Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

  1. NESTLE Pre Nan Preterm Stage 1x
  2. KARIHOME Infant Formula Step 1 (400gm)
  3. SNOW Neo Baby Infant Formula Step 1 (900g)
  4. ENFALAC A+ Milk Powder Step 1 (600gm)
  5. ABBOTT Similac Step 1
  6. BEBELAC Infant Milk Powder Step 1
  7. Frisolac Step 1 
  8. DUPRO Soy Rumusan Khas 0 - 12 Months
  9. WYETH S26 GOLD SMA Step 1
  10. Similac Lactose Free
  11. Bellamy's Organic Step 1 Organic Infant Formula

NESTLE Pre Nan Preterm Stage 1x

RM 30.2
Nestlé
1. NESTLE Pre Nan Preterm Stage 1x
Susu formula terbaik – sesuai untuk bayi pra-matang

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), doktor menasihati agar ibubapa yang mempunyai bayi pramatang sentiasa memastikan bayi mereka mendapat jumlah kalori dan nutrisi yang secukupnya untuk membesar. 

Pre NAN®  adalah susu formula khas untuk bayi pramatang yang dapat melengkapi keperluan untuk tumbesaran bayi sehingga 4kg. Kandungan protein dan karbohidrat untuk tenaga serta DHA, ARA dan minyak MCT adalah suplemen yang dapat memberi kesan positif kepada si kecil. 

KARIHOME Infant Formula Step 1 (400gm)

RM 57.4
Karihome
2. KARIHOME Infant Formula Step 1 (400gm)
Susu formula kambing terbaik untuk bayi baru lahir

Tidak semua bayi sesuai dengan susu lembu kerana ianya bersifat asid. Tetapi susu kambing boleh dijadikan alternatif dengan sifatnya yang beralkali, selamat untuk diminum oleh si kecil. 

Susu kurang laktosa ini memudahkan sistem penghadaman bayi yang menjadi punca alahan protein susu lembu.

SNOW Neo Baby Infant Formula Step 1 (900g)

RM 75.00
Snow
3. SNOW Neo Baby Infant Formula Step 1 (900g)
Sesuai untuk bayi newborn yang mengalami demam kuning/jaundice

Bayi baru lahir yang menghadapi masalah demam kuning atau ‘jaundice’ memerlukan kuantiti susu ibu yang lebih daripada biasa untuk menggalakkan fungsi sistem perkumuhannya. 

Untuk ibu-ibu yang menghadapi masalah kekurangan susu badan, bolehlah cuba untuk menambah pengambilan susu bayi secara alternatif dengan menggunakan susu formula Snow Neo Baby Infant Formula Step 1. Tidak ada perbezaan rasa antara susu badan ibu dan susu formula ini.

ENFALAC A+ Milk Powder Step 1 (600gm)

RM 69.73
Mead Johnson Nutrition
4. ENFALAC A+ Milk Powder Step 1 (600gm)
Mengandungi Prebiotik dan Probiotik - baik untuk usus bayi baru lahir

Probiotik adalah bakteria berfaedah untuk usus. Bakteria berfaedah dapat membantu melawan bakteria merbahaya dan mengekalkan kesihatan badan. 

Susu formula ENFALAC A+ mengandungi serat diet Choline dan GOS iaitu sejenis prebiotik yang boleh menghasilkan probiotik untuk bayi baru lahir. Baik untuk perkembangan minda si manja agar membesar dengan lebih cerdas dan cergas.

ABBOTT Similac Step 1

RM 117.5
Abbott
5. ABBOTT Similac Step 1
Formula susu (dengan kandungan DHA) untuk bayi baru lahir

DHA membantu dalam membentuk minda yang cerdas. Kajian menunjukkan penambahan DHA di dalam diet bayi dapat meningkatkan kebolehan kognitif atau proses pemikiran, tingkah-laku serta daya fokus bayi itu. Badan bayi tidak menghasilkan DHA yang diperlukan semulajadi.

Jadi, ibubapa haruslah mencari alternatif lain untuk menambahkan nutrisi di dalam badan si kecil. Salah satunya adalah dengan memberi ABBOT Similac Step 1 yang mengandungi kandungan DHA sebanyak 56mg/100g susu.

BEBELAC Infant Milk Powder Step 1

RM 43.90
Dumex
6. BEBELAC Infant Milk Powder Step 1
Menyelesaikan masalah cirit-birit yang dialami oleh bayi baru lahir

Ramai ibubapa yang mengulas susu formula BEBELAC Infant Step 1 ini banyak membantu menyelesaikan masalah cirit-birit yang dialami bayi mereka. Susu ini memberi nutrisi diperlukan untuk tumbesaran yang sihat dan perkembangan bayi memberangsangkan.

Kandungan nutrisinya memenuhi kandungan yang dicadangkan oleh World Health Organization (WHO).

Frisolac Step 1 

RM 63.5
Susu formula terbaik untuk bayi berusia 0-6 bulan
Frisolac
7. Frisolac Step 1 
Susu formula yang sesuai untuk bayi newborn dengan masalah sembelit

Frisolac Step 1 Formulated Milk Powder mengandungi semua bahan lengkap susu formula untuk bayi dari berusia 0 hingga 6 bulan. Bagi bayi yang menghadapi masalah sembelit, pilihan ini adalah terbaik untuk kesihatannya. 

Susu formula ini memudahkan sistem pencernaan dan penghadaman kerana kandungannya yang tinggi dengan serat pribiotik, neukleotid dan lemak penting seperti DHA/ AA yang banyak diperolehi secara semulajadi dari susu ibu.

DUPRO Soy Rumusan Khas 0 - 12 Months

RM 19
8. DUPRO Soy Rumusan Khas 0 - 12 Months
Baik untuk bayi newborn yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema

Ekzema ialah antara masalah kulit yang dihadapi oleh bayi yang mempunyai alahan protein lembu. Sebagai alternatif, ibu bapa bolehlah mencuba untuk menggunakan produk susu berasaskan soya. 

Susu Dupro Soy Rumusan Khas ialah susu formula berasaskan soya yang mengandungi kadar nutrisi dan diet yang sesuai dan selamat untuk bayi.

WYETH S26 GOLD SMA Step 1

RM 71.5
Wyeth
9. WYETH S26 GOLD SMA Step 1
Untuk peningkatan kadar tumbesaran si kecil secara semulajadi

Ada segelintir bayi yang dilahirkan dengan berat badan yang kurang serta pertumbuhannya tidak begitu ketara dari masa ke semasa. Susu ini mengandungi Lutein, sejenis pigmen ‘macular’ si dalam retina mata yang boleh menapis cahaya sekaligus melindungi mata bayi.

Ia juga mengandungi protein Alpha yang membantu mencerna dan menyerap khasiat dengan mudah, sekaligus meningkatkan berat badan bayi.

Similac Lactose Free

RM 25
Abbott
10. Similac Lactose Free
Untuk bayi baru lahir yang alah pada laktosa (lactose intolerent)

Kebanyakan susu mengandungi sejenis gula iaitu laktosa yang tidak dapat dihadam oleh sesetengah bayi. Susu bebas laktosa ini mengandungi enzim lactase yang dapat mempercepatkan proses menghadam laktosa.

Kini tiada lagi masalah angin atau kembung perut untuk anak anda. 

Bellamy's Organic Step 1 Organic Infant Formula

RM 115.00
Bellamy's Organic
11. Bellamy's Organic Step 1 Organic Infant Formula
Susu organic kurang gula untuk tumbesaran yang sihat

Melalui kenyataan di laman web rasminya, mana-mana produk mereka tidak ditambah dengan gula atau sweeteners. Susu organik dari Australia ini sesuai untuk bayi berumur 0 hingga 12 bulan dan menepati piawaian yang diteapkan oleh Food Standards Australia New Zealand (FSANZ).

Elakkan memberi susu yang dicampur dengan gula dari kecil kerana anak-anak mungkin akan ketagihan gula dan mendatangkan masalah kesihatan.

Susu terbaik untuk bayi adalah susu dari badan si ibu. Namun, tidak semua ibu diberi nikmat untuk menyusukan anak sejak dari lahir disebabkan kekangan kesihatan fizikal, masa dan emosi ibu atau bayi itu sendiri. Pastinya jawapan untuk permasalahan ini adalah susu formula supaya bayi boleh membesar secara normal dan sihat. 

Adakah susu formula baik untuk bayi? 

Mengikut kajian saintifik ini, bayi yang diberi susu formula lebih mudah untuk ditidurkan berbanding bayi yang menyusu susu badan.  

Dengan adanya teknologi canggih masa kini, susu formula juga diperkaya dengan probiotik dan pelbagai nutrien penting lain yang boleh menyihatkan sistem perhadaman, meningkatkan daya imunisasi dan mengurangkang risiko jangkitan penyakit

Apakah umur bayi yang dianggap newborn?

Menurut The World Health Organization (WHO), bayi dianggap newborn daripada hari bayi dilahirkan sehingga ke hari ke 28.

Bilakah susu formula boleh digunakan sebagai alternatif susu ibu bagi bayi newborn?

  • Susu ibu tidak mencukupi
  • Bayi tidak dapat menghisap susu dengan sempurna.
  • Ibu bapa tidak dapat mengagak kuantiti susu ibu yang diperlukan oleh bayi. Setengah ibu bapa ingin mengetahui berapa banyak susu yang diambil oleh bayi mereka setiap kali penyusuan dan susu formula dapat memberikan ibu bapa kebebasan tersebut.
  • Ibu yang ingin merendahkan risiko kesihatan bayi mereka, hasil pengambilan ubat-ubatan oleh si ibu yang mengandungi bahan kimia seperti cimetidine (Tagamet), cyclophosphamide (Cytoxan), lithium (Lithobid), methotrexate (Rheumatrex, Trexall), metronidazole (Flagyl), cyclosporine, bromocriptine (Parlodel) dan beberapa lagi jenis kimia lain.
  • Ibu berkerjaya yang mempunyai masa yang terhad untuk menyusukan bayi mereka. Bayi yang disusukan secara natural kebiasaannya lebih cepat lapar kerana susu ibu lebih cepat dihadam oleh bayi. Oleh itu susu formula adalah lebih praktikal.
  • Penyusuan botol juga dapat memastikan setiap ahli keluarga selain daripada si ibu, dapat terlibat dalam aktiviti penyusuan. Oleh itu, si ibu akan mendapat rehat yang mencukupi, ini adalah amat penting lebih-lebih lagi bagi ibu muda yang baru melahirkan.

