Perkakas Rumah

9 Vacuum Cleaner dengan HEPA Filter untuk Rumah yang Lebih Bersih

Kurangkan habuk secara efisien - gunakan vacuum cleaner dengan HEPA filter pelbagai jenis seperti robot & tanpa wayar yang boleh dibeli di Lazada & Shopee.


Editor · 20 Feb 2020, 7:34pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

9 Vacuum Cleaner dengan HEPA Filter untuk Rumah yang Lebih Bersih

Ketika hendak membeli vacuum cleaner, pasti kita tertanya apakah perkara yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan alatan yang kita beli terbaik dan bersesuaian dengan kehendak kita. Selain dari jenis vacuum, kuasa dan cara penggunaan, penapisan atau filter yang digunakan juga merupakan ciri yang harus diambilkira sebelum membeli vacuum cleaner.

Kandungan

Apakah yang dilakukan oleh HEPA filter pada vacuum cleaner?

HEPA adalah singkatan untuk terma "High Efficiency Particulate Air" iaitu merujuk kepada bagaimana penapis atau filter vacuum dikilangkan, diuji, disahkan dan dilabel mengikut sistem piawaian HEPA filter yang standard.

Vacuum cleaner menggunakan filter HEPA mampu memerangkap partikel kecil dalam kuantiti yang banyak berbanding vacuum cleaner biasa yang hanya akan mengitarkan kembali partikel-partikel yang disedut ke udara.  

Maka dengan itu vacuum cleaner dengan filter HEPA mampu mengurangkan habuk, debu dan pelbagai alergen di rumah dengan lebih efisien. Berikut adalah senarai vacuum cleaner dengan HEPA yang ada di pasaran Malaysia kini.

9 Vacuum Cleaner Lengkap Dengan HEPA Filter

Vacuum cleaner murah dengan kuasa sedutan hebat 1 daripada 9
Deerma Vacuum Cleaner Strong Suction HEPA Filter Sweeper (DM717)
Partnership with Deerma
Dari RM119.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Vacuum cleaner Deerma model DM717 ini menawarkan harga yang berpatutan dan mampu berkerja seperti vacuum cleaner yang lain. Ianya kuat, tahan lasak dan berkuasa untuk menyedut kotoran pada lantai, katil, sofa dan sebagainya. Ianya mudah digunakan dan boleh dibawa kemana-mana sahaja.

Vacuum cleaner kecil untuk bulu kucing
Vacuum cleaner beroperasi dengan senyap dan tidak bising 2 daripada 9
Electrolux Bagless Vacuum Cleaner (Z1231)
Partnership with Electrolux
Dari RM387
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Vacuum cleaner Electrolux Z1231 ini antara vacuum cleaner yang beroperasi secara senyap dan tidak bising. Ianya mempunyai speed regulator yang mengawal kelajuan sedutan, malah dengan kuasa sedutannya boleh mencapai sehingga 320W dengan fungsi sebaiknya. Ianya ringan dan mudah dibawa ke mana-mana serta menjimatkan ruangan penyimpanan.

Vacuum cleaner untuk sofa – menyedut habuk dengan baik 3 daripada 9
Sharp Bagless Vacuum Cleaner 2000W (ECLS20R)
Partnership with Sharp
Dari RM309
Lihat harga di Go Shop

Mempunyai motor yang berkuasa sehingga 20002, vacuum cleaner Sharp ini sesuai digunakan di pelbagai kawasan termasuklah celah katil, pintu mahupun di sofa. Ia direka dengan 4 peringkat filter HEPA dan tidak mempunyai bag, jadi memudahkan anda untuk menanggal dan membersihkan bekas habuk. Ia juga mempunyai LED yang akan menyala apabila bekas habuknya sudah penuh atau tersekat.

Vacuum cleaner tahan lasak untuk sedutan lebih sempurna 4 daripada 9
Black & Decker Vacuum Cleaner (BDWD15-XD)
Partnership with Black & Decker
Dari RM198.88
Lihat harga di Shopee Malaysia

Vacuum cleaner Black & Decker BDWD15-XD ini mempunyai dua sistem iaitu menggunakan bag debu atau dust bag dan HEPA filter. Untuk penggunaan yang melibatkan sedutan debu dan habuk yang banyak, dicadangkan untuk menggunakan dust bag manakala untuk debu kotoran halus dan sedikit bolehlah menggunakan HEPA filter. 

Vacuum cleaner ini sangat tahan lasak dan boleh digunakan dalam dua keadaan permukaan iaitu permukaan kering atau basah.

Vacuum cleaner tanpa wayar – mudah dan ringkas 5 daripada 9
Khind Bagless Cordless Stick Handheld Vacuum Cleaner (VC9675)
Partnership with Khind
Dari RM208
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
2 dalam 1
Mempunyai lampu LED
Jaminan hanya setahun
1 lagi
Dilengkapi wall docking station

Vacuum cleaner KHIND VC9675 ini menggunakan teknologi cyclone dan mengedut habuk dengan efisien. Ianya vacuum yang mempunyai HEPA filter dan boleh digunakan tanpa memerlukan anda menyambung pada plug

Bateri yang digunakan adalah bateri litium-ion bertahan untuk jangka masa lebih panjang. Saiz bekas habuknya adalah sebesar 0.5L yang mudah untuk ditanggal dan dibersihkan.

Vacuum cleaner bersaiz kecil dan kompak 6 daripada 9
Samsung 1800W Vacuum Cleaner (VC18M2120SB)
Partnership with Samsung
Dari RM379
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Vacuum cleaner Samsung menggunakan filter HEPA dan kuasa cyclone untuk menyedut debu dan kotoran. Ia  juga mempunyai turbin yang anti-kusit dan menghalang dari tersumbat sekaligus memudahkan tenaga sedutan dipantau. Ia juga menghalang debu kotoran dari tersekat di berusnya. Vacuum cleaner ini bersaiz kecil dan mudah disimpan di ruang yang terhad.

Vacuum cleaner terbaik untuk karpet 7 daripada 9
Panasonic Bagless Vacuum Cleaner (MC-CL563)
Partnership with Panasonic
Dari RM399
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Vacuum cleaner Panasonic model MC-CL563 ini  adalah vacuum tanpa bag dan menggunakan filter HEPA. Ia didatangi dengan bekas untuk mengumpul habuk sehingga 2.0L dan juga nozzle lengkap yang sesuai untuk menyedut kotoran dan debu di karpet yang tebal mahupun nipis. Tiada lagi masalah untuk menyedut habuk ‘degil’ yang melekap pada permukaan karpet anda.

Vacuum cleaner terbaik untuk menyedut bulu kucing 8 daripada 9
Hitachi 2200W Cyclone Vacuum Cleaner Cylinder (CV-SE22V)
Partnership with Hitachi
Dari RM399
Lihat harga di Lazada Malaysia

Vacuum cleaner Hitachi ini mempunyai empat jenis nozzle termasuklah nozzle utama, 2-peringkat nozzle pelbagai sudut, berus habuk dan berus crevice.  Ia menggunakan 7 peringkat penapisan termasuk filter nano titanium HEPA. Dengan mempunyai kuasa sehingga 2200W, vacuum cleaner ini mampu menyedut habuk dan debu sekecil bulu kucing yang halus itu.

Vaccum cleaner robot dengan teknologi smart 9 daripada 9
iRobot Roomba 890 Vacuum Cleaner
Partnership with iRobot
Dari RM3,250
Lihat harga di Lazada Malaysia

Mungkin harganya agak tinggi, tetapi iRobot Roomba 890 series ini menggunakan teknologi pintar di mana anda boleh memberi arahan menggunakan telefon pintar dan suara anda. Ianya mampu membersih kediaman dengan tiga peringkat iaitu kotoran di lantai, mengangkat dan menyedut habuk dengan sempurna

Bateri litium-ion yang digunakan oleh vacuum cleaner robot ini tahan 3 kali lebih lama daripada bateri biasa.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation