Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Bantal Terbaik Di Malaysia 2024 - Review & Jenama

Jom tidur dengan lena sepanjang malam!

Tidur merupakan satu aktiviti yang sangat penting untuk kesihatan tubuh badan.

Tapi terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira untuk dapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti.

Salah satunya adalah penggunaan bantal tidur terbaik yang menggunakan bahan bantal terbaik dan bantal paling selesa.

Bukan apa, tanpa bahan bantal terbaik, kualiti tidur akan terganggu dan ini akan menjejaskan aktiviti atau mood seharian kita.

Jom lihat senarai jenama bantal tidur terbaik yang boleh membantu anda dalam mendapatkan tidur yang berkualiti dan nyenyak. Bantal hotel terbaik pun ada!


Senarai 11 Bantal Tidur Terbaik 

Bantal terbaik secara keseluruhan
Bantal Hotel The Sultan
Semak Bantal Hotel The Sultan harga dibawah:
add_circle Material yang lembut
add_circle Mudah dibasuh
add_circle Selesa pada tengkuk dan tulang belakang
add_circle Guna bulu itik sintetik
remove_circle Saiz besar untuk sesetengah orang

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Bantal yang sangat empuk dan selesa digunakan untuk tidur berkualiti serta menjaminkan keselesaan tengkuk dan tulang belakang anda.

Ciri-ciri;

The Sultan merupakan salah satu jenama bantal premium yang telah digunakan di beberapa buah hotel di Malaysia seperti Royale Chenang Resort dan Intekma Resort Shah Alam.

Apa yang unik tentang bantal ini adalah material yang digunakan adalah bulu itik sintetik di mana menjadikan bantal jenama ini sangat lembut dan tidak berbau.

Malah bantal ini juga anti-bakteria, anti-habuk dan anti-hama habuk jadi anda boleh gunakannya dengan selamat dan tidak perlu risau tentang kesihatan anda.

Proses pencucian juga amat mudah kerana bantal The Sultan boleh dibasuh menggunakan mesin basuh biasa dan juga mesin dryer.

Review;

“Jujur cakap bila guna bantal ni memang sedap tidur dan susah nak bangun!”

Bantal untuk ibu hamil
Bantal Ibu Mengandung
Semak Bantal Ibu Mengandung harga dibawah:
add_circle Menyokong badan ibu mengandung
add_circle Menjaga postur badan ibu
add_circle Tekstur linen lembut
remove_circle Makan ruang banyak

Ibu hamil boleh berehat dengan selesa dengan Bantal Ibu Mengandung yang memberikan sokongan kepada pinggang, pinggul dan belakang anda.

Dalam masa yang sama, bantal U-shape ini dapat memastikan postur badan lebih baik semasa tidur tidak kira gaya tidur yang macam mana.

Sarung luar untuk bantal ini boleh ditanggal dan dibasuh bagi memastikan kebersihan terjamin dan tiada hama, kuman atau bakteria melekat pada badan.

Bantal ini turut menggunakan tekstur linen lembut dan selamat pada kulit bagi mengelakkan kulit terkena ruam atau gatal-gatal. 

Material dalaman bantal ini diisi dengan kapas lembut untuk keselesaan maksimum pada ibu dan bayi dalam perut!

EZYLITTLES Anti Flat Head Baby Shaping Pillow with Bolster
Semak EZYLITTLES Anti Flat Head Baby Shaping Pillow with Bolster harga dibawah:
add_circle Kain sejuk dan lembut
add_circle Bentuk bantal buat baby rasa selamat
add_circle Menjaga bentuk kepala baby
remove_circle Sesuai untuk anak umur 0-2 tahun sahaja

EZYLITTLES Anti Flat Head Baby Shaping Pillow with Bolster menggunakan fabrik kapas tulen yang tidak mempunyai sebarang bau yang kuat untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.

Bantal bayi berbentuk cekung di tengah ini direka untuk memastikan kepala, leher dan tulang belakang si kecil berada dalam tempat yang betul.

Dengan ketinggian yang sesuai untuk kepala, bantal bayi yang baru lahir ini memberikan keselesaan dan sokongan yang diperlukan untuk tidur yang tenang dan lebih lama.

Dengan saiznya 45cm x 68xm, anda boleh gunakan bantal bayi ini untuk tidur di dalam buaian, bouncer atau stroller semasa berjalan di luar.

