Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

12 Kunci Mangga/Padlock Terbaik 2024 (Paling Selamat)

Keselamatan barangan haruslah diutamakan!

Perlindungan keselamatan merupakan antara aspek terpenting dalam menjaga keselamatan diri atau barang berharga.

Bukan apa, dimana-mana boleh berlaku kes kecurian kenderaan atau pecah rumah. 

Ini semua disebabkan mangga kunci keselamatan digunakan kurang berkualiti sehingga mudah bagi pencuri untuk melakukan kerja mereka.

Oleh itu pemilihan jenama padlock terbaik atau kunci mangga elok yang berkualiti perlu dititik beratkan.

Jom kita lihat senarai jenama kunci mangga terbaik dan jenama padlock terbaik supaya rasa lebih selamat.


Senarai 12 Kunci Mangga Terbaik

Mangga kunci terbaik secara keseluruhan
Semak Anti Theft Siren Alarm Lock 110 DBA Padlock harga dibawah:
add_circle Badan mangga yang kukuh
add_circle Mudah digunakan
add_circle Sistem penggera yang boleh diaktifkan
remove_circle Bunyi penggera terlalu kuat
remove_circle Sistem penggera tidak berfungsi jika bateri habis

Sebab menjadi pilihan utama:

Kunci mangga dari jenama Globe antara yang paling murah dan mudah didapati di kedai hardware

Ciri-ciri:

Anda boleh guna mangga ini sebagai kunci keselamatan untuk kunci motor.

Ini kerana badan mangga dan pengeluli kunci diperbuat dari tembaga supaya tahan lama dan tidak mudah rosak oleh pencuri.

Selain itu, padlock ini mempunyai bunyi penggera dan anda juga tidak perlu risau kerana padlock ini water resistant.

Jika anda tidak mahu padlock ini tidak berbunyi, anda boleh menyahaktif sistem penggera

Cara penggunaanya mudah saja. Ikuti langkah dibawah.

  1. Masukkan kunci, pusing ke arah jam dan buka shackle.
  2. Masukkan shackle ke mangga.
  3. Mangga akan berbunyi, 
  4. Kemudian, cabut kunci dan sistem penggera akan ditetapkan selepas 15 saat. 
  5. Apabila mangga bergetar dua kali selama lima saat, penggera akan berbunyi.
  6. Tempoh lima saat adalah untuk memberi masa kunci dibuka tanpa membunyikan penggera.
  7. Penggera akan berbunyi dalam jarak masa 10 saat dan penggera akan terus berbunyi sekiranya pergerakan dan getaran berterusan.

Review:

“Bunyi alarm berfungsi dengan kuat, boleh takutkan pencuri.”

Semak Tri-Circle Heavy Duty Weatherproof Padlock / Weather Resistant Padlock Mangga Pintu Outdoor harga dibawah:
add_circle Jenama yang dikenali
add_circle Material yang kukuh
add_circle Kalis air dan cuaca
add_circle Tahan Karat
add_circle Sesuai untuk pelbagai kegunaan
remove_circle Warna gelap

Kunci jenama Tri circle adalah antara kunci mangga yang menjadi pilihan ramai berikutan harga yang berpatutan dan kualiti yang boleh dikatakan terbaik.

Mangga ini boleh digunakan untuk bermacam-macam misalnya mengunci rumah, bilik, luaran dan dalaman rumah atau dijadikan mangga motor.

Badan mangga ini diperbuat daripada tembaga dan bersalut getah bagi memastikan bukan saja kukuh tetapi juga kalis cuaca dan kalis air serta melindunginya daripada berkarat. 

Tapi disebabkan warnanya agak gelap, ini menjadikan sedikit sukar sekiranya digunakan pada waktu malam atau tempat yang kurang cahaya

Tambah lagi mangga ini mempunyai sistem penguncian berganda dimana bahagian shackle mangga ini disalut dengan chrome bagi memastikan lebih kukuh.

Produk ini mempunyai tiga pilihan shackle sama ada pendek atau panjang dan tiga pilihan saiz iaitu 38, 50 dan 63mm.

Lock motor paling selamat
Padlock Finland Shield
Semak Padlock Finland Shield harga dibawah:
add_circle Ciri keselamatan yang terbaik
add_circle Badan yang kukuh
add_circle Kalis potong, gerudi, dan asid
add_circle Sesuai untuk pelbagai kegunaan
remove_circle Harga mahal

Kalau anda biasa dengar jenama Abloy yang terkenal sebagai mangga yang kukuh dan mempunyai ciri keselamatan tinggi, disini ada pesaing yang mungkin setanding dengannya iaitu Finland Shield.

