Kelengkapan Rumah

17 Lampu Hiasan Terkini Malaysia 2026 (Dalam & Luar Rumah)

Pastikan pilih lampu rumah enis lampu yang betul & sesuai dengan keadaan rumah supaya dekorasi hiasan lampu kelihatan sempurna dan rumah jadi cantik.


Editor · Updated 3 Oct 2022

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

17 Lampu Hiasan Terkini Malaysia 2026 (Dalam & Luar Rumah)

Selain daripada langsir, karpet, sofa sebenarnya hiasan lampu rumah juga main peranan penting untuk menaikkan seri rumah.

Bukan itu saja pemilihan jenis lampu dan warna pun dapat menambahkan lagi kesempurnaan sebuah ruang.

Kandungan

Malah, anda perlu memastikan tempat letak lampu sesuai atau tidak dengan konsep supaya tidak kelihatan terlalu padat atau terang.


Senarai 17 Dekorasi Lampu Hiasan Rumah

Modern Nordic Floor Standing Lamp
Lampu hiasan terbaik secara keseluruhan 1 daripada 17
Modern Nordic Floor Standing Lamp
Partnership with
Dari RM30.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Terdapat 2 pilihan warna
Pemegang mentol jenis E27
Harga sedikit mahal
1 lagi
Terendak lampu diperbuat dari fabrik

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Ruang tamu tampak kosong dan suram? Boleh dapatkan lampu berdiri dengan rekaan Nordic minimalis ini untuk indahkan lagi dekorasi kediaman anda. 

Ciri-ciri;

Sesuai juga diletakkan di sudut bilik tidur atau di sisi katil agar kamar beradu anda kelihatan mewah dan moden persis bilik hotel. 

Bahagian tiang  lampu telah disalut kemas dengan cat, jadi tak mudah karat. 

Cara hidupkan lampu ini adalah dengan menggunakan suis yang mudah ditekan. 

Tiada masalah juga jika nak guna lampu berdiri ini di dalam pejabat agar lebih terang ketika bekerja. 

Lagipun mudah dipindahkan ke mana-mana, jadi sesuai juga untuk anda yang masih menyewa rumah. 

Review;

‘Lampu sangat cantik, mudah pasang. Berbaloi beli lampu ini! Boleh terang satu bilik yang besar. Memang nampak elegan letak di ruang tamu,’

Wynn Design 25cm Outdoor Gate Light
Lampu hiasan pagar rumah 2 daripada 17
Wynn Design 25cm Outdoor Gate Light
Partnership with
Dari RM78.01
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kalis air & cuaca
Rekaan moden
Perlu dipasang sendiri
1 lagi
Diperbuat daripada keluli & kaca

Lampu berbentuk kotak yang dicat dengan warna coklat ini direka khas untuk diletakkan di  halaman rumah iaitu di atas tembok pagar kediaman agar lebih cerah pada waktu malam. 

Terdapat 3 jenis mentol yang boleh anda pilih iaitu cahaya putih (6500K), cahaya kuning (3000k) dan mentol dengan cahaya sedikit kuning. 

Pilih sahaja sama ada anda gemar lampu yang terang atau sedikit malap. 

Rekaan lampu ini sesuai untuk pelbagai jenis tema luar rumah sama ada minimalis atau moden. 

Yang penting, lampu outdoor ini tak akan kelihatan serabut.

Vintage Pendant Lamp
Lampu hiasan gantung 3 daripada 17
Vintage Pendant Lamp
Partnership with
Dari RM13.71
Lihat harga di Shopee Malaysia
Mudah dipasang
Rekaan yang moden
Tiada fungsi smart lamp
3 lagi
Ada tempoh jaminan
Diperbuat daripada logam
Mungkin akan nampak serabut jika siling rumah rendah

Lampu hiasan gantung di siling ini bukan hanya sesuai dipasang di dapur atau ruang makan kediaman, malah boleh diletakkan di kafe, koridor dan beranda.

Rekaannya ringkas berwarna hitam membuatkan lampu ini sesuai dengan pelbagai jenis tema rumah termasuk tema industrial loft, minimalis dan bohemian. 

Terdapat pelbagai saiz dan bentuk lampu gantung yang boleh anda dapatkan, antaranya bentuk oval, kiub, segi tiga dan loft.

Nordic Modern Wall Lamps
Lampu hiasan minimalis 4 daripada 17
Nordic Modern Wall Lamps
Partnership with
Dari RM9.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Sesuai diletakkan di dinding ruang makan
Terdapat pelbagai pilihan warna
Harga mahal
1 lagi
Rekaan minimalis

Untuk yang menggemari dekorasi rumah yang ringkas, kami cadangkan anda untuk hias kediaman dengan lampu rekaan moden ala Nordic ini. 

Sesuai diletakkan di ruang tamu, dijadikan lampu tidur, di letakkan di dinding kafe atau restoran atau kawasan tangga untuk naik ke tingkat atas kediaman. 

Lampu rumah ini diperbuat daripada besi dan kayu, jadi akan tahan lama. Boleh pilih sama ada anda nak beli bersama-sama mentol atau tidak. 

Antara pilihan mentol yang tersedia ialah mentol 3 warna, mentol LED putih dan mentol LED bercahaya kuning.

Gold Crystal Table Lamp
Lampu hiasan ruang tamu 5 daripada 17
Gold Crystal Table Lamp
Partnership with
Dari RM51.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Boleh pilih warna cahaya mentol
Rekaan moden Eropah
Kurang sesuai dengan ruang konsep minimalis
1 lagi
Pemasangan mudah

Serlahkan dekorasi ruang tamu anda dengan lampu meja kristal berwarna emas ini. 

Sangat sesuai diletakkan di atas meja sisi berdekatan sofa atau di atas meja konsol. 

Barulah dekorasi kediaman anda akan tampak seperti hotel mewah. 

Selain itu, boleh juga dijadikan lampu tidur dalam kamar beradu atau lampu atas meja kerja. 

Lampu begini memang sesuai bagi anda yang kurang gemar cahaya yang terlalu terang kerana ia mempunyai 2 lapis terendak lampu (lamp shades). 

Modern Outdoor Wall Light
Lampu hiasan luar rumah 6 daripada 17
Modern Outdoor Wall Light
Partnership with
Dari RM34.50
Lihat harga di Shopee Malaysia
Harga murah
Mudah dipasang
Perlu drill dinding
2 lagi
Kalis cuaca & air hujan
Boleh letak di tiang pagar rumah

Usah abaikan dekorasi luar rumah sebab sangat penting untuk memberi pandangan pertama kepada tetamu. 

Anda boleh pasang lampu dinding pada bahagian luar rumah ini pada tiang kawasan anjung kediaman atau di tempat letak kereta. 

Paling menarik, terdapat 7 jenis atau rekaan outdoor light untuk anda, antaranya lampu berbentuk silinder dan lampu berbentuk segi empat. 

Pilih sahaja mana yang paling sesuai dengan konsep halaman anda.

Retro Vintge Hemp Rope Pendant Light
Lampu hiasan dengan tali 7 daripada 17
Retro Vintge Hemp Rope Pendant Light
Partnership with
Dari RM4.80
Lihat harga di Shopee Malaysia
Harga murah
Mentol LED
Kurang sesuai jika dipasang di bilik tidur
3 lagi
Mudah dipasang
Panjang tali 1 meter
Pelbagai pilihan bentuk mentol

Lampu jenis bertali ini bakal menyerlahkan lagi ruang kafe, restoran atau rumah terutamanya yang bertemakan vintage atau farm house.  

Jangan risau, tali lampu ini memang kuat kerana diperbuat daripada material hemp yang sering digunakan untuk mendaki dan belayar. 

Selain itu, tali hemp juga tahan cahaya UV dan susah berkulat, jadi ia tak mudah putus atau rosak. 

Boleh dipasang di ruang bersantai luar rumah, di ruang makan atau di kaunter bar dapur, kerana talinya boleh disimpul atau diikat mengikut kreativiti anda.

OSRAM LEDVANCE LED Downlight
Lampu downlight 8 daripada 17
OSRAM LEDVANCE LED Downlight
Partnership with
Dari RM16
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga murah
1 tahun waranti
Rekaan terlalu ringkas
2 lagi
Lampu jenis LED
Ada pengesahan SIRIM

Lampu yang direka khas untuk siling plaster ini tersedia dalam 3 pilihan suhu cahaya lampu.

Antaranya daylight (cahaya putih terang, sesuai untuk ruang tamu) dan cool white (sesuai untuk dapur, bilik belajar). 

Manakala lampu bersuhu warm white (lampu kuning) pula sesuai dipasang di dalam kamar tidur atau di hallway

Uniknya lagi, lampu siling dengan 3 pilihan saiz (5, 6 & 8 inci) ini juga boleh diletakkan di dalam tandas.

Modern Indoor Crystal Wall Light LED
Lampu hiasan dinding 9 daripada 17
Modern Indoor Crystal Wall Light LED
Partnership with
Dari RM19.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Pemegang mentol E27
Rekaan lampu mewah
Tidak sesuai dipasang di dinding luar rumah
2 lagi
Terendak lampu jenis kristal
2 pilihan warna, hitam & emas

Lampu ini bukan saja sesuai untuk digunakan di ruang tamu, malah sesuai diletakkan dalam bilik tidur pada bahagian sisi katil kerana boleh menaikkan lagi mood santai dan tenang. 