Paling penting, bantal bayi ini boleh dibasuh sepenuhnya dengan mesin, jadi anda boleh basuh dengan kerap bagi memastikan bantal bayi anda kekal bersih dan segar. 

Semak ITATA Bamboo Fibre Slow Rebound Memory Foam harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Selesa untuk tengkuk dan tulang belakang
add_circle Guna fabrik gentian buluh dan kapas
remove_circle Susah dibasuh

Bantal ini telah mendapat pengesyoran dari ramai pakar Kiropraktik kerana mampu membantu anda dapat tidur berkualiti dan lebih nyenyak.

Bukan itu saja, bantal ini mampu memberikan sokongan bahagian tengkuk dan tulang belakang.

Material yang digunakan adalah dari fabrik gentian buluh dan kapas dimana dapat memberikan kelembutan yang  luar biasa.

Bantal Itata ini juga mempunyai reka bentuk ergonomik dan harganya sama sahaja seperti bantal biasa di luar sana.

Tempur Original Neck Pillow
Semak Tempur Original Neck Pillow harga dibawah:
add_circle Terbukti berkesan mengurangkan dengkuran
add_circle Diiktiraf NASA dan Space Foundation
remove_circle Mahal

Tempur Neck Pillow merupakan bantal yang diimport dari Denmark dan bantal ini telah terbukti dapat mengurangkan dengkuran sebanyak 75%!

Tidak kiralah anda tidur mengiring atau secara normal, bantal ini dapat membantu selarikan semula tulang belakang anda ketika baring.

Bantal ini juga akan melembung secara semula jadi bagi memastikan otot leher dan bahu anda berehat sepenuhnya.

Apa yang lebih menarik, jenama Tempur adalah antara brand bantal yang diiktiraf oleh NASA dan disahkan oleh The Space Foundation.

Bantal memory foam
Sonno Memory Foam Pillow
Semak Sonno Memory Foam Pillow harga dibawah:
add_circle Memory foam berkualiti tinggi
add_circle Brand yang dipercayai ramai
add_circle 100% CertiPUR-US
remove_circle Ketinggian bantal yang rendah

Sonno merupakan jenama bantal yang terkenal dalam memastikan pengguna mendapat tidur yang selesa dan berkualiti.

Ini kerana bantal ini jenis memory foam dan telah diperakui 100% CertiPUR-US dimana mampu melengkung mengikut bentuk leher dan kepala bagi memastikan anda boleh berehat dengan selesa.

Malah dapat memberikan sokongan bahagian tulang belakang agar selari ketika tidur.

Bantal Sonno juga mempunyai bahan yang dapat menghalang hama, habuk dan kulat, jadi tiada lagi kerisauan terhadap kebersihan bantal anda.

Bantal yang bagus untuk leher
IKEA KLUBBSPORRE
Semak IKEA KLUBBSPORRE harga dibawah:
add_circle Gabungan memory foam dan gel penyejuk
add_circle Suhu yang nyaman ketika tidur
remove_circle Ketebalan yang nipis untuk orang berbadan besar

Bantal ergonomik yang menggabungkan memory foam dan gel penyejuk dalam satu bantal memberikan keselesaan optimal.

Memory foam bakal membuai kepala, bahu, dan leher anda sekaligus melegakan tekanan serta mengurangkan ketegangan ketika tidur.

Bantal ini juga mampu mengekalkan suhu sekata kerana terdapat lubang kecil bahagian terasnya yang membolehkan udara bergerak untuk menghilangkan kelembapan.

Gel penyejuk pula memberikan permukaan tidur yang sejuk walaupun cuaca panas. 

Jangan risau bantal ini mudah dibersihkan, anda hanya buka lapisan sarung bantal saja.

R-Royal Thailand Elephant Pillow
Semak R-Royal Thailand Elephant Pillow harga dibawah:
add_circle Tindak balas bantal yang lembut mengikut bentuk kepala
add_circle Mengandungi 80% lateks
add_circle Ada memory foam
remove_circle Saiz bantal nipis

Bantal R-Royal Thailand Elephant mengandungi 80% lateks semula jadi yang memberikan sokongan tambahan bagi memanjakan anda ketika tidur..

Design bantal ini direka menepati lekuk kepala, leher, dan bahu supaya waktu rehat anda lebih selesa.

Aroma lateks semula jadi juga dapat dihidu ketika menggunakan bantal ini jadi jangan risau sebab bau getah tersebut tidak mengandungi  toksik, anti-hama habuk, antik-bakteria, dan anti-kulat.

Memory foam bantal ini juga menggalakkan postur tidur yang betul dengan memberikan tindak balas lembut apabila meletakkan kepala di atasnya.

Hilton Down Quilt Sleeping Pillow
Semak Hilton Down Quilt Sleeping Pillow harga dibawah:
add_circle Harga yang sangat murah di pasaran
add_circle Bantal gebu berkualiti tinggi
remove_circle Jahitan senang terbuka

Walaupun harga murah, tapi Hilton Down Quilt Sleeping Pillow merupakan bantal yang bagus, berkualiti dan tahan lama.

Bantal ini dipenuhi dengan fiber berkualiti premium yang menjadikan tekstur bantal sangat gebu dan elastik. 

Sarung kain kapasnya pula sangat lembut kepada kulit dan memberikan pengudaraan yang baik supaya anda tidak terasa panas dan berpeluh ketika berehat.

Untuk penyucian, bantal ini boleh dicuci menggunakan mesin basuh (mengikut arahan yang diberikan). 

Sangat mudah untuk dijaga dalam tempoh masa yang lama.

Bantal empuk terbaik
KingKoil Compressed Supersoft
Semak KingKoil Compressed Supersoft harga dibawah:
add_circle Permukaan bantal yang sejuk dan selesa
add_circle Bantal yang sangat empuk dan tak mudah kemek
remove_circle Tidak sesuai untuk mereka yang minat bantal tinggi

Bantal KingKoil menggunakan 100% pelindung kapas sisir yang membuatkan permukaan bantal menjadi lebih sejuk.

Terdapat juga jaringan Garnet yang mencipta jutaan poket udara untuk menjadikan permukaan bantal sangat selesa ketika digunakan.

Anda juga tidak perlu risau bantal ini akan kemek setelah lama digunakan kerana mempunyai rawatan silikon yang membantu mempercepatkan proses dari mampat ke gebu.

Seperti bantal berkualiti yang lain, bantal Kingkoil juga boleh dibasuh di dalam mesin basuh dan cepat kering.

Bantal untuk sakit leher
NeckPro Memory Foam Contour Pillow
Semak NeckPro Memory Foam Contour Pillow harga dibawah:
add_circle Memory foam berkualiti tinggi
add_circle Keberkesanan dalam melegakan sakit tengkuk dan badan
remove_circle Mahal

Bantal yang direka secara ergonomik bagi membantu dalam membetulkan kedudukan kepala dan leher ketika tidur.

NeckPro juga mampu melegakan sakit sendi, lenguh, dan titik tekanan di badan dan melaraskan tulang belakang.

Dijamin 100% anti habuk dan mempunyai teknologi keseimbangan suhu dan kelembapan, jadi anda tidak akan rasa panas ketika menggunakan bantal ini.

Bantal ini telah mendapat pengiktirafan dari Global Trade Leader’s Club untuk anugerah International Trophy For Quality 2016.


Apakah Jenis Bantal Yang Ada Di Malaysia?

Terdapat beberapa jenis bantal yang ada di pasaran dan perbezaan antara bantal tersebut adalah bahan yang digunakan.

Antara bantal yang terkenal adalah bantal memory foam di mana bantal ini akan mengikut bentuk kepala dan badan anda. 

Bantal ini juga lambat untuk mengembang semula dan dapat menyimpan posisi tidur anda sebelum ini.

Selain itu, terdapat juga bantal bamboo yang diperbuat dari bahagian buih di dalam buluh dan bahan ini sekaligus memberi kesejukan serta selesa ketika digunakan.

Seterusnya bantal Polyester, bantal jenis ini sangat popular kerana harga sangat murah.

Malangnya, bantal ini cepat menyerap haba dan senang berketul.

Akhir sekali, bantal latex yang sangat terkenal kerana mempunyai tekstur yang keras, lembut, dan tinggi sekaligus menjadikan bantal paling best untuk orang berbadan besar.

Berbaloi ke beli bantal mahal? Jom lihat video di bawah!


Artikel Berkaitan

End of Article