Mangga ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mengunci motor tetapi juga boleh digunakan dengan pelbagai benda.

Jenama ini juga turut diperakui oleh sebuah syarikat Insurans iaitu Kurnia Insurans dan merupakan satu-satunya jenama yang diperakui syarikat berkenaan.

Mangga ini didatangkan dengan set 1 mangga dan 4 anak kunci, jadi anda tidak perlu risau sekiranya berlaku kehilangan kunci.

Menariknya, mangga ini mempunyai enam ciri keselamatan iaitu Anti Pry, Anti Drill, Anti Rust, Anti Saw, Anti Cut, Anti Crack dan Anti Acid.

Semua sistem keselamatan di atas ini telah diperakui di peringkat antarabangsa.

Pengeluar turut menyediakan waranty selama 1 tahun kepada pengguna.

Kunci motor terbaik
Abloy PL:PLM Series
Semak Abloy PL/PLM Series Padlock harga dibawah:
add_circle Sistem keselamatan tahap tinggi
add_circle Tahan lasak
add_circle Kunci tidak boleh ditiru
add_circle Warranty sepanjang hayat
remove_circle Harga mahal
remove_circle Kunci boleh dipesan dari pengeluar sekiranya hilang

Satu lagi mangga lock jenis premium yang lebih dikenali dengan ciri keselamatan tertinggi setanding dengan harga iaitu Abloy PL/PLM series.

Siri mangga Abloy ini didatangkan dengan pelbagai variasi model mengikut jenis dan berharga sekitar RM219- RM879.

Kunci mangga Abloy menjadi pilihan para rider untuk mengelakkan motosikal mereka dari dicuri. 

Selain digunakan untuk motosikal, mangga ini boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti grill rumah.

Mangga Abloy tahan lasak dan terkenal dengan ketahanan dari pelbagai jenis serangan fizikal.

Uniknya lagi, rekaan kunci Abloy tidak mudah untuk ditiru dan sistem kunci hanya beroperasi dari kunci asli sahaja. 

Komponen mangga ini juga tahan panas, sejuk, tahan beku, hakisan, karat dan kotor. 

Bagi memastikan keaslian kunci mangga setiap set mangga didatangi dengan kad identiti. 

Pengeluar memberi warranty sepanjang hayat kepada pengguna

ST GUCHI SGPL-100N Padlock 50mm
Semak ST GUCHI SGPL-100N Padlock 50mm / Mangga Rumah harga dibawah:
add_circle Harga lebih murah
add_circle Menggunakan bahan kukuh
add_circle Tahan lasak
add_circle Sistem penguncian berkualiti tinggi
remove_circle Tidak sesuai mengunci motor

Biarpun mangga St Guchi antara yang termurah di pasaran, tapi tak bermakna ia tidak berkualiti seperti mangga yang berharga ratusan ringgit. 

Jenama ini lebih memfokuskan kepada mangga pintu rumah dan grill kerana tahan lasak dari dipotong dan diketuk.

Manakala bahagian shackle kunci ini diperbuat daripada keluli aloi bagi memastikan anti gergaji.

Bahagian keselamatan mangga ini juga diperkuat dengan sistem penguncian double ball bearing bagi memastikan kekuatan tegangan dan kilasan yang tinggi

Malah, mangga ini diperbuat daripada bahan tembaga yang kukuh dan tahan karat. 

Jangan risau jika kunci hilang kerana setiap pembelian disertakan dengan 4 anak kunci.

Mangga kunci bernombor
Yale
Yale YP2 Combination Lock
Semak Yale YP2 Combination lock harga dibawah:
add_circle Ringan dan mudah dibawa
add_circle Tidak perlu risau sekiranya kehilangan kunci
add_circle Reka bentuk dan warna yang menarik
remove_circle Hanya sesuai untuk ruang dalam rumah

Mangga jenis ini merupakan mangga bersaiz kecil bernombor dengan rekaan warna menarik.

Mangga ini sesuai digunakan untuk anda mengunci bagasi ketika melancong.

Untuk saiz kecil sangat disarankan untuk menggunakan jenis nombor kerana untuk orang yang cuai amat tinggi kebarangkalian untuk menghilangkan kunci.

Bayangkan waktu itu anda sedang bercuti dan kunci bagasi anda hilang dan anda tidak dapat mengeluarkan barang keperluan anda, sudah pasti akan merosakkan mood bercuti.

Bahagian badan mangga ini diperbuat dari zink aloi manakala shackle diperbuat dari keluli.

Jadi, untuk membuka kunci mangga ini, pengguna perlu menggabungkan tiga nombor yang telah ditetapkan oleh anda sendiri.

Jangan risau jika anda lupa dengan nombor ditetapkan kerana nombor pengunci boleh ditetapkan semula .

Terdapat beberapa warna menarik iaitu merah, kelabu, kuning, biru, hijau, oren dan merah jambu. Pilih saja!

Mangga kunci biometrik
Anytek Lock L3/L3+ 9mm
Semak Anytek Lock L3/L3+ 9mm harga dibawah:
add_circle Teknologi moden
add_circle Ringan
add_circle Boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan
add_circle Tidak memerlukan kunci
remove_circle Tidak kalis air
remove_circle Tidak berfungsi sekiranya bateri habis

Merupakan salah satu mangga kunci yang berteknologi tinggi dimana cara penggunaannya hanya menggunakan pengimbas cap jari atau lebih dikenali sebagai kaedah biometrik.

Cap jari boleh di daftar atau dibuang mengikut cara dalam manual pengguna yang disertakan.

Malah, sistem mangga ini boleh menyimpan sebanyak 10 cap jari, jadi boleh dijadikan kunci rumah.

Sementara itu untuk versi L3+, pengguna akan dapat tambahan sistem Bluetooth pada mangga dimana pengguna boleh menghubungkan dengan telefon pintar mereka.

Sistem ini mempunyai bateri berkuasa 300maH dengan masa sedia selama 2 tahun dan boleh dibuka 2500 kali penggunaan. 

Cuma anda perlu mengecas bateri menggunakan wayar USB kerana jika tidak, mangga ini tidak dapat berfungsi.

Jangan risau, mangga ini juga turut mempunyai indicator untuk pengguna memantau keadaan bateri, sekiranya bateri berada pada paras rendah, indikator lampu berwarna merah akan menyala.

Manakala apabila sudah dicas penuh, indikator lampu warna hijau pula akan menyala.

Bercerita tentang fizikal, badan mangga ini diperbuat dari material zink aloi sepenuhnya dan sesuai untuk pelbagai kegunaan.

SOLEX BRASS LAMINATED PADLOCKS LM40 : LM50 40MM & 50MM
Semak Solex Brass Laminated Padlocks LM40 / LM50 40MM & 50MM harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Sesuai untuk pelbagai kegunaan
add_circle Menggunakan bahan kukuh dan berkualiti
remove_circle Terdapat banyak produk tiruan di pasaran

Badan mangga ini diperbuat dengan keluli berlamina yang dilindungi dengan nikel bagi memastikan badan mangg kukuh dan berkualiti tinggi.

Manakala, shackle mangga ini diperbuat daripada keluli yang disalut dengan chrome.

Mangga ini menggunakan sistem penguncian berganda sebagai perlindungan maksimum.

mangga ini sesuai untuk kegunaan industri, komersial, residensi dan pelbagai kegunaan lain.

Cuma anda perlu berhati-hati apabila membuat pembelian kerana terdapat banyak produk tiruan.

Kunci mangga tahan karat
Solfili (Solcar) Pad lock
Semak Solfili (Solcar) Pad lock harga dibawah:
add_circle Kukuh dan berkualiti tinggi
add_circle Reka bentuk shackle tidak mudah dipotong
add_circle Tahan lasak
add_circle Sesuai untuk pelbagai kegunaan
remove_circle Ruangan shackle sempit

Walaupun Solcar telah menukar nama baru kepada Solfili tapi anda tidak perlu risau kerana masih produk yang sama dan mengekalkan kualiti yang sedia ada.

Biarpun jenama ini lebih dikenali sebagai kunci untuk motosikal, tetapi produk ini dilihat mampu digunakan untuk tujuan pelbagai termasuk kegunaan mengunci basikal pintu rumah.

Mungkin kerana kunci mangga ini diperakui lebih baik berbanding mangga kunci rumah biasa.

Selain dari binaan badan yang berkualiti, reka bentuk shackle yang dilindungi agar tidak boleh diakses dengan pemotong dan juga anti gerudi dan juga kalis cuaca.

Jika anda ingin mengunci motosikal, dinasihatkan mengunci bahagian sprocket atau piring brek untuk menyukarkan pencuri mencuri motosikal.

Setiap pembelian, anda akan mendapat sebuah mangga berukuran 62x138mm dan tiga anak kunci.

