Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

10 Kerusi Urut Terbaik Untuk Legakan Urat Badan Yang Tegang

Kini anda boleh nikmati sesi urutan di rumah pada bila-bila masa!

Product in this article

Kita semua boleh bersetuju bahawa sesi berurut selepas menghabiskan masa yang panjang di tempat kerja boleh menjadi sangat relaxing. Di sinilah kerusi urut menjadi item yang sangat berguna. Kerusi urut mampu mereplikasi pelbagai teknik urutan dan anda boleh nikmati sesi urutan di rumah dalam keadaan yang sangat selesa.

Apakah kebaikan kerusi urut untuk anda?

Antara kebaikan berurut menggunakan kerusi urut adalah menambahbaik kesihatan kardiovaskular (jantung) dengan melancarkan peredaran darah, menangani masalah sakit belakang sekaligus memperbaiki postur tubuh, membantu mengurangkan stress, menjadikan otot kita tenang dan tidak tegang serta memberi tidur yang berkualiti.

Edisi kali ini kami bawakan beberapa jenis kerusi urut yang terlaris di pasaran untuk membantu anda membuat pembelian yang bijak!

10 Kerusi Urut Terbaik Untuk Seisi Keluarga

C988 BOSS Ergonomic Office Leather Massage Chair

RM 167
1. C988 BOSS Ergonomic Office Leather Massage Chair
Kerusi urut murah - khas untuk kegunaan di pejabat
Updated on 17th July 2020

Kerusi ini diperbuat daripada PU leather dan high density foam yang lembut untuk memberi anda keselesaan sepanjang hari. Hanya plug USB pada mana-mana port untuk menghidupkan ciri urutan. Ianya menawarkan urutan berupa getaran pada bahagian belakang untuk menenangkan urat serta melegakan sakit belakang. 

Anda juga boleh memilih kerusi dengan sokongan kaki tambahan untuk keselesaan yang menyeluruh.

Ogawa Mobile Seat XE Mini Portable Massage Cushion

RM 359.9
Ogawa
2. Ogawa Mobile Seat XE Mini Portable Massage Cushion
Kerusi urut bersaiz kompak untuk kegunaan dalam kereta
Updated on 6th January 2020

Bercirikan Shiatsu Massage dan 360 darjah pusingan roller, kerusi urut mobil ini sesuai untuk digunakan di dalam kereta. Hanya plug in dan anda boleh nikmati urutan belakang sekaligus menghilangkan stress akibat trafik. Kerusi urut ini juga menawarkan Soothing Heat untuk memberi kelegaan pada otot belakang anda.

New Luxury Full Body Massage Chair

RM 375
3. New Luxury Full Body Massage Chair
Kerusi urut berkualiti setanding jenama mahal
Updated on 6th January 2020

Kini anda boleh membeli kerusi urut berkualiti tanpa berbelanja ekstra. Ianya dilengkapi 4 ciri urutan dan 2 ciri getaran untuk bahagian tengkuk sehingga ke kaki. Kerusi urut ini mudah untuk dikendalikan dengan kerusi dan head rest yang boleh dilaras. Item ini juga lengkap dengan sistem pemanasan, setanding kerusi urut yang lebih mahal.

Johnson Fitness Synca Compact Massage Sofa/Chair

RM 2088
Johnson Fitness
4. Johnson Fitness Synca Compact Massage Sofa/Chair
Kerusi urut untuk ibu mengandung – tidak bahayakan kandungan
Updated on 6th January 2020

Buat ibu mengandung, sakit pinggang dan sakit belakang adalah perkara biasa. Dengan kerusi urut kompak ini, ibu boleh berasa relax tanpa khuatir akan keadaan bayi di dalam kandungan. Kerusinya memuatkan tubuh dengan selesa serta urutan lembut dari belakang hingga ke pinggul. 

Didatangi dengan sistem pemanasan umpama spa, ibu haruslah semak guideline mengenai haba yang sesuai agar bersesuaian dengan badan sebelum mengaktifkannya.

