Product in this article

Tidak dinafikan adalah menjadi trend dan gaya memiliki penapis air bagi kebanyakan isi rumah. Ianya bertujuan untuk meningkatkan mutu kesihatan dan kehidupan kita sekeluarga. Air yang tidak bersih akan menyebabkan anda mudah terkena serangan penyakit atau bakteria merbahaya.

Tahukah anda apa yang dilakukan oleh penapis air?

Air yang ada di rumah anda mengandungi kotoran, mineral, bahan kimia dan bendasing yang menghasilkan bau serta rasa yang tidak enak. Sebahagian daripada bahan-bahan ini merbahaya untuk kesihatan dan boleh menyebabkan penyakit. Penapis air membantu untuk menuras dan menapis air, memisahkan bendasing serta menghasilkan air yang selamat untuk diminum oleh sesisi keluarga.

Oleh itu, memiliki penapis air ada faedah dan kebaikannya untuk anda pertimbangkan. Berikut kami senaraikan penapis air terbaik yang ada di pasaran bagi anda yang sedang mencari penapis air yang sesuai; 

8 Penapis Air Terbaik Pilihan Pengguna

Sawyer
1. Mini Sawyer
Penapis air untuk kegunaan semasa berkhemah – kompak dan murah
Penapis air untuk kegunaan semasa berkhemah – kompak dan murah
Sawyer
1. Mini Sawyer
Penapis air untuk kegunaan semasa berkhemah – kompak dan murah

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti berkhemah pasti memerlukan teknologi yang membolehkan air yang diambil terus dari sungai selamat untuk diminum. Penapis air Mini Sawyer ini direka khas untuk anda. Diperbuat daripada penapis gelas fiber dan hanya seberat 57g, ianya memang memudahkan anda serta memberi jaminan air yang diambil dari sungai atau mata air mampu mengasingkan 99% bakteria dan mikroorganisma. 

Penapis air Mini Sawyer ini sangat sesuai untuk aktiviti luar seperti berkhemah, memancing, berkayak malah bagus untuk kegunaan di saat kecemasan.

Panasonic
2. Panasonic Water Filter PJ-37MRF (4L)
Penapis air terbaik - berkualiti tinggi dan menjimatkan ruang
Penapis air terbaik -  berkualiti tinggi dan menjimatkan ruang
Panasonic
2. Panasonic Water Filter PJ-37MRF (4L)
Penapis air terbaik - berkualiti tinggi dan menjimatkan ruang

Penapis air Panasonic ini adalah pilihan bagi anda yang memerlukan air bersih untuk keperluan harian. Ianya menawarkan harga murah serta servis dijamin berkualiti. Air yang melaluinya ditapis dan selamat serta bersih untuk kegunaan seharian. Air yang dibekalkan tidak dicemari bakteria atau kuman lain dan tidak menyebabkan anda serta keluarga terdedah kepada penyakit. 

Penapis air Panasonic ini dibekalkan dengan katrij jangka hayat panjang yang mampu menampung sehingga 12,500L air.

AMGO
3. AMGO 942 Water Filter
Penapis air luar untuk kegunaan rumah atau outdoor
Penapis air luar untuk kegunaan rumah atau outdoor
AMGO
3. AMGO 942 Water Filter
Penapis air luar untuk kegunaan rumah atau outdoor

Mempunyai 5 lapisan tapisan dengan sistem backwash, penapis air AMGO ini sangat tahan lasak untuk kegunaan di luar rumah atau outdoor. Penapisnya diperbuat  daripada gelas fiber yang boleh tahan lama. Ianya dapat membekalkan air bersih untuk mencuci baju, mandi, memasak, minum dan sebagainya. 

Dengan menggunakan sistem filter yang tahan lama, kos pengendaliannya dapat dikurangkan. Bahan paip di dalamnya dilapisi dengan polyethylene yang tebal dan kuat. Tangkinya mampu menampung tekanan air yang tinggi.

Coway
4. COWAY Genie
Penapis air biasa – air minuman lebih bersih dan selamat
Penapis air biasa – air minuman lebih bersih dan selamat
Coway
4. COWAY Genie
Penapis air biasa – air minuman lebih bersih dan selamat

Penapis air dari jenama Coway ini memang tidak asing lagi dalam menghasilkan pelbagai peralatan untuk penapis air. Penapis air Coway Genie antara yang digunakan untuk penghasilan jaminan air bersih di rumah. Ia mempunyai 3 peringkat sistem penapisan air dan boleh disambung terus dari kepada kepala paip. 

Penapis air Genie ini berfungsi untuk menapis klorin, kompaun organik atau dikenali sebagai volatile organic compounds, bendasing yang larut dalam air dan kuman berbahaya yang ada dalam air.

Bio Ultra
5. Bio Ultra Water Filter
Penapis air jimat elektrik dan dilengkapi sistem keselamatan child-lock
Penapis air jimat elektrik dan dilengkapi sistem keselamatan child-lock
Bio Ultra
5. Bio Ultra Water Filter
Penapis air jimat elektrik dan dilengkapi sistem keselamatan child-lock

Bagi anda yang mementingkan penjimatan elektrik sebagai ciri utama dalam memilih untuk memiliki penapis air, bolehlah cuba untuk memilih penapis air Bio Ultra ini. Mempunyai 3-peringkat filter serta boleh disambung terus ke paip, ianya juga sangat menjimatkan elektrik dalam penggunaannya. 

Penapis air Bio Ultra ini mempunyai tangki yang besar dan auto-refill serta ciri-ciri keselamatan child-lock untuk memastikan anak kecil tidak mudah untuk menggunakan air panas yang ada. Air yang dihasilkan adalah air mineral alkali yang sihat, selamat dan bersih untuk digunakan terus.

Hijrah
6. HIJRAH Water Filter
Penapis air terbaik dan disahkan halal
Penapis air terbaik dan disahkan halal
Hijrah
6. HIJRAH Water Filter
Penapis air terbaik dan disahkan halal

Buat pengguna Muslim yang mencari penapis air yang halal, Hijrah Water Filter ini mendapat pensijilan JAKIM dan disahkan halal. Menggunakan teknologi terbaru dari sisik ikan talapia untuk menapis, ia berfungsi dengan efisien dan selamat. 

Penapis ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan child-lock dan LED sebagai penanda. Ianya mempunyai 6 peringkat penapisan dan mesra alam serta menjimatkan.

Wonderful Water
7. Wonderful Water HC-C200S
Penapis air yang mengandungi air sejuk seperti ais
Wonderful Water
7. Wonderful Water HC-C200S
Penapis air yang mengandungi air sejuk seperti ais

Penapis air Wonderful Water ini dilengkapi dengan kompresor untuk menyejukkan air yang sama seakan ais di dalam peti sejuk. Ia juga menyediakan air panas yang ditapis serta dilengkapi dengan sistem keselamatan child-lock untuk memastikan ianya selamat dari anak kecil. 

Penapis air Wonderful Water ini menggunakan 8-layer jenis pasit sebagai penapis bagi memastikan air yang dibekalkan benar-benar selamat dan bersih.

Cuckoo
8. CUCKOO Fusion Top
Penapis air alternatif untuk menjaga masalah buah pinggang
Penapis air alternatif untuk menjaga masalah buah pinggang
Cuckoo
8. CUCKOO Fusion Top
Penapis air alternatif untuk menjaga masalah buah pinggang

Sebenarnya belum ada mesin penapis air yang boleh mengubati penyakit buah pinggang. Namun begitu, dengan menggunakan penapis air, ia membantu mengurangkan aktiviti buah pinggang dengan menyediakan air yang bersih dan selamat. 

Penapis air Cuckoo Fusion Top ini antara penapis air untuk menjaga buah pinggang anda dengan memberikan sumber air yang sudah ditapis serta bebas dari kuman, bakteria dan bendasing yang boleh merosakkan buah pinggang anda. Ia mempunyai 2 corong jenis mekanikal untuk kegunaan keluarga anda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kelengkapan Rumah

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!