Kunci mangga grill
T-REX Grill Door Lock
Semak T-REX Grill Door Lock harga dibawah:
add_circle Sukar dipecahkan
add_circle Ketinggian lock boleh dilaras
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Hanya boleh digunakan untuk mengunci grill atau pagar rumah

Berbeza dengan padlock jenis tradisional kerana padlock jenis ini direka dengan bentuk 4 segi.

Jika dilihat bahagian luaran, hampir keseluruhan bahagian ditutup agar tidak mudah dirosakkan dengan pelbagai serangan fizikal.

Ketinggian padlock ini juga boleh dilaras mengikut kesesuaian grill rumah anda

Cara penggunaannya lebih mudah berbanding mangga tradisional, anda hanya perlu menutup bahagian tempat letak mangga di grill.

Kemudian menolak shackle dengan jari sahaja untuk menguncinya.

Manakala untuk membukanya anda hanya memusing kunci dan menarik ia keluar

Kunci mangga tahan lasak
ABUS
ABUS GENUINE 80TI/50
Semak ABUS GENUINE 80TI/50 harga dibawah:
add_circle TITALIUM aluminium aloi
add_circle NANO PROTECT coating
add_circle Tahan lasak
remove_circle Harga mahal

Jika anda mencari kunci mangga atau padlock yang tahan lasak, anda boleh dapatkan ABUS GENUINE 80TI/50 ini!

Jenama Abus ini memberikan anda jaminan keselamatan yang tinggi kerana penggunaan bahan TITALIUM aluminium aloi ini kuat dan dalam masa yang sama ringan.

Kunci mangga ini juga sesuai digunakan untuk pintu rumah, pagar rumah, almari, loker, kotak peralatan dan sebagainya.

Menariknya, padlock ini juga disaluti oleh NANO PROTECT coating bagi memastikan kunci mangga ini tahan karat dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lebih lama. 

Dengan pembelian ini, anda akan dapat 2 kunci yang dilengkapi bersama. 

kunci mangga
Semak AGASS Safety Extra Stainless-Steel Padlock (40mm) harga dibawah:
add_circle Kuat & tahan lama
add_circle Tahan karat
add_circle Kalis cuaca
remove_circle Jenama kurang terkenal

Mangga jenama Agass ini dibina dari bahan keluli dan luaran bersalut chrome untuk tahan karat dan kalis cuaca.

Mempunyai reka bentuk cakera wafer khas dan 20 kombinasi kunci antara ciri keselamatan yang ditawarkan. 

Silinder dalam mangga juga tidak mempunyai bahagian spring–loaded dan dengan itu mengurangkan kemungkinan dibuka secara paksa. 

Malah, shackle keluli juga tahan lasak untuk mengelakkan dari digerudi atau digergaji.

Walaupun harganya murah dibawah RM10 tapi mangga ini juga kuat, tahan lama, anti berkarat, anti-prying, anti-drilling, anti-hammering, dan anti-sawing.

Setiap pembelian, anda akan mendapat tiga anak kunci dan satu mangga kunci kecil berukuran 4cm x 6.5cm.


Apakah Jenis-Jenis Padlock?

Mungkin ada yang beranggapan padlock atau kunci mangga tidak mempunyai jenis yang berbeza.

Asalkan boleh dikunci, sudah memadai tapi sebenarnya terdapat beberapa jenis.

Jadi, anda perlu memilih jenis padlock atau kunci mangga mengikut kesesuaian penggunaan.

Jom kita lihat liima jenis padlock yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian kita menurut sebuah laman sesawang.

Ini antara jenis-jenis padlock anda perlu tahu sebelum beli.

  • Combination Padlock

Kebiasaannya padlock jenis ini tidak menggunakan kunci dan hanya menggunakan gabungan nombor untuk membuka atau menguncinya semula.

Jadi, kunci ini boleh dibuka dengan gabungan kod nombor yang telah ditetapkan oleh pengguna sahaja.

Kunci mangga ini boleh menukar kod nombor jika pengguna terlupa atau ingin nombor kod yang baru.

Cuma cara tukar perlu rujuk kertas manual yang telah disediakan sewaktu pembelian.

  • Weatherproof Padlock

Padlock jenis ini bukan sahaja mempunyai ketahanan daripada serangan tetapi mempunyai ketahanan dari keadaan cuaca.

Senang cerita tahan lasak jadi sangat sesuai untuk kegunaan luar rumah tapi sekiranya ingin buat kunci rumah, tidak menjadi masalah.

Kebiasaannya padlock ini menggunakan bahan lapisan plastik dan mempunyai penutup di bahagian kunci bagi mengelakkan mangga daripada mudah berkarat.