GTE Luxury Zero Gravity Space Capsule Massage Chair

RM 2418.8
GTE
5. GTE Luxury Zero Gravity Space Capsule Massage Chair
Kerusi urut terbaik dengan pengurut kepala
Updated on 6th January 2020

Menggunakan sistem airbag massage, anda boleh menghilangkan sakit kepala sambil menikmati urutan seluruh tubuh dengan kerusi urut ini. Ianya akan membebaskan tekanan dari kepala dengan memberi efek yang menenangkan. Ianya merupakan kerusi urut yang lengkap dengan sistem urutan airbag, kneading serta vibration.

Latest 8D Zero Gravity Full Body Shiatsu Massage Chair

RM 2488
6. Latest 8D Zero Gravity Full Body Shiatsu Massage Chair
Kerusi urut terbaik dengan fungsi full body recliner
Updated on 16th July 2020

Kini anda boleh dapatkan kerusi urut yang boleh baring (full body recliner) pada harga yang berpatutan. Dengan Wrapped Head Massage dan Eye Heating Cover, anda akan berasa di awangan dengan ciri Zero Gravity. Setanding kerusi urut berjenama antarabangsa, kerusi urut ini mempunyai 8 ciri urutan serta Heating Massage Therapy.

SnowFit Spacia 4D Zero Gravity Smart Massage Chair

RM 2299
SnowFit
7. SnowFit Spacia 4D Zero Gravity Smart Massage Chair
Kerusi urut terbaik dengan sistem haba
Updated on 20th July 2020

Nikmati sesi urutan bagai di spa dengan sistem haba. Aktifkan sistem haba serta profram Deep Tissue Massage untuk urutan yang menenangkan. Kerusi urut Snowfit ini mempunyai sistem suspension yang telah dinaiktaraf untuk memberi anda servis yang terbaik.

Itsu Pandora Plus Massage Chair

RM 2488
Itsu
8. Itsu Pandora Plus Massage Chair
Kerusi urut dengan roller terbaik – tangani masalah sakit belakang
Updated on 17th July 2020

Kerusi urut terbaik haruslah mempunyai roller yang baik. Dengan menggunakan sistem roller dari tengkuk ke betis sambil memberi tekanan serta kekuatan yang bersesuaian untuk mengatasi masalah otot tegang dan sakit belakang. Kerusi urut ini juga mempunyai 6 program urutan yang khas untuk keperluan anda.

Gintell DeSpace Sun Massage Chair

RM 12838
Gintell
9. Gintell DeSpace Sun Massage Chair
Kerusi urut terbaik untuk orang yang lebih tinggi
Updated on 3rd August 2020

Kebiasaannya orang yang lebih tinggi sukar untuk muat pada kerusi urut biasa. Dengan kerusi urut Gintell bercirikan V-Track sepanjang 130cm, anda pasti boleh menikmati urutan dari tengkuk ke pinggul tanpa isu. Kerusi urut ini juga dilengkapi ciri Speed Punch Massage dan Muay Thai Stretch yang membuatkan ianya terkenal di pasaran. 

Hanya pilih daripada 3 program iaitu Head & Shoulder, Spinal Care dan Waist Spa serta rasai perbezaannya.

Ogawa Smart Vogue Prime Massage Chair

RM 6168
Ogawa
10. Ogawa Smart Vogue Prime Massage Chair
Kerusi urut terbaik - lengkap dengan pengurut kaki
Updated on 6th January 2020

Lenguh memakai high heels seharian? Kerusi urut lengkap dengan pengurut kaki ini menawarkan urutan yang akan membuatkan anda berasa lebih cergas. Ianya mempunyai S + L Track System dan Zero Gravity Capsule untuk memberi urutan menyeluruh. 

Jangan lupa aktifkan Carbon Fibre Heating untuk urutan di kawasan pinggang bagi menghilangkan rasa sakit dan lenguh di bahagian tersebut. Tubuh pasti merasa lebih ringan setelah berurut.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article