Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Padankan 11 Sofa Ini Dengan Konsep Ruang Kegemaran Anda

Hiasi rumah dengan perabot baru tahun ini!

Product in this article

Mempunyai perabot di dalam rumah merupakan satu kewajipan untuk menghiasi rumah agar kelihatan lebih selesa dan bergaya. Salah satu perabot yang perlu dimiliki ialah sofa. Hal ini kerana sofa sangat penting untuk memberi keselesaan buat para tetamu dan tuan rumah agar dapat duduk dan berehat sambil menikmati secawan kopi, membaca buku ataupun menonton drama

Mempunyai sofa yang berkualiti dan sesuai dengan persekitaran membantu rumah kelihatan lebih ceria dan selesa.

Bagaimanakah cara membersihkan sofa kulit?

Bagi anda memiliki sofa kulit bukanlah mudah untuk dijaga kerana materialnya lain daripada yang lain. Oleh itu  anda harus membersih sofa secara berkala dengan kain microfiber untuk menyingkirkan serpihan atau kotoran. Kain microfiber sangat lembut pada tekstur sofa berkulit, namun sangat efektif untuk mengeluarkan dan membersih sebarang kotoran.

Ayuh lihat senarai sofa terbaik untuk ruang kediaman atau pejabat anda;

11 Sofa Terbaru, Selesa dan Berkualiti

Bara Bara/Lotus 123 Sofa set/

RM 500
1. Bara Bara/Lotus 123 Sofa set/
Sofa yang mempunyai set lengkap

Sofa ini didatangi dengan sebuah set lengkap yang sesuai dibeli, boleh menghiasi seluruh ruang tamu bagi mereka yang selalu dikunjungi tetamu ramai. Ianya mempunyai bentuk struktur yang moden dan kemas, mudah untuk serasi dengan pelbagai gaya yang lain. 

Sesuai untuk rumah dengan ruangan yang besar dan jumlah ahli keluarga ramai. Sangat berpatutan dengan harga yang diberi bagi mendapat satu set sofa yang lengkap.

Like Bug: Lazzo 123 2 Seater Sofa Fabric L Shape Sofa

RM 335
Like Bug
2. Like Bug: Lazzo 123 2 Seater Sofa Fabric L Shape Sofa
Sofa bersaiz sederhana sesuai untuk apartment / flat

Sofa ini mempunyai rekaan yang ringkas dan sesuai digunakan di apartment atau rumah flat. Direka khas dengan bentuk yang “compact”, ia tidak memerlukan ruang yang besar. Didatangi dalam warna moden yang mudah untuk diserasikan dengan hiasan dalaman. 

Dilengkapi dengan penyandar kaki, sofa ini sesuai diletakkan di ruang tamu anda yang berkonsep moden kontemporari.

Like Bug: Felice Sofa 2 seat

RM 99
Like Bug
3. Like Bug: Felice Sofa 2 seat
Sofa bersaiz sederhana sesuai untuk apartment / flat

Sofa ini sangat sesuai dengan ruangan apartment ataupun flat kerana ianya sangat selesa dan direka dengan saiz bersesuaian dengan apartment agar tidak mengambil terlalu banyak ruang. Bukan sahaja apartmen atau flat malah, ia juga sesuai sekiranya digunakan untuk restoran mewah. Diperbuat daripada material yang mudah untuk membersih bulu binatang, habuk dan bulu dari pakaian.

Bed Sofa Kids Home Décor

RM 99
4. Bed Sofa Kids Home Décor
Sofa sesuai untuk ruangan kecil dan berkonsep ‘in-trend’

Sofa ini mempunyai rekaan yang simple dan bergaya dan dilengkapi dengan bantal yang sesuai digunakan untuk sesi rumah terbuka, kenduri atau majlis harijadi. Dengan menggunakan material polyester fibre dan sangat selesa untuk digunakan seisi keluarga serta boleh dijadikan sebagai sofa bed untuk kanak-kanak.

Didatangi dalam 2 pilihan warna berbeza, anda boleh padankan samada untuk anak perempuan atau lelaki.

Oskar Fabric 2 Seater + 3 Seater Sofa

RM 299
Furniture Farm
5. Oskar Fabric 2 Seater + 3 Seater Sofa
Sofa dengan rekaan gaya minimalis sesuai untuk ruang tamu moden

Sofa ini mempunyai rekaan simple, namun mempunyai pelbagai pilihan warna yang mengikut cita rasa pelanggan. Perabot ini direka dengan gaya moden dan mempunyai material yang selesa untuk digunakan. Dilengkapi dengan 3 tempat duduk dan 2 tempat duduk, harga ini sangat berpatutan dengan perabot yang diberi.

Like Bug: Olly 2-in-1 Foldable Sofa Bed

RM 195
Like Bug
6. Like Bug: Olly 2-in-1 Foldable Sofa Bed
Sofa bed sesuai untuk ruang bilik tidur dengan ruang terhad

Sofa ini sangat selesa dan mudah digunakan kerana bentuk fizikal yang strategik dan tidak berat, mudah untuk anda alihkannya ke mana-mana sahaja. Ianya juga sangat sesuai untuk slumber party bersama rakan-rakan kerana menjimatkan penggunaan ruang dalam bilik samada anda letakkannya di ruang tamu atau bilik tidur.

Sofa Ivio – 2+1 Set

RM 309
7. Sofa Ivio – 2+1 Set
Sofa yang lengkap dengan tempat meletakkan / sandaran kaki

Sofa ini sangat sesuai digunakan di mana-mana sahaja kerana rekaan yang kecil dan comel menyebabkan ia tidak memerlukan ruangan besar. Dilengkapi dengan 2 tempat duduk dan satu tempat untuk sandaran kaki dengan harga yang berpatutan. Sofa ini mempunyai warna yang menarik sesuai untuk hiaskan rumah anda dengan perabot baru pada tahun ini.

Grey Fabric Sofa and Stool

RM 499
8. Grey Fabric Sofa and Stool
Sofa berwarna yang tahan lasak dan kukuh

Sofa ini mempunyai rekaan struktur yang kelihatan sangat tegap dan tahan lasak. Mempunyai gaya rekaan moden dan dilengkapi dengan satu tempat penyandar kaki. Ini menjadikannya sangat selesa dan tahan lama dengan bentuk fizikal yang kukuh. Sesuai digunakan bagi ahli keluarga yang ramai dengan sofa ini, ianya dilengkapi dengan tiga tempat duduk dan penyandar kaki.

Unico Alisa 3 Seater + Stool Sofa Set – water resistant

RM 608
Unico
9. Unico Alisa 3 Seater + Stool Sofa Set – water resistant
Sofa bersaiz besar untuk menonton TV bersama keluarga

Sofa ini menggunakan bahan berkualiti dan selesa untuk digunakan oleh ahli keluarga dengan jumlah yang ramai. Ianya dapat memberi keselesaaan untuk dijadikan sebagai sofa sambil menonton TV dalam keadaan lebih selesa bersama keluarga. 

Direka dengan gaya moden dan kontemporari, sofa ini tahan lasak untuk jangka masa yang panjang. Inilah masanya untuk maraton drama atau filem kegemaran samada melalui Netflix dan Astro.

Bahagia Laz Vegas Sofa Set 2+3 Sofa

RM 459
10. Bahagia Laz Vegas Sofa Set 2+3 Sofa
Sofa untuk ruang tamu - sesuai untuk jumlah keluarga ramai

Sofa ini dapat menonjolkan ruang tamu anda dengan gaya moden atau kontemporari abad pertengahan. Sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai ahli keluarga berjumlah banyak atau sering dikunjungi tetamu. Set sofa ini dilengkapi dengan 3 + 2 tempat duduk sofa yang selesa dan direka dengan gaya menarik. 

Sesuai digunakan untuk rumah moden yang mempunyai kawasan ruang tamu yang luas. Ditambah pula dengan meja kopi, pasti lengkap sesi ‘sembang petang’ anda setiap hari.

Classic Linen Fabric 3Seater L Shape Sofa

RM 853
11. Classic Linen Fabric 3Seater L Shape Sofa
Sofa L-Shape yang mudah untuk dibersihkan

Sofa ini mempuyai rekaan yang moden dan bersaiz besar, sangat sesuai untuk tema ruang yang moden dan ruang tamu luas. Mempunyai pelbagai pilihan warna menarik dan bergaya, terbaik untuk anda yang pentingkan konsep trendy. Diperbuat daripada material waterproof, sofa ini juga sesuai untuk ahli keluarga yang ramai dan dilengkapi juga dengan tempat sandaran kaki untuk keselesaan maksima.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article