Pembuatan mangga ini juga menggunakan material yang kukuh bagi memastikan ketahanan dalam pelbagai cuaca.

  • Closed Shackle Padlock

Shackle padlock ini dibuat secara tertutup bagi menyukarkan pencuri untuk memotong padlock menggunakan pemotong seperti gergaji atau apa sahaja alatan untuk mengumpil mangga.

Padlock jenis ini juga adalah padlock yang sangat disaran oleh kebanyakan syarikat insurans.

Selalunya terdapat tempoh warranty lebih dari 5 tahun.

  • Long Shackle Padlock

Jenis shackle yang panjang adalah bertujuan untuk mengunci barang yang lebih panjang.

Sesuai untuk rantai besi, grill kedai atau mengunci dua buah rim tayar bahagian depan basikal.

  • Discus Padlock

Padlock ini mempunyai ciri-ciri perlindungan seperti Close Shackle dimana ia memberi perlindungan daripada alat pemotong.

Cuma apa yang membezakannya adalah reka bentuk yang lebih bulat. 

Padlock jenis ini sesuai untuk kegunaan luar dan kebiasaannya digunakan di industri atau premis perniagaan

Apa pun, pastikan anda pilih padlock atau jenama padlock terbaik bagi memastikan harta benda anda dalam keadaan selamat.


Apakah Padlock Untuk Rumah?

Padlock atau kunci mangga adalah alat keselamatan mudah yang digunakan untuk mengunci pintu, pagar, dan barangan lain bagi melindungi kediaman daripada diceroboh.

Antara jenis padlock rumah yang popular ialah padlock berkunci U-shaped, knob lock, dan padlock berkod. Setiap jenis ini mempunyai ciri-ciri keselamatan tersendiri.

Padlock berkunci U-shaped menggunakan kunci logam untuk membuka mangga. Ia mudah didapati dan harga berpatutan.

Bagaimanapun, kunci boleh hilang dan mudah disalin atau copy oleh orang lain.

Oleh itu, padlock ini kurang sesuai untuk pintu utama rumah dan hanya untuk mengunci pintu pagar atau grill.

Selain itu, knob locks pula jenis kunci pintu yang paling biasa digunakan untuk kebanyakan pintu dalam rumah.

Ini kerana silinder kunci terletak dalam pemegang pintu itu sendiri dan bukannya pintu.

Padlock berkod menggunakan kombinasi nombor untuk membukanya, mengelakkan risiko kehilangan kunci.

Kod perlu diingat dan kerap ditukar bagi menjamin keselamatan.

Semasa membeli padlock rumah, pastikan ia dibuat daripada bahan tahan lasak seperti keluli atau aloi khas.

Saiz dan reka bentuk hendaklah sesuai untuk pintu atau pagar.

Padlock yang baik dapat melindungi harta benda dan menjamin ketenangan fikiran penghuni.

Namun, langkah berjaga seperti memasang alarm keselamatan dan outdoor kamera juga perlu bagi perlindungan menyeluruh premis.


Apakah Padlock Untuk Office?

Di pejabat, padlock atau kunci mangga digunakan untuk mengunci kabinet fail, laci, pintu stor, locker pekerja dan memastikan barang pejabat selamat dari kecurian.

Terdapat beberapa jenis mangga yang sesuai untuk kegunaan pejabat. Antaranya termasuklah cam lock, padlock kod kombinasi, dan padlock elektronik. 

Cam lock menggunakan kunci logam untuk membuka kunci. Ia sesuai untuk mengunci laci pejabat atau locker. Biasanya diperbuat dari keluli atau aloi tahan karat.

Namun pengguna perlu menjaga kunci logamnya dengan teliti supaya tidak hilang. Jika hilang, keseluruhan padlock terpaksa diganti.

Padlock kod berkombinasi pula dibuka dengan memasukkan kombinasi angka pada papan kunci. Ia tidak memerlukan kunci fizikal. 

Cukup hafal kombinasinya sahaja. Ia sesuai untuk pintu utama yang kerap dilalui. Ada yang direka kalis air untuk diletak di luar pejabat.

Padlock elektronik paling canggih pula menggunakan kad akses, pin nombor, aplikasi telefon pintar, Bluetooth atau cap jari untuk unlock

Saiz padlock juga perlu sesuai dengan kegunaan. 30mm-50mm padlock sesuai untuk laci dan kabinet fail. 60mm-80mm pula lebih sesuai untuk pintu stor yang lebih besar.


Artikel Berkaitan

End of Article