Product in this article

Tilam yang terbaik akan melenakan tidur anda, membuai anda jauh ke alam mimpi. Namun, mendapatkan tilam yang sesuai dengan citarasa dan keselesaan anda adalah kadangkala sukar.

Terlalu banyak pilihan di pasaran dengan pelbagai tawaran menarik sehingga anda tidak dapat membuat keputusan? Kami huraikan seleksi tilam terbaik untuk pilihan anda, agar anda dapat tidur nyenyak seperti seorang bayi pada setiap malam:

Tilam yang berkualiti
1. The Sonno Mattress
Tilam yang berkualiti

 

Sebuah produk yang menjanjikan kualiti terbaik, tilam jenama Sonno ini dihasilkan dari tiga jenis material utama iaitu getah asli, memory foam dan support foam. Dalam pada itu, ia dilengkapi dengan alas lembut yang boleh ditanggalkan serta memiliki keanjalan yang sederhana (medium firm). Boleh didapati dalam tiga variasi saiz iaitu; single, queen dan king, The Sonno Mattress adalah pilihan yang sesuai untuk seisi keluarga.

Tilam terbaik dan murah

Tilam dari Goodnite ini adalah pilihan terbaik dengan tawaran harga yang mampu milik. Dengan ketebalan 4.5 inci, tilam ini dihasilkan dari material foam yang berkualiti untuk memberikan sokongan yang sempurna kepada postur badan. Tambah menarik, ia memiliki alas fabrik premium yang menjanjikan keselesaan ketika tidur, sesuai digunakan pada katil bersaiz single.

Tilam terbaik untuk bayi
3. Getha Baby Latex Mattress
Tilam terbaik untuk bayi

Jenama Getha memperkenalkan sebuah tilam khusus untuk bayi. Dihasilkan daripada bahan getah asli yang dijamin tidak berbahaya dan bebas daripada hama dan serangga tilam, produk ini sesuai untuk mereka yang menghidap asthma dan alergi. Selain itu, ia juga memiliki ciri pengudaraan yang baik agar anak kecil anda tidak panas dan berpeluh ketika tidur.

Tilam terbaik untuk bayi

Tilam jenis spring ini dilengkapi sistem spring poket intalok, yang menjamin pengguna tidak akan merasa kehadiran spring ketika baring. Lebih menarik, ia juga memiliki alas dihasilkan dari fabrik bamboo yang selesa dan sejuk. Dengan ketebalan sembilan inci dan material spring dan foam yang berkualiti, tilam jenama Vono ini bermutu dan tahan lama.

Tilam terbaik untuk tulang belakang
5. Vono Spine Pro1200 Queen Mattress
Tilam terbaik untuk tulang belakang

Tilam yang menepati keperluan tulang belakang dan postur dapat melegakan masalah sakit belakang. Oleh itu, Vono telah menampilkan tilam khusus untuk merawat masalah tulang belakang dengan Vono Spine Pro1200. Produk bermutu tinggi ini mempunyai jaminan selama 15 tahun, serta memiliki alas fabrik silverguard yang mempunyai ciri melawan pembentukkan bakteria penyebab bau. Lebih lagi, ia tidak perlu diterbalikkan.

Tilam yang selesa

Tilam separa anjal ini memiliki ciri pengudaraan yang baik serta alas lembut dibahagian atas. Menambahkan lagi keselesaan pangguna, ia dilengkapi dengan ketebalan 10 inci dan tidak mudah bergerak, menjamin tidur anda tidak diganggu. Lebih menarik, tilam FibreStar ini dapat memberikan sokongan penuh kepada postur badan dan keselesaan penuh kepada tulang belakang pengguna.

Tilam travel terbaik

Tilam angin yang datang dengan pam mudah-alih ini memiliki alas baldu di bahagian atas tilam untuk memberi keselesaan. Berciri kompak, mudah disimpan dan dibawa kemana sahaja, ia sangat sesuai digunakan ketika berkhemah atau bermalam di hotel. Kecapi keselesaan tidur di mana sahaja anda berada dengan tilam angin jenama Intex ini yang boleh tahan murahnya.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kelengkapan Rumah

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!