Kelengkapan Rumah

7 Tilam Lipat Sesuai Untuk Kegunaan Setiap Hari & Menjimatkan Ruang

Tilam lipat mudah disimpan kerana boleh menjimatkan ruang & memudahkan penyimpanan. Ini senarai tilam boleh lipat saiz single, queen & king yang selesa.


Editor · Updated 2 Mar 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

7 Tilam Lipat Sesuai Untuk Kegunaan Setiap Hari & Menjimatkan Ruang

Yang manakah lebih selesa, tilam lipat atau toto?

Tilam lipat merupakan sesuatu yang harus ada di setiap kediaman. Ianya mudah untuk disimpan kerana tilam ini boleh dilipat sehingga menjadi saiz yang menjimatkan ruang untuk memudahkan penyimpanan selepas tidak diguna. Manalah tahu kalau saudara mara datang dari jauh dan bermalam dirumah terutamanya semasa raya, tilam lipat ini amat berguna dan boleh memberi keselesaan berbanding tidur diatas karpet atau lantai beralaskan selimut tebal atau toto.

Kandungan

Edisi kali ini, kami bawakan jenis-jenis tilam lipat yang terdapat di pasaran. Jika anda berniat mahu membeli tilam untuk kegunaan tetamu, apa kata beli tilam lipat daripada list dibawah. Ayuh kita lihat!

Tilam lipat sesuai untuk bayi 1 daripada 7
SUNPILLO 2-in-1 Foldable Baby Playpen Mattress
Partnership with SUNPILLO
Dari RM167
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Memilih tilam untuk si comel adalah perkara penting buat setiap ibu bapa dan harus diberi lebih perhatian. Tilam ini diperbuat daripada natural coconut fibre dengan high density rebond foam. Ianya amat penting untuk keselesaan tulang bayi yang masih lembut. Tilam lipat ini boleh juga digunakan sebagai alas untuk playpen. Dengan alas fabrik damask yang lembut dan licin, bayi anda tidak akan terkena kerengsaan pada kulit.

Tilam lipat bersaiz single, sesuai untuk kegunaan orang bujang 2 daripada 7
GOODNITE Spinahealth Rebond Foam Foldable Mattress
Partnership with
Dari RM363
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Diperbuat daripada rebonded foam berkualiti
Anti hama & habuk
Tilam nipis
2 lagi
Sesuai untuk bilik bermain anak-anak
Mudah disimpan

Dapatkan tidur lebih berkualiti dengan tilam yang diperbuat daripada Rebond Foam, baik untuk posisi tulang belakang anda. Selain daripada digunakan untuk tidur, tilam ini juga boleh dijadikan alas ketika membuat senaman ringan di rumah. Didatangi dengan beg khas, tilam lipat ini mudah untuk disimpan.

Tilam lipat diperbuat daripada bahan kenyal seperti Rubber Foam 3 daripada 7
Cassa Sunpillo Rubber Foam Foldable Mattress
Partnership with
Dari RM113
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Sesetengah orang lebih menggemari tilam yang diperbuat daripada Rubber Foam kerana ianya mempunyai ciri anti anai-anai, bakteria dan kulat. Diperbuat daripada rubber foam yang mempunyai ketahanan tinggi untuk membolehkan tilam dipakai untuk jangka masa panjang serta tahan lasak.

Tilam lipat trifold (lipat tiga) – beri keselesaan pada pengguna 4 daripada 7
Comfort upgrade Masterfoam Queen Foldable Mattress
Partnership with
Dari RM199
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Tilam lipat ini bersaiz queen sesuai untuk kegunaan dua orang. Diperbuat darpada foam dan fabrik yang berkualiti, tilam lipat ini memberi keselesaan yang baik. Ianya boleh dilipat tiga untuk memudahkan penyimpanan jika tidak digunakan. Untuk tilam yang lebih empuk, jangan lupa lapik tilam dengan cadar dan comforter anda. Tidur lebih nyenyak dengan tilam lipat ini.

Tilam lipat bersaiz queen – boleh digunakan untuk 2 pax 5 daripada 7
TATAMI Thicker Latex Foldable Soft Mattress
Partnership with
Dari RM151.86
Lihat harga di Shopee Malaysia

Untuk anda yang mencari tilam lipat bersaiz besar, tilam ini menawarkan saiz yang lebih luas seperti queen dan king. Kebiasaannya tilam bersaiz queen sudah memadai. Diperbuat daripada latex dan polyester serta fabrik asas yang mempunyai ruang pengudaraan, tilam ini tidak mudah leper. Sesuai digunakan seisi keluarga dan tidak menyakitkan badan.

DREAMLAND Latex Foldable Mattress
Tilam lipat diperbuat daripada Latex untuk beri keselesaan yang ekstra 6 daripada 7
DREAMLAND Latex Foldable Mattress
Partnership with
Dari RM199
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Boleh dilipat
Anti bakteria, anti kulat, anti hama
Hanya ada tilam single
1 lagi
Material foam tahan lama

Untuk anda yang lebih gemarkan tilam yang diperbuat daripada latex, ini pilihan tepat. Tilam lipat setebal 8cm ini dilengkapi dengan High Density Latex Feel Foam. Ianya menggunakan fabrik berkait untuk memberi keselesaan yang berganda. Juga menggunakan sistem trifold, tilam ini sesuai untuk digunakan ketika malam atau sleepover bersama rakan-rakan.

Tilam lipat versatil pilihan, lipat untuk dijadikan sofa 7 daripada 7
CASSA NANO Sofa Bed 4-in-1
Partnership with
Dari RM209
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Tilam lipat ini boleh dijadikan sebagai sofa bed jika anda tidak mahu menggunakannya sebagai tilam. Ianya boleh dilipat 4 cara untuk dijadikan sebagai sofa. Diperbuat daripada rubber foam dan fabrik quilted, sofa bed atau tilam lipat ini sesuai diletakkan di ruang tamu rumah.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation