheating.
Anda tak perlu ragu-ragu ketika menggunakan kerana produk ini turut mempunyai suis keselamatan.
Produk yang berwarna Lavender ini memang sesuai dimiliki oleh para isteri yang mahukan alat dengan warna lembut di dapur.
Hadir dalam warna putih, anda yang mementingkan nilai-nilai estetika di dapur sesuai untuk mendapatkan blender tangan Philips ini.
Dengan harga yang cukup berpatutan, anda juga bakal dapat aksesori lain seperti chopper dan pemukul telur dalam satu set lengkap.
Tambahan pula, pengisar ini senang digunakan, semudah ABC sebab penggunanya hanya perlu tekan butang yang tersedia pada badan produk ini.
Bilahnya pula merupakan jenis yang tidak akan memercikkan makanan ketika dikisar membuatkan dapur anda tak akan mudah kotor.
Ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata juga perlu memiliki produk ini kerana selain boleh digunakan untuk membuat puri makanan bayi.
Produk ini juga sesuai dijadikan hadiah untuk rakan-rakan anda yang baru berpindah ke rumah baru atau menimang cahaya mata.
Pengisar Tefal ini sesuai untuk mengisar ais kerana ia mempunyai fungsi menghancurkan ais menjadi seperti salji dalam masa seminit.
Kalau anda suka buat ais batu campur (ABC) di rumah, kini tiada masalah lagi.
Menggunakan kuasa 450W, blender ini mempunyai kapasiti jag 1.5L yang memang cukup untuk membuat minuman sejuk untuk seisi keluarga dengan cepat dan mudah.
Selain itu, jag blender ini juga boleh dibasuh dengan menggunakan mesin pencuci pinggan mangkuk kerana diperbuat daripada plastik, jadi penggunaan pengisar ini akan memudahkan kerja-kerja suri rumah tangga di Malaysia.
Tambahan pula, ia mempunyai sistem pengudaraan dan bahan boleh dikisar sehingga tiga minit tanpa henti.
Dapur anda pula tak akan mudah kotor ketika mengisar bahan-bahan masakan kerana ia dilengkapi dengan kaki suction (sedutan), jadi ia akan kekal stabil ketika mesin digunakan.
Set pengisar dengan pelbagai fungsi ini perlu dimiliki oleh anda yang gemar mencuba pelbagai jenis resepi baru.
Tak payah bazirkan duit beli pengisar lain untuk setiap makanan dan minuman kerana selain ada jag pengisar biasa, ia turut hadir dengan lapan jenis aksesori lain seperti balang dengan penapis dan chopper untuk mengisar bahan mentah.
Jadi, anda boleh tapis serat buah selepas mengisar buah-buahan termasuklah buah yang telah dibekukan untuk dijadikan jus. Sangat mudah dan menjimatkan masa!
Menariknya lagi, blender Samu Giken ini sesuai juga digunakan untuk membuat smoothies buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kapasiti jag utamanya pula besar, cukup untuk memasak pelbagai jenis makanan untuk semua ahli keluarga dan tetamu yang dijemput datang ke rumah untuk makan malam.
Selain mempunyai jaminan sehingga dua tahun, bilah blender ini tahan lama diperbuat daripada stainless steel dan produk ini telah mendapat pengesahan daripada Suruhanjaya Tenaga (SIRIM).
Jika anda mempunyai antara 5-6 orang dalam satu keluarga, kami syorkan beli blender dari jenama Panasonic model MX-EX1031WSK.
Ini kerana saiz jug blender utama adalah 1.35 liter dan dua lag jugi 1 liter, memang cukup besar untuk menampung kisaran makanan 5-6 orang.
Paling best, setiap pembelian anda akan dapat 3 jenis jug yang berlainan saiz dimana anda boleh spesifik kisaran iaitu untuk kering, buah atau cili.
Bahagian pisau kisar mempunyai ciri tahan karat jadi dan badan jug diperbuat daripada plastik, jadi nak jaga mesin ini memang senang. Jatuh tak pecah, basuh pun tak karat.
Jangan risau, walaupun saiz jug agak besar tapi saiz dan berat mesin pengisar Panasonic ini 1.8kg je, memang just nice untuk simpan dalam kabinet dapur.
Butang power mesin menggunakan jenis pulas dan mempunyai dua tahap power iaitu 1 dan 2.
Jadi, anda boleh pilih mana-mana tahap kelajuan mengikut bahan kisaran makan.
Blender Panaletrik 450W Blender Mixer 2 in 1 ini sesuai bagi mereka yang duduk bujang atau baru mendirikan rumah tangga.
Ini kerana saiz jug 1liter dan 50g untuk bekas kisar kering, memang just nice untuk jumlah isi rumah yang kecil.
Bahagian pisau kisar mempunyai ciri tahan karat jadi dan badan jug diperbuat daripada plastik, jadi nak jaga mesin ini memang senang. Jatuh tak pecah, basuh pun tak karat.
Manakala untuk butang power mesin terdapat 1 kelajuan saja tapi jangan risau, kelajuan kisaran cukup untuk mengisar cili kering atau buah sehingga hancur.
Jika anda ingin beli jug saja pun boleh cuma pastikan mesin untuk beberapa model Panasonic saja yang sesuai, anda boleh rujuk pada penerangan product di Shopee.
Blender Sharp mempunyai motor 350W berkuasa yang memadai untuk mengisar bahan makanan dengan lancar.
Tiga kelajuan pemilih dengan fungsi denyutan untuk kawalan pengisaran yang lebih tepat.
Bilah tahan karat yang tidak boleh ditanggalkan daripada tapak dan tiga kelajuan pemilih dengan pulse untuk kawalan pengadunan tepat (suis putar).
Dilengkapi fungsi kunci keselamatan untuk mengelakkan kemalangan dan bersama penutup bertapis memudahkan penapisan biji serta hasil campuran yang lebih halus.
Pembelian ini turut disertakan dengan jar plastik bermuatan 1.25 liter dan alat pengisar kering.
Pengisar Kenwood ini mempunyai sistem unik Triblade yang menggabungkan 3 elemen untuk prestasi terbaik.
Bilahnya yang bersudut mampu mengisar lebih banyak makanan dalam masa yang singkat.
Stick blender Triblade™ XL direka khas mengurangkan sedutan, manakala bentuk kaki yang unik menghalang percikan, menjadikan dapur anda lebih bersih.
Dengan tongkat pengadun XL yang lebih panjang, anda boleh mengadun lebih banyak dalam satu kelompok, atau mengadun terus dalam periuk besar tanpa risiko melecurkan tangan.
Hanya terdapat satu kelajuan + turbo dan pemegang SureGrip™ yang ergonomik pula memastikan operasi pengadunan lebih selesa.
Aksesori termasuk pencincang 500ml, puree & masher, whisk logam dan bikar mudah tuang 750ml membolehkan anda mencipta lebih banyak hidangan di dapur.
Paling penting, bahagian alat ini boleh dicuci di dalam mesin basuh pinggan dan ini menjimatkan masa anda di dapur!
Badan blender Riino diperbuat daripada keluli tahan karat gred 304 manakala mangkuknya daripada kaca yang tahan lasak yang boleh disimpan dalam peti sejuk.
Ia dilengkapi dengan empat bilah pisau berbentuk 'S' yang sangat tajam dan dapat mencincang bahan makanan 360 darjah dalam beberapa saat sahaja.
Menggunakan motor copper core yang berkuasa tinggi mampu mengendalikan tugas mengisar dengan lancar.
Menawarkan kawalan tiga kelajuan (rendah, sederhana dan tinggi) untuk memenuhi keperluan pelbagai jenis bahan makanan.
Pemegang sisi yang besar pula memudahkan anda untuk membawa pengisar tangan dengan satu tangan sahaja.
Jangan risau, blender ini mudah dibersihkan kerana mangkuk, bilah dan penutup boleh ditanggalkan.
Portable blender Panasonic pilihan yang terbaik buat mereka yang ingin menikmati jus buah ketika bercuti atau tinggal di asrama.
Dengan kuasa 300W dan 6 bilah tajam yang tahan karat, portable blender ini boleh menghasilkan jus, smoothie dan makanan bayi dalam masa 40 saat sahaja.
Cawan pengisar diperbuat daripada bahan tritan yang bebas BPA, gred makanan dan tahan suhu tinggi.
Boleh dicas melalui port USB dan baterinya yang tahan lama membolehkan anda mengisar sehingga 15 cawan sekaligus.
Cukup tambah buah-buahan, sayur-sayuran dan air, kemudian tekan dua kali untuk mula.
Sediakan minuman kegemaran keluarga dan tetamu dengan pengisar makanan berkapasiti 2L ni!
Dengan kuasa 700w, blender ini mampu mengisar segala jenis bahan dengan cepat dan halus. Nak buat ice blended pun tiada masalah!
Berat hanya 1.9kg, jadi senang dikendalikan dan dialih dari satu tempat ke tempat lain.
Dilengkapi jag plastik bebas BPA yang selamat untuk makanan, jigsaw bilah 6 mata tahan karat yang tajam, tiga kawalan kelajuan dan mod pulse/clean untuk kemudahan anda.
Ciri keselamatan perlindungan interlock dan kaki anti-slip untuk kawalan yang stabil.
Turut disertakan dengan cawan penyukat 50ml dan pengisar kering untuk kegunaan dapur harian.
Pengisar Pensonic PB-5001 pelbagai fungsi ini membolehkan anda mengisar, mencincang dan memproses makanan dalam satu perkakas.
Bilah keluli tahan karat yang tajam membolehkan anda mengisar bawang, cili kering, kacang dan juga daging dengan cepat.
Dengan kelajuan tetap, anda boleh memproses makanan sehingga halus atau meninggalkan sedikit ketulan untuk tekstur tambahan.
Ciri keselamatan double safety switch dan child lock menjadikannya selamat untuk semua ahli keluarga.
Bekas berkapasiti 1.8L untuk pengisar dan 1.2L untuk pemprosesan makanan basah dan kering.
Turut dilengkapi citrus juicer serta aksesori lain seperti pisau pencincang dan pencampuran doh.
Sediakan hidangan sedap dan sihat untuk seluruh keluarga dengan PB-500!
Bagaimana Cara Pilih Blender?
Sebelum anda membeli pengisar, pertimbangkan faktor di bawah;
-
Tujuan penggunaan blender
Adakah anda mahu membuat jus buah-buahan, smoothie, mengisar cili kering atau kacang?
Blender serba boleh dengan fungsi tambahan seperti mengisar, memotong dan mencampurkan bahan lebih berguna.
-
Kapasiti tangki blender
Bagi yang cari blender untuk kegunaan di rumah, beli je pengisar antara 1-2 liter sudah memadai.
Jadi lebih mudah untuk mengisar banyak bahan masakan sekaligus.
-
Kuasa motor
Blender dengan kuasa motor yang lebih tinggi (600 watt ke atas) mampu mengisar bahan dengan lebih efisien.
Lebih banyak pilihan kelajuan memudahkan anda mengendalikan bahan berbeza.
-
Saiz dan bentuk blender
Jika ruang dapur terhad, pilihlah saiz blender yang kecil dan mudah disimpan.
Lagi selamat pilih blender dengan gred makanan atau bebas BPA.
-
Harga blender
Paling penting, pilih blender yang sesuai mengikut bajet kewangan dan jenama blender terbaik.
Apa Kelebihan & Kekurangan Blender?
Antara kelebihan blender adalah anda boleh mengisar bahan makanan dengan lebih cepat.
Blender juga mampu mengisar pelbagai jenis bahan mentah termasuk buah-buahan, cili kering, kacang, bijirin dan banyak lagi.
Sangat menjimatkan ruang dan masa terutamanya untuk mereka yang sibuk bekerja.
Cukup dengan masukkan bahan makanan ke dalam bekas blender, tutup dan hidupkan blender.
Tahap kelajuan juga mudah dikawal dan senang dibersihkan selepas digunakan.
Tapi, kekurangan utama pengisar ialah bunyi bising yang mengganggu semasa digunakan, terutama pada waktu malam atau awal pagi.
Apa Fungsi Blender/Pengisar Makanan?
Blender atau pengisar makanan digunakan untuk mengisar dan mencampurkan sebarang bahan makanan seperti smoothies atau bawang, rempah dan sebagainya.
Alat ini selalunya akan dilengkapi dengan pilihan kelajuan putaran bilahnya yang boleh disesuaikan dengan tekstur makanan yang anda mahukan.
Selain itu, blender juga boleh digunakan untuk mencairkan ais jika anda mahu buat minuman jus, smoothies, ice blended atau frappe.
Tambahan pula, pengisar makanan ini turut memudahkan kerja anda di dapur jika mahu memasak makanan yang berempah seperti kuah kacang. Kacang anda akan mudah dihancurkan!
Blender juga sangat berguna untuk anda yang sering memasak makanan bersup kerana ia boleh mengisar makanan sehingga menjadi halus atau puri.
Jadi, alat ini memang perlu dimiliki oleh mereka yang menyediakan sendiri makanan untuk bayi mereka.
Terdapat banyak jenis blender yang dijual dipasaran, antaranya:
- Industrial
- Komersial
- Hand blender
Kalau anda bingung nak beli blender biasa atau hand blender, boleh tonton video dibawah untuk pelbagai info menarik:
Artikel Berkaitan
- 7 Baby Food Processor (Pengisar Makanan Bayi) Terbaik
- 14 Portable Blender Terbaik 2024
- Nikmati Jus Kegemaran Anda dengan 8 Juicer Terpilih Ini
- Buatkan "Minced Meat" Secara Homemade Dengan 7 Pengisar Daging Ini
- Senangkan Penyediaan Bahan Masakan dengan 6 Food Processor Ini
- Mop Lantai Terbaik di Malaysia
- Vacuum Sealer Terbaik di Malaysia