Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Buat Muslimah Ingin Lakukan Aktiviti Swimming, Ini 10 Baju Renang Patuh Syariah

Kini dah tak perlu pasal aurat ketika berenang!

Product in this article

Sukan renang antara tiga sukan sunnah Nabi Muhammad SAW selain memanah dan menunggang kuda. Ia dianggap bukan perbuatan sia-sia malah sukan atau aktiviti beriadah dituntut dalam agama supaya menjadi mukmin yang sihat dan kuat. Hasilnya tubuh badan dan minda cerdas serta cergas dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna. Sungguhpun demikian jangan sesekali kita lupa tentang penjagaan aurat ketika berenang, terutamanya kepada kaum Muslimah. 

Kebiasaannya ramai wanita mengelak daripada melakukan aktiviti renang akibat kesukaran mencari pakaian yang sesuai. Kebanyakan rekaan pakaian renang menjolok mata dan material yang digunakan melekap pada tubuh sehingga menampakkan bentuk tubuh badan. Ciri ini salah disisi agama dan khuatir mendatangkan fitnah kepada Muslimah. 

Apakah fabrik yang paling sesuai untuk baju renang?

Jenis fabrik atau bahan utama yang digunakan untuk rekaan baju renang ialah dari Poliester atau Nylon. Poliester sangat bagus dalam menghasilkan pakaian renang kerana ia lebih mudah meregang, senang dipakai dan yang paling penting ia mempunyai rintangan klorin. Kualiti fabrik yang ‘kuat’ tidak mudah rosak walaupun membaluti tubuh dengan pergerakan badan yang berterusan. 

Malah warna swimsuit juga tidak mudah pudar akibat terkena air klorin dan sinaran matahari ketika berenang. Sama seperti Poliester, Nylon juga mudah meregang dan sangat selesa untuk dipakai ketika berenang. Walaubagaimanapun, Nylon sedikit ‘lembut’ dari Poliester menyebabkan ia cepat loose kualiti ketegangan fabrik. 

Kelebihan yang ada pada Nylon ialah ia fabrik mudah kering dan tidak terlalu meresap berbanding Poliester. Perenang berasa lebih ringan dan tidak terbeban dengan resapan air ketika berenang. Ayuh lihat senarai baju renang bersesuaian dengan muslimah dan mematuhi syara’:

10 Baju Renang Terbaik untuk Muslimah 

Mamakiddies Women Muslimah Swimming Suit Swimwear

RM 29.9
Mamakiddies
1. Mamakiddies Women Muslimah Swimming Suit Swimwear
Suit renang dengan harga paling rendah
Updated on 18th March 2020

Walaupun dijual pada harga murah, set pakaian renang ini antara yang berkualiti tinggi. Gabungan fabrik Nylon dan Spandex untuk ekstra selesa tanpa berasa terlalu ketat. Set ini juga kalis sinaran matahari serta cepat kering. 

Potongan baju dan seluar direka supaya baju tidak terangkat ketika berenang. Barulah anda berasa selamat hendak berenang tanpa memikir menjaga aurat.

Decathlon Audrey Women’s Swimsuit

RM 99.00
Decathlon
2. Decathlon Audrey Women’s Swimsuit
Baju renang untuk para begginer!
Updated on 18th March 2020

Baru cuba nak berjinak-jinak dalam dunia renang? Set renang dari Decathlon ini paling menjadi rebutan untuk beginner. Ia amat mudah dipakai dengan hanya sarungkan sahaja. Rekaan baju ini adalah one piece, berlengan panjang berserta legging dan skirt melindung bentuk punggung. 

Jika anda lakukan pembelian dari laman Decathlon boleh dapatkan waranti pakaian selama 2 tahun. Malah mereka menjanjikan kualiti fabrik tahan sehingga 100 jam penggunaan.

Ogival Muslim Basic 2 pieces Swimwear

RM 109.90
Ogival
3. Ogival Muslim Basic 2 pieces Swimwear
Set pakaian renang lengkap baju dan seluar (2 piece)
Updated on 18th March 2020

Pakaian renang Ogival sangat ideal buat wanita Muslimah. Rekaan baju yang labuh, seluar longgar dan sangat selesa pada tubuh. Saiz yang disediakan adalah dari S hinggalah 2XL. Ciri-ciri kualiti bagi set ini ialah ia kalis klorin, pasir dan warna kain tidak mudah pudar. 

Fabrik Polyster dan Spandex yang digunakan pula lembut dan selesa walaupun pakai lama di dalam air atau luar. Tunggu apa lagi? Dapatkannya segera!

HALEEMA MUSLIMAH APPAREL Baju Renang Muslimah Kanak-Kanak

RM 115.00

Empat koleksi pakaian renang kanak-kanak perempuan dari Haleema Muslimah Apparel cukup comel dan menarik sekali. Mempunyai saiz set renang dari umur sebawah 3 tahun hingga 12 tahun. Fabrik yang digunakan sama seperti fabrik jenama baju renang yang lain iaitu Spandex dan Lycra. 

Set renang si kecil ini hadir dengan baju labuh menutupi punggung, seluar panjang dan sarung kepala. Rekaan corak juga turut dijual bersama set dewasa, jadi lepas ini anda boleh pakai sedondon dengan anak untuk aktiviti renang.

Mis Claire Cair Muslimah Swimwear Two Pieces Set

RM 148.00
Mis Claire
5. Mis Claire Cair Muslimah Swimwear Two Pieces Set
Khas untuk wanita yang bersaiz chubby dan comel!
Updated on 18th March 2020

Miss Claire adalah jenama yang tidak asing lagi dalam mengeluarkan rekaan pakaian harian, sukan mahupun formal untuk wanita plus size. Malah mereka juga mempunyai koleksi khas untuk pakaian renang dari saiz XL hingga 6XL. Fabrik pula boleh meregang, tidak melekap pada kulit dan dijahit kain lapis dalaman. 

Lepas ini tak perlu lagi pakai t-shirt dan seluar track sebab anda dah jumpa pakaian renang yang sesuai untuk bentuk tubuh anda.

Moonaz Baju Renang Muslimah Loose

RM 160.00
Moonaz
6. Moonaz Baju Renang Muslimah Loose
Rekaan baju renang yang simple dan sangat sopan
Updated on 18th March 2020

Sesuai untuk gadis Muslimah yang ingin mengekalkan karakter sopan dan ayu. Rekaan corak swimwear dari Moonaz ceria walaupun sangat ringkas. Set baju renang ini lengkap dengan tudung labuh yang menutupi dada. Material baju, seluar dan tudung dari 100% gabungan Spandex dan Lycra yang berkualiti. Berenang tengah panas pun tak mengapa kerana fabrik sejuk dan ringan bila dalam air.

Slazenger Womens Burkini 3 Piece Suit

RM 179.00
Slazenger
7. Slazenger Womens Burkini 3 Piece Suit
Pakaian renang dari jenama sukan terbaik
Updated on 18th March 2020

Slazenger antara jenama besar dalam menghasilkan pakaian dan aksesori sukan. Jika anda seseorang mementingkan jenama, pakaian renang dari Slazenger boleh dijadikan pilihan. Ia mempunyai set pakaian renang lengkap dengan tudung renang. 

Baju pula labuh menutupi punggung dan tidak ketat dibahagian pinggang. Bahagian dada baju disulam pad payudara, jadi anda tak perlu memakai bra tambahan.

Bella Ammara BAkini Swim Wear 2.0

RM 199
Bella Ammara
8. Bella Ammara BAkini Swim Wear 2.0
Baju renang tutup dada dan tidak nipis
Updated on 18th March 2020

Jenama pakaian Bella Ammara cukup popular dikalangan wanita Muslimah tempatan. Mereka turut memperkenalkan koleksi pakaian renang dipanggil BAkini. Set renang ini bukan sahaja lengkap dengan baju, seluar dan tudung malah mempunyai stokin renang. Jadi ia memang mematuhi syariat aurat Muslimah sejati. 

Baju renang dilengkapi cape menutupi dada juga sesuai untuk breastfeeding bayi anda. Potongan baju yang longgar beserta lilitan getah di pergelangan kaki dan tangan supaya tidak terselak. Wow! Boleh kata baju renang Bella Ammara memang tip top menjaga aurat.

Matsalleh Design Swimsuit

RM 249
Matsalleh Design
9. Matsalleh Design Swimsuit
Corak set baju renang yang cantik untuk #ootd
Updated on 18th March 2020

Memang cukup kelas sekali warna dan corak dari MatSalleh Design! Kombinasi warna serta corak tudung, baju dan seluar renang cukup sepadan. Anda boleh terus ber’#ootd’ di tepian pantai atau kolam renang. Sesuai dengan harga yang ditawarkan kualiti set ini sangat baik iaitu kalis klorin dan sinaran matahari sekaligus mengelakkan kulit dari terbakar. 

Selain itu, ia sangat nyaman di kulit, cepat kering dan tidak jarang. Siapa yang anda bajet lebih, direkomendasi untuk beli dari MatSalleh Design!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article