
Product in this article
Susu ibu sudah semestinya pilihan terbaik untuk bayi, namun, tidak semua orang diberi rezeki untuk menyusukan anak sepenuhnya disebabkan kekurangan susu, bekerja ataupun masalah kesihatan. Bagi anak-anak yang mempunyai alahan protein susu lembu, formula susu kambing adalah salah satu alternatif makanan tambahan yang boleh dipertimbangkan. Susu kambing adalah jenis alkali manakala susu lembu berasid - kadangkala tidak sesuai untuk perut bayi.
Mulakan penjagaan kesihatan terbaik buat si kecil dengan meminum susu kambing. Berikut adalah antara senarai produk susu kambing untuk bayi yang ada di pasaran Malaysia:

Susu kambing asli sebenarnya tidak sesuai untuk keperluan bayi berumur kurang dari 1 tahun dan dikhuatiri akan membebankan buah pinggan bayi. Namun, Susu Kambing Wildan Gold Junior sesuai untuk bayi baru lahir dan 1 tahun ke bawah kerana mempunyai formulasi khas dan nutrisi lengkap.
Diperkaya dgn DHA dan vitamin yang membantu pertumbuhan otak dan saraf serta fungsi penglihatan, Wildan Gold Junior membantu membina sistem imunisasi bayi serta menguatkan tulang dan gigi bayi.

Susu kambing 100% daripada bahan organik keluaran, Salic Goat adalah susu serbuk yang siap dibancuh dan tidak dicampur dengan sebarang kandungan gula tiruan, perisa sintetik, penstabil, kondenser atau filler.
Diimport dari Holland, keaslian dan kesegaran susu Salic Goat sangat terjamin kebaikannya. Susu ini boleh digunakan untuk bayi 6 bulan ke atas, mengikut penyelarasan dos dan keperluan yang dicadangkan.

Susu kambing R-Rayyan perisa vanilla atau coklat ini mengandungi pelbagai campuran premix serta vitamin yang sesuai untuk menguatkan sistem imunisasi bayi berumur 1 tahun ke atas. Ia membantu anak-anak mengatasi masalah sembelit dan dapat menambahkan selera makan serta membantu dalam tumbesaran si kecil.
Susu kambing R-Rayyan juga mempunyai bahan yang sesuai untuk IQ Booster khas buat bayi dan kanak-kanak yang dapat membantu perkembangan minda serta daya ingatan.

Karihome Infant Formula adalah susu dari Holland yang sesuai untuk bayi ekzema. Banyak testimoni di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah penyakit kulit seperti ekzema telah cuba menggunakan Susu Kambing Karihome dan berpuas hati dengan hasilnya. Susu Kambing Karihome mempunyai tiga jenis kategori untuk keperluan bayi di setiap peringkat umur.
Diformulasi dengan nutrisi berkhasiat yang dapat membantu sistem penghadaman anak-anak. Ibu bapa haruslah mengikut arahan bancuhan dengan betul untuk memastikan kualiti penyediaan susu yang terbaik.

Tinggi dengan kalsium, mineral dan protein, susu kambing Bonlife Purenat Gold Asli mempunyai kadar lemak yang rendah berbanding dengan susu lembu dan memudahkan bayi untuk mencernanya lebih baik. Mengandungi Probiotic iaitu bakteria baik yang diperlukan oleh badan, susu ini memudahkan sistem penghadaman makanan dan membantu menyerap nutrisi untuk bayi.
Dengan sistem penghadaman yang sihat, Bonlife Purenat Gold Asli dapat mengurangkan risiko bayi cirit-birit dan dapat memproses makanan lebih sempurna.

Susu Kambing Khalish untuk kanak-kanak berumur 1 – 6 tahun. Ia juga sesuai untuk bayi di bawah umur 1 tahun mengikut sukatan yang betul dan dapat membantu mencegah penyakit demam kuning atau jaundice. Anak-anak menggemari susu ini kerana ianya mempunyai rasa yang enak dan tidak berbau hamis.
Formula yang diguna dalam produk ini juga membantu mengatasi penyakit batuk dan lelah si kecil serta menghindarkan sembelit. Tulang dan gigi si manja juga akan lebih kuat dan cepat tumbuh kerana kandungan kalsium yang tinggi berbanding susu lembu.

Lazz Susu Kambing Kurma adalah kombinasi susu kambing dan kurma yang merupakan makanan sunnah, boleh digunakan oleh semua peringkat umur dari bayi hingga ke orang dewasa. Menjadi milk booster untuk bayi, susu ini menjadikan tulang si kecil lebih kuat dan mempunyai tahap imun yang tinggi serta tidak mudah mendapat penyakit.
Bayi yang mempunyai kulit sensitif juga turut mendapat manfaat dari susu ini kerana dapat menutup kesan parut dan mencantikkan kulit pengguna.

Bagi kanak-kanak 1 tahun ke atas yang mempunyai masalah alahan batuk dan asthma, ibubapa boleh mencuba produk Irfan Susu Kambing. Ianya mengandungi antibodi yang dapat meningkatkan sistem imunisasi anak anda.
Diperkaya dengan protein, enzim serta khasiat campuran daripada makanan sunnah seperti kismis, kurma, madu dan manna (arabic gum). Di samping itu, Irfan Susu Kambing juga dapat meningkatkan selera makan dan membantu menguatkan tumbesaran si kecil.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!