Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Termometer Bayi Yang Paling Bagus di Malaysia 2024

Mencegah sebelum musibah.

Memilih termometer yang bagus dan paling sesuai untuk pelbagai kegunaan terutama untuk bayi dan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mudah. 

Kegunaan utama termometer suhu badan adalah untuk mengukur suhu badan si kecil, cek suhu bayi dan bacaan termometer demam boleh bantu kita pantau suhu dengan mudah.

Terdapat pelbagai jenis termometer dan harga termometer ada yang murah untuk mereka yang dalam bajet dan harga premium pun ada.

Jom lihat senarai termometer terbaik untuk bayi dan kanak-kanak. Jangan risau, dewasa pun boleh guna tau!


Senarai 11 Termometer Bayi Terbaik

Termometer terbaik secara keseluruhan
Omron
omron thermometer
mulai
RM191.00
Semak Omron Ear Thermometer TH-839S harga dibawah:
add_circle Amaran demam yang berbunyi
add_circle Reka bentuk ergonomik
add_circle Sesuai untuk bayi dan kanak-kanak
add_circle Pengukuran pantas
remove_circle Harga sangat mahal
remove_circle Memerlukan bateri

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Termometer telinga Omron bukan hanya sesuai digunakan untuk mengukur suhu badan bayi yang berusia 0-1 tahun dan kanak-kanak, tapi orang dewasa pun boleh guna. 

Ciri-ciri;

Anda boleh ukur suhu tubuh dengan tepat dalam unit darjah Celcius atau Fahrenheit mengikut keselesaan penggunaan alat ini. 

Selain mampu menyimpan memori data suhu yang diukur sehingga 9 set, termometer ini juga akan mengeluarkan amaran demam jika suhu bayi melebihi 37.5°C. 

Jadi, jika suhu bayi dilihat semakin meningkat dan berpotensi untuk sakit, anda boleh terus ke klinik secepat mungkin. 

Yang penting, suhu badan dapat diperiksa dengan cepat sepantas 1 saat dengan termometer ini. 

Dengan rekaan ergonomik dan saiz yang mudah dipegang, tiada masalah lagi untuk anda periksa suhu badan anak jika mereka meronta atau tidak duduk diam.

Review;

‘Sesuai untuk kegunaan di rumah, kualiti pun taraf hospital kerana bacaan tepat. Akan berbunyi beep jika detect bayi demam’

Termometer suhu susu bayi
Omron
mulai
RM198.00
Semak Omron Forehead Digital Themometer (MC-720) harga dibawah:
add_circle Mudah dipegang
add_circle Boleh digunakan pada dahi
add_circle Bacaan mudah dilihat dalam gelap
add_circle Skrin LCD mempunyai lampu
remove_circle Harga mahal

Apa yang menarik tentang termometer Omron ini ialah selain boleh mengukur suhu badan, juga boleh menyukat suhu susu atau sebarang objek. 

Ini kerana mempunyai ciri Surface Measurement Mode yang senang detect suhu yang anda mahukan. 

Anda hanya perlu pegang termometer 1cm dari botol susu untuk ketahui sama ada susu sudah selamat diminum oleh bayi atau belum. 

Menariknya, termometer ini sesuai digunakan oleh seisi keluarga daripada yang dewasa, bayi dan kanak-kanak. 

Yang penting, alat ini tidak akan mengganggu tidur anak kerana boleh mengukur suhu badan walaupun kedudukannya tidak dirapatkan pada kulit. 

Termometer digital bayi
Pigeon
mulai
RM25.50
Semak Pigeon Digital Thermometer harga dibawah:
add_circle Raksa lembut yang selamat dan fleksibel
add_circle Terdapat bekas penyimpanan
add_circle Mempunyai ciri auto tutup
add_circle Ringan
remove_circle Perlu menunggu 5 minit untuk bacaan tepat

Termometer Pigeon tidak sama seperti termometer lain kerana anda perlu menunggu selama 5 minit selepas menekan butang on untuk memastikan suhu yang diambil tepat.

Untuk pengetahuan anda, suhu badan si kecil lebih tinggi berbanding dewasa, maka suhu badan mereka bergantung kepada keadaan sebelum suhu diambil. 

Jangan risau, termometer ini mudah digunakan dan boleh mengukur suhu badan bayi anda dengan sangat tepat apabila diletakkan di ketiak mereka.

Termometer ini akan mengeluarkan bunyi sekiranya suhu badan melebih paras normal dan ketahanan bateri mampu bertahan sehingga 20 jam.

Cofoe 3 in 1 Ear & Forehead Infrared Thermometer
mulai
RM33.90
Semak Cofoe 3 in 1 Ear & Forehead Infrared Thermometer harga dibawah:
add_circle Memori sehingga 50 bacaan
add_circle Boleh mengukur dahi & telinga
add_circle Mati automatik selepas 30 saat
add_circle Pengukuran suhu pantas
remove_circle Harga mahal

Termometer 3 dalam 1 jenama Cofoe bukan sahaja mampu mengukur suhu tubuh dengan tepat, malah boleh juga digunakan untuk periksa suhu susu, air atau bilik anak. 

