Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Dapur Elektrik (Induction Cooker) Terbaik di Malaysia 2024

Memasak kini lebih mudah, singkat dan cekap.

Dapur masak elektrik sudah menjadi barangan dapur yang wajib ada walaupun saiz kecil.

Bukan apa, kalau tengah masak dan tiba-tiba tak ada gas, boleh je sambung masak guna dapur elektrik.

Tapi dapur elektrik ni ada banyak jenis dan kami akan senaraikan dapur elektrik yang bagus.

Jom kita lihat senarai berikut.


Senarai 7 Dapur Elektrik Terbaik

Dapur elektrik terbaik secara keseluruhan
TEKA HIC 7322 Ceramic and Induction Cooker
mulai
RM999.10
Semak TEKA HIC 7322 Ceramic and Induction Cooker harga dibawah:
add_circle Dua jenis zon memasak
add_circle Sesuai untuk semua jenis perkakas seramik
add_circle Mempunyai ciri keselamatan
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan;

Mempunyai rekaan moden dan elegan dan bahagian kawalan fungsi touch screen yang memudahkan.

Ciri-ciri;

Dapur elektrik ini menggabungkan dua jenis zon memasak iaitu seramik dan induction cooker.

Jadi anda boleh memilih mengikut kesesuaian perkakas ketika memasak.

Penggunaan dan pengawalan fungsinya juga mudah dimana hanya mengawal menggunakan touch screen.

Dapur ini mempunyai kawalan kuasa sehingga 8 tahap serta suhu dapur ini boleh dilaras daripada 60-240 darjah celcius.

Bahagian ciri keselamatan, dapur ini dilengkapi dengan fungsi safety lock, child lock system dan overheating protection. 

Teka Malaysia memberi warranty selama 2 tahun kepada pengguna.

Review;

Pembelian yang bernilai, diuji dan berfungsi, berkualiti tinggi”

Elba Slim Design 1800W Induction Cooker EIC-G1810
mulai
RM133.00
Semak Elba Slim Design 1800W Induction Cooker EIC-G1810 harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Mudah dicuci
add_circle Mudah digunakan
add_circle Mempunyai ciri keselamatan
add_circle Warranty 1 tahun
remove_circle Tidak semua jenis perkakas boleh digunakan pada dapur ini

Dapur masak ini menggunakan material plat kaca kristal seramik hitam dengan berat yang hanya 2.10 kg.

Dapur ini mempunyai fungsi suhu, timer dan voltage yang boleh dilaras serta knob kawalan dengan paparan LED.

Untuk ciri keselamatan, dapur ini mempunyai fungsi sensor fault,  anti slip rubber feet, under dan over voltage protection.

Malah terdapat juga fungsi keselamatan automatic turn off sekiranya tidak digunakan selama 2 jam.

Dapur ini sesuai untuk perkakas jenis, iron, cast iron, stainless steel yang berukuran diameter 12-26cm dan perkakas flat bottom.

Pengeluar turut memberi warranty selama 1 tahun.

FIRENZZI Double Ceramic Electric Built In Cooker FRR-2199
mulai
RM1,330.00
Semak FIRENZZI Double Ceramic Electric Built In Cooker FRR-2199 harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Mempunyai ciri keselamatan
add_circle Warranty 1 tahun
add_circle Mudah dicuci
add_circle Rekabentuk elegan
remove_circle Harga mahal

Dapur ini sesuai untuk anda yang baru berjinak ke dapur kerana mudah digunakan.

Hanya dengan kawalan sentuh, anda boleh masak seperti biasa.

Paling penting mudah dibersihkan pada bahagian tepi jika terdapat kotoran ketika menumis atau menggoreng.

Dapur elektrik ini turut mempunyai ciri keselamatan seperti sistem kunci untuk kanak-kanak dan perlindungan dari haba terlalu panas.

Bukan sahaja mudah digunakan dan selamat, tetapi turut membuatkan dapur anda tampak elegan dengan rekaan kaca kristal hitam.

Pengeluar turut memberi warranty selama 1 tahun kepada pembeli.

Dapur elektrik murah (bawah RM200)
Philips
Dapur elektrik terbaik
mulai
RM168.00
Semak Philips HD4902 Induction Cooker harga dibawah:
add_circle Masakan mudah, ringkas dan pantas
add_circle Mempunyai ciri keselamatan
add_circle Kaca tahan lasak
add_circle Mudah dicuci
remove_circle Hanya sesuai untuk hidangan ringkas

Dapur elektrik ini mampu memberikan anda merasa mudah ketika memasak kerana mempunyai mod masakan yang ditetapkan.

Maksudnya, tekan saja butang jenis masakan pada induction yang telah diprogramkan tanpa memikirkan suhu yang sesuai.

Bagaimanapun dapur daripada Philips ini mempunyai 5 tahap kuasa memasak yang boleh dilaras.

Dapur ini direka dengan kaca yang tahan lasak, mudah dicuci dan ciri keselamatan yang telah mendapat kelulusan dari pihak SIRIM.

Jangan risau, ketika memasak pada bahagian permukaan tidak panas apabila disentuh serta mempunyai overheating protection. 

Pengeluar turut menyediakan warranty selama 2 tahun untuk semua pengguna di seluruh dunia.

HZA-34 Compact Portable Electric Cooking Mini Stove
mulai
RM25.42
Semak HZA-34 Compact Portable Electric Cooking Mini Stove harga dibawah:
add_circle Ringan
add_circle Mudah dibawa
add_circle Ada ciri keselamatan
add_circle Harga murah
remove_circle Hanya sesuai untuk hidangan yang kecil dan ringkas

Dengan rekaan yang kecil dan berat hanya 1.2 hingga ke 2 kg menjadikan dapur elektrik ini mudah dibawa ke mana saja.

Dapur ini memerlukan ruangan memasak  22cm x 22 cm sahaja. Kalau nak bawa pergi berkelah pun boleh asalkan ada kemudahan plug.

Bahagian sistem keselamatan, dapur ini mempunyai sistem automatic thermal cut off jika tempoh pemanasan terlalu lama.

Ingin diingatkan dapur ini sesuai untuk masakan hidangan kecil dan ringkas.

Dapur elektrik double
Panasonic
Panasonic KY-R737RLMPQ 2 Zone Ceramic Hob
mulai
RM989.00
Semak Panasonic KY-R737RLMPQ 2 Zone Ceramic Hob harga dibawah:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Jimat tenaga
add_circle Mempunyai ciri keselamatan
add_circle Rekabentuk moden dan elegan
remove_circle Harga mahal

Dapur elektrik dari Panasonic ini berfungsi dengan kawalan digital sepenuhnya dimana dapat membuatkan kerja memasak jadi lebih mudah.

Malah dapur elektrik ini dapat menjimatkan tenaga dan mempunyai ciri keselamatan untuk perlindungan dari kanak-kanak.

Antaranya over temperature protection dan auto shut down sekiranya anda lupa tutup suis selepas menggunakannya.

Dengan kawalan digital, timer dan suhu boleh dilaras mengikut jenis masakan.

Pengeluar turut memberi warranty selama 1 tahun kepada pengguna.

Dapur elektrik single
Tefal
Tefal Induction Hob Express Slim IH 7208
mulai
RM225.00
Semak Tefal Induction Hob Express Slim IH 7208 harga dibawah:
add_circle Mudah dibersihkan
add_circle Terdapat 6 fungsi memasak
add_circle Terdapat 6 fungsi memasak
add_circle Paparan butang yang mudah difahami
add_circle Ringan
remove_circle Tidak semua perkakas boleh digunakan pada dapur ini

Untuk penggemar steamboat atau shabu-shabu, kini anda sudah boleh menikmatinya di rumah dengan dapur elektrik daripada Tefal ini.

Dapur ini mempunyai 6 fungsi memasak dengan 10 tahap pemanasan mengikut keinginan anda dan kawalan timer untuk ketepatan.

Paparan butang fungsi yang menggunakan simbol juga membuatkan anda mudah faham dan mudah untuk menggunakannya.

Dapur ini dibina dengan panel vitro ceramic yang mudah dibersihkan.

Tambahan lagi pengguna turut diberi Shabu Pot percuma untuk setiap pembelian.

Jangan risau, terdapat  warranty selama 2 tahun daripada Tefal.


Tips Beli Dapur Elektrik Terbaik

Terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli dapur elektrik.

Ini kerana bergantung pada gaya hidup, kesesuaian dapur dan cara memasak.

Tapi sebelum nak beli, pastikan anda lihat faktor berikut supaya pembelian berbaloi. 

  • Elemen pemanasan

Dapur yang menggunakan elemen pemanasan jenis induction merupakan paling efektif berbanding yang lain.

Tetapi anda perlu menggunakan perkakas yang sesuai untuk memanfaatkan keupayaan pemanasannya.

  • Panel Knob Kawalan

Dalam memilih dapur elektrik yang baik, panel knob kawalan perlu dilihat agar mudah untuk anda mengawal.

Pastikan panel knob berada pada posisi yang selamat, tidak terlalu dekat dengan ruang pemanasan serta mudah dibaca.

  • Spesifikasi dan fungsi yang disediakan

Spesifikasi dan fungsi perlu di lihat untuk memastikan anda tahu tentang cara masakan yang bersesuaian dengan produk dapur elektrik yang anda pilih.

  • Ciri keselamatan

Ciri keselamatan sememangnya penting untuk mengelakkan kejadian tak diingini semasa anda 

menggunakanya.

Ingin kami tekankan, pastikan anda ada sebab membeli dapur elektrik jika tidak, akan menjadi pembelian yang membazir.

Untuk mengetahui bagaimana perlu tahu sama ada anda perlu atau tidak dapur elektrik di dapur, jom saksikan video berikut.


Artikel Berkaitan

End of Article