Bukan itu sahaja, lampu dinding LED ini turut boleh dipasang di restoran untuk memberi kesan mewah kepada pelanggan. 

Sesuai juga diletakkan di foyer dan ruang makan  kerana bentuk lampu jenis ini dapat menghasilkan cahaya yang tidak terlalu terang.

Classic Outdoor Weatherproof WallStand Gate Lamp
Lampu hiasan tiang rumah 10 daripada 17
Classic Outdoor Weatherproof Wall/Stand Gate Lamp
Partnership with
Dari RM30.35
Lihat harga di Shopee Malaysia
2 pilihan warna, emas & hitam
Kalis cuaca & kalis air
Tiada waranti
1 lagi
Harga murah

Walaupun lampu ini sering digunakan sejak bertahun lamanya, rekaannya tetap tidak lapuk ditelan zaman.

Ini kerana boleh menaikkan seri kawasan taman rumah anda agar persis rumah di negara Inggeris. 

Sangat sesuai dipasang di luar rumah dengan tiang moden atau dengan exposed brick untuk menambahkan lagi keceriaan kawasan kediaman. 

Terdapat 2 jenis rekaan iaitu jenis lampu wall (untuk dipasang pada tiang anjung rumah) dan stand (dipasang berdiri di atas tiang pagar rumah).

LED Table Lamp
Lampu hiasan LED 11 daripada 17
LED Table Lamp
Partnership with
Dari RM15.84
Lihat harga di Shopee Malaysia
Boleh dijadikan lampu tidur
Tapak lampu diperbuat dari kayu
Tidak sesuai diletakkan di ruang makan
1 lagi
Terendak lampu jenis fabrik

Lampu meja ini sesuai diletakkan di bilik bacaan atau ruangan yang bertemakan warna neutral kerana direka dengan warna seperti beige dan putih krim. 

Apa yang menarik lagi terdapat beberapa design, antaranya, rekaan bunga plum, pokok gandum dan geometrik. 

Menggunakan lampu LED, jadi sangat jimat tenaga dan mampu tahan lama. 

Bagi wanita yang suka bermekap, lampu ini juga boleh dijadikan hiasan di atas meja solek. 

Boleh pilih sama ada mahukan lampu jenis fixed brightness (tahap kecerahan cahaya lampu tidak boleh diubah) dan remote version di mana kecerahan lampu boleh dimalapkan.

Retro Vintage Wall Light
Lampu hiasan untuk cafe 12 daripada 17
Retro Vintage Wall Light
Partnership with
Dari RM8.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Diperbuat dari besi
Dipasang pada dinding
Tidak boleh dipasang di luar bangunan
2 lagi
Pemegang mentol E27
Cahaya terang hingga 10-15 meter

Bentuk lampu retro ini dapat menepati citarasa yang menyukai gaya zaman dulu-dulu. 

Ini kerana mempunyai karakter yang sesuai dengan hampir semua tema ruangan yang minimalis ataupun Nordic. 

Malah, sesuai dijadikan lampu pameran seperti lampu di hadapan cermin atau lukisan besar pada dinding yang akan membuatkan ruangan kafe atau ruang tamu lebih menyerlah. 

Lagi best, lampu hiasan ini boleh dipusingkan sehingga 240 darjah, jadi cahaya lampunya boleh diarahkan ke bawah atau sisi. 

Nak pasang pada permukaan siling juga tiada masalah.

Modern Nordic Flower Design Ceiling Light
Lampu hiasan siling rumah 13 daripada 17
Modern Nordic Flower Design Ceiling Light
Partnership with
Dari RM24.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Boleh diletakkan di ruang bersiling rendah
Lampu disalut kemas dengan cat hitam
Mentol tidak disediakan bersama
2 lagi
Sesuai dengan ruang gaya retro
Boleh guna mentol LED

Lampu ini diperbuat daripada besi yang tak mudah berkarat sekaligus sesuai dijadikan lampu hiasan centrepiece di mana-mana ruangan yang luas dan kosong. 

Ini kerana rekaannya berbentuk seperti bunga sangat unik jika dipadankan dengan kediaman gaya industri atau tradisional. 

Sesuai diletakkan di ruangan yang berkeluasan sekitar 20-30 kaki persegi. 

Terdapat 3 pilihan saiz lampu yang ditawarkan iaitu 3 mentol, 6 mentol dan 8 mentol.

Black  White Table Lamp
Lampu hiasan bilik tidur 14 daripada 17
Black / White Table Lamp
Partnership with
Dari RM56.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Lampu gaya moden
Pemegang mentol jenis E27
Harga agak mahal
1 lagi
Terendak lampu diperbuat dari fabrik

Bangkitkan mood tenang dan romantis dalam kamar dengan lampu tidur dengan 2 pilihan warna putih dan hitam ini. 

Selain boleh diletakkan di meja sisi katil, sesuai digunakan di atas meja konsol atau di ruang menonton. 

Dengan rekaan lampu ini, boleh letak di sisi televisyen di atas kabinetnya atau untuk sesi pembacaan sebelum melelapkan mata. 

Lampu ini menggunakan plug 2 pin Malaysia, jadi tiada masalah dari segi pemasangan.

Boleh pilih sama ada mahu lampu jenis push button atau yang menggunakan sensor sentuhan. 

Anda juga boleh memilih 3 warna cahaya mentol LED iaitu warm light (kuning), white light (putih terang) dan remote 3C Dimmable (kecerahan mentol boleh dimalapkan).

Dream Lighting K9 Crystal Ceiling Pendant Lamp
Lampu hiasan meja makan 15 daripada 17
Dream Lighting K9 Crystal Ceiling Pendant Lamp
Partnership with
Dari RM14.80
Lihat harga di Shopee Malaysia
Mentol jenis E27
2 pilihan warna, emas & hitam
1 lagi
Diperbuat dari kristal & logam

Lampu rumah jenis tergantung ini memang nampak cantik jika dipasang di ruang makan, barulah suasana makan malam anda dan pasangan lebih romantik kan. 

Terdapat beberapa pilihan base lampu yang ditawarkan, iaitu jenis bulat, panjang, segi empat, pendant dan siling. Pilih saja mengikut citarasa dan kesesuaian.

Lampu ini sesuai jika dipasang di kawasan anjung, tangga naik ke tingkat atas atau di laluan hallway dan foyer rumah. 

Yang penting, cahaya lampunya tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap, jadi memang terbaik untuk bersantai.

Adjustable Floor Lamps
Lampu hiasan berdiri 16 daripada 17
Adjustable Floor Lamps
Partnership with
Dari RM48.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Tak mudah karat
Diperbuat dari logam
Kurang sesuai diletakkan di ruang makan
1 lagi
Sesuai untuk ruang bacaan

Untuk yang sering berpindah rumah sewa, kami syorkan anda untuk guna lampu hiasan berdiri ini kerana mudah dipasang dan tak terlalu berat, jadi senang untuk dipindahkan. 

Selain boleh digunakan sebagai lampu bacaan, lampu ini boleh diletakkan di sudut bilik tidur atau pejabat. 

Wayarnya sepanjang 1.5 meter dengan rekaan sleek dan kurus menjadikan mudah untuk anda letak di mana-mana sebab jimat ruang. 

Amat mudah dipasang sebab menggunakan plug 2 pin Malaysia dan lengan lampunya jenis fleksibel.

SP Lighting Modern Design Pendant Lights
Lampu hiasan modern 17 daripada 17
SP Lighting Modern Design Pendant Lights
Partnership with
Dari RM15.99
Lihat harga di Shopee Malaysia
Sesuai untuk ruang berkeluasan 10-15 meter persegi
3 pilihan mentol LED
Lampu tidak boleh dimalapkan
1 lagi
Lampu stail moden

Bosan dengan penggunaan lampu chandelier? Jika ya, bolehlah anda tukar lampu hiasan lama dengan yang baru ini kerana bentuknya lebih moden. 

Dekorasi hiasan lampu ini sesuai dengan pelbagai tema ruangan sama ada kontemporari, minimalis atau mid century modern

Antara ruangan yang sesuai untuk letakkan lampu jenis tergantung ini ialah ruang makan, bilik tidur anak, foyer dan kitchen island


Cara Pilih Mentol Lampu Dengan Betul

Risau salah beli mentol lampu untuk lampu hiasan di rumah anda? 

Jangan risau, jom ikut tips yang kami kongsikan ini! 

  • Pastikan anda tahu saiz dan bentuk mentol yang diperlukan oleh lampu tapi selalunya saiz mentol yang selalu digunakan adalah jenis E27. 
  • Pilih suhu warna cahaya lampu yang diinginkan (sama ada warna putih cerah neutral (3500-4000K), kuning (3000-3200k) atau berwarna-warni seperti biru dan sebagainya)
  • Pilih voltan lampu yang rendah supaya dapat jimat pengguaan elektrik.

Antara jenis-jenis mentol ialah;

  • Mentol lampu halogen 
  • Lampu LED (jimat tenaga) 
  • Mentol CFLs (Compact fluorescents (tahan lama) 
  • Lampu pintar (Smart bulbs) - lampu jenis ini boleh disambung dengan Bluetooth atau Wi-Fi untuk memudahkan anda untuk mengawalnya menggunakan aplikasi di tablet atau telefon pintar.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation