Kesihatan & Kecergasan

14 Vitamin E Terbaik di Malaysia 2026 (Kulit Cantik & Sihat)

Sebelum nak ambil supplement vitamin E, pastikan anda tahu khasiat vitamin E tersebut. Jadi kami senaraikan jenama vitamin E terbaik untuk anda.


Editor · Updated 2 Nov 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

14 Vitamin E Terbaik di Malaysia 2026 (Kulit Cantik & Sihat)

Kalau tanya orang ramai, pasti ramai nak makan vitamin untuk kekal sihat, bertenaga dan cantik.

Tapi, tahukah anda apakah khasiat Vitamin E pada tubuh badan? Ha, jangan main ambil suplemen je.

Untuk pengetahuan anda, Vitamin E sangat terkenal untuk kulit supaya kelihatan cantik dan sihat.

Antara makanan Vitamin E adalah kekacang (kuaci, badam, kacang hazel), buah avocado, brokoli dan banyak lagi.

Malangnya mungkin ada di antara kita alergik kekacang atau tidak boleh telan sayur-sayuran.

Jadi kami ada jalan penyelesaian dengan makan suplemen Vitamin E terbaik yang disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Senarai 14 Vitamin E Terbaik

21st Century Vitamin E
Vitamin E terbaik secara keseluruhan 1 daripada 14
21st Century Vitamin E
Dari RM31.84
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengandungi nutrien antioksidan
Bagus untuk imun sistem
Tidak sesuai untuk wanita mengandung
2 lagi
Disahkan secara klinikal
Bebas gluten

Sebab menjadi pilihan utama:

Vitamin E dari jenama 21st Century ini berbentuk softgel dan tidak mengandungi gula, garam, pewarna, perasa atau pengawet.

Ciri-ciri:

Bahan utama yang terkandung dalam setiap biji vitamin E 21st Century ini adalah kacang soya.

Jadi, dapat meningkatkan imun sistem badan dan mengandungi nutrien yang mencukupi.

Sangat sesuai untuk semua orang yang kekurangan vitamin E kerana telah disahkan secara klinikal.

Cuma wanita mengandung, menyusu badan tidak boleh ambil vitamin ini kerana takut menjejaskan kandungan dan anak.

Cara pengambilan hanya sebiji sehari untuk dewasa dan 2 biji jika disarankan oleh doktor. 

Review:

“Bagus, saya dah ambil 2 botol. Kulit memang jadi cantik dan saya rasa badan lebih sihat dari sebelum.”

Vitamin E untuk orang tua 2 daripada 14
Kordel's Vitamin E 400 IU
Kordel's
Dari RM64.42
Lihat harga di Watsons Malaysia
Menghapuskan radikal bebas
Mengelakkan alzheimer
Tidak sesuai untuk kanak-kanak

Vitamin E 400 IU membekalkan vitamin dalam bentuk d-alpha-tocopherol yang bagus untuk tubuh badan.

Lagipun badan kita memang memerlukan satu-satunya alpha tocopherol untuk melakukan aktiviti.

Malah, dapat berfungsi menghapus radikal bebas yang reaktif dalam badan dan melindungi tubuh dari mengalami kerosakan oksidatif.

Mudah kata, menghalang penumbuhan sel kanser, mengurangkan peluang strok, alzheimer dan Parkinson.

Cara penggambilan haruslah sehari sekali selepas makan tidak kira pagi atau malam.

Vitamin E untuk kulit 3 daripada 14
Eurobio Bio-Natural Vitamin E Plus Selenium
Eurobio
Dari RM55.20
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengurangkan stres
Mengekalkan imun sistem
Tidak sesuai untuk kanak-kanak
1 lagi
Mengurangkan komplikasi diabetes

Vitamin ini merupakan formulasi 2 dalam 1 semula jadi di mana dapat beri perlindungan antioksidan tanpa had pada tubuh.

Dalam masa yang sama, mengawal radikal bebas yang berlebihan yang boleh menyebabkan kerosakan tisu sehingga mendapat penyakit kronik.

Maksudnya, penyakit seperti kanser dapat di elakkan dan dapat mengurangkan komplikasi diabetes.

Selain itu, bagus untuk mata, jantung dan kulit kerana kandungan Vitamin E dapat melawan radikal bebas yang merosakkan bahagian anggota ini.

Malah, mereka yang mempunyai parut pada kulit dapat dipudarkan.

Vitamin E untuk jerawat 4 daripada 14
Bio-Life Evening Primrose Oil 1000mg Plus Vitamin E
Bio-Life
Dari RM42.48
Lihat harga di Shopee Malaysia

BIO-LIFE Evening Primrose Oil vitamin E direka khas untuk kesihatan wanita kerana mengandungi tinggi Omega-6, GLA dan LA.

Kandungan ini mampu mengurangkan masalah senggugut, mengurangkan kesakitan payudara dan meningkatkan kesuburan wanita.

Malah, bagi wanita yang mengalami masalah jerawat yang banyak, anda disarankan untuk ambil vitamin ini untuk mengawal hormon.

Bukan itu saja, bagi individu yang mempunyai masalah darah tinggi, vitamin Bio-Life dapat membantu mengurangkan bacaan darah tinggi.

Bagaimanapun, sesetengah individu mungkin akan mengalami kesan sampingan yang ringan seperti cirit-birit, pening kepala dan loya.

Jangan risau, walaupun mengandungi gelatin jenis Bovine tapi telah mendapat kelulusan KKM, MAL05072107XR

Vitamin E untuk lelaki 5 daripada 14
Nova Aqua Q10+E
Dari RM223.20
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Dapat meningkatkan tenaga
Bekalkan nutrien yang cukup
Tidak sesuai untuk wanita mengandung dan menyusu
1 lagi
Mengitar semula CoQ10

Untuk pengetahuan anda, koenzim Q10 akan disintesis dalam badan kita untuk penghasilan tenaga.

Koenzim ini boleh didapati pada seluruh bahagian tisu dalam badan dengan kepekatan tertinggi dalam jantung.

Dalam masa yang sama, berfungsi untuk tenaga sel dan nutrien penting agar semua sel dalam keadaan baik.

Jadi, Nova Aqua Q10+E dirumus dengan teknologi ACTISOF bagi meningkatkan penyerapan dalam sel badan.

Manakala gabungan Q10 dan Vitamin E pula bantu mengitar semula dan meningkatkan keberkesanan dalam badan.

Maksudnya, vitamin ini dapat membekalkan tenaga supaya anda tidak merasa mudah letih, jadi sangat sesuai untuk lelaki yang bekerja kuat.

Jangan risau, vitamin ini telah pun mendapat kelulusan KKM dengan nombor pendaftaran MAL07031139X.

Vitamin E yang terbaik di farmasi 6 daripada 14
Blackmores Natural Vitamin E 1000 IU
Blackmores
Dari RM48.89
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Melindungi sel dari kerosakan radikal bebas
Mengandungi antioksidan untuk tubuh
Tidak sesuai untuk kanak-kanak
1 lagi
Kekalkan sistem kardiovaskular

Blackmores Natural E 1000 IU mengandungi Vitamin E yang tinggi antioksidan yang berfungsi untuk menghapus radikal bebas.

Dalam masa yang sama membantu melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas dan mengekalkan sistem kardiovaskular sentiasa sihat. 

Disebabkan kandungan Vitamin E merupakan dari sumber semula jadi jadi mudah diserap ke dalam sel tubuh untuk mengelakkan dari sel kanser aktif.

Cara pengambilan hanyalah sebiji sehari selepas makan atau seperti yang dinasihatkan oleh pakar atau doktor.

Natrieo Tri.E Tocotrienols (50mg)
Vitamin E dengan Tocotrienol 7 daripada 14
Natrieo Tri.E Tocotrienols
Dari RM100.30
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Dapat mengelakkan strok
Melindungi dari hati berlemak
Tidak sesuai untuk kanak-kanak
1 lagi
Mengurangkan terkena penyakit kardiovaskular

Vitamin jenama NATRIÉO TRI.E Tocotrienols membantu mengekalkan kesihatan untuk jangka masa panjang.

Bahan utama dalam Vitamin E ini adalah Tokotrienol menjadikan sesuai untuk semua golongan tidak kira umur dan jantina.

Untuk pengetahuan anda, tokotrienol jarang ditemui dalam alam semula jadi dan salah satu sumber terkayanya ialah minyak sawit.

Ekstrak semula jadi ini memberikan ciri biologi yang unik termasuk antioksidan yang tinggi dan anti-radang.

Sekaligus menjadikan Vitamin E ini bagus untuk mengelakkan dari terkena strok, penyakit hati berlemak dan kardiovaskular.

Jangan risau, produk ini telah mendapat pengesahan KKM dengan nombor pendaftaran MAL20066023NC.

Blackmores Superkids Immune 60 Chewables
Vitamin E yang bagus untuk anak 8 daripada 14
Blackmores Superkids Immune 60 Chewables
Dari RM49.98
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Dapat meningkatkan imun badan
Mengandungi vitamin lain
Tidak sesuai untuk dewasa
2 lagi
Tidak mengandungi gula
Bebas pewarna

Blackmores Superkids Immune mengandungi pelbagai nutrien penting untuk si comel membesar.

Dengan berperisa sitrus semulajadi dan nutrien penting seperti zink, Vitamin C, D & E dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

Maknanya, anak anda bukan saja dapat nutrien Vitamin E tapi C dan D juga dimana dapat melindungi kulit apabila terdedah dengan matahari.

Jika si comel sukar untuk makan buah atau sayur, kami sarankan beri kapsul vitamin ini.

Setiap biji kapsul ini mengandungi nutrien dari buah jambu batu, blackcurrant, kiwi, brokoli, cili capsicum dan taugeh.

Jangan risau, walaupun untuk kanak-kanak tapi tiada gula tambahan, pewarna, perasa dan pengawet.

Shaklee Vita-E Complex
Vitamin E yang bagus untuk program hamil 9 daripada 14
Shaklee Vita-E Complex
Dari RM123.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Dapat atasi jerawat
Memenuhi diet wanita
Sukar didapatkan di pasaran
1 lagi
Boleh menghilangkan jeragat

Adakah anda mengalami masalah jeragat, kulit kering, sunburn, parut jerawat, parut luka atau parut pembedahan yang degil? Jika ya, dapatkan je Vita-E Complex. 

Vitamin E sangat bermanfaat untuk mengembalikan kelembapan kulit, merawat sunburn, anti-penuaan, menyuburkan kulit dan bertindak sebagai agen pembersih

Setiap kapsul mengandungi:

  • 400UI Vitamin E daripada minyak kacang soya dalam bentuk D-alfa-tokoferol yang lebih mudah diserap oleh tubuh. 
  • 65mcg selenium untuk meningkatkan aktiviti Vitamin E untuk fungsi yang optimum. 
  • 39.4mg ekstrak biji anggur, mengandungi proantosianidin, sebatian yang mempunyai kandungan antioksidan yang bagus.

Menariknya lagi, Vitamin E Shaklee juga dikenali sebagai "Vitamin Cinta" kerana manfaatnya kepada pasangan suami isteri.

Produk ini 100% organik dan juga terdapat dalam set kesuburan wanita dan lelaki untuk ikhtiar hamil.

Vitahealth Vitamin E Capsule 400IU (100s)
Vitamin E untuk perut 10 daripada 14
Vitahealth Vitamin E Capsule 400IU
Dari RM82.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Melambatkan penuaan
Dapat melembapkan kulit
1 lagi
Mengandungi ntioksidan yang tinggi

VitaHealth E Vita 400IU dirumus khas dengan bahan asas minyak safflower, kemudian disertakan dalam kapsul gel lembut yang tertutup rapat. 

Vitamin E ini mengandungi antioksidan kuat yang membantu melindungi tubuh daripada kerosakan radikal bebas.

Dalam masa yang sama dapat melembapkan kulit, memperbaiki sel kulit rosak dan membantu dalam penyembuhan kulit. 

Selain itu, Vitamin E ini juga dapat melambatkan penuaan jadi garis halus dan kedutan lambat muncul pada kulit.

Cara pengambilan hanya 1 gel lembut diambil setiap hari selepas makan atau seperti yang diarahkan oleh doktor.

Bahan lain yang digunakan adalah d-alpha-tocopherol dan telah didaftarkan dibawah KKM dengan nombor pendaftaran MAL18126020NCR.

evion vitamin e
Vitamin E untuk rambut 11 daripada 14
Evion Vitamin E Oil Skin and Hair
Dari RM10.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mengatasi masalah bibir gelap
Membuat tangan menjadi lembut
Sedikit melekit
2 lagi
Mengekalkan kelembapan kulit
Merawat rambut kusut dan kering

Produk ini mengandungi 1 strip dengan 10 kapsul Vitamin E 400mg yang berfungsi sebagai antioksidan, meningkatkan imuniti, fungsi saraf, dan aktiviti metabolik.

Tambahan lagi, Evion Vitamin E juga membantu meluaskan saluran darah dan mengurangkan risiko pembentukan gumpalan darah di dalamnya. 

Malah, produk ini boleh memperbaiki tekstur rambut, kulit dan kuku serta memberikan perlindungan daripada jangkitan bakteria dan virus. 

Bagi mereka yang mempunyai masalah rambut kusut, anda boleh menambah 1 titis minyak Vitamin E dalam serum rambut dan sapukan pada hujung rambut atau campurkan Vitamin E ini dalam minyak rambut.

Ia juga membantu dalam menangani masalah lain seperti lingkaran gelap di bawah mata, bibir gelap, tangan kasar dan jerawat.

Produk yang must-have untuk sesiapa yang mahukan penjagaan kulit dan rambut yang lebih sihat!

nutrilite mixed soy
Vitamin E untuk lemak hati 12 daripada 14
Nutrilite Mixed Soy Protein & Lecithin Vitamin E
Dari RM265
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Melindungi lemak dalam tisu badan
Sesuai untuk vegetarian
Tidak sesuai untuk kanak-kanak
2 lagi
Membantu mengawal tahap kolesterol
Boleh dicampur dalam minuman

Amway Nutrilite Mixed Soy Protein & Lecithin With Vitamin E mengandungi 880.8mg lecithin dari kacang soya yang membantu melancarkan peredaran darah dan mengawal tahap kolesterol. 

Lecithin soya turut membantu dalam metabolisme lemak di hati serta meningkatkan pertumbuhan tisu kulit dan pemulihan sel kulit, mengurangkan pigmentasi kulit.

Vitamin E dalam produk ini adalah antioksidan semula jadi yang diekstrak daripada minyak tumbuhan untuk melindungi lemak dalam tisu badan daripada pengoksidaan. 

Dalam bentuk serbuk yang mudah larut, ia boleh dicampur dalam jus, smoothie, salad, Nutrilite Soy Protein Drink, BodyKey by Nutrilite Meal Replacement Shake, dan banyak lagi. 

Sesuai untuk vegetarian, bebas kolestrol, tanpa pewarna, perisa tiruan, atau pengawet tambahan.

Cukup tambahkan satu scoop ke dalam 100 - 150ml air, kacau rata dan minum sekali sehari.

Dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor jika anda hamil sebelum mengambil produk ini.

cosmoderm vitamin e
Vitamin E untuk muka 13 daripada 14
Cosmoderm Vitamin E Intense Treatment Oil
Cosmoderm
Dari RM51.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Sesuai untuk kulit normal & kombinasi
Mengurangkan kesan regangan dan parut pembedahan
Hanya 30 ml sahaja
3 lagi
Mengurangkan parut kemalangan di wajah dan badan
Merawat bibir merekah dan kesan melecur
Cepat menyerap

Cosmoderm Vitamin E mengandungi ramuan seperti minyak Vitamin E, minyak Rosehip, dan ekstrak Buah.

Produk ini membantu mengurangkan kesan regangan dan parut pembedahan atau kemalangan di wajah dan badan, merawat bibir merekah dan kesan melecur.  

Anda boleh mencampurnya dengan krim Vitamin E 30,000 IU untuk mengurangkan cela dan parut dengan lebih cepat.

Sesuai digunakan sebelum dan selepas prosedur pembedahan kosmetik untuk mempercepat proses pemulihan.

Cara penggunaannya juga mudah, cukup sapu beberapa titik minyak Cosmoderm Vitamin E pada kulit yang telah dibersihkan, dan urut dengan lembut. 

vitamin e
Vitamin E untuk jeragat 14 daripada 14
Kapsul Vitamin E Whitening Serum
Dari RM2.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Memudarkan parut dan jeragat
Mengecilkan liang pori terbuka
Sedikit berminyak
4 lagi
Melembapkan dan mencerahkan kulit yang kusam
Sekatakan tona kulit
Membantu memperbaiki sel kulit
Tidak disahkan KKM

Kapsul Serum Muka dengan Vitamin E ini mengandungi kekuatan 10 kali ganda vitamin E, mudah digunakan, tahan lama dan sesuai untuk kulit sensitif.

Antara manfaatnya kepada kulit:

  • Memudarkan parut dan jeragat
  • Mengecilkan liang pori terbuka
  • Melembapkan dan mencerahkan kulit yang kusam
  • Sekatakan tona kulit
  • Membantu memperbaiki sel kulit akibat penggunaan produk berbahaya

Cara penggunaannya pun mudah, cukup titis dan sapu pada kulit atau badan yang perlu dijaga.

Anda boleh terus menggunakan foundation atau makeup seperti biasa. 

Jadi, dapatkan Serum Muka Vitamin E ini untuk kulit yang lebih cerah dan sihat!


Boleh Ke Ambil Vitamin E Setiap Hari?

Sebelum nak amalkan pengambilan Vitamin E setiap hari, anda kena tahu apakah khasiat Vitamin E terlebih dahulu.

Peranan Vitamin E adalah bertindak sebagai antioksidan yang mencegah kerosakkan sel.

Selain itu, DNA dalam badan dapat meneutralkan molekul bahaya yang dipanggil radikal bebas.

Tambahan pula dari udara kita sedut, sumber makanan yang kita makan, dari sinar matahari yang menyentuh kulit dan gaya hidup anda yang menyebabkan radikal bebas mudah aktif.

Bukan apa, radikal bebas ini sering dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit seperti alzheimer, kanser, parkinson, aterosklerosis dan lain-lain lagi.

Sebenarnya banyak lagi khasiat Vitamin E untuk tubuh badan kita, tetapi berbalik pada soalan boleh ke ambil Vitamin E setiap hari? 

Jawapannya boleh terutama bagi yang nak masuk ke fasa umur 30-an kerana bagus juga untuk melambatkan penuaan.

Tapi pastikan telah mendapat nasihat dari doktor kerana jika ambil dos berlebihan akan menimbulkan kemudaratan pada kesihatan.


Apakah Hubungan Vitamin E Dengan Kesuburan?

Mungkin ada yang rasa tidak masuk akal jika dikaitkan Vitamin E dengan kesuburan, sebenarnya ada kena mengena. Jom kita selongkar.

Selain daripada meningkatkan imun badan, elak dari terkena risko penyakit berbahaya, Vitamin E juga dapat meningkatkan lendir serviks perempuan supaya sperma dapat hidup lebih lama.

Dan disebabkan Vitamin E mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi jadi sangat bagus untuk lelaki dalam melindungi membran sperma dari kerosakkan oksidatif.

Seterusnya khasiat Vitamin E dapat membantu meningkatkan ketebalan endometrium dan perkara ini sudah dibuktikan.

Satu kajian berjaya mendapati 52% wanita yang diberi Vitamin E supplement sebanyak 600mg setiap hari, endometrium mereka boleh meningkat tebal sekaligus menjadikan lebih subur.

Malah Vitamin E juga dapat mengelakkan dari keguguran kerana dapat meningkatkan imunisasi secara menyeluruh.

Tapi ingin kami ingatkan, jangan tekankan pada Vitamin E sahaja sebab anda perlu pastikan vitamin A D E K cukup dalam pengambilan harian anda.


Bila Patut Ambil Vitamin E? Pagi Atau Malam?

Anda boleh mengambil Vitamin E pada bila-bila masa sepanjang hari, sama ada pada waktu pagi atau malam.

Namun, sesetengah orang lebih suka mengambilnya dengan makanan pada waktu pagi untuk meningkatkan penyerapannya.

Vitamin E adalah sejenis vitamin larut dalam lemak, jadi pengambilannya dengan makanan yang mengandungi lemak dapat membantu penyerapannya.

Anda boleh memilih untuk mengambil Vitamin E dengan sarapan pagi atau makan malam, bergantung kepada rutin harian anda, dan yang penting adalah kekonsistenan dalam pengambilan suplemen ini.

Elakkan mengambil Vitamin E dengan perut kosong, kerana ini mungkin tidak berkesan dan boleh menyebabkan ketidakselesaan perut pada sesetengah individu.

Selain itu, jika anda mengambil ubat-ubatan atau suplemen lain, adalah bijak untuk berbincang dengan profesional kesihatan anda untuk memastikan bahawa tidak ada interaksi atau konflik waktu dengan pengambilan Vitamin E.

Ingat untuk tidak melebihi dos harian yang disyorkan, kerana pengambilan Vitamin E secara berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini.


Kebaikan Vitamin E

Vitamin E mempunyai beberapa kebaikan kesihatan yang penting, termasuk sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas, membantu kesihatan jantung dan sistem vaskular, menyeimbangkan hormon, mengurangkan keradangan, serta menyokong kesihatan kulit dan mata.

Anda boleh mendapatkan Vitamin E daripada makanan seperti kacang, bijirin, dan minyak sayuran.

Penting untuk memasukkan sumber-sumber ini dalam pemakanan harian anda atau, jika perlu, berbincang dengan pakar pemakanan atau doktor sebelum mengambil suplemen Vitamin E untuk memastikan dos yang sesuai.

Mengambil dos berlebihan Vitamin E boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini, jadi perhatikan pengambilan anda.


Artikel Berkaitan

Kandungan

Lagi daripada ProductNation