Turut mempunyai skrin LCD besar yang berlampu dalam gelap untuk memudahkan pengguna baca bacaan suhu termometer. 

Direka dengan 2 mod iaitu boleh digunakan penutup atau tanpa penutup mengikut keselesaan pengguna.

Mod dengan penutup digunakan untuk periksa suhu pada dahi dan ciri ini sesuai untuk semua peringkat umur. 

Manakala mod tanpa penutup pula untuk cek suhu bayi pada telinga dan ciri ini disarankan untuk usia 6 bulan ke atas.

Biocare Infrared Non-contact Forehead Thermometer
mulai
RM47.90
Semak Biocare Infrared Non-contact Forehead Thermometer harga dibawah:
add_circle Skrin LCD besar
add_circle Bateri mudah ditukar
add_circle Dilengkapi penggera amaran demam
add_circle Nilai pengukuran terakhir disimpan automatik
add_circle Boleh guna unit Celsius & Fahrenheit
remove_circle Harga mahal
remove_circle Hanya sesuai digunakan pada dahi
remove_circle Tidak disertakan bateri sekali

Termometer Biocare ini menggunakan sensor infrared yang berketepatan tinggi, di mana suhu dapat diukur dengan cepat walaupun tanpa menyentuh anggota badan secara direct.  

Jadi bacaan suhu tubuh si manja anda dijamin tepat dan tidak mengganggu si manja terutamanya ketika tidur. 

Paling penting, skrin LCD pada termometer ini cukup besar dan sangat jelas untuk di baca selepas anda selesai menggunakannya.

Direka dengan ciri Triple Backlight di mana lampu skrin akan bertukar oren jika suhu agak tinggi (37.6°C-37.9°C), manakala akan menjadi merah jika suhu 38°C ke atas. 

Untuk suhu sekitar 32°C-37.5°C pula, skrin akan bertukar warna hijau yang menandakan suhu badan adalah normal. 

Jangan lupa pegang termometer ini pada sudut 45° untuk dapatkan bacaan tepat.

Termometer bayi baru lahir
Bubbles Digital Thermometer Baby
mulai
RM13.50
Semak Bubbles Digital Thermometer Baby harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Ketepatan bacaan tinggi
add_circle Auto shut-off bila tidak digunakan
add_circle Bacaan dalam unit Celsius atau Fahrenheit
remove_circle Tidak boleh digunakan pada dahi

Termometer demam bayi jenis digital ini boleh memeriksa suhu badan sepantas 10 saat dan dilengkapi dengan ciri penggera demam. 

Termometer ini akan berbunyi jika suhu tubuh melebihi suhu normal yang menandakan suhu bayi meningkat. 

Boleh digunakan dengan 3 cara iaitu secara oral (dalam mulut), di bawah ketiak atau rectal iaitu dubur terutamanya untuk bayi baru lahir. 

Dengan menggunakan bateri LR41 yang telah disediakan bersama di dalam pembungkusan termometer Bubbles ini, anda boleh terus gunakannya.

Ciri menarik lain pada alat ini ialah mempunyai memori nilai suhu terakhir yang diukur jadi memudahkan anda rekod data suhu anak.

LYCO 3 in 1 Infrared Ear & Forehead Thermometer
mulai
RM169.00
Semak LYCO 3 in 1 Infrared Ear & Forehead Thermometer harga dibawah:
add_circle Auto off jika tidak digunakan dalam 30 saat
add_circle Boleh digunakan pada dahi & telinga
add_circle Boleh juga ukur suhu susu bayi
add_circle Bacaan suhu tepat & pantas
add_circle Jaminan sehingga 5 tahun
remove_circle Harga mahal

Pantau kesihatan anak-anak anda dengan termometer infrared Lyco yang boleh mengukur suhu tubuh dengan tepat ini sepantas 1 saat sahaja. 

Selain boleh digunakan oleh bayi dan kanak-kanak, boleh juga digunakan untuk orang dewasa. 

Alat ini mampu menyimpan data suhu yang telah disukat sebanyak 9 set memory recall

Dengan bacaan yang tepat, termometer ini akan berbunyi ‘beep’ yang menandakan suhu badan telah diukur. 

Paling bagus, turut direka dengan 3 indikator warna di mana skrin termometer akan menjadi merah jika demam panas, warna kuning jika demam biasa dan warna hijau jika suhu normal.

Autumnz Baby Digital Thermometer
mulai
RM4.80
Semak Autumnz Blessed Bee Baby Digital Thermometer (FDT4320) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk semua
add_circle Mempunyai penggera deman
add_circle Kalis air & mudah dibersihkan
add_circle Mudah menukar bateri
add_circle Mudah dibaca
remove_circle Perlu lap selepas guna

Termometer yang bagus jenama Autumnz ini pula boleh mengukur suhu badan anak dengan dua cara iaitu secara oral atau diletakkan di bawah ketiak. 

Bahagian hujung alat ini lembut dan fleksibel agar keselesaan dan keselamatan bayi anda tetap terjamin ketika suhu diambil. 

Anda tidak perlu risau lagi jika anak sakit secara tiba-tiba sebab dengan ciri Fever Alarm pada termometer cek suhu ini, termometer akan berbunyi ‘beep’.

Bunyi amaran ini akan berbunyi dengan pantas apabila suhu melebihi 37.8 hingga 42.9°C. 

Paling penting, turut mempunyai memori suhu terakhir yang diambil, jadi anda boleh tahu sama ada suhu badan semakin meningkat atau menurun.

Baby Bath Tub Water Temperature Tester Thermometer
mulai
RM2.00
Semak Baby Bath Tub Water Temperature Tester Thermometer harga dibawah:
add_circle Harga murah & kalis air
add_circle Rekaan beruang comel
add_circle Suhu jelas & mudah dibaca
add_circle Tidak mengandungi merkuri
add_circle Pelbagai pilihan warna menarik
remove_circle Tidak boleh guna untuk ukur suhu manusia

Termometer comel bentuk beruang ini akan memudahkan ibu bapa untuk menyediakan air mandian bayi dengan suhu yang paling sesuai dan selamat untuk si comel. 

Untuk ibu bapa baru, anda perlu tahu bahawa suhu yang ideal untuk air mandian bayi ialah sekitar 38°C. 

Selain boleh mengukur suhu air mandian, termometer ini juga boleh digunakan sebagai mainan ketika bayi anda sedang mandi sebab alat ini kalis air.

Yang menjadi tarikan lagi ialah termometer ini boleh terapung dalam air untuk memudahkan anda baca tahap suhu air.

Braun Thermoscan 5 IRT 6510 Infrared Ear Thermometer
mulai
RM345.00
Semak Braun Thermoscan 5 IRT 6510 Infrared Ear Thermometer harga dibawah:
add_circle Mempunyai lampu
add_circle Sesuai untuk seisi keluarga
add_circle Mudah digunakan & tidak menyakitkan telinga
remove_circle Harga mahal
remove_circle Bateri perlu ditukar jika habis

Walaupun harga termometer ini mahal, produk Braun ini dijamin dapat memberikan bacaan termometer suhu badan yang terbukti lebih tepat berbanding termometer dahi atau dubur. 

Jadi, penggunaan termometer ini tidak akan mengganggu anak ketika suhunya diambil walaupun waktu tidur. 

Termometer ini juga lengkap dengan ciri memori yang mampu mengingat 9 bacaan suhu yang terakhir diukur agar mudah untuk anda buat perbandingan. 

Ciri menarik lain, termometer ini juga mempunyai lampu untuk memudahkan anda baca suhu pada waktu gelap.

Perlu diingatkan termometer ini menggunakan bateri dan anda perlu ditukar jika habis.

Nissei Mini Ear Thermometer
mulai
RM193.90
Semak Nissei Mini Ear Thermometer harga dibawah:
add_circle Diperakui KKM
add_circle Tidak menyakitkan telinga
add_circle Mempunyai bekas penyimpanan
add_circle Rekaan bentuk L yang mudah digunakan
add_circle Probe cover boleh digunakan sehingga 30 kali
remove_circle Harga mahal
remove_circle Hanya boleh digunakan pada telinga

Teringin nak miliki termometer yang mudah dibawa ke mana-mana terutamanya ketika melancong? 

Jom guna alat ukur suhu badan Nissei yang bersaiz mini dan portable ini. 

Termometer ini mempunyai mod senyap di mana hanya akan menyalakan lampu LED dan tidak akan berbunyi ‘beep’ untuk menandakan suhu telah siap diukur. 

Ciri menarik ini tidak akan mengganggu bayi anda yang sedang tidur ketika suhu badannya diperiksa. 

Lagi menarik, anda tetap boleh mengukur suhu dengan tepat  walaupun ketika dalam cuaca yang sejuk. 

Baterinya pula mampu bertahan sehingga 1 tahun dan jangan lupa untuk selalu guna alat ini dengan probe cover.


Fungsi termometer 

Termometer digunakan untuk mengukur suhu badan atau sesuatu objek solid (pejal) seperti makanan atau cecair seperti air.  

Untuk manusia, alat itu sangat membantu untuk periksa suhu badan untuk mengetahui sama ada suhu tubuh kita adalah normal atau tidak. 

Dengan pemeriksaan suhu dengan menggunakan termometer ini, kita dapat mengetahui sama ada kita sihat atau mengalami demam.

Ini kerana suhu badan yang tinggi boleh menjadi tanda-tanda bahawa kita sebenarnya menghidap penyakit.

Di Malaysia, kita menggunakan skala Celsius sebagai sistem metrik untuk mengukur suhu. 

Antara jenis termometer yang sering digunakan adalah termometer telinga, dahi, dubur dan bawah ketiak. 

Jika anda mengalami kesukaran untuk turun suhu anak, jom lihat video di bawah.


Artikel Berkaitan

End of Article