Di Manakah Susu Formula Untuk Newborn Boleh Didapati Di Malaysia?

Susu formula untuk newborn boleh didapati dengan mudah baik online mahupun di store. Bagi mereka yang inginkan pilihan, ini senarai online shopping site dan store fizikal yang anda boleh cuba untuk mendapatkan susu formula newborn yang berkualiti dengan harga terbaik di pasaran:

Online:

  1. Lazada
  2. Shopee

Offline:

Susu formula untuk newborn boleh juga didapati di pasaraya-pasaraya dan mart berdekatan anda seperti:

  1. Speedmart
  2. KK Mart
  3. Jaya Grocer
  4. Aeon
  5. Hero Market
  6. Lain-lain

Jenis susu formula untuk newborn

  • Susu formula berasaskan susu lembu seperti Similac (Abbott Nutrition), Enfamil (Mead Johnson Pharmaceuticals), atau Good Start (Nestle) adalah sesuai untuk kebanyakan bayi yang mempunyai toleransi terhadap laktosa.
  • Susu bebas laktosa seperti Enfamil Lactofree (Mead Johnson Pharmaceuticals) or Similac Lactose-Free (Abbott Nutrition) adalah sesuai untuk bayi yang tidak mempunyai toleransi terhadap laktosa (lactose intolerant, ia juga sesuai untuk bayi yang sedang sembuh daripada cirit birit. Pengambilan formula jenis ini dalam jangkamasa singkat boleh menghilangkan cramp dan cirit birit. Susu jenis ini dicadangkan agar diambil hanya pada masa singkat dan pru ditukar semula ke susu formula biasa apabila bayi sudah sembuh.
  • Susu formula berasaskan soya seperti Isomil (Abbott Nutrition), Prosobee (Mead Johnson Pharmaceuticals), and Allsoy (Nestleadalah sesuai bagi bayi yang alah dengan protein susu lembu
  • Kondisi kesihatan bayi yang berbeza seperti phenylketonuria (PKU), bayi tidak cukup bulan dan bayi tidak cukup berat memerlukan formula tertentu dan perlu mendapatkan nasihat pediatrician.
  • Susu formula homemade adalah tidak digalakkan.

 

Breastfeeding Vs. Susu Formula. Yang manakah lebih murah?

Kedua-duanya memerlukan perbelanjaan yang besar. Para ibu yang memilih untuk menyusukan anak, lebih-lebih lagi yang berkerjaya, perlu mempertimbangkan perbelanjaan untuk botol, pam susu dan peralatan menyusu lain. Bagi mereka yang memilih untuk memberi susu formula pula, harga susu formula di pasaran perlu diambil kira.

Jadi bagaimana untuk membuat pilihan sama ada untuk menyusukan dengan susu badan atau susu formula? Keputusan yang boleh mewujudkan susasana keluarga yang gembira adalah keputusan yang paling ‘cost-effective’ dan terbaik. Setiap orang mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza. Jangan terlalu mengikutkan ‘norma’ masyarakat hanya kerana tidak mahu berasa terpinggir.

Cara-cara memberi susu formula kepada bayi newborn

  • Setelah beberapa hari pertama: Bayi dalam tempoh ini mengambil 2 ke 3 auns (60-90 mL) formula setiap kali menyusu dan perlu disusukan setiap 3 ke 4 jam secara purata sepanjang beberapa minggu pertama. (Bayi yang menyusu susu ibu kebiasaannya mengambil sukatan yang lebih kecil dengan lebih kerap.
  • Semasa beberapa minggu pertama: Jika bayi anda tidur lebih lama daripada 4 ke 5 jam sehingga tertinggal untuk menyusu, bangunkan bayi dan susukannya.
  • Pada penghujung bulan pertama: Pengambilan susu akan meningkat kepada 4 auns (120 mL) sekali susuan, setiap 4 jam.

Tips Penting:

  • Elakkan daripada memanaskan susu di dalam microwave. Ini akan menyebabkan susu formula tidak dipanaskan dengan sekata dan akan menghasilkan ketulan yang panas. Cara terbaik adalah letakkan botol di dalam air panas dan rasa suhu susu di belakang pergelangan tangan.

  • Selang selikan masa untuk bayi sendawa sepanjang proses penyusuan sehingga susu habis. Bayi yang menyusu dengan botol kebiasaannya menyusu dengan lebih laju dan menelan lebih banyak angin yang mengakibatkan perut masuk angin.

  • Elakkan daripada memaksa bayi untuk menghabiskan susu dalam jangka masa yang singkat. Beri masa kepada bayi untuk menghabiskannya supaya dapat mengelakkan bayi tercekik atau perut masuk angin

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article